BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA NAMA: AMIR HAKIM BIN FAIZAL YUSRI KELAS: TESL J ANGKA GILIRAN : 2021212350336 AMBILAN: PISMP TESL MAY 2021-2026 PENSYARAH: EN. ROHIMI BIN JAMEL
CARTA ORGANISASI KRS PLATUN IPGK BAHASA ANTARABANGSA PENSYARAH PENASIHAT: ENCIK ROHIMI BIN JAMEL ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN PENGERUSI: SYAHMI HAKIM BIN SUHAIMI NAIB PENGERUSI: MAISARA LIANA SETIAUSAHA: THIVYABARTHY A/P JAYASEELAN BENDAHARI: YEW YUN XIXN PENOLONG SETIAUSAHA: MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN MOHD YUSRI PENOLONG BENDAHARI: SITI AISYAH BINTI IBRAHIM AHLI JAWATANKUASA KRS 1: ADELINE YU ME CHEE NUR AIN FARHANA BINTI ROSLI KRS 3: ANIS SYAHIRA BINTI AZMI WAN NUR NABILAH BINTI WAN AHMAD YANEE KRS 2: NUR SYURAYA UMIRA BINTI KHAIRUDIE NUR IZZATI BINTI YAMAN
I S I K A N D U N G A N Pengenalan Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform 1.PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Prinsip-prinsip asas pertubuhan Perlembagaan pertubuhan Keahlian pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan Pakaian KRS dan TKRS 2. SEJARAH UNIT BERUNIFORM Sejarah pengasas Sejarah penubuhan KRS Sejarah penubuhan TKRS Tujuan penubuhan Objektif penubuhan 3. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan Fungsi majlis tadbir 4. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Kompeni Platun Seksyen Sistem pangkat KRS dan TKRS IPGM 5. PERANCANGAN ORIENTASI Tahunan Mingguan Pelaksanaan program Laporan
Pegang teguh kepada agama: KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. PENGENALAN KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Disiplin yang kental: KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. Cinta akan negara: Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Beruniform KRS Sanggup berkhidmat: KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni seta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS: a. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2 Kompleks Kerajaan parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 662604 Kuala Lumpur b. Peringkat Negeri: Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur c. Peringkat Daerah: Jabatan Pendidikan d. Peringkat Sekolah: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, 59200, Kuala Lumpur PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Nama dan alamat berdaftar: Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi Sekolah Rendah KEAHLIAN KADET REMAJA SEKOLAH Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 1. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1. 2. KRS dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. 3. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. 4. Ahli KRS yang bertukar ke sekolah/negeri lkain, keahlian asal masih diterima pakai. 5.
Bulan dan Bintang: Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia Warna Putih: Keikhlasan serta kesucian Warna Kuning: Warna diraja yang menjadi tonggak kedaualatan negara Buku Terbuka dan Rehal: Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu Warna Hijau: Alam sekitar yang sihat Warna Merah: Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta Dua Tangkai Padi Bersilang: Resmi padi: berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional Perisai: Benteng ketahanan diri daripada gejala tidak sihat LOGO DAN BENDERA KRS Warna Hijau melambangkan: a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.
MOTO KADET REMAJA SEKOLAH ILMU: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. LAGU KADET REMAJA SEKOLAH Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang keamanan negara, Menjayakan Ilmu, Iman dan Aman. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kreatif, Ke arah kecemerlangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja, sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, Remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja, hayati budaya, Ilmu, Iman dan Amal, Kekalkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
PAKAIAN RASMI KRS LeLaki: Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja lengan panjang Sgerwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green (Ukuran kaki 40cm46cm). Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Spike boot. Perempuan: Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Spike boot. tali wisel merah. Pemakaian telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
PAKAIAN RASMI TKRS LeLaki: Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda (L 109). Seluar sekolah (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm). Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Kasut kulit/PVC hitam bertali dan berstokin hitam. Perempuan: Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda (L 109). Seluar/kain sekolah. Tali wisel merah. Kasut kulit/PVC hitam bertali dan berstokin hitam. Pemakaian telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
KURIKULUM KRS 1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN: 1.1 MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. 1.2 OBJEKTIF Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
KURIKULUM KRS 2.0 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 2.1 MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan malah mampu menghindar diri dari gejala sosial yang buruk dengan budaya timur sebagai tatacara hidup. 2.2 OBJEKTIF Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.
KURIKULUM KRS 3.0 KHIDMAT MASYARAKAT 3.1 MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik. 3.2 OBJEKTIF Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat. Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian.
KURIKULUM KRS 4.0 ALAM SEKITAR 4.1 MATLAMAT Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar. 4.2 OBJEKTIF Memupuk sikap prihatin terhadap kepentingan alam sekitar kepada kehidupan manusia. Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. Membina insan yang menyumbang ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah Tuhan kepada manusia.
KURIKULUM KRS 5.0 KEUSAHAWANAN 5.1 MATLAMAT Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan kreativiti masing-masing dan sikap berjimat-cermat serta membenci amalan membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup. 5.2 OBJEKTIF Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terbuang. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup.
KURIKULUM TKRS 1.1 TERAS 1.1.1: PENDIDIKAN KEROHANIAN / MORAL Memahami dan mengenal Tuhan. Amalan mulia yang perlu (menghormati ibubapa/guru/pemimpin). Tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. Mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan. Mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia. 1.1.2: PENDIDIKAN KETATANEGARAAN/PATRIOTISMA Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. Menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagulagu patriotik yang lain. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. Konsep kekeluargaan Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain-lain kaum. Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokohtokoh negara. 1.1.3: LATIHAN FIZIKAL Senaman. Latihan kecergasan. Latihan asas kawad kaki. Latihan merentas halangan.
KURIKULUM TKRS UMUM (ELEKTIF) 1.2.1: AKTIVITI DI DARAT Penggunaan kompas Aktiviti pandu arah Ikhtiar hidup 1.2.2: AKTIVITI MENTAL Latihan kumpulan dinamik Latihan mencipta logo dan slogan Latihan sumbangsaran Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah. Latihan membuat persembahan (kebudayaan/lain-lain) secara berkumpulan. 1.2.3: AKTIVITI KETAHANAN DIRI Latihan kawad kaki untuk pertandingan/persembahan/upacaraupacara rasmi. Latihan asas bantu mula. Latihan kecemasan semasa kebakaran. Latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. Membaca dan mentafsir peta. 1.2.4: AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR Perkhemahan Orienteering Rekreasi tali: Abseling Flying-fox Menggunakan tali (ikantan dan simpulan) Kembara
KURIKULUM TKRS 1.2.5: AKTIVITI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Mengenal tumbuh-tumbuhan. Mengenal binatang. Menyedari kepentingan flora dan fauna. Cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan. Menjaga kebersihan alam sekitar. 1.2.6: AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP (KEUSAHAWANAN) Merekacipta daripada bahan-bahan terbuang. Mengitar semula. Membaikpulih perabot. Membuat kraftangan/gajet. Latihan memasak. Latihan asas jahitan. 1.2.7: AKTIVITI DI AIR Keyakinan di air (water confidence). Latihan keselamatan semasa berada di air. Latihan asas berenang. 1.2.8: AKTIVITI KHIDMAT KEPADA SEKOLAH Khidmat guna tenaga. Persembahan kebudayaan. Gotong-royong. Memakmurkan kemudahan sekolah. Keceriaan / keselamatan / kebersihan sekolah.
A. DISIPLIN DAN KEROHANIAN Matlamat: Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. Objektif: Melahirkan pelajar yang bersemangat patritisme. Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara. KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Buat baik dibalas baik. Waspada sebelum kena. Kesetiaan kepada Negara. Sahabat setia. Pengukuhan amalan nilai-nilai pendidikan agama/moral Teguran membina. Balasan jujur. Berakit-rakit ke hulu. Contohilah labahlabah. Belas kasihan. Adat-resam masyarakat Malaysia. Pengukuhan amalan nilai-nilai pendidikan agama/moral. Kalau cermat tentu selamat. Budi bahasa. Hormat menghormati. Bersyukur dan kerjasama. Tamadun Islam. Pengukuhan amalan nilai-nilai pendidikan agama/moral. KURIKULUM TKRS
KETATANEGARAAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan logo KRS Bendera KRS Lagu KRS Lagu TKRS Lambang dan bendera negerinegeri. Rukun negara Pemimpin sekolah/tempatan Lagu-lagu patriotik Pemimpin negeri/negara KURIKULUM TKRS PENGURUSAN DAN GAYA DIRI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Tanggungjawab terhadap diri: Memelihara kesihatan tubuh badan. Pengurusan diri. Tanggungjawab terhadap tempat kediaman: Kekemasan bilik tidur. Keselamatan diri. Tanggungjawab terhadap masyarakat: Adab bergaul: Keluarga Jiran tetangga Guru/rakan Majlis rasmi Batas-batas pergaulan
B. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN Matlamat: Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi dan bertrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup. Objektif: Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana. KAWAD TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Asas Kawad Statik: Masuk baris Paraskan skuad Kanan lurus Senang diri Skuad sedia Buka/tutup barisan Ke kanan/ke kiri pusing Menghadap ke belakang/hadap an Hentak kaki Keluar baris Asas Kawad Statik: Kawat Dinamik: Mula langkah kaki kanan - Tatacara Hormat Tukar langkah semasa berjalan Berpusing ke belakang semasa berjalan Istiadat menaik/menuru nkan bendera. Asas Kawad Statik Kawad Dinamik Hormat Ke kiri/ke kanan hormat Ke hadapan hormat Selaku terima sijil/hadiah KURIKULUM TKRS
PERKHEMAHAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan jenis khemah Mendirikan khemah Memilih tapak perkhemahan. Perlindungan semulajadi Komunikasi Punca air Kebersihan Keselamatan Pemuliharaan Asas Gajet Konservasi (pemuliharaan) Kegiatan di kawasan perkhemahan Asas Gajet KURIKULUM TKRS IKATAN TALI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Simpulan dan Asas Ikatan: Simpulan Buku Sila Simpulan Bunga Keti Simpulan Manuk Simpulan Pengail Simpulan dan Ikatan Simpulan Tindih Kasih Simpul Belit Ikatan Balak Ikatan Seraya Rekreasi Tali Simpulan dan ikatan: Ikatan Serong Ikatan Silang Gunting Mengemaskan tali Rekreasi Tali
IKHTIAR HIDUP TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Mengenali tandatanda isyarat. Menyalakan api. Menyediakan menu dan makanan. Menyediakan sarapan diri dan kumpulan. Teori memasak secara survival. Teori khemah sementara. Latihan amali. (Perkhemahan) KURIKULUM TKRS KOMUNIKASI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Kaedah-kaedah Lisan Bertulis Kaedah-kaedah Tanda Isyarat Wisel Latihan amali IKLIM TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Cuaca Suhu Hujan Tanda-tanda hujan Awan dan jenisjenisnya Angin Latihan amali
BANTU MULA TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan Peti Bantu Mula Rawatan Kecil Mencuci luka Balutan luka Pengenalan anduh Merawat luka-luka kecil Anduh Membantu rakan Rawatan kecil Anduh. Teori teknik usungan Latihan Amali KURIKULUM TKRS ASAS KEBOMBAAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan asas Pengenalan alat pemadam api di persekitaran sekolah Punca-punca kebakaran Cara-cara mengelak kebakaran Latihan kebakaran Cara menyelamat diri. Cara menggunakan alat pemadam api. REKREASI TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Asas dan peraturan dalam permainan bola sepak/bola jaring Sukaneka Permainan tradisional Asas persilatan Keyakinan di air Permainan Kim Sukaneka Pengenalan kompas ‘ Blind Trail ‘ Mencari arah Asas persilatan Keyakinan di air Sukan & permainan Orienteering Kembara
C. KHIDMAT MASYARAKAT - KHIDMAS Matlamat: Melahirkan generasi yang sanggup berbakti, tolong menolong dan berlumbalumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira bangsa, kaum dan etnik. Objektif: Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan. Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan seharian. TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Gotong-royong membersihkan tempat ibadat, balai raya, tanah perkuburan dan lain-lain. Projek khidmat bakti gotong-royong lawatan dan ziarah. KURIKULUM TKRS D. ALAM SEKITAR Matlamat: Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar. Objektif: Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar. Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dan manusia. Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar. TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Mengenal tumbuhan Memerhati dan merekod serangga. Kitar semula Ekosistem
E. KEUSAHAWANAN Matlamat: Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahwanan. Objektif: Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaeda. Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. JAHITAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan alat jahitan. Pengenalan asas jahitan. Jahitan silang pangkah. Jahitan cantuman. Asas-asas sulaman. KURIKULUM TKRS MASAKAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 Pengenalan Peralatan dapur Kegunaan & penjagaan Keselamatan Pengenalan bahan rempah ratus jenis tepung jenis beras jenis perasa Memasak air Merebus Menggoreng Membakar Latihan Amali
SEJARAH UNIT BERUNIFORM KRS BIODATA PENGASAS KRS NAMA : En. Muhammad Thani Bin Sha’aban TARIKH LAHIR : 9 Disember 1963 TEMPAT LAHIR : Teluk Kumbar, Pulau Pinang PENDIDIKAN : Sekolah Menengah Raja Tun Uda (menengah) Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (diploma) Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda) KERJAYA : Guru
SEJARAH PENUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah. Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
SEJARAH PENUBUHAN TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal. Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah. Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah. Dewasa ini, TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan TKRS secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
TUJUAN PENUBUHAN KRS DAN TKRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan, mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
OBJEKTIF PENUBUHAN KRS DAN TKRS Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
PERINGKAT KEBANGSAAN STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN JAWATANKUASA EMPAT PERINGKAT PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH PERINGKAT SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN PENAUNG : Menteri Pelajaran Malaysia PENASIHAT : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia PENGERUSI: Pengarah Bahagian Sekolah TIMBALAN PENGERUSI : TImbalan Pengarah Bahagian Sekolah SETIAUSAHA : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah PENOLONG SETIAUSAHA : Dilantik (dua orang) BENDAHARI : Dilantik AHLI-AHLI : Para Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Dua wakil jurulatih KRS dan TKRS Tiga ahli dilantik JURUAUDIT : Dilantik
PERINGKAT NEGERI PENAUNG : Menteri Pelajaran Malaysia PENASIHAT : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia PENGERUSI: Pengarah Pelajaran Negeri TIMBALAN PENGERUSI : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan SETIAUSAHA : Ketua Unit Kokurikulum PENOLONG SETIAUSAHA 1 : Penyelia Pasukan Seragam PENOLONG SETIAUSAHA 2: Pegawai Tadbir KRS BENDAHARI : Dilantik AHLI-AHLI : Pegawai Pelajaran Daerah 2 wakil jurulatih KRS dan TKRS Wakil PKPSM dan MGB Dilantik JURUAUDIT : Dilantik
PENAUNG : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia PENASIHAT : Pengarah Pelajaran Negeri PENGERUSI: Pegawai Pelajaran Gabungan TIMBALAN PENGERUSI : Ketua Unit SETIAUSAHA : Penyelia Kokurikulum PENOLONG SETIAUSAHA : Pegawai Tadbir Gabungan KRS BENDAHARI : Dilantik AHLI-AHLI : 2 wakil jurulatih KRS dan TKRS Wakil PKPSM dan MGB Dilantik Ex - Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri JURUAUDIT : Dilantik (2 orang) PERINGKAT DAERAH
PENAUNG : Pengarah Pelajaran Negeri PENASIHAT : PPD PENGERUSI: Pengetua / Guru Besar TIMBALAN PENGERUSI : Penolong Kanan Kokurikulum SETIAUSAHA : Dilantik PENOLONG SETIAUSAHA : DIlantik BENDAHARI : Dilantik AHLI-AHLI : 7 orang dilantik Ketua platun KRS/TKRS JURUAUDIT : Dilantik dalam kalangan guru PERINGKAT SEKOLAH
FUNGSI MAJLIS TADBIR MATLAMAT: Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS. Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak. Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman, dan kesejahteraan bekerja. Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli. Menjalin hubungan dan kerjasam dengan badan dan pertubuhan lain. FUNGSI-FUNGSI PENTADBIR: Pengerusi: Mengurus dan mentadbir pengurusan. Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti. Meneliti catatan minit mesyuarat. Berhak mempunyai undi pemutus. Menandatangani cek. Naib Pengerusi: Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada. Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran. Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi. Setiausaha: Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang. Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi. Mengendalikan urusan surat-menyurat. Menyimpan buku daftar ahli. Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan. Bendahari: Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan. Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli. Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang. Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira.
FUNGSI MAJLIS TADBIR FUNGSI-FUNGSI PENTADBIR: AJK Biasa: Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS. Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS. Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik. Ketua Pentadbir: Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri. Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS. Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan. Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri. Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri. Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS. Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO. Ketua Jurulatih: Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS. DIlantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS. Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas - jurulatih dalam sesuatu program. Pegawai Teknikal: Pegawai Kanan Negeri Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih. Membantu dari aspek teknikal. Melaksanakan prosedur teknikal. Menyelia ahli jawatankuasa teknikal. Bertanggungjawab dari aspek teknikal. Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN/Kementerian.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KRS SISTEM PANGKAT KRS DAN TKRS IPGM
SISTEM PANGKAT KRS DAN TKRS IPGM
SISTEM PANGKAT KRS DAN TKRS IPGM
SISTEM PANGKAT KRS DAN TKRS IPGM
Menteri Pelajaran Malaysia (Penaung) Fadhlina Binti Sidek CARTA ORGANISASI KRS IPGM KPM Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Penasihat) Encik Azman Bin Adnan Rektor IPGM KPM (Pengerusi) Dr. Mohd. Azam Bin Ahmad Timbalan Rektor IPGM KPM (TImbalan Pengerusi) Ketua Jabatan (Setiausaha Kehormat) Penegerusi Majlis Tadbir KRS (Penolong Setiausaha Kehormat) Ahli Majlis Tadbir (Bendahari Kehormat) Ahli Para Pengarah IPG 4 Ahli Majlis Tadbir Juruaudit 1 IPG 1 Majlis Tadbir Co - Officio Pegawai Latih BPG
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet. Ketua Seksyen (Korporal TKRS) PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKSYEN TKRS Penolong Seksyen (Lans Korporal TKRS) 10 anggota kadet