The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORSHAHFIRA BINTI RAZAK F2C TUGASAN 1 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 727-3-norshahfira, 2022-03-26 05:30:36

NORSHAHFIRA BINTI RAZAK F2C TUGASAN 1 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

NORSHAHFIRA BINTI RAZAK F2C TUGASAN 1 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104)

SYAIR : SYAIR ALAM SEKITAR

Bumi yang indah ciptaan Tuhan, Pencemar tasik dan juga sungai,
Dipenuhi dengan pelbagai kehidupan, Semakin berleluasa kebelakangan ini,

Selain manusia terdapat haiwan, Jangan kita hanya memerhati,
Di samping juga tumbuh-tumbuhan. Sekatlah segera bersungguh hati.




Alam ini kurniaan ilahi, Jika bumi diinginkan sentosa,
Kurnia yang harus kita hargai, Adakan kempen membuat jasa,
Hendaklah dijaga dan disayangi, Marilah kita semua bangsa,
Kerosakan tiada bumi harmoni. Memulihara alam setiap masa.




Hutan diteroka sesuka hati, Bumi kita semakin tua,
Sikap manusia mementingkan diri, Kemusnahan alam tiada noktahnya,
Tanpa dipantau dan juga awasi, Kita manusia harus bersedia,
Menyebabkan alam musnahlah nanti. Menjaga alam ke arah sejahtera.




Flora dan fauna ciptaan Tuhan, Tegur menegur setiap masa,
Tumbuh meliar menghiasi taman, Kerjasama kita sesama bangsa,
Kalau kita mahukan keamanan, Alam dianugerah untuk dijaga,
Haruslah dipelihara ke akhir zaman, Dari pencipta kepada manusia.

Dalam aspek akal budi, berdasarkan semantik kognitif menurut Rusmadi (2003), makna

merupakan objek yang wujud dalam pemikiran kita (meaning is embodied). Hal ini


bermaksud apabila mengkaji makna, tujuan utama bukan mencari persamaan antara

ujaran dengan dunia nyata sebaliknya kajian tersebut berkenaan cara makna itu

dimotivasikan oleh persepsi manusia berdasarkan pengalaman dan pergaulannya


dengan dunia sekitarnya iaitu alam sekitar. Setiap manusia itu mestilah berfikir kenapa

bumi diciptakan dengan pelbagai alam didalamnya, adakah sia-sia atau berguna kepada

manusia kerana setiap orang dianugerahkan akal oleh Tuhan untuk meneliti dan berfikir


di luar kotak.



Penggunaan unsur alam amat penting dalam proses kreatif seorang penyair. Unsur alam

seperti laut, gunung, langit, awan, bulan, hujan, kabus, sungai, pelbagai jenis haiwan,

tumbuh-tumbuhan dan sebagainya sering digunakan dalam puisi Melayu, baik puisi


moden mahupun puisi tradisi.Ternyata alam sangat penting dalam puisi dan penciptaan

puisi kerana proses kreatif penyair Melayu telah berlaku melalui proses interaksi,


interpretasi dan integrasi dengan alam. Interaksi bermaksud penyair berkomunikasi,

bercakap dan bertindak balas dengan alam. Interpretasi bermakna penyair mentafsir


setiap objek alam sebagai membawa makna yang lebih besar, manakala integrasi

membawa maksud penyair menganggap alam adalah sama dan menyatu dengan dirinya.

Melalui syair ini juga, perlakuan atau tingkah laku manusia yang tamak telah

memusnahkan alam sekitar kerana mereka merosakkan alam sekeliling dengan tangan

mereka sendiri seperti menebang pokok, membuat pencemaran di darat atau di lautan,

menyebabkan flora dan fauna tiada habitat untuk berkembang-biak akhirnya mati seperti


tanggapan kumpulan puisi Khazanah Segala Rimbun dikatakan membawa pemikiran

penyairnya yang mendalam mengenai penjagaan flora dan fauna yang semakin pupus dan

pengalamannya dengan alam. Bertepatan dengan kenyataan itu, Hassan Ahmad (2004:63)


menyatakan bahawa pemikiran Melayu bersifat sintesis dan ‘holistik’ iaitu menyeluruh

dengan menggunakan data dari pengalaman dan pemerhatian empirikal di sekeliling alam


mereka untuk membentuk pandangan hidup atau falsafah hidup, mencipta makna yang

mesejnya atau nilainya dapat kekal sepanjang zaman.



Kita sepatutnya menjaga tingkah laku atau perbuatan kita daripada mementingkan diri

sendiri kepada mementingkan semua aspek termasuk orang lain, haiwan dan tumbuhan

sebelum melakukan sesuatu perkara di luar kawalan kerana kita diciptakan Tuhan dengan

akal fikiran yang waras dan stabil, jadi kita haruslah berfikir baik-baik dan bernas. Jangan

bertindak melulu tanpa memikirkan kesan buruk yang akan datang kepada bumi akibat


perbuatan buruk kita yang akan menjadikan masyarakat, binatang dan tumbuh-

tumbuhan yang tidak bersalah mati atau sakit.

Tanggungjawab manusia sebagai makhluk Tuhan yang diberi kelebihan akal di samping memiliki

juga naluri kemanusiaan dan nilai keinsanan, bukan saja terbatas kepada kecekapan

menggunakan khazanah dan kekayaan alam sebagai sumber penting bagi menjamin


kelangsungan tamadun manusia, tetapi amat wajar juga kebijaksanaan untuk menjaga dan

memulihara alam itu secara sistematis dan berhemah bagi menjamin kelestarian alam sekitar


yang segar dan subur.



Penyair memperlihatkan kepada pembaca bahawa pada zahirnya akar adalah kejadian alam atau

ciptaan Allah yang mempunyai peranan, fungsi dan kegunaan sebagai mengejapkan pokok


kepada bumi, menyedut zat dari tanah untuk menghidup dan menyuburkan pokok, dan akar juga

adalah bahagian terawal yang tumbuh dari sebatang pokok.



Pendekatan Firasat ditunjangi dengan tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam

yang menghasilkan pengalaman hidup iaitu pengalaman hidup yang penuh misteri yang dikaitkan


dengan mimpi. Pencarian makna mimpi ini dikenali sebagai takbir iaitu proses menemukan

maknanya menerusi tafsiran lambang atau alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Dalam

karya sastera, memiliki sifat-sifat zahir dan batin atau yang diistilahkan sebagai tersurat dan

tersirat. Sifat zahir atau yang tersurat menjadi penanda untuk memperoleh yang tersirat iaitu

penanda atau alamatnya. Justeru, segala sumber alam yang mendatangkan pengalaman atau

ilham kepada manusia dapat ditafsirkan maknanya melalui tanda-tanda atau lambang-lambang.

SELOKA : SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,

Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,

Aduhai malang Pak Kaduk

Seloka Pak Kaduk bertemakan kebodohan iaitu ketidakmampuan untuk berfikir secara rasional

dalam melakukan sesuatu perbuatan atau bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih


dahulu. Kebodohan yang dilakukan oleh diri sendiri mengakibatkan diri seseorang itu akan

ditimpa nasib malang. Sebagai contoh, kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal


fikiran secara waras menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib malang.



Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir

seseorang individu yang bersikap bodoh atau tidak berfikir dengan matang dalam membuat atau


semasa membuat sesuatu perkara sehingga merugikan diri sendiri dan akhirnya menyesal. Di

samping itu, seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap

permasalahan yang terjadi dalam kelompok masyarakat. Kaedah penyampaian sindiran dan
kritikan diterjemahkan dalam bentuk yang berkias ibarat.



Sikap negatif tersebut perlulah ditinggalkan atau dihapuskan kerana ianya membawa padah

kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa. Kita dianugerahkan dengan akal fikiran yang waras

haruslah berfikir dengan matang dan baik sebelum memutuskan sesuatu perkara yang hendak

dilakukan. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk yang sanggup membunuh isterinya sendiri akibat

tertekan dan tidak dapat kawal emosi apabila ditanya mengenai majlis tersebut dan juadah yang


dihidangkan.

Tumpuan terhadap Seloka Pak Kaduk dikesani terdapat beberapa baris ujaran
menggambarkan elemen satira yang mengandungi nilai kelucuan. Namun, konteks kelucuan
itu bukanlah cerminan utama wadah penyampaiannya, tetapi ia memberi gambaran tentang

nilai kedangkalan akal fikiran yang mendatangkan musibah dan bahana atas perbuatan
tersebut.



Tindakan Pak Kaduk bermudik dalam arus air bertentangan itu mendatangkan kepenatan yang akhirnya

mendatangkan kerugian kepadanya. Perkara ini jelas mencerminkan Pak Kaduk ialahseorang yang tidak

menggunakan akal budi ketika melakukan sesuatu dan membuktikan bahawa Pak Kaduk merupakan orang yang

lurus dan dungu. Meskipun tindakan yang dilakukan itu mencerminkan kelucuan, namun dalam ujaran

tersebut menggambarkan sindiran satira yang mempunyai makna tersirat. Ia bertepatan dengan penjelasan satira

sebagai satu bentuk humor tinggi yang merangkumi mesej eksplisit dan implisit yang
menyumbang kepada konsep ideologi dan propaganda (Athirah, 2015).



Justeru itu, makna sebenar di sebalik ujaran tersebut adalah ingin menyatakan kepada khalayak bahawa jika
melakukan sesuatu perkara tanpa menggunakan akal yang rasional, akan mendatangkan perkara yang sia-sia.

Aplikasi tersebut merupakan bentuk nasihat melalui penyampaian bahasa halus yang memberi dedikasi supaya


melakukan sesuatu perkara menggunakan akal dan berhati-hati agar tidak mengundang musibah kepada diri

sendiri. Pengungkapan secara halus atau sindiran ini bertepatan dengan pandangan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)


(2002), bahawa bahasa melalui kiasan langsung dan tidak langsung merupakan ungkapan bersopan
yang melengkapi ketinggian adab dan kesopanan orang Melayu dari sudut nilai, budaya,
pemikiran dan falsafah (Noor Hasnoor, Eizah & Ahmad Ramizu, 2019).

Kesimpulannya, kebodohan disebabkan oleh sikap terburu-buru, tidak rasional, tidak berfikiran

terbuka, tidak mempunyai kemahiran dan ilmu, dan bertindak mengikut emosi boleh merugikan diri


sendiri serta masyarakat. Sikap panas baran dan bengis Pak Kaduk juga telah menyebabkan dia

kehilangan isterinya. Jelas fakta tersurat yang disampaikan melalui ujaran tersebut berbeza jika

diperincikan melalui kesan sindiran dari gaya bahasa innuendo. seloka merupakan sindiran tajam

terhadap masyarakat yang bertindak sia- sia dan tidak menggunakan kewarasan fikiran dalam

tindakan. Kelemahan membuat keputusan dan tidak menggunakan pertimbangan akal yang waras


akan mendatangkan kerugian.

GURINDAM : DUA BELAS (FASAL KETIGA)

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Gurindam dua belas fasal ketiga ini mengisahkan tentang nasihat memelihara anggota diri. Kita diwajibkan

menjaga anggota diri daripada terjerumus daripada kemaksiatan atau membawa ke arah bertambahnya dosa.


Dalam kehidupan di dunia kita mesti mengetahui hakikat diri kita sebagai hamba. Sesiapa yang mengetahui

dirinya serba kekurangan tentu sahaja seseorang itu memerlukan Allah yang maha berkuasa dalam


menentukan kehidupan di dunia dan seterusnya membawa kejayaan di akhirat dengan memelihara anggota

diri.



Akal budi dalam fasal tiga ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila dalam kehidupan kita,

kita tidak mementingkan kehormatan atau memelihara diri maka hidup kita di dunia ini hanyalah sia-sia

sahaja tanpa ada tujuan hidup kerana orang yang mempunyai tujuan hidup akan mengatur dirinya untuk

menjaga anggota badan daripada berbuat jahat seperti mengelakkan diri daripada terjerumus mengumpat

kehidupan orang lain, menjaga mata daripada melihat perkara yang bukan-bukan dan menjaga telinga


daripada mendengar perkara yang keji atau umpatan orang ramai. Perkara sebegitu perlulah dielak kepada

semua kerana akan mendapat dosa dan kemurkaan Allah.



Dalam erti kata lain, Penglihatan yang dijaga akan mengurangkan keinginan terhadap perkara-perkara yang

negatif. Pendengaran yang dijaga akan terhindar daripada berita yang tidak baik. Seseorang yang menjaga

tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya. Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang

bukan hak kita. Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang. Kehidupan seseorang

perlulah dijalani dengan penuh semangat. Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat


yang maksiat.

Tambahan lagi, pengarang menyatakan sebagai orang islam, kita perlulah menggunakan mata dengan sebaik-

baiknya dan tidak melihat apa-apa perkara yang dilarang oleh Allah, telinga pula dijauhkan daripada


mendengar segala hasutan, jangan mengambil barang yang bukan hak kita serta menjaga kelakuan dan kata-

kata dengan sebaiknya. Masyarakat islam perlu mengamalkan cara hidup yang bercorak keislaman dengan

mengamalkan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala laranga-NYa.


Pemikiran seterusnya ialah budi bahasa bagi seseorang individu dalam menjalani kehidupan. Raja Ali Haji


menggunakan elemen anggota badan dalam menyampaikan pemikiran budi bahasa dalam kehidupan manusia

antaranya mata, telinga, lidah, tangan, perut dan kaki. Hal ini jika diteliti, anggota badan yang dinyatakan

dapat memberi kesan positif kepada individu sekiranya digunakan dengan bermanfaat. Misalnya lidah

digunakan untuk bercakap sesuatu yang baik, pasti memberi manfaat kepada pendengar. Pemikiran budi


bahasa ini secara tidak langsung boleh diamalkan dalam diri masyarakat untuk komunikasi antara satu sama

lain.



Tegasnya, tingkah laku kita ke atas anggota diri kita akan memberi kesan kepada orang lain serta maruah kita

sendiri. Sehubungan dengan itu, elakkanlah diri daripada memikirkan atau ingin merasai perkara yang tidak

berfaedah atau membawa kepada dosa dengan melibatkan anggota badan kita yang akan membawa padah

kelak. Cukuplah mendekatkan diri kita kepada pencipta dengan mendoakan agar dikuatkan iman, istiqamah


dalam mengerjakan amal ibadat dan berbuat baik kepada semua orang serta minta dikuatkan diri supaya tidak

terlibat dalam kancah kemaksiatan.

RUJUKAN :

Ali Ahmad (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Athirah Abdul Rahim. (2015). Satira kesusasteraan dalam konteks sosiobudaya India (India): Kajian

terhadap filem 3 Idiots (2009) dan Pk (2014). UiTM.



Dr. Azman Rahmat, Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Haji Abdul Rani Hassan & Dr.

Hasnah Awang (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan, Selangor.



Hassan Ahmad. 2004. Bahasa Dan Pemikiran Melayu: Tradisi Dan

Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



Hashim Awang (1987). Glosari Mini Kesusasteraan. Fajar Bakti 1987 . Kamus Glosari Istilah

Kesusasteraan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Rusmadi Baharuddin (2003). Pengendalian polisemi kata kerja di dalam kamus bahasa Melayu:
Satu pendekatan linguistik kognitif. Tesis Sarjana yang Tidak Diterbitkan, Program
Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Lingustik, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi



Wan Abdul Kadir (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang- Orang Melayu.

Masfami Enterprise.

SEKIAN TERIMA KASIH :)


Click to View FlipBook Version