The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK : PERAYAAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pituotj, 2024-04-24 22:57:28

TEMA : PERPADUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

TAJUK : PERAYAAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN

Tajuk : Perayaan dapat memupuk perpaduan TEMA : PERPADUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


Ahli Kumpulan RROONNNNEELL JJOOHHNN HHAAJJIIZZII HHAADDII BBIINN HHAAMMIIDDII MMUUHHAAMMMMAADD IIZZAACCHHRREEYY BBIINN MMOOHHDDAAIIZZAATT MMOOHHAAMMMMAADD SSYYAAKKIIRR BBIINN MMUUHHDD RRAAPPII 27DAG23F2021 27DAG23F2069 27DAG23F2019 27DAG23F2063 MMOOHHAAMMMMAADD IIZZZZAAMM BBIINN MMOOHHAAMMMMAADD AALLUUIIHH 27DAG23F2059


Isi Kandungan 04. Kepentingan Perayaan 05. Cabaran Perayaan 06. Kesimpulan 07. Rujukan 01. Definisi 02. Peranan Perayaan 03. Cara-cara mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat


Objektif pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dil.- maulud Nabi SAW;-hari kemerdekaan. (Kamus Dewan EdisiKeempat). 01 02 Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Objective 1 Objective 2 03 Objective 3 Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk adalah satu proses menyatu padukan semua masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia.


Peranan Perayaan Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan bangsa serta meraikan perayaan yang berbeza-beza sepanjang tahun iaitu bermula dengan perayaan Tahun Baru Cina, seterusnya Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya. Melalui penganjuran rumah terbuka yang diadakan untuk setiap perayaan, bangsa atau kaum lain yang tidak mengetahui tentang budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut dapat mempelajari tentang perayaan tersebut sekaligus menikmati hidangan yang dihidangkan.


Cara Mencapai Perpaduan dalam Kalangan Masyarakat Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi sesama masyarakat untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Antara cara untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah dengan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan juga membuat rumah terbuka.


Tahun Baru Cina Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang khususnya di rayakan oleh semua masyarakat yang berbangsa Cina. Namun begitu, di Malaysia perayaan ini menjadi sebuah perayaan yang istimewa kerana melalui perayaan ini ramai ahli keluarga, rakan-rakan, dan juga jiran-jiran yang datang dari pelbagai latar belakang turut berkumpul bersama-sama untuk merayakannya. Hal ini merupakan sebuah peristiwa yang indah dan juga merupakan satu langkah untuk semua rakyat bersatu, berbagi tradisi, dan menghormati budaya antara satu sama lain.


Hari Raya Aidilfitri Hari Raya adalah perayaan yang khususnya disambut oleh masyarakat yang beragama Islam. Namun begitu, pada masa kini amnya di negara Malaysia, kita dapat melihat bahawa yang merayakan perayaan ini bukan sahaja masyarakat yang beragama Islam tetapi juga oleh semua masyarakat dari pelbagai agama. Ketika perayaan ini disambut orang ramai saling berbagi makanan, berziarah, dan memberikan hadiah kepada keluarga dan juga rakan-rakan mereka. Hal ini secara langsung membantu mengeratkan lagi hubungan sosial dan budaya antara masyarakat majmuk.


Christmas Perayaan Christmas (Hari Natal) merupakan perayaan yang disambut oleh orang-orang yang beragama Kristian pada 25 Disember setiap tahun. Namun begitu, ketika menjelangnya perayaan ini kita dapat melihat bahawa bukan hanya orangorang yang beragama Kristian yang menyambutnya tetapi juga oleh semua masyarakat. Hal ini jelas terlihat ketika rumah terbuka diadakan yang mengumpulkan semua masyarakat dari pelbagai agama untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh keluarga yang mengadakan rumah terbuka. Bukan itu sahaja, perayaan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama antara masyarakat melalui sukan-sukan yang dipertandingkan.


Deepavali Di Hari Deepavali, atau juga dikenal sebagai Festival Lampu disambut khusus oleh orang-orang India tetapi turut mendapat sambutan daripada masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang. Mereka memasang lampulampu, berbagi makanan, dan menikmati kegembiraan bersama-sama. Ini adalah kesempatan bagi orang-orang untuk menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya serta mengeratkan lagi hubungan sillaturahim antara masyarakat yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa.


Kepentingan Perayaan Dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mesra antara ahli keluarga dan juga masyarakat setempat 1. Dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara sesama ahli keluarga 2. Dapat Mengenali ahli keluarga dengan lebih mendalam lagi 3. Melambangkan identiti sebuah kaum 4.


Cabaran Perayaan 1.Keselamatan Kehadiran orang ramai di sebuah tempat sepanjang perayaan dapat meningkatkan risiko untuk berlakunya kemalangan. Perayaan boleh juga menyebabkan pergaduhan atau perselisihan


Kesimpulan Kesimpulannya, perayaan-perayaan yang terdapat dan disambut di Malaysia merupakan salah satu cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, sambutan perayaan yang diadakan oleh pelbagai agama yang terdapat di Malayasia dapat disambut atau dirasai oleh semua penduduk. Diharap tugasan ini dapat memberikan faedah kepada semua masyarakat.


Rujukan -http://coretandip5a.blogspot.com/2017/09/jenis-jenis-perayaan-dimalaysia.html?m=1 -https://anyflip.com/vgxsy/jals/basic - https://www.semakan.my/kepentingan-perpaduan-kaum/ https://app.pandai.org/note/read/kssr-sj-06-06-02/kssr-y6-sj-06/tujuano-perayaan-masyarakat-di-malaysia


Sekian Terima Kasih !


Click to View FlipBook Version