The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nagalishanthinih16, 2021-05-11 07:10:08

ETIKA Presentation E-FOLIO (2)

ETIKA Presentation E-FOLIO (2)

E-FOLIO ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN
MPU21032

TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN

NAMA AHLI KUMPULAN

1. SHARMINI DEVI A/P KALEDAHS
(15DPR20F2026)

2. NAGALISHANTHINIH A/P S.MAGESVARAO
(15DPR20F2004)

3. LOH WAI LEE
(15DPR20F2024)

4. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOKHTAR
(15DPR20F2038)

ISI KANDUNGAN

I. Penghargaan
II. Pengenalan sukan dan perpaduan
III. Objektif sukan dan perpaduan
IV. Sejarah sukan permainan
V. Bagaimana sukan boleh membentuk perpaduan
VI. Jenis-jenis permainan tradisional (kaum)
VII. Faedah-faedah sukan dalam perpaduan kaum
VIII.Peranan ikon sukan dalam membentuk perpaduan
IX. Usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan kaum
X. Impak sukan terhadap perpaduan kaum
XI. Kesimpulan dan lampiran

PENGHARGAAN

Terima kasih,kepada rakan-rakannya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Penghayatan Etika Dan Peradaban kami Encik Syahnan kerana telah banyak membantu dalam memberi
sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan baik. Beliau juga

telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah
leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai
bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-

rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai
cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat
dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.

PENGENALAN

Sukan merupakan suatu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat.
Menurut Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat
pelbagai kaum di negara ini.

Perpaduan atau “ solidarity” didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan
negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.

Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti
dalam kalangan peserta. Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk
bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. selain itu, kegiatan
sukan juga beleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini
dalam pembangunan Negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula
pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan
Negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara menitikberatkan fungsi sukan dalam
membentuk perhubungan global yang baik.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERPADUAN

❖ Dapat membentuk masyarakat yang disiplin serta membantu melahirkan masyarakat harmoni, mempunyai
jati diri dan semangat cinta akan negara.

❖ Membina masyarakat yang berkeyakinan dan bersefahaman.
❖ Mengeratkan hubungan baik antara negara atau negeri. Misalnya,SUKMA yang diadakan setiap tahun

untuk mengeratkan hubungan antara negeri.
❖ Dapat memupuk semangat kerjasama antara masyarakat.
❖ Mengkaji sejauh manakah bidang sukan menjadi salah satu instrumen dalam menghidupkan perpaduan

kaum di Malaysia.
❖ Mengenalpasti sejauh manakah tahap patriotisme dapat dibentuk dalam diri individu dan masyarakat.
❖ Cadangan dan harapan masyarakat yang perlu diteliti dan diperhalusi supaya bidang sukan dapat

ditambahbaik.
❖ Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
❖ Menggalakan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan

masyarakat dan antarabangsa.
❖ Untuk mengetahui sejauh manakah sukan boleh memberikan manfaat yang amat besar terhadap aspek

kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
❖ Mengenalpasti bagaimana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum menyumbang dalam

bidang sukan.

SEJARAH SUKAN

✓ Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan
makhluk aktif.

✓ Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka ke atas alam semulajadi
dan persekitaran.

✓ Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan
mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri.

✓ Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran
itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya.

✓ Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan
dalam peraturannya.

✓ Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori
mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong.Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah
manusia tidak dapat dinafikan. Kewujudan sukan sejak zaman dahulu Sukan Zaman Kolonial -Sebelum
Merdeka (Pengaruh Barat) - Pentadbiran British , kedatangan tentera dan pembukaan sekolah mubaligh
pada abad ke-19 meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan aktiviti sukan di Malaysia.

✓ “Establishment of the colonial education had the mostpervasive influence on the development of sports
in Malaya” (Gullick 1991). Sukan yang dibawa oleh penjajah adalah seperti: badminton, bola sepak,
kriket , ragbi,hoki dan tenis. Selepas Merdeka - Sukan bola keranjang , ping pong dan bola tampar
dibawa oleh kaum imigran dari Cina dan diperluas dalam sistem pelajaran vernakular Cina.

✓ Sukan- sukan ini merupakan aktiviti riadah yang popular di kawasan tinggal mereka dan juga menjadi
ciri utama budaya sekolah Cina. Lawatan oleh pasukan dari Hong Kong dan Negara China
perkembangan sukan - sukan ini.

BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN

▪ Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.

▪ Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.

▪ Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam
kalangan peserta.

▪ Sukan memupuk minda dan fizikal yang sihat. Selain itu, aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat perpaduan,
sekaligus mengeratkan silaturahim dan muhibbah.

▪ Sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di daerah ini. Apabila bersukan atau
beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai kaum atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan
cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan.

▪ Sukan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi Temasya sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan akan
merapatkan hubungan antara masyarakat di negeri-negeri lain.

▪ Sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Tidak kira apa jua
bentuk sukan yang menjadi pilihan, rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya semua jenis sukan mampu
mengeratkan silaturahim antara kaum.

▪ Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, keamanan serta kesejahteraan membuatkan Malaysia
bertunjangkan kepada perpaduan, pemuafakatan dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyatnya.

▪ Tanpa teras itu, pasti nikmat keamanan dan kesejahteraan seperti dinikmati rakyat negara ini sejak sekian lama tidak dapat
dicapai.Pemupukan semangat dan penyatuan dalam pasukan mampu diterjemahkan semua ahli dalam kehidupan seharian
mereka di luar termasuk dalam hubungan dengan rakan-rakan daripada kaum lain.

▪ Oleh itu, untuk merealisasikan sukan dapat meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini, terdapat beberapa aspek
yang perlu diperhalusi demi kebaikan kita bersama iaitu yang pertama ialah masyarakat perlu berpegang kepada prinsip
sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat.

▪ Aspek kedua bagi merealisasikan sukan dapat meningkatkan perpaduan antara kaum adalah sukan massa yang
merupakan sukan untuk semua adalah sukan yang dapat menggalakkan penyertaan masyarakat setempat telah
diperkenalkan kepada masyarakat untuk menjana semangat kebersamaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

KAUM MELAYU
Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini
dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh
orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga
diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau
beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

KAUM CINA
Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China.
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

KAUM INDIA

KABADI

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia
adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab
dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,
menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang
yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap
pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama
20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan
menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh
salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain
yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan
membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu
terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan
adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika
penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang.
Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar
garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,
pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona,
manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul
mata tertinggi akan menang.

FAEDAH-FAEDAH SUKAN DALAM PERPADUAN KAUM

➢ Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil
mengeluarkan peluh.

➢ Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat.
Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional.

➢ Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja.

➢ Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat? Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan
sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan
tenaga dalaman dan pemikiran.

➢ Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan
fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan mental.

➢ Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum
hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga
dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih.

➢ Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental.
Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur
darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya,
penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

❑ Pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

❑ Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam mewujudkan Negara yang aman dan makmur dalam kalangan rakyat adalah
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu
kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain.

❑ Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka . Contohnya, pihak sekolah menjalankan gotong royong di persekitaran kawasan
sekolah. Dengan itu, kita dapat meringankan kerja serta memudahkan kerja sesuatu.

❑ Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat
harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem
pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu
membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan
kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang
bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul, bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum.

❑ Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah
terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk
persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa
menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita
sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang
ada di Negara kita.

PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN

• Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari
perspektif perpaduan kaum.

• Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat
tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama.

• Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.Dan ini bukan sahaja berlaku
dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka.

• Tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama.

• Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika perlawanan bola sepak
yang melibatkan pasukan harimau Malaya.

• Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung
diantara mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama

IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

• Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa.

• Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James
Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.

• Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun
sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk
fahaman politik masing-masing.

• Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh
bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

• Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih
dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

KESIMPULAN

Sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam
semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat
bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan
pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri
dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara
berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej
negara dan jalinan kerjasama antarabangsa. Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan
masyarakat di negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang
lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada
dalam setiap lapisan masyarakat.Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa
mengira kaum dan agama agar negara kita kekal aman dan damai. Rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1
Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Lampiran


Click to View FlipBook Version