P E N S Y A R A H : U S T A Z M O H D R U S D A N B . H A S A A
P E N S Y A R A H : U S T A Z M O H D R U S D A N B . H A S
P E N S Y A R A H : U S T A Z M O H D R U S D A N B . H A S A N N N
ETIKA & PERADABAN
YANG MENJADI
AMALAN KAUM
MELAYU DI MALAYSIA
disediakan oleh
NURLIYANA FAZIRA
BINTI HALIM
17DSB21F2006
BRIAN OWEN OSWALD
17DSB21F2024
NUR IZZATI BINTI
MOHD AFANDI
17DSB21F2007
disediakan oleh
JASPER JAY JULIUS
17DSB21F2018
NINA NURLISA BINTI
HISHAMUDDIN
17DSB21F2023
ISI KANDUNGAN
MUKA
BIL ISI KANDUNGAN
SURAT
1 Penghargaan 1
2 Pengenalan 2
3 Maksud Etika 3
4 Maksud Peradaban 4
5 Tulisan Orang Melayu 5
6 Bahasa yang digunakan oleh 6
kaum Melayu di Malaysia
7 Pantang larang kaum 7-8
Melayu
8 Adat dalam kehidupan 9
masyarakat Melayu
9 Adat yang sebenar adat 10
10 Adat Istiadat 11
11 Makanan kaum Melayu di 12
Malaysia
12 Pakaian Tradisional kaum 13
lelaki Melayu
13 Pakaian Tradisional kaum 14
perempuan Melayu
14 Kesimpulan 15
15 Cadangan Penyelesaian 16
16 Sumber Rujukan 17
Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
saya ucapkan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat
kami hasilkan sebuah e-majalah yang mampu
memberikan manfaat kepada semua pembaca.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ingin
ucapkan kepada Ustaz Mohd Rusdan B.Hasan
selaku pensyarah subjek MPU21032
Penghayatan Etika & Peradaban di atas
bimbingan dan juga banyak memberi idea
kepada kami untuk menghasilkan e-majalah ini.
Tanpa sokongan & tunjuk ajar beliau,
mustahillah bagi kami menghasilkan e-majalah
ini.
Kami mempunyai hubungan komunikasi yang
sangat baik terhadap pensyarah,ini memudahkan
kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat
yang berguna. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada ahli kumpulan saya iaitu Izzati,Brian,Jasper &
Nisa yang telah bertungkus-lumus dalam
menghasilkan e-majalah ini.
1
Pengenalan
Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia
merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh
nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu
ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu
warisan secara turun temurun. Adat dan budaya
tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-
nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini
kadang-kadang bertembung dan bercanggah
dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan
mengikut cara yang salah atau terlalu taasub
dengan kepercayaan karut atau pantang larang
tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian
dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah
percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan
berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan
yang bertentangan dengan agama.
2
MAKSUD ETIKA
Etika (Tulisan Jawi: ﺎﻜﻴﺘﻳا; melalui Latin ethica
daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία]
"falsafah moral") merupakan salah satu cabang
utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan
kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas
daripada manganalisis apa yang betul dan salah
seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama
etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang
bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih
penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli
falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah
pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang
terbaik". Tindakan yang betul dikatakan
mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan
tak bermoral dikatakan menghalangnya.[1]
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral
seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-
konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan
(pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-
konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah
laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya
amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan
merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya
[2] . Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan
"tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan
akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu.
Etika berbeza dengan agama.
3
MAKSUD PERADABAN
Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah
‘tamadun’ berkemungkinan besar pada peringkat
awal penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya
dalam bahasa Arab iaitu “tamaddun” yang dikenali
sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada
peringkat selanjutnya berlaku perubahan sebutan
dengan pengguguran huruf ‘d’ yang kedua.[3]
Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain),
negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang (
negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan
pemikiran ( budaya dan moral yang halus).[4]
4
TULISAN ORANG MELAYU
Sejarah sistem tulisan orang
melayu lama sebelum wujudnya
tulisan rumi dan jawi yang diguna
pakai pada hari ini mempunyai
mempunyai sejarah yang
Panjang. Ia terbahagi beberapa
fasa mengikut zaman. Terdapat
empat fasa perubahan sistem
tulisan orang melayu, bermula
daripada era melayu lama, era
melayu moden awal, era melayu
moden akhir dan era melayu
kontemporari yang merupakan
era kita sekarang. Kedatangan orang India ke
kawasan sekitar sini membawa
sistem tulisan Pallavi, yang turut
sama dikenali dengan nama
Pallava, diasaskan daripada sistem
tulisan abad pertama masyarakat
India yang dinamakan Vatteluttu.
Pallavi merupakan sistem tulisan
lama orang Tamil yang datang dari
bahagian Selatan India, yang
menjadi asas kepada tulisan Kawi
Tulisan Kawi oleh orang melayu.
Tulisan Kawi adalah sistem
tulisan yang digunakan oleh
orang melayu sejak abad ke-8.
Ia digunakan serentak dengan
bermulanya era permulaan
tulisan jawi di kalangan orang
melayu. Tulisan Kawi diasaskan
oleh orang jawa, jadi tulisan ini
turut dikenali dengan tulisan
lama jawa. [5]
5
BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH
KAUM MELAYU DI MALAYSIA
Bahasa Melayu iaitu dari aspek
sejarah berasal daripada rumpun bahasa
Austronesia atau dikenali juga sebagai
Bahasa Melayu Polinesia. Sebelum
kedatangan British, Bahasa Melayu
menjadi Bahasa perantaran, pentadbiran,
kesusteraan dan pengantar sekolah
agama islam. Pada zaman perintahan
British, Bahasa Melayu telah dipinggirkan.
Selepas merdeka, Bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan. Seterusnya,
sejarah telah membuktikan bahawa
Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
lingu franca. Pada zaman kegemilangan
kesultanan Melayu Melaka, Bahasa
Melayu dituturkan oleh semua pedagang
Arab, Cina, India, dan Eropah. Ketika itu,
Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Selain itu, telah dianggar
lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh
bertutur dalam Bahasa Melayu dan telah
berkembang menjadi pelbagai dialek. [6]
6
PANTANG LARANG KAUM
MELAYU
Orang Melayu memang kaya dengan pantang larang
satu ketika dahulu. Dicipta oleh nenek moyang kita
untuk memberi satu gambaran bahawa ianya tidak
elok dilakukan dalam bahasa sindiran.
1. Jangan makan berpindah tempat,
nanti kahwin ramai
Ertinya: Satu tempat dah bersepah, nak sepahkan
tempat lain pulak
2. Anak dara tak elok
menyanyi di dapur, nanti
dapat suami tua
Ertinya: Hangus masakan nanti
3. Lepas makan, tuang air sikit
dalam pinggan agar rezeki tak kering
Ertinya: Senanglah nak basuh pinggan
nanti, tak payah menyental
7
4. Jangan bersiul waktu malam, nanti ular
masuk
Ertinya: Annoying bunyi siul 10 Jangan potong kuku malam-
malam, nanti mak mati — Terpotong isi dalam gelap nanti
5. Jangan mandi malam, nanti paru-
paru basah
Ertinya: Bilik mandi orang zaman dulu kan kat luar rumah.
Jalan nak ke sana gelap, buatnya terpijak duri ke, kena gigit
haiwan berbisa ke, kan susah. Sekarang jangan dibuat tak
mandi malam lepas balik kerja. Bau masam jer. [7]
8
ADAT DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU
Antara syarat untuk bergelar seorang yang
berbangsa Melayu ialah mesti mengamalkan
adat istiadat Melayu.
ADAT RESAM
Adat jenis ini merangkumi ke
biasaan atau kelaziman manusia daripada segi
perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan
sebagainya.
Contohnya: terlopong sewaktu menonton
televisyen, menggaru kepala apabila tidak faham,
tersengih- sengih apabila berasa malu, memakai
kain pelikat di rumah pada waktu malam dan
sebagainya.
9
ADAT YANG SEBENAR ADAT
Maksud adat ini ialah hukum tabii yang diciptakan
oleh Allah s.w.t. Adat jenis ini merangkumi setiap
benda atau unsur di dunia ini yang wujud dalam
keadaan semulajadi dan tertakluk kepada fitrah
atau hukum semulajadi.
Contoh: adat api membakar, adat air membasah,
adat angin meyejukkan, adat ayam berkokok dan
adat tajam memutuskan.
10
ADAT ISTIADAT
Adat jenis ini ialah ritual-ritual yang sering
mengiringi seseuatu majlis yang dianggap rasmi.
Contoh: adat cukur jambul, adat berkahwin, adat
berkhatan, adat pertabalan raja dan sebagainya.
[8]
11
D i Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan
tradisional Melayu warisan zaman berzaman
yang begitu popular dan diminati ramai.
Masyarakat Melayu zaman dahulu sering
menggunakan bahan masakan yang
bersumberkan alam semulajadi seperti
tumbuh-tumbuhan, daun-daun kayu, pucuk
sayuran dan sebagainya.
lemang
M akanan tradisional Melayu yang sangat popular
dan paling mendapat sambutan ramai adalah
lemang. Ya, Lemang adalah salah satu makanan
kegemaran masyarakat Melayu yang terkenal
sejak zaman dahulu lagi. Bahan-bahan asas
lemang adalah beras pulut, santan dan garam.
Lemang enak dimakan bersama serunding dan
juga aneka rendang.
Rendang
T erdapat pelbagai jenis rendang di Malaysia dan
tidak terhad kepada rendang ayam dan daging
sahaja. Ada rendang kerang, rendang paru, rendang
siput, rendang pucuk-pucuk kayu dan sebagainya.
Boleh dikatakan di setiap negeri pasti ada resepi
dan keunikan rendangnya yang tersendiri.
Contohnya di Perak terkenal dengan rendang Tok
dan di Negeri Sembilan pula sangat sinonim dengan
rendang itik dan rendang kerbau.
nasi lemak
N asi lemak rasanya sudah tidak perlu
diperkenalkan lagi. Sudah terkenal di seluruh
dunia. Pelancong asing yang berkunjung di
Malaysia juga selalunya akan memilih nasi
lemak sebagai sarapan pagi untuk dicuba. Nasi
lemak tidak akan lengkap tanpa adanya sambal
ikan bilis yang sangat lazat dan menjadi
kegilaan ramai. Namun, ia juga boleh dimakan
bersama lauk-lauk lain seperti rendang ayam,
sambal ayam dan macam-macam lagi.
s atay atau sate ialah sajian daging yang telah satay
diperap dengan rempah dan kemudiannya
dipanggang di atas api arang sehingga garing.
Satay selalunya dihidang bersama timun, bawang,
nasi impit dan kuah kacang. Selain popular di
kalangan penduduk setempat, satay juga amat
digemari pelancong luar dan rata-rata akan
repeat makan satay sekiranya berkunjung lagi ke
Malaysia. [9]
12
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
LELAKI MELAYU
BAJU MELAYU CEKAK
MUSANG
Istilah Cekak Musang
ini berhubung
langsung dengan pola lingkaran leher
baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher
tegak empang leher. Pengertian ‘cekak
musang’ merakamkan imej alami untuk
leher baju yang bercekak tinggi berdiri
(2.5cm) melingkari leher. Ukuran
ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang
dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu
hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor
ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar.
BAJU MELAYU TELUK
BELANGA
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk
Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri khas Johor khususnya pada
abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis
pakaian lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866
untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke
Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah
ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat
Melayu hingga disebut selengkapnya
‘Baju Melayu’. Baju Melayu Teluk Belanga
di Johor mempunyai jahitan tulang Belut
di bahagian leher bagi kaum lelaki, .
13
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
PEREMPUAN MELAYU
BAJU KURUNG
Baju kurung dianggap popular dan dipakai
oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya
terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki
mempunyai tiga kocek manakala perempuan
mempunyai satu kocek serta perbezaan
daripada segi pemakaian. Pengertian kurung
secara tidak langsung telah membawa erti
‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam,
sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai
baju yang selesa dan longgar, labuh atau
panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-
bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’
walaupun mempunyai pelbagai nama namun
baju kurung telah menampilkan ciri-ciri
tersendiri.
BAJU KEBAYA
Pola baju belah panjang ini masih bersifat
‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma
bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju
ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah
atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal
di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju
kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai
‘kebaya kurung’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini
berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan
berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau
kerongsang tiga. [10]
14
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Etika dan Peradaban adalah
suatu yang penting dan mesti dipertahankan sampai
bila pun. Hal ini kerana dalam konteks Malaysia,
keterlestarian itu banyak bergantung kepada akar
dan tradisi yang telah terbina sejak ratusan tahun
yang lalu. Bukan mudah untuk membina dan
membangunkan Etika dan Peradaban kerana ia
merupakan suatu proses yang panjang. Maka, apa
yang disaran digagaskan dalam Etika dan Peradaban
adalah ramuan dan rencah yang selari dan sesuai
dalam konteks negara bangsa Malaysia. Tidak mudah
untuk mencapai Etika dan Peradaban yang hebat
seperti tamadun-tamadun lain di dunia. Namun,
percayalah Malaysia memiliki ramuan dan keunikan
yang tersendiri ke arah itu. Dengan formula yang
betul, kepimpinan yang berintegriti dan rakyat
Malaysia yang bijaksana akan mampu merealisasikan
cita-cita dan matlamat murni ini.
15
CADANGAN PENYELESAIAN
Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan
mengadakan Majlis Rumah Terbuka iaitu rumah
terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut
perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan.
Aktiviti kemasyarakatan juga dapat mengeratkan
hubungan antara kaum dengan memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan seperti gotong-royong.
Meraikan hari perayaan kaum Malaysia bersama-
sama iaitu Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina & Hari
Deepavali.
Media massa juga antara cara mengeratkan
hubungan antara kaum iaitu dengan stesen
televisyen yang boleh menyiarkan iklan-iklan tentang
perpaduan kaum.
Bagi generasi muda,pihak sekolah boleh memainkan
peranan contohnya, pihak sekolah boleh memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan
perpaduan kaum secara berterusan & merancang
program yang melibatkan pelbagai kaum di kalangan
pelajar sekolah.
16
SUMBER RUJUKAN
1. Sahakian, William S. & Sahakian, Mabel Lewis. Ideas of the Great
Philosophers. pg 31. Barnes and Noble Books (1993). ISBN 978-1-56619-
271-2.
2. Hary Gunarto, Ethical Issues in Cyberspace and IT Society, Symposium
on Whither The Age of Uncertainty, APU Univ., paper, Jan. 2003
3. Rizhan el-Rodi. (2011, Oktober 01). Alam Ilmi: Makna Peradaban. Munif
Zarirruddin Fikri, “Takrif dan Prinsip-prinsip Asas Tamadun” dalam
Mohd Liki Hamid (ed.), 2002. Pengajian Tamadun Islam: Sejarah,
Pencapaian dan Masa Depannya, Bentong: PTS Publications and
Distributor Sdn. Bhd., hlm.2
4. Rizhan el-Rodi. (2011, Oktober 01). Alam Ilmi: Makna Peradaban. Kamus
Dewan (Edisi Ketiga), 1994. Kuala Lumpur: DBP.
5. Namri Sidek. (2019, Ogos 17). 3 Jenis Tuliswan Melayu Lama: Lencong,
Pallavi Dan Kawi. ILUMINASI. http://iluminasi.com/bm/3-jenis-
tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.html
6. ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU.
(2021, Oktober 01) Bahasa Yang Digunakan Kaum Melayu di Malaysia.
https://online.anyflip.com/davvd/cwtp/mobile/index.html
7. RILEKLAH: Gaya Hidup. (2018, September 04). 10 Pantang Larang
Popular Dalam Kalangan Orang Melayu.
https://rileklah.com/node/2759
8. ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU.
(2021, Disember). M/s 9, Adat Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu.
https://anyflip.com/sbntr/glse/basic
9. Duan Deris. (2020, April 07). Cariblogger. 30 Makanan Tradisional
Melayu Paling Popular di Malaysia. https://cariblogger.com/makanan-
tradisional-melayu/
10. Budi kencana: kumpulan makalah memperingati persaraan Profesor
Tan Sri Dato' Ismail Hussein, oleh Safiah Karim (Nik.), Siti Hawa Hj.
Salleh, Mohd. Yusof Hasan, Ismail Hussein (Datuk), Universiti Malaya.
Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, 1994 - 372 laman. Pakaian Tradisional Kaum Melayu.
17
Terima Kasih