The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-9 2019/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazana1789, 2021-03-26 01:37:41

Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-9 2019/2020

Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-9 2019/2020

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

73200 GEMENCHEH
N. SEMBILAN DARUL KHUSUS

NO TEL/FAX : 06-4310953

Ruj. Kami : pibg.sksj.19/20 (24)
Tarikh : 11 Februari 2020

Kepada:
1. Guru Besar SK Sg Jerneh
2. Guru-guru Penolong Kanan SK Sg Jerneh
3. Guru-guru SK Sg Jerneh

Tuan/Puan,

MESYUARAT AJK PIBG KALI KESEMBILAN SESI 2019/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut mengikut ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 18 FEBRUARI 2020 (SELASA)
Masa : 2.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Sungai Jerneh

3. Kehadiran dan komitmen tuan/puan sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Agenda Mesyuarat:
“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA”
1. Ucapan YDP
Saya yang menjalankan amanah, 2. Ucapan Guru Besar
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
(NUR SYAZANA BINTI BEDERI SHAM) 4. Perkara Berbangkit
Setiausaha 5. Laporan Kewangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru 6. Program/Kertas Kerja/Isu
SK Sungai Jerneh 7. Hal-hal Lain

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

73200 GEMENCHEH
N. SEMBILAN DARUL KHUSUS

NO TEL/FAX : 06-4310953

Ruj. Kami : pibg.sksj.19/20 (25)
Tarikh : 11 Februari 2020

Kepada:
1. Yang di-Pertua PIBG SK Sg Jerneh
2. Naib Yang di-Pertua PIBG SK Sg Jerneh
3. AJK PIBG SK Sg Jerneh
4. Pemeriksa Kira-kira PIBG SK Sg Jerneh

Tuan/Puan,

MESYUARAT AJK PIBG KALI KESEMBILAN SESI 2019/2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut mengikut ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 18 FEBRUARI 2020 (SELASA)
Masa : 2.45 petang
Tempat: Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Sungai Jerneh

3. Kehadiran dan komitmen tuan/puan sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Agenda Mesyuarat:
“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA” 1. Ucapan YDP
2. Ucapan Guru Besar
Saya yang menjalankan amanah, 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lal
3. Perkara Berbangkit
(NUR SYAZANA BINTI BEDERI SHAM) 4. Laporan Kewangan
Setiausaha 5. Program/Kertas Kerja/Isu
Persatuan Ibu Bapa dan Guru 6. Hal-hal Lain
SK Sungai Jerneh

2

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KESEMBILAN SESI 2019/2020
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

Tarikh : 18 FEBRUARI 2020 (Selasa)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKSJ

Bil. Nama Jawatan
1. Pn. Norizan binti Baba Guru Besar
2. En. Rahmazaidy bin Abd Rahman YDP PIBG
3. En. Norshahrin bin Mohamad NYDP PIBG
4. Pn. Rosnah binti Abu Dalip GPK 1
5. Pn. Noor Ashyfida binti Basrowi GPK HEM
6. En. Noorzairi bin Pain GPK Kokurikulum
7. Cik Nur Syazana binti Bederi Sham Setiausaha PIBG
8. Pn. Noor Hidayah binti Omar Bendaharai PIBG
9. Pn. Zakiah binti Md Arof AJK PIBG
10. Pn. Nora binti Aziz AJK PIBG
11. Pn. Zarina binti Md Isam AJK PIBG
12. Pn. Salmah binti Suradi AJK PIBG
13. En. Mohd Karim bin Kadir AJK PIBG
14. Pn. Logkeethathaevy Sarckunadasan AJK PIBG
15. Pn. Lacksumiy Murthy AJK PIBG
16. Pn. Siti Noraini binti Mohamed AJK PIBG
17. Pn. Aina Khairina binti Ibrahim AJK PIBG

1.0 UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG (EN. RAHMAIZAIDY ABD RAHMAN)
1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan kata aluan.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat AJK
PIBG kali kesembilan sesi 2019/2020.
1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada En. Mohd Karim ke SK Sungai Jerneh.

2.0 BACAAN DOA
Bacaan doa oleh En. Noorzairi bin Pain.

3.0 UCAPAN GURU BESAR (PN. NORIZAN BINTI BABA)
3.1 Ucapan terima kasih kepada En. Rahmazaidy Abd Rahman, Yang di-Pertua PIBG SK Sungai
Jerneh selaku Pengerusi Mesyuarat.
3.2 Ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat AJK PIBG.
3.3 Ucapan terima kasih kepada AJK PIBG yang aktif dan sanggup terlibat dalam semua program
dan aktiviti yang dirancangkan.
3.4 Berharap tahun ini dapat rangka program untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan
kemenjadian murid.
3.5 Makluman tagline JPNS ‘Anak ABC Tanpa D iaitu Anak yang Baik lagi Cerdik Tanpa Dadah.
3.6 Makluman tagline PPDT ‘Unggul Memacu Transformasi’ yang mana menitikberatkan pencapaian

3

UPSR dan memberi autonomi kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
4.1 Pencadang : Pn. Zakiah binti Md Arof
4.2 Penyokong : Pn. Zarina binti Md Isam

5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada

6.0 LAPORAN KEWANGAN
6.1 Bendahari membentangkan laporan penyata kewangan yang berakhir pada 18/2/2020. Baki
sebenar hingga Februari ialah RM3200.00 dan RM1000 daripada Parlimen Tampin.

7.0 ISU PERBINCANGAN

7.1 Mesyuarat Agung Sesi 2020/2021
7.1.1 Mesyuarat mencadangkan tarikh Mesyuarat Agung sesi 2020/2021 diadakan pada 12 Mac 2020
(Khamis).
7.1.2 Mesyuarat mencadangkan agar pemilihan AJK dalam kalangan ibu bapa yang boleh
memberikan komitmen kepada sekolah.
7.1.3 Mesyuarat memaklumkan agar mesyuarat kali ini ada cadangan AJK baru.
Makluman
7.1.4 Mesyuarat bersetuju untuk memberikan cabutan bertuah kepada setiap keluarga yang
menyumbang.
7.1.5 Mesyuarat bersetuju menetapkan cenderamata kepada AJK lama sebanyak RM10.
Makluman

7.2 PIBK dan KSIB
7.2.1 Mesyurat memaklumkan PIBK dan KSIB bertujuan untuk memantapkan sokongan sekolah.
Makluman
7.2.2 Mesyuarat mengharapkan ahli dalam kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dapat membantu
guru melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang.
7.2.3 Mesyuarat memaklumkan KSIB terdiri daripada beberapa biro, antaranya Biro Akademik, Biro
Keceriaan, Biro Kokurikulum dan Sukan, Biro Pembangunan Sahsiah Murid. Biro Maklumat dan
Biro Keselamatan.
Makluman

7.3 Hari Sukan Sekolah
7.3.1 Mesyuarat mencadangkan Hari Sukan Sekolah diadakan pada 12 April 2020 (Ahad).
7.3.2 Mesyuarat bersetuju memohon cuti peristiwa pada 13 April 2020 (Isnin).
7.3.3 Mesyuarat membincangkan agihan tugas dan peranan setiap ahli jawatankuasa.
7.3.4 Mesyuarat mencadangkan perasmi bagi Hari Sukan ialah Dato’ Kudin atau Tuan Saiful Adly.
7.3.5 Mesyuarat memaklumkan untuk menjemput MILO atau mohon sumbangan daripada 7 eleven
(roti & air).
Makluman

4

7.4 Unit Kurikulum
7.4.1 Mesyuarat memaklumkan pada 8 Mac hingga 2 April 2020 akan diadakan Ujian untuk Tahap 2
dan PBD untuk Tahap 1.
Makluman
7.4.2 Mesyuarat memaklumkan kelas tambahan Tahun 6 akan dijalankan pada hari Isnin dan Selasa
dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang.
Makluman
7.4.3 Mesyuarat memaklumkan Kelas Tambahan Yayasan Negeri secara percuma kepada 4 orang
murid sahaja. Program diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8.00 pagi hingga
2.00 petang.
Makluman
7.4.4 Mesyuarat mencadangkan untuk rancang program motivasi ibu bapa murid tahun 5 dan tahun
6 mengenai kesedaran kepentingan pendidikan anak-anak.

7.5 Unit HEM
7.5.1 Mesyuarat memaklumkan penerima RMT bagi tahun ini seramai 6 orang. Penerima baru ialah
Zafran Naufal dan Ameera Nurjannah.
Makluman
7.5.2 Mesyuarat memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diserahkan semasa mesyuarat
Agung PIBG.
Makluman
7.5.3 Mesyuarat memaklumkan Ziarah Cakna telah dilaksanakan untuk rumah En. Abdullah Ayub,
En. Amir Untak, nenek Nasuha atau Zafran Naufal.
Makluman
7.5.4 Mesyuarat memaklumkan program di bawah guru penyayang ialah:
a) Ziarah Cakna
b) Sambut murid di pintu pagar
c) Mentor-mentee murid berfokus
d) Sambutan Hari Lahir
Makluman

7.6 Unit Kokurikulum
7.6.1 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang banyak memberi sokongan
menyumbang duit makan untuk murid keluar.
7.6.2 Mesyuarat memaklumkan GPS Kokurikulum bagi tahun 2019 ialah 1.58.
Makluman
7.6.3 Mesyuarat membentangkan penyertaan murid bagi tahun 2019:
a) Renang Negeri (1 orang)
b) Perkhemahan Kebangsaan 95 orang)
c) Bijak Sifir Negeri (1 orang)
d) Diamond League (2 orang)
7.6.4 Mesyuarat membentangkan penyertaan murid bagi tahun 2020:
a) Olahraga Daerah (1 orang murid menyertai MSSNS dalam acara 4x100m dan 4x200m)
b) Merentas Desa Daerah
c) Merentas Desa Negeri (1 orang)
d) Catur MSSD (4 orang)
e) Badminton

5

f) Catur Kebangsaan Open Tournament (3 orang)
g) Perkhemahan Anjuran SK Keru di Kem Syed Sirajuddin

8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Mesyuarat mencadangkan agar semua AJK PIBG dan warga sekolah bekerjasama dalam
menjayakan beberapa penambahbaikan, antaranya:
a) menceriakan taman sains
b) mengecat pondok
Makluman

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
9.2 Pengerusi mengharapkan agar semua program dan aktiviti yang telah dirancangkan berjalan
dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.14 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh:
Setiausaha PIBG Pengerusi Mesyuarat
SK Sungai Jerneh PIBG SK Sungai Jerneh

6


Click to View FlipBook Version