The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Norazian, 2023-06-06 23:43:24

Inventori Minat Kerjaya

Inventori Minat Kerjaya

4.Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya ( IMK ) merupakan salah satu ujian psikometrik yang menentukan minat kerjaya seseorang. Pemilihan kerjaya seseorang individu adalah berdasarkan personaliti dan beberapa angkubah lain yang terdapat pada latar belakang pekerjaan itu (Holland 1973 ). Menurut Holland (1985 ),kepuasan dalam pemilihan sesuatu pekerjaan adalah mengikut kesukaan orientasi peribadinya sendiri. Ini bermakna kepuasan dalam pekerjaan akan tercapai apabila individu memilih kerjaya selaras dengan personaliti dan persekitarannya. Kepuasan akan tercapai apabila seseorang individu itu mewujudkan satu orientasi pekerjaan yang kukuh. Sekiranya orientasi pekerjaan yang dibina berbelah bahagi,kemungkinan kepuasan yang dicapainya akan berkurangan. Sumber: Infografik google Inventori Minat Kerjaya (IMK) 4.1 Teori Instrumen Inventori Minat Kerjaya (IMK) dibina berasaskan Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Teori ini menumpukan kepada aspek personality peribadi dan tingkahlaku dalam persekitaran kerjaya. Teori Holland dapat menunjukkan perkaitan antara minat manusia dengan persekitaran kerja. Teori ini telah dibahagi kepda 6 kumpulan personality individu iaitu Realistik, Investigatif, Artistik,Sosial Enterprise dan Konvensional. Asas yang digunakan dalam teori ini ialah : i) Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personality individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan. ii) Minat seseorang itu lahir daripada personality. iii) Individu daripada jenis persekitaran pekerjaan yang sama mempunyai persamaaan dari segi pola personality. iv) Keselarasan antara personality dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja,pencapaian,kestabilan dan kepuasan kerja. Teori Tipologi Holland (1996 ) mengutarakan empat andaian iaitu :


i) Semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jenis personality iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial, Enterprise (E), dan Konvensional (K). Setiap personality terhasil daripada ciri-ciri interaksi antara pelbagai kebudayaan, keturunan dan desakan individu termasuklah rakan sebaya, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal. Situasi yang demikian akan menimbulkan minat dalam kalangan individu. ii) Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personality individu dan didominasi oleh jenis personality tertentu iaitu Realistik(R) , Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprise (E), dan Konvensional (K). Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ailah RIASEK. iii) Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personality yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai. Individu akan merasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya individu yang mempunyai personality realistic akan merasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitranan realistic juga. iv) Tingkahlaku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personality dan kriteria-kriteria persekitarannya secara tidak langsung kita akan dapat meramal beberapa perkara berkaitan pemilihan kerjaya,pencapaian kerjaya,kompetensi,tingkahlaku pendididkan dan social serta pertukaran pekerjaan. (Rujukan : Manual Pentaksiran Psikometrik Lembaga peperiksaan KPM ) 4.2 Instrumen : Inventori Minat Kerjaya ( IMK ) mempunyai dua komponen iaitu Inventori Kesukaan dan Inventori Pekerjaan. IMK telah diuji sah ke atas 1000 murid Tingkatan 1 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia dari 5 April 2012 hinggan 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat nilai kebolehpercayaan dan kesahan item ( Cresswell, 2005 ). Item-item ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach >0.8 ( Hair,Black & Babin,2010 ). Ujian IMK mengandungi 6 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item pekerjaan . (Manual Pentaksiran Psikometrik Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia ) Pentadbiran inventori ini hendaklah dilaksanakan di bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Inventori perlu diselesaikan dalam tempoh 20-30 minit. Pengambilan ujian ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama. Pengiraan : Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin kebolehpercayaan skor. Borang IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrument ini ,mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Sementara 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut : i. Pada lajur pertama pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditandai Y sahaja iaitu dari nombor 1-10 dan 61-70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang yang bertanda R ii. Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua,ketiga,keempat.kelima dan keenam Lajur 2 – I Lajur 3 – A Lajur 4 – S Lajur 5 – E Lajur 6 – K


iii. Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi dan masukkan ke dalam jadual dibahagian bawah borang jawapan. iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya. (Rujukan : Manual Pentaksiran Psikometrik Lembaga peperiksaan KPM) 4.3 Carta Alir Murid dikumpulkan Edaran inventori dan borang jawapan Penerangan Murid menjawab soalan Pengiraan skor Pengisian skor dlm borang profil psikometrik (BPP) Pentaksiran skor Penyimpanan fail BPP


4.4 Penerangan Konstruk 4.4.1 Realistik Persekitaran pekerjaan Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,peralatan,mesin,haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Ciri-ciri personaliti Praktikal,mekanikal,materialistic,suka menggunakan peralatan dan mesin,introvert,akur,natural(semulajadi),berhemah,tulen, tegas, berprinsip, bersifat kelakian, pendiam, kurang bersosial,berjiwa kental,berterus terang,berjimat cermat dan stabil. Contoh pekerjaan Sesuai bekerja dalam bidang kejuruteraan atau mekanikal. Contoh pekerjaan : jurutera awam, mekanik,jurugambar,operator mesin,pengaturcara computer,animator,juruterbang,ahli radiologi,pustakawan,chef,atlet,ahli bomba,pemandu, tentera,operator mesin,mekanik,ahli perkebunan dan pembuat perabot. 4.4.2 Investigatif Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelididk,saintifik,intelektual,analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian,mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat,saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Ciri-ciri personaliti Pemerhati,analitikal,rasional,teliti,intelektual,introvert,optimistic,ingin tahu,teoris,jitu,sentiasa berwaspada,pasif, sangat terperinci,rasional,suka berfikir. Contoh pekerjaan Cenderung memilih kerjaya dalam bidang saintifikdan bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, ahli farmasi, psikiatrik, ahli ekonomi, ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi,penyelidik sains,angkasawan,ahli antropologi,professor,guru sains dan matematik.


4.4.3 Artistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi,ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistic. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur,tidak rutin dan tidak berulang-ulang . Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Ciri-ciri personaliti Imaginative,intuitif, estetika, emosional,reflektif,tulen,sensitive,idealistic,kreatif,bersikap bebas. Contoh pekerjaan Individu artistic selalunya memilih kerjaya sebagai arkitek, pelukis, pelakon,penulis, pereka hiasan dalaman, pereka grafik, wartawan, penulis seni kreatif,artis,pemimpin orchestra, penggubah lagu,pengarang,pelukis,kartunis,pereka fesyen,jurufoto dan jurusolek. 4.4.4 Sosial Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi ,kolaborasi, Kerjasama,saling membantu,melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah social. Ciri-ciri personaliti Sosial,suka menolong,bekerjasama,mesra,peramah,pemurah,sabar,ekstrovert,empati,baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai,memujuk,memahami dan bijaksana. Contoh pekerjaan Individu sosial suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Contoh kerjaya ,guru,kaunselor,pensyarah, pegawai perhubungan awam,penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedic, pramugari/pramugara dan pemandu pelancong. 4.4.5 Enterprise Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan,perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah,memimpin dan mengurus individu individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Ciri-ciri personaliti Ciri kepimpinan,sukakan pencapaian,bertenaga,daya pujuk yang tinggi,suka mempengaruhi,kebolehan manipulasi,suka meneroka( adventurous), yakin diri,optimistic,mudah mesra,berwawasan,bercita-cita tinggi,berusaha,social,suka menonjol diri,ekstrovert dan bijak berkomunikasi.


Contoh pekerjaan Matlamat individu enterprise adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan juga ekonomi. Contoh pekerjaan bagi individu ini adalah sebagai usahawan, pengarah syarikat, speculator,eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran,agen insuran,peguam,ahli politik, pengurus hotel,pengurus bank,jurulatih dan agen pelancongan. 4.4.6 Konvensional Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data,nombor dan kerja-kerja pengkeranian. Melakukan kerja secara terperinci,mengikut peraturan dan arahan. Ciri-ciri personaliti Berstruktur tinggi,teliti,daya tahan tinggi, akur, praktikal,mengikut aturan,defensive,menurut perintah,cermat,cekap dan rutin Contoh pekerjaan Contoh kerjaya yang selalu diceburi oleh individu konvensional adalah akauntan,setiausaha,kerana,juruaudit,guru perdagangan/perakaunan,pegawai bank,jurutrengkas,pegawai cukai, operator computer,penilai harta,juruwang,pegawai perangkaan (Rujukan : Manual Pentaksiran Psikometrik Lembaga peperiksaan KPM) 4.5 Perkaitan Instrumen Dengan PdPC Bil. Gagasan Bidang Minat Kerjaya Aktiviti PdPC 1. Realistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek,peralatan,mesin,haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan Pendekatan : Pembelajaran Akses Kendiri Aktiviti : Roam The Room Pendekatan: Pembelajaran Projek Aktiviti : Roam The Room Pendekatan: Pembelajaran Terbeza Aktiviti : Kinesthetic Symbols Pembelajaran Kemahiran Belajar Cara Belajar


Pembelajaran Kontekstual 2. Investigatif Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelididk,saintifik,intelektual,analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian,mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat,saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Aktiviti : Think Pair Share Pendekatan : Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah Aktiviti : Aktiviti : Gallery Tour Pendekatan: Pembelajaran berasaskan inkuiri Pembelajaran Terbeza Pembelajaran Kemahiran Belajar Cara Belajar Pembelajaran kajian Masa Depan Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Terbeza 3. Artistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi,ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistic. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur,tidak rutin dan tidak berulang-ulang . Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Aktiviti: Gallery Tour Pendekatan : Pendekatan Tematik Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai Kepelbagaian Sumber dan Bahan Pembelajaran Kemahiran Belajar Cara Belajar


Pendekatan Didik Hibur Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Terbeza 4. Sosial Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi ,kolaborasi, Kerjasama,saling membantu,melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah social. Modular Aktiviti : Gallery Tour Pendekatan : Pembelajaran berasaskan inkuiri Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Terbeza Pembelajaran Konstrutivisma Pembelajaran Terbeza Pembelajaran Kontekstual 5. Enterprise Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan,perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah,memimpin dan mengurus individu individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Pendekatan : Pembelajaran berasaskan inkuiri Kepelbagaian Sumber dan Bahan Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Terbeza 6. Konvensional Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data,nombor dan kerja-kerja pengkeranian. Melakukan kerja secara terperinci,mengikut peraturan dan arahan. Aktiviti : Kinesthetic Simbols Pendekatan : Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Terbeza


Panduan pentadbiran pentaksiran Ujian Minat Kerjaya diperolehi pada 25 Disember 2022 dari https://www.kolej.my/blog/ujian-minat-kerjaya Panduan Pendekatan PdP diperolehi pada 15 Januari 2023 dari https://sumberku.moedl.edu.my/pendekatan-pdp Panduan Pembelajaran PAK 21 diperolehi pada 15 Januari 2023 dari http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21-pak.htm


Click to View FlipBook Version