The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

12 Makanan Tradisional Kaum India Unik Dan Terbaik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sab.alias, 2021-11-01 11:32:22

PAMERAN BERTEMA DEEPAVALI

12 Makanan Tradisional Kaum India Unik Dan Terbaik

PAMERAN BERTEMA
DEEPAVALI

12 Makanan
Tradisional
Kaum India
Unik Dan Terbaik

Disediakan oleh: PUSTAKA ILMU SRIKANDI
SEMEKAR

#1. Murukku
Murukku antara makanan tradisional
masyarakat India. Sebut sahaja Namanya pasti
ramai mengenalinya. Ia antara makanan
ringan yang sangat digemari ramai.
Selain nama marukku, ia turut dikenali dengan
nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk
menghasilkan kuih ini adalah urad dhal, tepung
kacang tosai dan tepung beras.
Murukku biasanya berbentuk bulatan atau
berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan
khas dengan menekan tepung yang telah uli
atau cara pemutaran.
Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah
ratus yang sedikit pedas membuatkan ia
menjadi pilihan ramai menjelang hari – hari
perayaan.

#2. Tosai
Tosai, ada juga yang menggelarnya dosa, dosai,
dosay, dose, dhosha, thosai atau juga chakuli.
Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee
dan sebagainya.
Makanan ini sering dinikmati hampir kesemua rakyat
Malaysia terutamanya kaum India. Ia boleh didapati
di restoran mamak dan juga restoran India.
Ia sering menjadi hidangan sarapan dan juga makan
malam dan ianya kaya dengan sumber karbohidrat
dan juga protein. Tosai biasanya dimakan bersama
sambal kelapa, kari kambing atau juga kari ayam.

#3. Idli
Idli merupakan kuih yang juga berasal dari
India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti
sanna, rave atau sambar idli.
Idli boleh dimakan semasa sarapan pagi
mahupun sebagai makanan ringan. Bahan
utama untuk menghasilkan idli ini adalah
vigna mungo dan juga nasi.

#4. Putu Mayam
Putu mayam antara makanan tradisional India yang
mendapat sambutan mengalakkan dari semua
bangsa dan tidak mengira umur. Kuih ini diperbuat
dari tepung beras atau tepung idiyappam bersama
air ataupun santan.
Untuk menghasilkan putu mayam, ia akan dibentuk
menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke
dalam acuan yang ditekan bagi menghasilkan
bentuk seperti mee halus. Putu mayam dimakan
bersama kelapa parut, gula perang / gula Melaka
dan juga gula pasir.
Hidangan ini biasanya dijual di kaki – kaki lima
sebagai makanan jalanan dan juga boleh didapati di
pasar – pasar malam tempatan. Ia sesuai dijadikan
sarapan pagi dan juga minum petang.

#5. Vadai
Vadai merupakan sejenis makanan
tradisional kaum India. Ia mempunyai dua
versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai.
Paruppu vadai biasanya diperbuat daripada
kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari,

serta bawang merah.
Ulunthu vadai pula diperbuat daripada
tebung beras dan berbentuk roda dan
berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya
dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu
digoreng dengan minyak yang banyak.
Kedua – dua vadai ini begitu enak dimakan

semasa minum petang.

#6. Nasi Daun Pisang
Nasi daun pisang antara makanan tradisi yang masih kekal sehingga hari ini. Masyarakat India

sering menggunakan daun pisang sebagai alas makanan pengganti pinggan.
Ia dipercayai boleh membantu system penghadaman seseorang. Nasi daun pisang ini akan
dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran, kari ikan mahupun daging, jeruk dan juga papadom.
Hidangan ini biasanya diletakkan dengan kuah kari sahaja tanpa daging kerana nasi daun pisang
ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Biasanya untuk menikmati hidangan

ini adalah dengan menggunakan tangan bagi mengekalkan tradisi masyarakat ini.

#7. Biryani
Ada yang menyebutnya biryani, beryani, biriani
mahupun nasi briyani. Ia antara hidangan masyarakat
India yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus
bermula dengan ketumbar hinggalah buah
pelaga.Biasanya hidangan menggunakan beras
basmathi yang memiliki ciri – ciri khas.
Hidangan ini sering dimakan bersama kari kambing
mahupun kurma.

#8. Ayam Tandoori
Ayam tandoori sememangnya terkenal di mana jua,
sama popular dengan nasi beriyani. Ia digelar ayam
tandoori kerana proses memasaknya yang bernama
tandoori.
Sebelum ayam dipanggang dalam oven, ia akan perap
terlebih dahulu dengan rempah ratus yang telah
dikhaskan. Ia kemudiannya dipanggang dengan suhu
yang sangat tinggi sehingga mencapai 300 darjah
Celsius.
Bahan – bahan yang digunakan sebagai perapan
adalah seperti minyak mustard, garam masala,
garam, yoghurt, serbuk ketumbak, serbuk cili, serbuk
jintan serta rempah khas India iaitu kasoori merthi.
Ayam tandoori enak dimakan bersama roti naan, atau
nasi beriani. Hidangan ini juga cukup terkenal di
serata dunia.

#9. Athirasam
Athirasam merupakan salah satu makanan
yang wajib ada yang disediakan bersama

kuih – muih tradisi yang lain. Ia
merupakan makanan tradisi yang telah
wujud sejak abad ke-16 di Tamil Nadu.
Athirasam sering disajikan semasa majlis
– majlis utama seperti majlis keagamaan
dan juga perkahwinan. Ia seakan kuih
peneram jika di Malaysia, namun cara
penyediaannya sedikit berbeza.

#10. Laddu
Laddu atau juga disebut laddoo merupakan manisan

tradisional India yang berbentuk seakan bebola
berasal dari benua India. Nama manisan ini berasal

dari Bahasa Sanskrit Lattika.
Laddu diperbuat dari tepung, minyak sapi atau
mentega serta gula. Ia turut dicampurkan dengan

kekacang mahupun kismis kering.
Biasanya laddu ini disajikan semasa majlis – majlis

perayaan atau majlis keagamaan.

#11. Nei Urundai
Nei urundai merupakan manisan masyarakat India. Ia sangat digemari oleh

kanak – kanak kerana biasanya golongan ini gemar makanan manis.
Manisan ini diperbuat dari tepung kacang dhal, minyak sapi, rempah serta buah

kismis. Setelah manisan ini siap dimasak, ia akan dibentukkan dengan bentuk
bebola dan dibungkus dalam kertas warna.

#12. Gulab Jamun
Gulab jamun merupakan manisan atau pencuci mulut yang sangat terkenal di India. Hidangan

ini memiliki rasa yang sangat manis.
Gulab jamun diperbuat daripada susu yang dibentuk bulat. Bagi memberi rasa manis, bebola

susu ini akan direndam dalam sirap gula yang sangat manis.
Rasanya yang sederhana membuatkan ia boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

SUMBER RUJUKAN:

https://saji.my/makanan-
tradisional-india/


Click to View FlipBook Version