The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 492-15-nuraina, 2023-01-01 21:24:17

PIMK3073 Tugasan 3 (Penulisan PBS)

PIMK3073 Tugasan 3 (Penulisan PBS)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

PEDAGOGI AL-QURAN
(PIMK3073)

NAMA : NIK NURAINA BALQIS BINTI NIK MOHD AZMI

ANGKA GILIRAN / NO. KAD : 2021292340166 / 020818100592
PENGENALAN : PENDIDIKAN ISLAM K5

KUMPULAN / UNIT

KOD KURSUS : PIMK3073

NAMA KURSUS : PEDAGOGI AL-QURAN

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : PUAN ZURAIDAH BINTI
RAMDZAN@RAMBAN

TARIKH HANTAR : 7 NOVEMBER 2022

TANDATANGAN : Nuraina

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: NIK NURAINA BALQIS BINTI NIK MOHD Angka Giliran Pelajar: 2021292340166
AZMI

Kod: PIMK3073 Nama Kursus: PEDAGOGI AL-QURAN

Pensyarah: PUAN ZURAIDAH BINTI RAMDZAN@RAMBAN

Tarikh Hantar: 7 NOVEMBER 2022 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah):

Pengakuan Pelajar.
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Nuraina Tarikh: 7 NOVEMBER 2022

Perincian Maklum Balas Tugasan Moderator (jika berkaitan)
TUGASAN: Kekuatan
Pemeriksa
Kekuatan

Aspek yang boleh diperbaiki Aspek yang boleh diperbaiki

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Nuraina Tarikh: 7 NOVEMBER 2022

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek PIMK3073 ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Zuraidah binti Ramdzan@Ramban selaku pensyarah saya, Pedagogi Al-
Quran kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah Puan Zuraidah binti Ramdzan@Ramban atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan bagi
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
TAJUK 1-2

1.0 PENGENALAN 2-4

2.0 PERNYATAAN PROFESSIONAL 4
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 5
(PBS) 6-8

2.1 SEBELUM PBS
2.2 SEMASA PBS
2.3 SELEPAS PBS

3.0 PEMERHATIAN TENTANG STRATEGI,
PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BIDANG AL-QURAN

3.1 KEFAHAMAN AL-QURAN
3.2 HAFAZAN AL-QURAN
3.3 BACAAN (TILAWAH) AL QURAN

4.0 PENUTUP

RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah

Kebangsaan Tawang, Bachok, Kelantan yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Saya
telah menjalankan PBS selama 5 hari iaitu pada 9 Mac sehingga 13 Mac 2022 untuk
memperoleh ilmu pengetahuan baru bagi meningkatkan profession keguruan. Ustazah
Sakinah merupakan salah seorang guru Pendidikan Islam di SK Tawang yang banyak
membantu saya dalam memberikan maklumat tentang strategi, pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran dan pembelajaran bidang al-Quran.

2.0 PERNYATAAN PROFESSIONAL PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2.1 SEBELUM PBS

Taklimat PBS telah disampaikan oleh En. Mohamad Asmadi bin Samdin daripada
Unit Praktikum. Unit Praktikum juga telah menyediakan satu fail PBS kepada setiap siswa
guru untuk dilengkapkan. Setelah taklimat, saya telah memuat turun dan menyediakan
borang-borang dokumen yang telah dibekalkan oleh Unit Praktikum dalam bentuk softcopy.
Jadual aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh PBS serta soalan-soalan yang
berkaitan telah dirangka seperti perbincangan kolaboratif dengan pengurus sekolah, mentor,
guru-guru lain dan kakitangan sekolah serta interaksi dengan murid. Selain itu, saya
dikehendaki memerhati, meneliti dan memahami persekitaran dan suasana bilik darjah
melalui sesi membantu mentor melaksanakan sesi PdP dalam masa yang sama saya juga
dikehendaki untuk melengkapkan tugasan kerja kursus PIMK3073 Pegagogi Al-Quran.
Dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk memerhati tentang strategi, pendekatan,
kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bidang al-Quran. Justeru, setelah meneliti
soalan tugasan yang diberikan, beberapa strategi pelaksanaan telah dirancang bagi
mencapai pembelajaran berkesan dalam bidang al-Quran.

2.2 SEMASA PBS

Semasa menjalani PBS, kehadiran siswa guru ke sekolah pada tarikh yang
ditetapkan sepanjang tempoh PBS adalah penuh. Saya juga mematuhi etika keguruan dan
peraturan IPG serta peraturan sekolah sepanjang menjalani PBS. Sememangnya
berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah adalah bukan
perkara yang mudah kerana mereka mempunyai tanggungajwab di sekolah. Oleh itu, bagi
memudahkan penilaian dijalankan, saya telah merancang instrumen penyelidikan
berdasarkan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temubual memandangkan kaedah ini

1

yang paling sesuai untuk dijalankan. Setiap aktiviti yang dirangka oleh saya sebelum
menjalani PBS ditambah baik dan dilaksanakan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.
Daripada aktiviti perbincangan, interaksi atau pemerhatian tersebut, terdapat pelbagai
maklumat serta ilmu baharu yang diperoleh. Setiap maklumat tersebut dikumpulkan dan
direkodkan di dalam borang dokumen dan refleksi. Saya juga memastikan pihak sekolah
memberi kerjasama untuk membantu saya melengkapkan maklumat yang diperlukan
sebelum menamatkan PBS.

2.3 SELEPAS PBS

Selepas menjalani PBS, saya mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan
hasil refleksi dan laporan akhir di dalam portfolio individu. Saya juga mengemaskini
portfolio berdasarkan portfolio kandungan kemudian menyerahkan hasil aktiviti PBS
kepada pensyarah kursus pada masa yang ditetapkan untuk disemak.

3.0 PEMERHATIAN TENTANG STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIDANG AL-QURAN
3.1 KEFAHAMAN AL-QURAN

Kaedah penerangan sering digunakan oleh guru bagi bidang kefahaman ayat al-
Quran. Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian saya terhadap Ustazah Sakinah ketika
mengajar tahun 4, beliau telah menerangkan maksud, kepentingan dan tuntutan daripada
surah al-Ikhlas. Kaedah penerangan ini lebih menumpukan kepada strategi berpusatkan
guru kerana guru memainkan peranadan dalam PdP dengan menyampaikan pelbagai isi
pengajaran kepada murid dan murid hanya mendengar terhadap syarahan gurunya. Aktiviti
yang dijalankan oleh Ustazah Sakinah pada ketika itu adalah aktiviti kuiz di mana guru
menggunakan LCD untuk menayangkan soalan dan semua murid perlu menjawab di dalam
kelas. Setelah murid menjawab semua soalan kuiz, guru akan menerangkan setiap jawapan
dengan lebih terperinci. Semasa kuiz berlangsung, teknik perbincangan juga terdorong
untuk wujud di dalam kelas kerana murid sudah pasti akan bertanya dan saling memberi
pendapat. Pendekatan induktif telah digunakan dalam bidang kefahaman kerana melibatkan
pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini
akan berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir,
mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat kesimpulan
tentang surah al-Ikhlas.

2

3.2 HAFAZAN AL-QURAN
Berpandukan kepada hasil temu bual bersama guru Pendidikan Islam di sekolah

tersebut, kaedah yang digunakan bagi bidang hafazan al-Quran adalah kaedah latih tubi
kerana kaedah ini melibatkan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid agar murid
boleh menyebut dan ingat semula bacaan mereka. Menurut (Saifulazry Mokhtar et al, 2022),
kaedah latih tubi dalam pembelajaran adalah salah satu usaha yang dapat membantu murid
untuk mengingati kembali segala ilmu yang dipelajari. Contoh aktiviti kaedah latih tubi dalam
bidang hafazan ialah menghafal surah al-Ikhlas di mana murid membaca bersama dengan
guru keseluruhan ayat terlebih dahulu. Seterusnya, guru dan murid membaca ayat pertama
secara berulang kali sebanyak 10 kali sehinggalah murid dapat mengingat ayat tersebut.
Selanjutnya, apabila inigin masuk pembacaan ayat yang kedua, guru dan murid akan
membaca berulang kali sama seperti ayat yang pertama supaya murid dapat membacanya
dengan lancar dan betul. Menurut Che Hussin (2009), setiap apa yang didengar, disebut,
dilihat bahkan dibaca secara serentak dan diulang berkali-kali membolehkan murid
untuk mengingat segala pelajaran yang telah diajar di sekolah. Oleh itu, kaedah latih tubi
dilaksanakan supaya murid mencapai taraf penguasaan bacaandan sebutan tajwid di
samping menjamin kekekalannya dalam ingatan murid. Murid juga dapat menyebut dengan
fasih seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Strategi pengajaran
yang sesuai dengan bidang hafazan al-Quran adalah strategi berpusatkan murid kerana
murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dan guru merupakan pemimpin yang
membimbing murid dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, kita dapat lihat bahawa Ustazah
Sakinah telah mengaplikasikan pendekatan masteri iaitu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu topik yang diajar.

3.3 BACAAN (TILAWAH) AL QURAN
Di samping itu, guru mengamalkan kaedah talaqqi musyafahah bagi bidang tilawah

al-Quran kerana talaqqi adalah proses pembelajaran al-Quran dengan cara murid
bersemuka atau berhadapan dengan guru. Misalnya, guru mendengar bacaan Al-Quran
daripada murid dan setiap kesilapan bacaan tajwid akan diperbetulkan oleh guru sehingga
murid benar-benar mahir dengan satu ayat yang dibaca. Tambahan juga, saya mengkaji
bahawa Ustazah Sakinah telah menggunakan teknik bermain sambil belajar melalui aktiviti
pengukuhan seperti buku aktiviti, lembaran kerja, aplikasi “Wordwall’ dan seumpama
dengannya. Contohnya, beliau telah meneguhkan tahap pemahaman murid dengan
meminta murid membaca ayat yang dipaparkan di aplikasi “Wordwall”. Tidak dinafikan juga,
guru sewajarnya membentuk aktiviti berkumpulan bagi mencetuskan komunikasi antara
murid dengan murid lain. Oleh itu, guru boleh menilai bacaan semua murid melalui tugasan
tersebut untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid.

3

Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam bidang tilawah adalah strategi
berpusatkan bahan kerana aktiviti tersebut meliputi cara yang pelbagai untuk mengajar
murid yang memerlukan sokongan serta bimbingan guru ataupun belajar secara individu.
Teknik bermain sambil belajar boleh dikaitkan dengan pendekatan bersepadu kerana
pendekatan dan teknik ini mempunyai semangat saling bergantung serta kesepaduan
daripada pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.
4.0 PENUTUP

Pengurusan dan pengawalan guru merupakan tanggungjawab yang besar
untuk direalisasikan untuk mengelakkan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah.
Guru mestilah bijak dalam menyelesaikan masalah pembelajaran murid serta mahir
dalam memilih metodologi pengajaran supaya dapat menarik perhatian murid untuk
belajar serta menjamin pembelajaran bermakna. Guru harus ingat bahawa strategi,
pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bidang al-Quran yang
hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan murid.

4

RUJUKAN
Che Hussin, N. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca dan Mengeja Kata Pinjaman

Bahasa Arab menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi. [Online].
www.scribd.com/doc/1665742/Kajian Tindakan
Johanes Bulot. (November 10, 2012). Kaedah Penerangan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. http://johanesbulot.blogspot.com/2012/11/kaedah-penerangan.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Islam : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran tahun 4. KSSR Pendidikan
Tahun 4, 1-68.
Nik Noorlyha Nik Mohamad. (April 11, 2014). Seni dalam Pendidikan [PowerPoint Slides].
SlideShare. https://www.slideshare.net/niknoorlyhanikmohamad/seni-
dalampendidikan-33434288
Nur Hayati Hadi et. al. (2019). Pelajar introvert di sekolah. Journal of Humanities and Social
Sciences, 1(1), 1-21
Rosny Maidin & Kamariah Abu Bakar. (2020). Teknik simulasi dalam pengajaran dan
pembelajaran guru di tadika: Satu kajian awal. International Journal of Education,
Psychology and Counselling (IJEPC). 5 (35): 92-106.
Saifulazry Mokhtar et. al. (2022). Pendekatan Kaedah Latih Tubi dalam Kemahiran Menulis
Jawi murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak. International Journal of
Educatio, Psychology and Counselling. 7 (45). 112-128.
Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. Siri Pendidikan Guru: Pengantar
Pengajian Profesional. Oxford Fajar Sdn Bhd.

5

LAMPIRAN

TEMU BUAL BERSAMA GURU PENDIDIKAN ISLAM (USTAZAH SAKINAH) :
1) Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

1. Buku tulis. Memudahkan murid mencatat nota, menyelesaikan soalan yang
diberikan oleh guru dan semakan dapat dilaksanakan oleh guru sewaktu sesi
pengajaran.

2. Buku aktiviti digunakan bagi mengukuhkan kefahaman murid dan membantu
mendapatkan maklumat tambahan.

3. Buku teks merupakan rujukan utama kepada murid dan guru semas proses PdPc.
4. Lembaran aktiviti. Selain menggunakan soalan daripada buku aktiviti, guru juga

memberikan soalan lain latih tubi tambahan untuk mengukuhkan lagi kefahaman
murid. Oleh itu, lembaran kertas kerja dilihat lebih mudah dan menjimatkan masa
kerana murid-murid tidak perlu menyalin soalan sebaliknya hanya perlu menampal
lembaran tersebut di dalam buku tulis.

2) Kaedah apa yang digunakan oleh guru untuk bidang kefahaman ayat al-Quran?
• Kaedah penerangan. Terangkan sirah ayat Quran tentang apa yang ingin
disampaikan oleh al-Quran. Membaca asbabun Nuzul dan terangkan setiap ayat al-
Quran beserta maksudnya.

3) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

• Guru banyak menimbulkan persoalan dan meminta murid untuk memberikan
jawapan serta meminta murid untuk menyebut apa yang mereka tahu dan faham
berkaitan topik yang sedang dipelajari. Sebagai contoh, guru menggunakan kaedah
brainstorming bagi memastikan setiap murid berpeluang mencurahkan idea masing-

6

masing. Malahan, berdasarkan pemerhatian saya, guru menggunakan kaedah
perbincangan dalam aktiviti berkumpulan yang membolehkan mereka semua
berinterkasi antara satu sama lain.
BUKTI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH DI SK TAWANG:

Gambar 1-Pertemuan bersama guru besar dan guru penolong kanan sebelum
berjumpa mentor Pendidikan Islam

Gambar 2-Mentor Pendidikan Islam bernama Ustazah Sakinah
7

Gambar 3- Ustazah Sakinah menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk
menarik perhatian murid

Gambar 4- Saya telah memasuki kelas Ustazah Sakinah untuk membuat
pemerhatian

8


Click to View FlipBook Version