The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGURUSAN 2020 KV PERDAGANGAN JB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jaminankualitikvp, 2020-01-10 09:27:37

PANDUAN PENGURUSAN 2020 KV PERDAGANGAN

PANDUAN PENGURUSAN 2020 KV PERDAGANGAN JB

TAKWIM 2020

JADUAL BALIK KAMPUNG

TARIKH HARI PERKARA TINDAKAN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 1 WARDEN
22/1/2020 SELASA PELAJAR BALIK KAMPUNG 2 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 3 WARDEN
06/2/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 4 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 5 WARDEN
20/2/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 6 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 7 WARDEN
12/3/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 8 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 9 WARDEN
02/4/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 10 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 11 WARDEN
16/4/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 12 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 13 WARDEN
23/4/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 14 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 15 WARDEN
30/04/2020 KHAMIS PELAJAR BALIK KAMPUNG 16 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 17 WARDEN
19/5/2020 SELASA PELAJAR BALIK KAMPUNG 18 WARDEN
PELAJAR BALIK KAMPUNG 19 WARDEN
18/6/2020 KHAMIS

02/7/2020 KHAMIS

23/7/2020 KHAMIS

19/8/2020 RABU

03/9/2020 KHAMIS

23/09/2020 RABU

08/10/2020 KHAMIS

22/10/2020 KHAMIS

28/10/2020 RABU

12/11/2020 KHAMIS

TARIKH-TARIKH BALIK KAMPUNG TERTAKLUK KEPADA
PERUBAHAN

106

PERATURAN DAN PEKELILING

PERATURAN AM PENSYARAH DAN STAF
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU

1. 0 Pakaian Pensyarah Semasa Bertugas.
1.1 Kemas dan bersopan (sila rujuk Pekeliling Bil 6/1985 , Bil 2/1985 dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001).
1.2 Pensyarah perlu memakai pakaian mengikut pekeliling dalam tugas rasmi seperti
mesyuarat.
1.3 Pensyarah lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut tidak boleh melebihi
kolar baju. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.
1.4 Semua pensyarah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan mesti memakai pakaian yang sesuai ketika mengajar di padang:
berseluar trek panjang, berkemeja T sukan dan berkasut sukan.
1.5 Pakaian pada hari Ahad adalah Baju Korporat Putih bagi Lelaki dan Baju
Korporat/ Baju Kurung Johor dan bertudung bagi Wanita (sila rujuk Pekeliling Am
Kerajaan Negeri Johor Bil. 5 Tahun 2018 berkaitan pemakaian penjawat awam
yang berkhidmat di negeri Johor).

2.0 Waktu Rasmi Kolej Untuk Pelajar KV

Hari Waktu Rasmi Rehat
1.00 ptg – 2.00 ptg
Ahad – Rabu 8.00 pagi – 5.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg

Khamis 8.00 pagi – 3.30 ptg

Waktu Kokurikulum

Rabu 3.00 ptg – 5.00 ptg

*** Perubahan Tertakluk kepada Jadual Waktu Fleksi dari BPLTV

3.0 Masa Datang Ke Kolej Dan Ketepatan Masa.
3.1 Semua pensyarah hendaklah sampai ke kolej sekurang-kurangnya 5 minit
sebelum loceng pertama mengikut sidang masing-masing dan mematuhi
peraturan di para 2.0. Staf kolej mengikut waktu pejabat.
3.2 Pensyarah hendaklah thumbprint di bilik kesihatan semasa sampai ke kolej dan
thumbprint sekali lagi sebelum balik ke rumah.
3.3 Semua pensyarah dan staf dilarang keluar kolej setelah thumbprint tiba kecuali
dengan kebenaran Pengarah atau pegawai yang telah diturunkan kuasa
3.4 Jika thumbprint tidak berfungsi, semua pensyarah dan staf dikehendaki menulis
waktu tiba dan balik pada buku kehadiran secara manual.
3.5 Semua pensyarah dan staf dikehendaki mencatat sebab lambat atau tidak hadir
pada buku kehadiran secara manual. Dapatkan tandatangan Pengarah / TPA
atau pensyarah yang diturunkan kuasa.
3.6 Pensyarah yang tidak dapat hadir atau datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.
3.7 Pensyarah tidak dibenarkan memaklumkan ketidakhadiran melalui rakan. Sila
maklumkan melalui telefon/pesanan ringkas kepada Pengarah/TPA /AJK Jadual
Waktu.
3.8 Adalah menjadi tanggung jawab para pensyarah untuk mengamalkan ketepatan
masa sepanjang waktu bertugas di kolej, semasa datang dan balik dari kolej,
ketika memasuki bilik kuliah untuk mengajar dan semasa menjalankan kegiatan di
luar bilik kuliah.

107

PERATURAN DAN PEKELILING

3.9 Jadual waktu mengajar dan jadual waktu ganti mesti dipatuhi sebagai mana yang
ditetapkan oleh pihak kolej. Pensyarah tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal
pada waktu rehat dan waktu balik.

4.0 Keluar Waktu Mengajar/Bekerja
4.1 Pensyarah-pensyarah dan staf sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan
kolej dalam masa bertugas kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan
atau mendapat arahan daripada Pengarah atau pihak JPN,BPLTV, PPD, LP
dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah atau
pegawai yang telah diturunkan kuasa.
4.2 Pensyarah yang terpaksa keluar mesti mengisi borang keluar waktu bertugas dan
mesti ditandatangani oleh Pengarah atau pegawai yang telah diturunkan kuasa
sebelum keluar. Bila balik, pensyarah atau staf mesti melapor diri kepada
Pengarah/ TPA.
4.3 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat, kursus atau bengkel dikehendaki
meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar jika ada kelas pada hari tersebut.
Pastikan Slip MMI (slip pink) diisi dan diserah kepada AJK Jadual Ganti.
4.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu kolej kecuali dalam
keadaan kecemasan
4.5 Pensyarah / Staf yang terpaksa ke hospital/klinik selepas merakamkan
waktu dikehendaki telefon kolej dengan serta merta jika dapat cuti sakit. Jika tidak,
pensyarah tersebut hendaklah lapor diri ke kolej dan masuk kelas / bekerja seperti
biasa.

5.0 Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcara
5.1 Setiap pensyarah akan diberi sebuah Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcara
dan bertanggung jawab terhadap keselamatan fail tersebut.
5.2 Pensyarah dikehendaki melengkapkan fail tersebut dan menghantarnya kepada
Pengarah untuk disemak mengikut tarikh yang ditetapkan.
5.3 Rancangan harian perlu disediakan dalam Portal moe dan dicetak. Cetakan
tersebut perlu dimasukkan di dalam management file dan dihantar kepada
Pegawai Penyemak setiap hari Khamis pada atau sebelum jam 2.00 ptg untuk
semakan.
5.4 Pensyarah yang tidak menghantar rancangan harian sebanyak 3 kali akan diberi
surat tunjuk sebab.
5.5 Rancangan harian yang telah disemak perlu dipindahkan ke Fail Rekod
Pengajaran dan Pemudahcara
5.6 Rancangan pelajaran setiap minggu hendaklah dikemaskini dan dihantar
walaupun pensyarah bercuti , berkursus atau menghadiri mesyuarat. Sila catat
sebab tidak hadir.
5.7 Pensyarah juga perlu menyediakan fail peribadi pensyarah.

108

PERATURAN DAN PEKELILING
6.0 Jadual Kedatangan Pelajar (Rujuk SPI Bil 1/2019)

PANDUAN PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

109

PERATURAN DAN PEKELILING
110

PERATURAN DAN PEKELILING

7. 0 Mesyuarat/Taklimat Pensyarah.
7.1 Semua pensyarah diwajibkan menghadiri mesyuarat/taklimat yang diberikan oleh
Pengarah/ TPA / TPSA /KJK dari masa ke semasa.
7.2 Sekiranya seseorang pensyarah tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab,
pensyarah berkenaan hendaklah memberitahu Pengarah sekurang-kurangnya
sehari sebelum mesyuarat. Pensyarah dilarang mewakilkan pensyarah lain untuk
menghadiri mesyuarat/taklimat tanpa kebenaran
7.3 Pensyarah-pensyarah juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh
Ketua Jabatan atau Ketua Unit tertentu.
7.4 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus hendaklah mematuhi
semua arahan penganjur. Tindakan akan diambil terhadap pensyarah yang tidak
mematuhi peraturan.
7.5 Pensyarah yang menghadiri mesyuarat/taklimat /kursus hendaklah menyedia dan
menghantar minit curai 7 hari selepas mesyuarat /taklimat/kursus kepada
Timbalan Pengarah Akademik.

8.0 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar Oleh Pensyarah
8.1 Waktu tidak mengajar hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan
bukannya ’free period’. Oleh itu, pensyarah hendaklah menggunakan waktu tidak
mengajar untuk perkara-perkara berkaitan Pengajaran dan Pemudahcara (Sila
Rujuk SPI Bi/ 3/1981)

9.0 Jadual Waktu.
9.1 Pengurus Pelajar hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas
dipamerkan di dalam kelas sendiri.
9.2 Semua pensyarah mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.
9.3 Jika pensyarah berkenaan ada sesuatu sebab yang penting yang tidak
membolehkannya masuk kelas, pensyarah hendaklah melaporkan hal ini kepada
TPA atau Ketua Jabatan.
9.4 Pensyarah-pensyarah yang mengajar mesti berada di dalam kelas/tempat
mengajar mengikut jadual yang ditetapkan.Pensyarah-pensyarah tidak dibenarkan
meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Pengarah.
9.5 Pensyarah dikehendaki mematuhi jadual waktu – ‘Waktu Ganti’ yang dikeluarkan
oleh TPA atau AJK Jadual Ganti.
9.6 Semua pensyarah dikehendaki menandatangani Rekod Kehadiran Kelas setiap kali
pensyarah masuk mengajar samada di kelas, makmal, bengkel,bilik khas atau
padang
9.7 Semasa PdPc sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar/ masuk
untuk menjalankan kegiatan lain.

10.0 Waktu MAQ dan Solat Dhuha
10.1 Pensyarah bertugas, guru disiplin dan guru Pendidikan Islam perlu bersama pelajar
waktu MAQ dan solat Dhuha di surau.

11.0 Jadual Ganti.
11.1 Pensyarah-pensyarah mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan.
11.2 Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar, oleh itu pensyarah mesti

berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti.

111

PERATURAN DAN PEKELILING

11.3 Semua pensyarah hendaklah menyemak Jadual Waktu Ganti di bilik kesihatan
setiap kali selepas thumbprint dan mengambil slip Jadual Waktu Ganti.
11.4 Pensyarah tidak dibenarkan tukar waktu ganti tanpa kebenaran
11.5 Pensyarah boleh membawa pelajar ke Pusat Sumber semasa kelas ganti tapi
perlu mendapatkan kebenaran dari Guru Media. Keselamatan pelajar adalah
tanggungjawab pensyarah.

12.0 Surat Arahan Pekeliling
12.1 Setiap arahan dan surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah hendaklah

dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
12.2 Pensyarah yang menerima surat hendaklah mengambil tindakan segera.
12.3 Pensyarah yang menerima surat menghadiri kursus/taklimat mesti memberitahu

TPA dan Penyelaras Jadual Ganti mengenai tarikhnya.
12.4 Sekiranya pensyarah engkar arahan Pengarah tanpa alasan yang munasabah,

beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib.

13.0 Fail-Fail Kolej
13.1 Apabila pensyarah-pensyarah menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu

tindakan, pensyarah berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut
arahan dan masa yang ditetapkan.
13.2 Sila tandatangani surat atau fail selepas menerima / membaca surat. Fail tidak
boleh dibawa keluar dari pejabat
13.3 Bilik Fail adalah kawasan larangan. Pensyarah hendaklah minta bantuan
pembantu tadbir untuk mengeluarkan fail.

14.0 Melaksanakan Arahan/Tugas
14.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas,misalnya mewakili kolej

membawa pelajar bermain atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan
pelajar melakukan sesuatu maka tugas itu hendaklah dilakukan sendiri. Tidak
boleh pihak yang ditugaskan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengarah.
14.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun
dipersetujui oleh pihak yang menggantikan ,mestilah mendapat kebenaran dari
Pengarah terlebih dahulu.
14.3 Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pensyarah sendiri tidak boleh diserahkan
kepada pelajar,misalnya memegang/menyimpan kunci kolej.

15.0 Penggunaan Alat/Harta Benda Kolej
15.1 Kebenaran menggunakan peralatan mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada
Ketua Jabatan / pihak yang berkenaan. Segala peminjaman dan pemulangan
hendaklah dicatatkan di dalam Buku Pinjaman Bahagian atau Unit.
15.2 Pensyarah-pensyarah mesti bertanggungjawab menjaga alat/harta benda kolej
yang digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
15.3 Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan setelah menggunakannya.
15.4 Sebarang kerosakan/kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera dalam
Buku Laporan Kerosakan di pejabat.
15.5 Penyelenggaraan alat hendaklah dibuat mengikut garis panduan
15.6 Jika kerosakan perabot/alat disebabkan kecuaian pensyarah/staf atau pelajar, kos
baikpulih akan ditanggung oleh pensyarah/staf/pelajar.
15.7 Pensyarah dan staf tidak dibenarkan memegang kunci bilik khas/ makmal/
bengkel kecuali dengan surat kuasa yang ditandatangani oleh Pengarah. Kunci
mesti dipulangkan pada akhir tahun.

112

PERATURAN DAN PEKELILING

15.8 Kunci yang diambil dari pejabat atau daripada bilik TPA mesti dipulangkan
segera. Sila catatkan pada buku pengambilan kunci.

16.0 Keselamatan Pelajar
16.1 Semua pensyarah yang mengajar dalam bilik kuliah,makmal, bengkel, di padang
atau aktiviti kokurikulum di kolej atau di luar kawasan kolej atau di mana sahaja,
adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar dibawah jagaannya.
Pensyarah yang diarahkan secara bertulis dalam dokumen rasmi kolej adalah
bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar-pelajar di bawah jagaannya.
Oleh itu pensyarah hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi
setiap gerak geri pelajar supaya tidak berlaku kemalangan atau kecederaan.
16.2 Pendidikan Jasmani tidak boleh dijalankan di padang samada semasa hujan atau
kilat walau pun tiada hujan.
16.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, pensyarah yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan
kepada pensyarah bertugas.
16.4 Pengarah/TPA/TPSA hendaklah diberitahu jika berlaku kemalangan kepada
pensyarah atau pelajar.
16.5 Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Ketua Bengkel adalah bertanggungjawab
mengadakan langkah-langkah keselamatan, peraturan atau tatacara keselamatan
bagi bengkel masing-masing.
16.6 Jika pelajar tidak berada dalam kelas, catatkan dalam Rekod Kehadiran dan ambil
tindakan dengan segera
16.7 Pensyarah yang mengiringi pelajar ke pertandingan atau aktiviti lain diwajibkan
mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya.

17.0 Penggunaan Telefon/Mesin Faks/Internet/Mesin Fotostat Kolej dan Telefon
Bimbit [Rujuk Surat Pekeliling 1/2003 dan Jan 2004]
17.1 Telefon/faks, Internet dan mesin fotostat kolej hanya digunakan untuk urusan

rasmi pentadbiran kolej sahaja.
17.2 Borang perlu diisi sebelum menghantar dokumen melalui faks.
17.3 Pensyarah dilarang membawa atau menggunakan telefon bimbit semasa PdPc

dan semasa penilaian / pentaksiran
17.4 Komputer dan laptop kolej hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja.

18.0 Percetakan Nota/Soalan / Bahan Kursus /Edaran
18.1 Pensyarah hendaklah melengkapkan borang permohonan percetakan sebelum

menghantar bahan untuk dicetak.
18.2 Borang permohonan hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum

diperlukan.
18.3 Semua bahan yang dicetak hendaklah digunakan sepenuhnya. Elakkan

pembaziran.
18.4 Jika bahan yang diperlukan dihantar lewat dan pihak percetakan tidak dapat

mencetaknya, pensyarah dikehendaki menanggung kos mencetak di luar kolej.
18.5 Bahan dan borang hendaklah diserah kepada Pengarah/TPA untuk diluluskan.

Pastikan semua maklumat betul dan lengkap

19. 0 Urusan Rasmi dan Menulis Surat Rasmi
19.1 Semua surat berkatian dengan hal kolej dan perjawatan hendaklah melalui

Pengarah.

113

PERATURAN DAN PEKELILING

19.2 Pensyarah tidak dibenarkan pergi sendiri ke PPD/JPN untuk menguruskan hal-
hal perkhidmatan/perjawatan tanpa kebenaran Pengarah.

20. 0 Pensyarah Sebagai Ahli Persatuan
20.1 Demi kepentingan perkhidmatan Pendidikan/Profesyen Perguruan, pensyarah-

pensyarah dikehendaki menjadi ahli persatuan-persatuan berikut;
i) Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan

Pendidikan(PTPAPPM)
ii) Persatuan Sukan dan kebudayaan perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
iii) Koperasi KVPJB.

21.0 Orang Luar Berjumpa Pensyarah/Pelajar
21.1 Orang luar termasuk juru jual tidak boleh berjumpa pensyarah dan kakitangan

tanpa kebenaran Pengarah/ TPA. Oleh itu pensyarah diingatkan supaya bertanya
kepada pihak yang ingin berjumpa samada telah mendapat kebenaran atau tidak.
21.2 Orang luar termasuk bekas pelajar dilarang berjumpa pensyarah atau pelajar
dibilik kuliah semasa pensyarah mengajar.

22.0 Pengurusan Bilik Pensyarah
22.1 Semua pensyarah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan bilik
pensyarah pada setiap masa
22.2 Pensyarah Bertugas Mingguan bertanggungjawab memastikan semua pintu
dikunci dan suis dipadam pada pukul 5.00 ptg. Semua pensyarah diminta
bekerjasama memastikan semua suis dipadam sebelum keluar dari bilik
pensyarah.
22.3 Keselamatan dan kebersihan semua alat dan perabot dalam bilik pensyarah
adalah tanggungjawab semua pensyarah. Sebarang kerosakan hendaklah
dilaporkan. Kerosakan atau kehilangan akibat kecuaian pensyarah akan
ditanggung oleh para pensyarah.
22.4 Orang luar dan pelajar dilarang masuk ke dalam bilik pensyarah. Urusan hanya di
kaunter sahaja atau di ruangan yang disediakan.
22.5 Pensyarah tidak boleh membenarkan orang luar atau pelajar duduk di tempat
pensyarah lain kecuali dengan kebenaran pensyarah tersebut.
22.6 Pensyarah tidak digalakkan menyimpan barang berharga dalam bilik pensyarah.
Sebarang kehilangan ditanggung oleh pensyarah.
22.7 Pensyarah dilarang membenarkan pelajar masuk ke bilik pensyarah.
22.8 Pelajar akan menghantar tugasan / fail / folio ke rak di bilik pensyarah. Semua
pensyarah bertanggungjawab mengambil bahan tersebut dari rak dengan segera.
22.9 Pensyarah dilarang melaksanakan jualan barang di dalam kolej kecuali dengan
kebenaran Pengarah.

23.0 Pensyarah-Pensyarah Pergi ke Pejabat Pendidikan
23.1 Pensyarah-pensyarah tidak dibenarkan pergi ke BPLTV / Jabatan Pendidikan

Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada masa kolej.
23.2 Pensyarah-pensyarah perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama

semasa di PPD/JPN/BPLTV.

24.0 Cuti
24.1 Cuti Sakit

114

PERATURAN DAN PEKELILING

24.1.1 Pensyarah-pensyarah atau kakitangan kolej yang tidak hadir kerana sakit
hendaklah mengikut tatacara berikut:
i) Telefon Pengarah/Timbalan Pengarah/AJK Jadual Ganti sebelum
7.50 pagi dan beritahu bilangan hari cuti sakit. Pensyarah tidak
digalakkan menyampaikan pesanan melalui rakan atau staf.
ii) Lapor diri kepada Pengarah/Timbalan Pengarah sebaik sahaja
balik bertugas
iii) Isi borang cuti sakit dan tampal cuti sakit serta serah kepada
Pengarah/ TPA

24.1.2 Cuti sakit dari klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.

24.2 Cuti Rehat Khas [ Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian
Pelajaran Bil 3/2005 dan Pindaan Bil. 8/2017]
24.2.1 Tidak melebihi 10 hari dalam satu tahun kalendar
24.2.2 Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas ,pihak yang
meluluskan hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan Pengajaran
dan Pemudahcara di kolej tidak terjejas.
24.2.3 Kelulusan cuti adalah atas budi bicara Pengarah atau pegawai yang diberi
kuasa semasa ketiadaan Pengarah
24.2.4 Pensyarah hendaklah mengemukakan permohonan Cuti Rehat Khas
kepada Pengarah sekurang-kurangnya seminggu sebelum mengambil cuti
dan mesti ditandatangani oleh TPA sebagai sokongan sebelum diserah
untuk kelulusan Pengarah.
Borang hendaklah disertai dengan ”Borang Pink” untuk memastikan waktu
instruksional dilindungi
24.2.5 Kelulusan mesti didapatkan sebelum pensyarah bercuti.
24.2.6 Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai
berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun
yang berkenaan.
24.2.7 Kemudahan Cuti Rehat Khas adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa
saja. Baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya.
Walau bagaimana pun ianya akan dikumpul untuk Gantian Cuti Rehat
(GCR) yang akan dibayar dengan Award wang tunai bila bersara nanti,
boleh dikumpulkan sehingga 150 hari sepanjang perkhidmatan.
24.2.8 Pensyarah hendaklah membuat permohonan cuti melalui borang manual
yang perlu disokong oleh TPA dan mengisi dalam sistem HRMIS sebaik
sahaja mendapat kelulusan Pengarah.
24.2.9 Pensyarah hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah
Akademik dan AJK Jadual Ganti selepas mendapat kelulusan mengambil
cuti.

24.4 Cuti Bersalin
22.5.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002.

24.5 Cuti Haji
22.6.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984.

24.6 Cuti Kuarantin

115

PERATURAN DAN PEKELILING

24.6.1 Dibenarkan bagi penyakit ‘chicken pox’, campak, difteria, malaria, HFMD,
demam denggi dan demam denggi berdarah

24.6.2 Tempoh cuti adalah terhad kepada 5 hari bagi setiap kes atau selama
tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan
kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk
hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.

24.6.3 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2016

PERINGATAN:
Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan dari pihak berkuasa,pensyarah berkenaan
akan dipotong gaji dan tindakan tatatertib akan diambil.

25.0 Pengurusan Fail Eviden Pelajar
25.1 Semua pelajar mesti mempunyai fail eviden untuk mata pelajaran vokasional

dan akademik
25.2 Semua fail eviden perlu mempunyai muka depan yang mengandungi:

a) Nama Pelajar
b) Nama dan Kod Modul
c) Kohot / Tahun / Semester
d) Nombor Dokumen [Tagging ]
25.3 Pensyarah hendaklah memastikan pelajar menyimpan semua eviden dengan
betul dan selamat
25.4 Fail Eviden hendaklah disemak oleh pensyarah mengikut jadual yang
ditetapkan.
25.5 Semua fail eviden hendaklah disimpan di lokasi yang ditetapkan.

26.0 Pengurusan Bilik kuliah / Makmal / Bengkel / Bilik Khas
26.1 Semua pensyarah yang masuk bilik kuliah pada waktu pertama dikehendaki

memastikan bilik dibersihkan dan sampah dibuang sebelum memulakan PdPc
26.2 Pensyarah yang mengajar pada waktu terakhir hendaklah memastikan semua suis

dipadam dan tingkap serta pintu ditutup sebelum meninggalkan bilik.
26.3 Pensyarah yang menggunakan bilik selepas waktu kolej mesti mendapat kebenaran.

Pensyarah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan bilik yang
digunakan
26.4 Penyelaras setiap bilik bertanggungjawab mengemaskini inventori setiap bilik.
Sebarang kerosakan mesti dilaporkan dan tindakan diambil
26.5 Pensyarah tidak dibenarkan duduk semasa mengajar kecuali mempunyai sebab
tertentu.

27.0 Penggunaan Bas / Van Kolej
Pensyarah yang ingin menggunakan kenderaan kolej untuk urusan rasmi hendaklah
mematuhi tatacara berikut:
i) Isi borang tempahan kenderaan. Pastikan semua maklumat lengkap
ii) Serah ke pejabat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum digunakan
iii) Pastikan pemandu telah dimaklumkan dan borang diserah.
iv) Pastikan pelajar pergi dan balik pada masa yang ditetapkan dengan secara teratur

dan berpakaian kemas.
v) Pensyarah pengiring bertanggungjawab memberitahu pemandu dan pelajar

mengenai tempat berkumpul dan masa pergi dan balik.

116

PERATURAN DAN PEKELILING

vi) Pensyarah pengiring hendaklah memastikan pelajar menjaga kebersihan dalam
bas dan berdisiplin sepanjang masa.

28.0 Tatacara Mengenakan Tindakan & Hukuman Terhadap Pelajar kolej
28.1 Semua pensyarah diminta merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 ,

Bil.7/1995 dan 7/2003 dalam Takwim Kolej
28.2 Tindakan disiplin yang diambil oleh pensyarah hendaklah berdasarkan panduan-

panduan seperti yang terkandung dalam surat-surat pekeliling.
28.3 Hanya Pengarah mempunyai kuasa merotan pelajar dan kuasa ini diberikan

kepada pensyarah tertentu. Pensyarah yang tidak mempunyai surat kuasa
merotan tidak benarkan mengenakan hukuman merotan.
28.4 Tindakan disiplin yang menggunakan sistem poin hendaklah mengikut garis
panduan.

29.0 Memesan dan Mengambil Barang dari Stor Pusat

29.1 Pensyarah yang hendak memesan barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang ‘nota minta’ yang boleh diperolehi di pejabat. Hanya Ketua
Jabatan / Ketua Unit dibenarkan memesan barang dengan mengikuti belanjawan
yang diluluskan.

29.2 Borang ‘nota minta’ mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan
sebelum diluluskan oleh Pengarah.

29.3 Pensyarah yang memesan barang bertanggungjawab merujuk kepada Penyelia
Stor untuk memastikan barang dihantar ke kolej mengikut pesanan. Barang ini
mestilah diambil dengan segera dari stor.

29.4 Hanya Ketua Jabatan/Ketua Unit dibenarkan mengambil barang dari Stor Pusat.
29.5 Borang pengeluaran barang / bahan dari stor mesti ditandatangani oleh pegawai

pelulus SEBELUM barang dikeluarkan dari stor.
29.6 Pensyarah hanya dibenarkan berurusan di kaunter dalam Stor Pusat.

30.0 Had Laju dan tempat letak kereta di kawasan kolej
30.1 Had laju dalam kawasan kolej ialah 30 km/jam
30.2 Pensyarah dinasihatkan tunggu selepas pelajar berjalan balik ke asrama atau

keluar sebelum beredar untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan
30.3 Perhimpunan pagi akan diadakan di surau untuk solat dhuha pada hari

Isnin – Rabu.
30.4 Pensyarah dilarang meletak kereta di :

i belakang kereta Pengarah / TPA
ii kawasan bergaris kuning
iii tempat letak kereta pelawat
iv bahu jalan
30.5 Pensyarah diminta meletak kereta di petak yang ditentukan supaya tidak
menghalang lalu-lintas
30.6 Pihak kolej tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kenderaan akibat
kecuaian pensyarah.
30.7 Semua warga KVPJB diwajibkan membeli pelekat kereta dan menampalnya di
cermin kereta.

31.0 Pensyarah Bertugas Mingguan

117

PERATURAN DAN PEKELILING

31.1 Semua pensyarah hendaklah membaca dan memahami senarai tugas pensyarah
mingguan

31.2 Setiap minggu, 2 pensyarah akan bertugas.
31.3 Pensyarah bertugas dikehendaki bertugas mengikut masa berikut:

i. 8.00 pagi – 5.00 ptg (Ahad – Rabu)
ii. 8.00 pagi - 2.00 ptg (Khamis)
31.4 Laporan mesti dicatat dalam Buku Laporan Pensyarah Bertugas dan diserah pada
hari Khamis selewat-lewatnya 2.00 ptg.
31.5 Pensyarah yang tidak dapat menjalankan tugas pada tempoh yang ditetapkan
hendaklah memaklumkan kepada TPA
31.6 Pensyarah bertugas hendaklah mengawal pelajar di surau semasa solat Dhuha
dan memberi pesanan / teguran / pengumuman kepada pelajar

32.0 Acara atau Majlis Kolej
32.1 Semua pensyarah diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi kolej
mengikut masa dan tempat yang ditetapkan.
32.2 Jika pensyarah tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan,
beliau mestilah memberitahu Pengarah/ TPA terlebih dahulu.

33.0 Perhimpunan Rasmi Mingguan / Harian
33.1 Perhimpunan Mingguan akan diadakan pada setiap hari Ahad bermula jam 10.00

pagi.
33.2 Semua pensyarah diwajibkan hadir dan berada di atas pentas dewan sebelum

10.00 pagi kecuali pensyarah yang bertugas.
33.3 Semua pensyarah hendaklah memakai baju korporat putih.
33.4 Pensyarah Perhimpunan dan Pensyarah MPP adalah bertanggungjawab

memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar
33.5 Semua pensyarah wajib berurusan dengan pensyarah perhimpunan jika ada

acara yang perlu dijalankan semasa perhimpunan.
33.6 Format Perhimpunan Mingguan:

i. Pensyarah mengambil tempat
ii. Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku
iii. Bacaan Doa
iv. Ikrar Rukunegara dan Ikrar Kolej
v. Laporan Pensyarah Bertugas
vi. Ucapan Pengarah
vii. Pengumuman
viii. Nyanyian lagu kolej
ix. Bacaan tasbih Kaffarah dan Surah Al Asr

33.7 Perhimpunan harian diadakan di Surau At Taqwa dan diselaraskan oleh
Pensyarah Bertugas dan Pensyarah MPP. Perhimpunan ini hanya diberi masa
selama 10 minit.
Format Perhimpunan Harian:

i. Doa
ii. Pengumunan

34.0 Urusan Perkhidmatan dan Perjawatan
34.1 Pensyarah bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat perkhidmatan dan

118

PERATURAN DAN PEKELILING

perjawatan dengan Pembantu Tadbir [Perkhidmatan dan penjawatan] yang
meliputi aspek perlantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji,
rekod cuti dan sebagainya.
34.2 Pensyarah bertanggungjawab mengemaskini maklumat peribadi dan
perkhidmatan dalam e-operasi, SPLG dan HRMIS dan sebagainya.

35.0 Pembangunan Staf
35.1 Semua pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) wajib mengikuti
kursus pembangunan staf sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun.

36.0 Kelab Warga Kolej Vokasional Perdagangan
35.1 Semua pensyarah dan staf yang berkhidmat di KVPJB secara automatik menjadi

ahli kelab warga dan tertakluk kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh
jawatankuasa yang dilantik.

37.0 Permohonan Keluar Negara
Permohonan perlu dikemukakan ke PPD melalui Pengarah Kolej sekurang-kurangnya 30
hari sebelum tarikh bertolak.

119

PERATURAN DAN PEKELILING

SENARAI PEKELILING BERKAITAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

1. Pekeliling Perhhidmatan Cuti Sakit Swasta
2. Pekeliling Perkhidmatan Cuti Rehat Khas
3. Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja
4. SPI Bil 3/1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar
5. SPI Bil 3/1999 - Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
6. SPI Bil 3/2015 - SOP Menggunakan Kenderaan Sendiri Untuk

Membawa Murid bagi Urusan Rasmi KPM
7. SPI Bil 3/2017 - Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media

Sosial bagi Guru dan Murid
8. SPI Bil 7/2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di

Sekolah
9. SPI Bil 8/2011 - Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
10. SPI Bil 1/2019 - Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran

Murid di Sekolah KPM
11. SPI Bil 7/2011 - SOP Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu

Disiplin Murid
12. SPI Bil 7/1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman

Terhadap Pelajar - Pelajar Sekolah.
13. SPI Bil 7/2003 - Kuasa Guru Merotan Murid.

Sila imbas QR Code berikut bagi
mendapatkan pekeliling di atas.

Surat Pekeliling Ikhtisas

120


Click to View FlipBook Version