The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM 1023 Pengantar Penulisan (P)
Tugasan 3: Penulisan Popular

1. Chuah Xin Qian 269918
2. Cheng Yew Hong 269956
3. Kang Chin Kheng 270796
4. Low Mei Teng 271287

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CK3119, 2022-01-13 04:13:38

Pembelajaran Dalam Talian

SBLM 1023 Pengantar Penulisan (P)
Tugasan 3: Penulisan Popular

1. Chuah Xin Qian 269918
2. Cheng Yew Hong 269956
3. Kang Chin Kheng 270796
4. Low Mei Teng 271287

PENDIDIKAN

Pembelajaran Dalam Talian

JANUARI 2022 | PENULISAN POPULAR | TUGASAN 3

E-MAJALAH


SBLM1023 | PENGANTAR PENULISAN | KUMPULAN P

Dihantar kepada: Disediakan oleh:
Puan Nor Hafidah bt. Ibrahim Kumpulan 1

KANDIUSINGAN

01 Tinta Editor
02 Penghargaan
03 Maklumat Editor

04 Artikel Utama

Pembelajaran Dalam Talian

07 Artikel Sampingan

Saya Suka Kelas Dalam Talian
Kesan Positif Pembelajaran Dalam
Talian Terhadap Pelajar
Pembelajaran Dalam Talian
Menjejaskan Kesihatan Mental Pelajar
Cabaran Terhadap Guru Dalam
Mengajar Secara Dalam Talian

16 Ruangan Kreatif

Puisi "Ilmu di Alam Maya"

18 Berita Semasa

"Capaian Internet Teruk, Belajar

'Online' Tepi Jalan."

"Tiada Peranti Sukarkan

Pembelajaran Dalam Talian."

"Mulakan Pembelajaran dalam Talian

Bukan Kerana Terpaksa, Dipaksa."

"Sejauh Mana Relevan E-

Pembelajaran di Masa Hadapan

23 Ruangan Iklan

TINTA EDITOR

Selamat sejahtera dan selamat menyambut Tahun Baru 2022
diucapkan kepada semua pembaca. Ini adalah kali pertama kami
berempat bekerjasama dalam menghasilkan sebuah E-majalah.
Selepas perbincangan, kumpulan kami membuat keputusan
untuk memilih pendidikan sebagai tema untuk E-majalah ini.
Inspirasi utama kumpulan kami untuk memilih tema ini datang
daripada pengalaman dalam kehidupan dan pembelajaran dalam
talian sejak tercetusnya wabak COVID-19. Ahli kumpulan kami
mempunyai pengalaman dengan pembelajaran dalam talian.
Namun, kami berempat mempunyai perspektif dan pandangan
yang berbeza mengenainya. Oleh itu, E-majalah ini telah
dihasilkan untuk menyampaikan pemikiran kami tentang
pembelajaran dalam talian dengan khalayak yang lebih luas.

01

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kumpulan kami ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami, Puan Nor Hafidah bt.
Ibrahim kerana beliau telah memberi
bantuan dan sokongan kepada kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain
menerangkan secara terperinci bagaimana
tugasan ini dijalankan, beliau juga sentiasa
mengambil berat tentang kemajuan
tugasan kami dan tidak pernah memberi
tekanan kepada pelajarnya.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang pernah memberi sokongan dan
menghulurkan bantuan kepada kami dalam
menghasilkan tugasan ini. Akhir kata, kami
amat menghargai segala bantuan yang
telah dihulurkan supaya tugasan ini dapat
dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

02

Maklumat Editor

CHENG YEW HONG KANG CHIN KHENG
269956 270796

CHUAH XIN QIAN LOW MEI TENG
269918 271287

03

ARTIKE L UTAMA

Pembelajaran
Dalam Talian

Pendidikan
pada

abad ke-21

Pandemik COVID-19 telah memaksa
pelajar untuk membuat perubahan
yang besar dalam cara pembelajaran
pada era yang baharu ini.

04

Pada tahun 2020 yang baru lepas ini,
seluruh dunia terjejas oleh penyakit
Coronavirus (COVID-19), yang menyebabkan
gangguan besar dalam setiap sektor
ekonomi serta sektor pendidikan.
Kebanyakan sistem pendidikan di Malaysia
beralih kepada kaedah pembelajaran dalam
talian, sama ada dijalankan dalam kaedah
segerak atau tak segerak. Oleh itu,
menjadikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran tradisional bukan lagi pilihan
kaedah pembelajaran. Sememangnya,
penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam talian secara sepenuh
masa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah diwajibkan sepanjang pandemik,
khususnya Institusi Pengajian Tinggi.

05

PEMBELAJARAN
DIGITAL

Pembelajaran dalam talian boleh Secara keseluruhannya, terdapat banyak
mencabar pelajar tidak berupaya, kurang
bernasib baik dan terpinggir yang cabaran yang akan dihadapi oleh pelajar
mempunyai sumber terhad dan
kebolehcapaian kepada pembelajaran dalam pembelajaran dari rumah,
dalam talian. Ketidakupayaan untuk
mengakses dan melibatkan diri dalam walaupun pembelajaran dalam talian
pembelajaran dalam talian menyebabkan
perbezaan dan keciciran di kalangan adalah kaedah pembelajaran alternatif
mereka. Pembelajaran dalam talian juga
memerlukan komitmen dan disiplin yang berkesan untuk pelajar dan
pelajar, terutamanya bagi pelajar lemah
yang memerlukan interaksi yang pensyarah. Pihak universiti harus
membolehkan mereka mengukuhkan
kemahiran sosial mereka bertindak sewajarnya sebelum kehilangan

pelanggan (pelajar) mereka akibat wabak

ini. Lebih-lebih lagi, Universiti juga harus

mempertimbangkan pelaksanaan

pengajaran dalam talian secara sepenuh

masa sebagai kaedah baharu untuk proses

pengajaran dan pembelajaran pada masa

yang akan datang.

06

07

Sejak sekolah dan perniagaan mula ditutup pada 18 Mac
2020 semasa pandemik COVID-19, ibu bapa tergesa-gesa
menukar bilik di rumah kepada bilik darjah dan pejabat. Saya
belajar dengan menggunakan meja di dalam ruang tamu
manakala adik pula menggunakan meja di ruang makan untuk
kelas dalam talian. Ibu bapa juga tidak dapat pergi ke pejabat
dan bekerja di rumah. Oleh itu, kami meluangkan sepanjang
masa bersama-sama di rumah.

Sepanjang tempoh ini, saya boleh menyediakan makanan
dan menikmati bersama-sama dengan ahli keluarga saya. Saya
juga boleh mengajar dan membantu adik dari segi
pembelajarannya. Sepanjang tempoh ini, saya dapat
meringankan beban ibu bapa dengan menyiapkan kerja rumah.

Bukan itu sahaja, hubungan kami menjadi lebih erat dan
lebih memahami antara satu sama lain. Sebelum PKP, kami
semua amat sibuk dan tidak berpeluang untuk bergaul dan
berinteraksi. Kini, kami berpeluang untuk menjalankan pelbagai
aktiviti kekeluargaan seperti menonton filem televisyen,
membuat kek dan makan bersama-sama.

Intro To
Writing

CHENG YEW HONG | 8 JANUARI 2022 08



Kesan Positif
Pembelajaran Atas Talian
Terhadap Pelajar

ADAKAH PEMBELAJARAN DALAM
TALIAN MEMBAWA KESAN
POSITIF KEPADA PELAJAR ?

Wabak global COVID-19 telah menjejaskan
kehidupan setiap pelajar serta ekonomi

negara. Tetapi sebenarnya, dari pandangan
positif, ia juga menggalakkan beberapa kesan
positif kepada pelajar. Seperti kebanyakan
kaedah pengajaran, pembelajaran dalam
talian juga mempunyai kesan positif dan
negatifnya sendiri. Memahami kesan positif
dan negatif ini akan membantu pihak institut
menlahirkan strategi untuk penyampaian
pelajaran yang lebih cekap, memastikan
proses pembelajaran yang tidak terganggu
untuk pelajar.

LOW MEI TENG | 9 JANUARI 2022 10

KEBEBASAN MASA FAEDAH
DAN TEMPAT

Faedah pendidikan dalam talian
ialah ia membolehkan pelajar
menghadiri kelas dari mana-mana
lokasi pilihan mereka. Ia juga
membolehkan sekolah menjangkau
rangkaian pelajar yang lebih
meluas, bukannya dihadkan oleh
sempadan geografi. Selain itu,
kuliah dalam talian boleh dirakam,
disimpan dan dikongsi sebagai
bahan rujukan pada masa hadapan.
Ini membolehkan pelajar
mengakses bahan pembelajaran
pada masa dan tempat yang selesa.

KOS PEMBELAJARAN

MANFAAT YANG LEBIH RENDAH

Kelebihan kedua adalah pembelajaran

dalam talian ialah kos pendidikan

yang lebih rendah. Kos pendidikan

dalam talian jauh lebih berpatutan

berbanding pembelajaran fizikal. Ini

kerana pembelajaran dalam talian

tidak mempunyai kos pengangkutan

pelajar, makanan pelajar, dan yang

paling penting, hartanah. Selain itu,

semua kursus atau bahan pengajian

boleh didapati dalam talian, sekali

gus mewujudkan persekitaran

pembelajaran tanpa kertas yang lebih

berpatutan, di samping memberi

manfaat kepada alam sekitar.

11 LOW MEI TENG | 9 JANUARI 2022

Pembelajaran Dalam
Talian Menjejaskan
Kesihatan Mental Pelajar

Sejak Mac 2020, untuk mengelakkan
penularan wabak COVID-19, banyak
institusi pendidikan telah bertukar
kepada kaedah pengajaran dalam talian
tanpa persediaan yang sewajarnya.
Interaksi sosial yang bermakna hilang
dengan kelas bersemuka. Situasi ini
telah memaksa pelajar menukar rutin
mereka untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran pembelajaran
baharu dan membiasakan diri untuk
duduk di hadapan skrin sepanjang hari.

Kesihatan Selain itu, untuk menggantikan
mental pelajar peperiksaan akhir tahun, jumlah kerja
perlu dijaga rumah dalam pembelajaran dalam
talian telah meningkat. Kelas dalam
talian telah menjadikan tekanan emosi
sebagai perkara yang biasa bagi
kebanyakan pelajar. Ramai pelajar
terutamanya pelajar universiti perlu
belajar sehingga pukul dua pagi untuk
menyiapkan tugasan yang telah diberi.
Pembelajaran dalam talian bukan
sahaja menjejaskan gred pelajar tetapi
juga kesihatan mental mereka.

CHUAH XIN QIAN | 10 JANUARI 2022 12

Cara untuk menjaga Pelajar tidak seharusnya mengabaikan
kesihatan mental kesihatan mental mereka semasa memberi
tumpuan kepada pembelajaran mereka.
semasa pembelajaran Keadaan mental yang baik boleh membantu
dalam talian mereka belajar dengan lebih cekap.

1. Menggalakkan tabiat hidup sihat
Pelajar perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidur dengan
cukup. Dengan mengikuti tabiat hidup yang sihat, pelajar akan mendapati
mood, produktiviti dan kesihatan mental akan bertambah baik.

2. Membuat jadual waktu
Jadual waktu yang jelas boleh membantu pelajar menyiapkan kerja tepat
pada masa dan mengelakkan penangguhan. Apabila pelajar mematuhi
jadual waktu belajar, mereka berasa lebih produktif dan kurang tertekan.

3. Menggalakkan aktiviti fizikal
Pelajar boleh mengelakkan keletihan emosi dan mental semasa menjalani
aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal membantu memecahkan kitaran negatif yang
dikaitkan dengan kemurungan dan kebimbangan.

CHUAH XIN QIAN | 10 JANUARI 2022 13

Merujuk kepada persis kata orang tua-tua iaitu
“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara".
Oleh itu, sekiranya kita ingin mengharapkan negara
Malaysia menjadi negara yang maju pada masa
hadapan, maka kita perlu menuju pencapaian
dengan melahirkan pemuda-pemudi yang holistik
pada hari ini. Tidak boleh dinafikan bahawa
golongan pelajar merupakan tunjang utama dalam
penggerak arus pendidikan negara. Justeru, pelajar
juga dikenali sebagai golongan yang signifikan dalam
mengisi rancangan transformasi bagi negara kita
pada hari ini. Ia sudah ditentukan sebagai cabaran
terbesar di mana setiap pelajar harus mengikut
setiap kali berlakunya perubahan yang dilaksanakan
dalam sistem atau kurikulum pendidikan negara
Malaysia. Hal ini bersangkut-paut dengan
kewujudan isu semasa yang paling hangat setakat ini
dalam konteks pendidikan iaitu setiap pelajar perlu
belajar secara dalam talian.

Akan tetapi, pada pandangan saya, masyarakat pada
hari ini terlalu memfokuskan perhatian terhadap
pencapaian pelajar maka kita telah mengabaikan
kepentingan peranan guru. Walaupun kita mengetahui
semua pihak mempunyai peranan masing-masing
untuk melahirkan generasi muda seperti digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kita
seharusnya peka dan prihatin terhadap cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam mengendalikan P&P dalam
talian. Guru mempunyai tanggungjawab yang sangat
mencabar. Ternyatalah bahawa setiap ahli masyarakat
pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh
guru. Oleh itu, kehidupan norma baharu ini disebabkan
oleh wabak pandemik Covid-19 telah membebankan
guru dan tugas seseorang guru menjadi lebih
mencabar.

KANG CHIN KHENG | 11 JANUARI 2022 14

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU:

Guru perlu menyesuaikan diri dalam
mengimplementasikan penggunaan alat teknologi

dalam sesi pengajaran.

Guru perlu mencipta kaedah, teknik, strategi, dan
pendekatan pengajaran yang sesuai dalam

menghasilkan bahan pengajaran di samping mudah
untuk difahami dan diikuti oleh pelajar.

Guru seharusnya menumpukan perhatian kepada
kalangan murid Tahun 1 hingga 3.

Murid dalam katego
ri ini memerlukan bahan

pengajaran yang lebih mudah dan tidak
kompleks oleh pelajar

Guru menghadapi tekanan dan bebanan tugas yang tinggi dan
mengakibatkan mereka kurang motivasi untuk mencapai
prestasi cemerlang
Murid belajar secara dala
m talian menyebabkan mereka

perlu bekerja di rumah, kewujudan kekangan masa dan
gangguan daripada anak-anak sendiri

Para pendidik merupakan pihak yang paling utama dalam memastikan semua
pelajar diberi peluang untuk mendapat pembelajaran yang paling kondusif dan
efektif terutamanya dalam norma baharu ini iaitu pembelajaran secara dalam talian.
Oleh itu, sumbangan guru sepatutnya perlu dipandang berat khususnya mereka
mencuba sedaya upaya dalam mendepani cabaran pembelajaran dalam talian.
Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak mestilah memahami dan menghayati
kepelbagaian dimensi tugas yang dimiliki oleh seseorang pendidik. Guru juga ialah
seorang manusia yang biasa dan mempunyai kehidupan tersendiri. Oleh itu, kita
perlu menyokong dan memotivasikan semua pendidik dalam bidang perguruan
supaya mereka boleh bertugas sebagai seorang guru dengan sewajarnya.

15

KANG CHIN KHENG | 11 JANUARI 2022

RUANGAN
KREATIF

16

17

BERITA
SEMASA

18

19

20

Wabak penularan Covid-19 ini telah mengakibatkan guru
dan pelajar perlu mengadakan sesi pengajaran dan

pembelajaran secara dalam talian. Namun jika kita lihat
sebenarnya, kita dapat mengenal pasti pembelajaran di
rumah bukan satu perkara yang sukar dilaksanakan oleh
mereka kerana mereka telah mempraktikkan sejak lama lagi
sebelum berlaku pandemik. Oleh hal yang demikian, setiap

guru dan pelajar perlu membiasakan diri dengan
menggunakan aplikasi digital. Hal ini kerana kemahiran
dalam penggunaan alatan digital boleh memudahkan sesi

pembelajaran terutamanya dalam situasi norma
pembelajaran baharu ini.





Peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak-
anak sendiri mampu melaksanakan tugasan dalam talian

secara kendiri dan menyediakan ruang yang kondusif
kepada anak sendiri. Sebenarnya, pelajar belajar secara
dalam talian mampu melatih mereka dalam pengurusan
waktu dengan lebih efektif. Kita perlu sentiasa ingatkan
secara dalam hati iaitu setiap perkara yang berlaku sudah
tentu mempunyai hikmahnya tersendiri. Jadi, kita semua
mulakan hari dengan mengamalkan fikiran positif dan
bersemangat semasa belajar dalam talian. Salah satu contoh

yang diketengahkan iaitu kita perlu berasa gembira,
bukanlah terpaksa dan dipaksa.

21

22

RUANGAN
IKLAN

23

SBLM1023 | PENGANTAR PENULISAN | KUMPULAN P

Ul annatjtuuaktuwmsleialabyakaSlhruauimsblbaauamtndgai !in PROMOSI, PROMOSI!!!!
HARGA BUKU RUJUKAN BAGI
SETIAP SUBJEK SPM DALAM

SASBADI MEMPUNYAI
40% DISKAUN!!!

24

UNTUK UMUR

4+

Pembekal pendidikan kanak-kanak TERBESAR DI DUNIA.

PDSEAERCFCTAUARMRAA

Apa yang anak anda akan belajar? PROGRAM DITAWARKAN:

kebolehan pengiraan dan membaca Matematik
penumpuan Bahasa Inggeris
tabiat belajar dan membaca harian
keyakinan untuk belajar secara
berdikari

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 25

Kumon Jalan Pegawai Alor Setar
012-470 0026

POPULAR HOLDINGS  |  MALAYSIA  |  JANUARY

26

3KM9u:0ali0rmcphLaT-agTaM1nier0-damik9msMh:pa0:aaa:0rrt:ckmhCa2ela0n2mt2ral

27


Click to View FlipBook Version