The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-76333898, 2021-03-09 19:32:42

PERLEMBAGAAN KKGS

PINDAAN 2020

Keywords: KELAB GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING

PERLEMBAGAAN
KELAB KEBAJIKAN GURU
DAN STAF

(PINDAAN TAHUN 2020)

2020

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN
KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF

SMK DUSUN NANDING,
HULU LANGAT, SELANGOR
KANDUNGAN
FASAL 1 : NAMA
FASAL 2 : TEMPAT URUSAN
FASAL 3 : TUJUAN / OBJEKTIF
FASAL 4 : KEAHLIAN
FASAL 5 : YURAN KEAHLIAN
FASAL 6 : DANA / KEWANGAN KELAB
FASAL 7 : HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI
FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 9 . MESYUARAT AGUNG
FASAL 10 : JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI
FASAL I I : PEMERIKSA KIRA-KIRA (JURUAUDIT)
FASAL 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 13 : LARANGAN
FASAL 14 : PEMBUBARAN
FASAL 15:PENJELASAN

1

KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKI TANGAN
SMK DUSUN NANDING
43100 HULU LANGAT, SELANGOR

PERLEMBAGAAN

FASAL 1 NAMA Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Dusu Nanding, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Selepas ini disebut "KKGK SMKDN"

FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan "KKGK SMKDN" ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding, KM 17, Jalan Hulu Langat, 43100
Hulu Langat. Selangor Darul Ehsan.

FASAL 3 TUJUAN / OBJEKTIF Tujuan"KKGK SMKDN" ialah: -

3.1 Memberikan satu saluran berkuasa kepada guru-guru untuk menyuarakan pendapat
mereka berkaitan dengan hal kebajikan ahli-ahli.

3.2 Meningkatkan keharmonian dan kerjasama di kalangan semua guru.

3.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang membawa ke arah semangat kekitaan (esprit de
corp).

3.4 Mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang.

3.5 Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal ikhtisas, sosial dan kebudayaan di
kalangan ahli.

FASAL 4 KEAHLIAN Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap di
sekolah ini adalah secara automatik menjadi ahli KKGK SMKDN. Tarikh keahlian
adalah tarikh guru melaporkan diri di SMKDN.

FASAL 5 YURAN KEAHLIAN

5.1 Semua ahli (guru) wajib membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM 180.00.
(Ringgit : Satu Ratus Lapan Puluh sahaja)

5.2 Semua ahli (kakitangan) wajib membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM
130.00. (Ringgit: Satu Ratus Tiga Puluh Sahaja)

5.3 Kutipan yuran dibuat tiga (3) kali setahun.

2

FASAL 6 DANA / KEWANGAN KELAB

6.1 Kutipan yuran dan kumpulan wang bagi kelab hanya boleh digunakan untuk
membiayai aktiviti kelab sahaja.

6.2 Kelab berhak menerima dan mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain lain
dari mana-mana pihak.

6.3 Segala perbelanjaan hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari.

6.4 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta penyata pendapatan
dan perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa
oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembangaan ini
dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan
yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk
makluman semua ahli.

6.5 Tahun kewangan "KKGK SMKDN" ini bermula dari lhb Januari dan berakhir pada
bulan Disember tiap-tiap tahun. (Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi persekolahan
baru).

FASAL 7 HAK DAN GANJARAN UNTUK AHLI

7.1 Ahli-ahli berhak menikmati semua kemudahan yang mampu disediakan oleh "KKGK
SMKDN".

7.2 Semua ahli berhak:

7.2.1 Mengundi untuk memilih ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi di peringkat
sekolah;

7.2.2 Memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Tertinggi.

7.2.3 Mencadang dan meminda sesuatu usul.

7.3 Setiap ahli juga berhak mendapat ganjaran seperti berikut: BIL PERKARA
PERUNTUKAN CATATAN

7.3.1 Berpindah sekolah RM 50.00 (1 hingga 5 thn) RM 70.00 (6 hingga 9 thn) RM
90.00 (10 tahun atau lebih) Tambah dengan kutipan edaran

3

7.3.2 Perkahwinan - Guru & Kakitangan (kali pertama sahaja) - Anak (ada
jemputan) RM120.00 Tambah dengan kutipan edaran.

7.3.3 Kelahiran (bagi anak pertama yang dilahirkan semasa di SMKDN) RM 50.00
Tambah dengan kutipan edaran Anak Kedua dan Seterusnya dengan
kutipan edaran

7.3.4 Kematian - Guru & Kakitangan - Waris terdekat (pasangan, anak, ibu, bapa)
Mentua RM100.00; RM50.00 Tambah debgan kutipan edaran.

7.3.5 Kenduri (ada jemputan) - tahlil / arwah - aqiqah - berkhatan - kesyukuran
kutipan edaran (setiap ahli diberi sekali sahaja)

7.3.6 Sakit / kemalangan - masuk wad (kecuali bersalin) RM 70.00 Tambah
dengan kutipan edaran

7.3.7 Haji / Umrah ( sekali sahaja bagi setiap ahli) kutipan edaran

7.3.8 Bersara - (berkhidmat di SMKDN 1-5 tahun) - (berkhidmat di SMKDN 5-10
tahun) - (berkhidmat di SMKDN lebih 10 tahun) RM 50.00 RM 70.00 RM
100.00 Tambah dengan kutipan edaran.

7.4 Satu salinan perlembagaan kelab ini akan diserahkan kepada Pengetua dan satu
salinan ditampal pada papan kenyataan Kelab Guru.

FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

8.1 Seseorang yang telah membayar yuran keahliannya dan tidak lagi berkhidmat di
sekolah ini atas sebab perpindahan atau bersara, berhak menghadiri jamuan akhir
tahun dalam tahun semasa.

8.2 Seseorang yang gagal membayar yuran keahlian sepenuhnya tidak akan mendapat
sebarang manfaat daripada KKGK pada tahun semasa.

8.3 Seseorang ahli boleh ditamatkan keahliannya sekiranya ahli itu dikeluarkan dari
sekolah ini atas sebab telah dihukum di Mahkamah.

8.4 Seseorang yang tamat keahliannya tidak berhak terhadap tuntutan, hak milik dan
tabung / dana "KKGK SMKDN".

4

FASAL 9 MESYUARAT AGUNG

9.1 Pengelolaan "KKGK SMKDN" ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.

9.2 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa Tertinggi, hendaklah hadir dan
diterima mencukupi korum untuk mesyuarat, bagi mengesahkan perjalanan
mesyuarat.

9.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi "KKGK SMKDN" hendaklah diadakan dengan
secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan pada / sebelum tarikh
mesyuarat guru pertama sesi akademik baru. Masa dan tempat Mesyuarat Agung
ditetapkan oleh pihak pentadbir.

9.4 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

9.4.1 Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi
tahun lalu.

9.4.2 Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Pemeriksa Kira-kira untuk
tahun yang akan datang . AJK sedia ada tidak boleh dilantik / dipilih semula
untuk tahun berikutnya.

9.4.3 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

FASAL 10 KEWAJIPAN JAWATANKUASA KERJA TERTINGGI

10.1 Pengerusi

10.1.1 Menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Tertinggi dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat.

10.1.2 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan.

10.2 Naib Pengerusi

10.2.1 Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan.

10.2.2 Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi di sekolah dan
mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi.
5

10.3 Setiausaha
10.3.1 Menjalankan kerja pentadbiran "KKGK SMKDN" mengikut perlembagaan.
10.3.2 Hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa
Kerja Tertinggi.
10.3.3 Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan
semua buku, surat dan kertas, kecuali akaun dan buku-buku kewangan.

10.4 Bendahari
10.4.1 Bertanggungjawab ke atas semua hal ehwal Kewangan "KKGK SMKDN".
10.4.2 Hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

10.5 Penolong Bendahari
10.5.1 Membantu menjalankan semua tugas Bendahari, terutama sekali semasa
ketiadaannya.

10.6 Ahli Jawatankuasa Biasa
10.6.1 AJK terdiri daripada 7 orang ahli termasuk seorang daripadanya adalah
kakitangan.
10.6.2 Hendaklah membantu Jawatankuasa Kerja Tertinggi dalam menjalankan
semua tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA (JURUAUDIT)
11.1 Seorang pengawai yang bukan ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh dilantik

dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Dia akan
memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
FASAL 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Pindaan perlembagaan mengenai mana-mana hanya boleh dilakukan dengan
persetujuan dua per tiga (2/3) kehadiran Mesyuarat Guru (memenuhi korum).

6

FASAL 13 LARANGAN
13.1 Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama kelab Guru untuk sebarang

tujuan tanpa pengetahuan dan kelulusan kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.
13.2 Mana-mana pihak tidak dibenarkan membuat keputusan untuk menggunakan

wang KKGK tanpa persetujuan dari Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan.
FASAL 14 PEMBUBARAN
14.1 Pembubaran hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Guru Pertama sesi

persekolahan baru.
14.2 Penyerahan tugas AJK harus dilakukan secara rasmi pada Mesyuarat Guru

Pertama sesi persekolahan baru.
14.3 Semua fail Setiausaha dan Bendahari harus dikemaskini dan Laporan Kewangan

harus dibentangkan pada Mesyuarat Guru Pertama sesi persekolahan baru
sebelum penyerahan tugas kepada AJK baru.
FASAL 15 PENJELASAN
Jika timbul sesuatu perkara yang luar daripada peraturan-peraturan di atas, yang tidak
diterangkan dengan jelas, Jawatankuasa Kerja Tertinggi akan menggunakan keputusan
kuasanya untuk memberi keterangan mereka sendiri dan keputusan itu akan
melibatkan semua ahli-ahli kecuali mendapat tentangan dari Mesyuarat Agung yang
akan diadakan kelak.

7


Click to View FlipBook Version