BUKU KOMPILASI PANTUN
BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
Nukilan oleh
Pengarah dan warga kerja Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA (EiMAS) | www.doe.my/eimas | TEL: 03-8926 1500 | FAKS : 03-8926 1700
Puan Siti Zaleha Ibrahim, S.M.S.
PENGARAH INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA (EIMAS)
Pemandangan indah lukisan seni
Bulan purnama penghias malam
Menjaga sungai amalan murni
Nadi kehidupan semesta alam
1
Suria Maziha Muhamed
Kayu cengal kayu jati
Tempat persinggahan burung kenari
Jangan biarkan sungai kita mati
Dek kerana kita cemari
2
Rosnani Ahmad Kasrin
Anak tupai di atas dahan
Dahan dihinggap si rama-rama
Bumi Hijau ciptaan Tuhan
Marilah menjaganya bersama-sama
3
Mazleen Othman
Cenderawasih terbang di awan
Singgah mandi di tepi kolam
Marilah kita wahai kawan
Jauhi pencemaran semesta alam
4
Mohd Faisal Alias
Umbut pisang batang keladi,
Dimasak asam ketika kenduri,
Pembakaran terbuka mesti dijauhi,
Agar udara bersih dapat dinikmati
5
Pepohon hijau penyejuk mata
Lapang dan segar minda terasa
Bersama menjaga alam semesta
Agar terpelihara indah sentiasa
Alam sekitar bersama dijaga
Suasana indah buat semua
Harus dijaga selagi ada
Buat ketinggalan generasi muda
Md Zulhaidi Abd Manaf
6
Mentari terbit dipagi hari
Sang murai pula sibuk berkelahi
Janganlah kita suka mengotori
Alam semulajdi anugerah ILLAHI
Turun ke bendang menanam padi
Sambil-sambil menangkap ikan
Sungguh indah alam semulajadi
Ciptaan Tuhan tiada tandingan
Mohamad Shafiq Mohd Shakri
7
Hillney Sedan
Cantik bulan kerana terang
Ditambah bintang yang berkelipan
Kehijauan hutan akan menghilang
Kalau ditebang tanpa kawalan
8
Jodoh dicari jauh berkelana
Berkelana hingga negara china
Tahun 2020 penuh bermakna
Perintah kawalan pergerakan dilaksana
Musim kemarau mencari telaga
Telaga digali untuk airnya
Alam sekitar dapat dijaga
Banyak aktiviti henti operasinya
Kamilah Wan zaid
9
Azlina Omar
Panas mentari hilang sinarnya
Terasa haba di alam yang fana
Alam sekitar siapa empunya
Tanggungjawab hilang ke mana
10
Rozita Abdul Jalil
Makcik Kiah ke Kelantan di daerah Jeli
Singgah di pekan membeli setangkai jering
Bencana alam dan wabak penyakit kini menjadi jadi
Penjagaan alam sekitar dan kesihatan memang perlu seiring
11
Nor A’zman Rosli
Awalnya Bahagian
Kemudiannya Jabatan
Kini Kementerian
Alam Sekitar Tetap Kemasyhuran
12
Bahaya COVID mengancam dunia
Arahan PKP kerajaan tetapkan
Masih tak puas dunia teraniaya
Pencemaran masih hendak dilakukan
Menjelang 2020 Covid merbahaya
Laksana dunia hampir kiamat
Akibat tamak dunia teraniaya
Pencemaran kerosakan bila akan tamat
Udara segar tak boleh hirup,
Corona virus dari kelawar,
Generasi akan datang susah nak hidup,
Kerana tiada sumber habis keluar.
Mohd Azali Mohamed
13
Zarina Abu
Terang malam kerana bulan
Hangat siang kerana matahari
Indahnya alam ciptaan tuhan
Mengapa biarkan ia dicemari
14
Aini Azmah Ahmad
Mendaki gunung sangatlah penat
Gunung didaki berhari hari
Pencemaran alam semakin tenat
Mengapakah kita masih tidak menyedari
15
Siti Fatimah Abdul Rasih
Mendaki gunung sangatlah penat
Gunung didaki berhari hari
Pencemaran alam semakin tenat
Mengapakah kita masih tidak menyedari
16
Noor Huda Mohd Yusuf
Dua tiga kucing berlari
Mana kan sama si kucing belang
Pencemaran alam harus dihindari
Kelak merana generasi mendatang
17
Fadela Hanif
Sampai di hutan melihat alam,
Jangan pula membawa lastik,
Selamatkan hidupan selamatkan alam,
Katakan tidak kepada plastik.
18
Rosmani Mohd Yusof
Corona virus sangat bahaya
Cintai alam sekitar jadikan budaya
19
Izwan Md Nor
Berjalan ke kedai membeli bunga
Bunga dibeli cantik sekali
Alam sekitar perlu dijaga
Agar hidup sentiasa indah berseri-seri
20
Zaidi Mohamed@Awang
Pergi Bercuti Bersama Teman
Masjid Putrajaya Menjadi Pilihan
Sayangi Sungai Jadi Amalan
Pastikan Tidak Berlaku Pencemaran
21
Masak sambal ikan tenggiri,
Ikan diberi oleh Pak Semat,
Marilah kita ubah diri sendiri,
Jangan buang sampah merata tempat.
Ali dan Abu ke surau,
Bulan dipandang tenang fikiran,
Jagalah sungai jadikan amalan,
Agar bebas dari pencemaran.
Noorlida Abd Malik
22
Asmizar Ahmad@Ahmad Kushairi
Makan malam bertemankan pelita
Nasi putih berlaukan gelama
Janganlah dilupa peranan kita
Alam sekitar tanggungjawab bersama
23
Azura Salleh
Cantik bulan kerana terang
Kelam malam kerana gelita
Hutan simpan semakin ditebang
Apalah nasib anak cucu kita
24
Negara kita sentiasa aman
Bertukar salam dan bekerjasama
Mari kita mainkan peranan
Pemuliharaan alam tanggungjawab Bersama
Amalkan bersukan di pagi hari
Riadah bersama saudara mara
Mari pastikan pembangunan lestari
Ke arah bersama memajukan negara
Mehrani Saharudin
25
Rupidah Idris
Cantik bulan kerana terang
Kelam malam kerana gelita
Hutan simpan semakin ditebang
Apalah nasib anak cucu kita
26
Siti Asiah Omar
Akar tembikai geraknya melata
Tempat bermain si rama-rama
Sampah sarap jangan dibuang merata
Kebersihan alam tanggungjawab bersama
27
Maz Izuan Mohamad
Ke sana ke sini
Rap PM yang terkini
Sungai jangan dicemari
Loji terhenti susah nanti
28
Norsidah Taib
Cahaya berbundung jaluran murni
Suram di hutan pepohonnya banyak
Alam dibendung selamat dihuni
Jangan lautan tercemar minyak
29
Zaman PKP jangan nak merayau
Tak boleh keluar nanti disaman
Saliran pembentungan perlu dipantau
Supaya tiada yang ambil kesempatan
Khinzir tunggal meratap kesepian
Biawak memerang berendam gembira
Bersama mencegah kebakaran hutan
Nescaya terpelihara kualiti udara
Khairul Anuar Ahmad Shafawi
30
Norazlina Abdul Aziz
Hutan yang indah suasana gembira
Sungai yang jernih tidak tercemar
Flora dan fauna sentia dipelihara
Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar
31
Siti Zubaidah Mohd Ibrahim
Pergi berjalan di tengah bandar
sedang berjalan ternampak rama-rama
mari kita bersihkan alam sekitar
supaya hidup selamat bersama-sama
32
Shahanim Hashim
Burung kedidi terbang ke muara
Semoga bumi hijau kekal terpelihara
33
Jailatul Asmal Jamaluddin
Dua tiga kucing berlari
Makin dikejar makin menjadi-jadi
Jika ingin dunia berseri
Jagalah alam semula jadi
34
Muhamad Azlan Sabtu
Malam sunyi terang bulan
Mari memetik si daun damar
Menjaga sungai jadikan amalan
Alam indah tidak tercemar
35
Noriah Abdullah
Bumi indah milik Kita
Sama pelihara kita jaga
Jangan cemari sungai kita
Hutan subur kekal terpelihara
36
Salmiah Umar
Bumi indah milik Kita
Sama pelihara kita jaga
Jangan cemari sungai kita
Hutan subur kekal terpelihara
37
Sharina Mohd Yunus
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga dibeli cantik sekali,
Alam Sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.
38
Muhamad Sufian Sarohman
Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga dibeli cantik sekali,
Alam Sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.
39
Mohd Zaidi Ab Hamid
Daun selasih di tepi sumur
Negara bersih rakyat nye makmur
40
Muhammad Shuhada idris
Indahnya alam ciptaan Tuhan
Bumi hijau nyaman dan damai
Sungai bersih hidupan aman
Amanah Allah kita jagai
41
Norhayati Md Nor
Rindu rasa hati ini
Sayang rindu tidak berbalas
Terasa sunyi alam ini
Angkara covid 19 yang mengganas
42
BUKU KOMPILASI PANTUN
BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
Nukilan oleh
Pengarah dan warga kerja Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat di dalam menjayakan penerbitan
Buku kompilasi Pantun Bertemakan Alam Sekitar yang pertama kali
diterbitkan oleh EiMAS ini.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA (EiMAS) | www.doe.my/eimas | TEL: 03-8926 1500 | FAKS : 03-8926 1700