The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9626008, 2021-06-20 05:27:45

Bola baling

Bola baling

CARTA ORGANISASI
KELAB BOLA BALING

LIM RAYMOND SHEU HENG A17



KELAB BOLA BALING JADUAL AKTIVITI SESI
2020/2021

Aktiviti Bulan Tempat Tindakan Catatan
Kuiz tentang Kemahiran Bola Ogos PIKeBM
Baling Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat
PIKeBM
Penilaian Gerko September Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2021 Oktober PIKeBM
Aktiviti Suai Kenal Januari Gerko Maya atas Talian AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Februari PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Mac Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling April PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Mei Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Jun PIKeBM
Latihan Teknik Bola baling Julai Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat PIKeBM
Kuiz tentang Bola Baling Ogos PIKeBM
Penilaian Gerko Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat
September PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru 2022 Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat
Oktober
Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat

Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat

Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat

Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat

Padang Sekolah AJK dan Guru Penasihat

TARIKH AKTIVITI OGOS 2020-JUN2021

Gambar Aktiviti





Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola baling Eropah atau bola baling Olimpiialah sukan berpasukan di mana
dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain gelanggang luar dan penjaga gawang) menghantar bola
menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri
daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol menang.

PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang
diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan).
Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang
terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur,
40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang
sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam
tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah
1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan
gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan
tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g
hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50
cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu
perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF
(Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik
yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but.
Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada
pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak
dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-
pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor
lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang
dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh.
Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus menggocek, menjaring,
menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas.
Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.
HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil
tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah i berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring
tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah
penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan

pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah bola patut di baling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang
menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya
diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika
membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu
fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep –
konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak
tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan
bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan
menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan
dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran at
hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang
bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki
dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran
rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di
belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah
dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur
untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan
daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memperhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah
lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah
dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan
hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul
bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor
berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di
belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah,
satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran
tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di
belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan
dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol
berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam suatu permainan bola
baling adalah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat
dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya
ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan
agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang
ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak
memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini
juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala adalah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang
berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke
sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah atas bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain diletakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting adalah dalam jaringan lompat ialah pemain
perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun
jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan
ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan
dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada
kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini
amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan
lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah
palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain
yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki
kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan
bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat
menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan
memerlukan pemain membungkukkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi

garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memperhatikan kemungkinan
pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya
keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains
yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak
dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas
dan daya adalah untuk menambah kelajuan suatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala,
p1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga
diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya
yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan
ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam
kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa
daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan
pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada
objek adalah kurang.

LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu
kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Pergantian pemain boleh
dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
aha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke
tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan
gol.
10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan.

REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah.
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak. Peralatan yang
diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil
diperlukan untuk mengawal permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, menggocek bola dengan tangan, mengadang,
menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam kemahiran
hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul
untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah
sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola diayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang
diperlukan untuk memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat
dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.


Click to View FlipBook Version