The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Masneh Yassin, 2022-02-25 09:17:54

KOLEKSI SOALAN NOVEL PERCUBAAN SPM 2021

KOLEKSI SOALAN NOVEL 2021.docx

NOVEL

SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN JOHOR

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang membanggakan anda
sebagai pembaca

Jawapan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa Lili, Geetha dan Danel menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa.
Lili, Geetha dan Danel bekerjasama untuk menyelesaikan masalah orang-orang kampung yang
kurang bersetuju dengan pembinaan masjid baharu kerana mahu kubah dipasang di surau yang
sudah lama didirikan.

Peristiwa ini membanggakan saya kerana golongan remaja seperti Geetha dan Danel yang berlainan
bangsa dan agama sanggup membantu Lili yang beragama Islam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.

2. Peristiwa keperihatinan Lili terhadap orang lain yang mengalami masalah rumah tangga.
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Lili sering ke rumah
Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya Seman
yang buruk selama ini. Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan
bantuan Puan Hamimah.

Peristiwa ini membanggakan saya kerana sebagai remaja, Lili sangat perihatin dan mengambil berat
tentang masalah keganasan rumah tangga yang berlaku di persekitarannya. Dia turut bertindak bijak
dengan meminta bantuan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga masalah
keganasan tersebut dapat diselesaikan.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Peristiwa Dahlia yang sentiasa bersabar dengan kerenah neneknya.
Dahlia sentiasa bersabar dengan kerenah neneknya iaitu Nek Kiah yang membenci keluarga mereka
kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain yang hidup
senang. Dahlia sentiasa mengambil berat akan Nek Kiah walaupun Nek Kiah seorang yang
mementingkan diri kerana tidak mahu membantu anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam
kemiskinan.

Peristiwa ini membanggakan saya kerana adanya nilai kesabaran yang tinggi dalam diri seorang
remaja seperti Dahlia. Dia tidak pernah menyimpan dendam malahan tetap menyantuni neneknya
dengan baik walaupun mereka sekeluarga sering disisihkan oleh neneknya,

2. Peristiwa Embong memarahi Dahlia apabila mendapat tahu anaknya itu mahu berhenti sekolah
kerana mahu menjaga adik-adiknya.
Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila
mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya. Beliau mahu
Dahlia meneruskan persekolahannya dan mengatakan bahawa beliau sanggup bersusah payah
untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

Peristiwa ini membanggakan saya kerana sikap seorang ayah yang sangat mementingkan
pendidikan anak-anaknya walaupun hidup dalam kemisikinan.

UNIT BM MRSM GERIK
1

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN KEDAH
Pelbagai kisah dan peristiwa yang digarap oleh pengarang dalam sesebuah novel dapat menimbulkan
kesan dihati pembaca.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa dan sebab-sebab peristiwa tersebut
menyentuh perasaan anda.
Jawapan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa Haziq dan Rafik dibelasah oleh ayahnya ketika di rumah Che Jah. Kedua-dua
mereka mengalami kecederaan.
Seman memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan
geram dan kemarahan.

Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana memikirkan kesengsaraan yang dihadapi oleh
adik-beradik itu sejak kecil.

2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Rafik dan Haziq berjaya menyambung pelajaran. Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan
bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon
persendirian.

Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana nasib adik-beradik yang bermasalah akibat
keruntuhan institusi keluarga akhirnya berubah dan mereka dapat meneruskan pelajaran.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia menyelamatkan Said yang lemas, namun dia dituduh sebagai penyebab
kematian kanak-kanak tersebut.
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras arusnya demi menyelamatkan Said yang lemas,
walau bagaimanapun, Aton iaitu ibu Said menuduh Dahlia sebagai pembunuh anaknya.

Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana tindakan seorang gadis seperti Dahlia yang
sanggup merisikokan nyawanya menyelamatkan kanak-kanak yang lemas. Walau
bagaimanapun, sebaliknya dia dituduh sebagai penyebab kematian Said.

2. Peristiwa ketika Dahlia mencari ibunya yang hilang di kebun getah.
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian
dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya
sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.

Peristiwa ini menyentuh perasaan pembaca apabila memikirkan situasi sukar yang perlu dihadapi
oleh seorang anak remaja seperti Dahlia.

UNIT BM MRSM GERIK
2

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN LIMBANG, SARAWAK
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab novel tersebut sesuai
dijadikan sebagai bahan bacaan murid.
Jawapan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Mempunyai tema yang menarik.
Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
Contoh : Lili menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa. /
Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq tidak mematahkan semangatnya.
Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk membantu Rafiq dan Haziq.

2. Mengandungi nilai murni yang ditunjukkan menerusi sikap watak-watak dan
seterusnya dapat dicontoh oleh murid.
Lili mengamalkan nilai keperihatinan dalam kehidupannya. Dia begitu prihatin dengan Che
Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Lili sering ke rumah Che Jah untuk
memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya Seman yang
buruk selama ini.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Mempunyai tema yang menarik.
Ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
Contoh : Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan
hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke
hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Selain itu, Dahlia
tabah untuk menjaga adik-adiknya di samping mengulang kaji pelajarannya.

2. Mengandungi nilai murni yang ditunjukkan menerusi sikap watak-watak dan
seterusnya dapat dicontoh oleh murid.
Sebagai contoh, Embong bertanggungjawab memastikan anak-anaknya mendapat
pendidikan yang sempurna walaupun hidup dalam kemiskinan. Embong sedar akan
kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau marah apabila mendapat tahu
Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-adiknya. Beliau mahu Dahlia
meneruskan persekolahannya. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah
pendapatan keluarga.

UNIT BM MRSM GERIK
3

NOVEL

SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN LIMBANG, SARAWAK

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menjadi panduan hidup
kepada pembaca

Jawapan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual.
Datuk merungut sambil memarahi abang kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar
kawannya daripada sebuah syarikat untuk memujuk orang kampung supaya menjual tanah
mereka untuk dijadikan deretan rumah sewa.
Peristiwa ini menjadi panduan kepada pembaca agar berani mempertahankan hak atau
tanah daripada jatuh kepada orang lain.

2. Peristiwa Lili melaporkan kes keganasan rumah tangga Che Jah kepada Puan
Hamimah
Lili telah melaporkan kepada Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk
menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh suaminya, Seman
yang sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Peristiwa ini menjadi panduan kepada pembaca agar membantu orang lain yang
berhadapan dengan masalah untuk menyelamatkan mereka daripada terus menjadi
mangsa keganasan.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Peristiwa Embong memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik.
Walaupun Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-
anaknya. Embong marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu
membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya.
Peristiwa ini menjadi panduan kepada pembaca supaya mementingkan pendidikan anak-
anak agar masa depan mereka terjamin.

2. Peristiwa Dahlia menjaga dan menguruskan ibunya yang mengalami masalah
kesihatan mental.
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Dahlia memujuk ibunya yang berada di kebun getah untuk balik ke
rumah mereka kerana hari semakin gelap tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Saleha berjaya
dibawa balik oleh Embong.

Peristiwa ini menjadi panduan kepada kita agar menjaga orang yang menghadapi masalah
mental dengan sebaik-baiknya dan bukan membiarkan mereka merayau-rayau tanpa arah.

UNIT BM MRSM GERIK
4

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN KELANTAN
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan
masyarakat yang bertanggungjawab.
Jawapan
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa Lili menjalankan tanggungjawab membantu Che Jah yang menghadapi
masalah rumah tangga.
Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi kepadanya. Selain itu, Lili
akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suami Che Jah yang buruk selama ini.

2. Peristiwa penduduk kampung Sentosa yang bertanggungjawab menyelesaikan
masalah kampung mereka.
Penduduk kampung Sentosa prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampung
mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab
itu mereka bertanggungjawab menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya
menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Peristiwa Dahlia menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya
Dahlia bersedia untuk menjaga adik bongsunya , Anggerik dan adik-adiknya yang lain
sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana dia sedar akan tanggungjawabnya
sebagai anak sulung dalam keluarga.

2. Peristiwa Haji Sulaiman melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kampung Parit
Hj Rais.
Sebagai ketua kampung, Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak
buahnya,Embong yang menghadapi masalah. Beliau juga membantu membawa Saleha
untuk dirawat di hospital dan selalu meminjamkan wang kepada Embong.

UNIT BM MRSM GERIK
5

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN NEGERI SEMBILAN
Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa itu menyentuh hati
anda.
Jawapan
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa Haziq dan Rafik dibelasah oleh ayahnya ketika di rumah Che Jah. Kedua-dua
mereka mengalami kecederaan.
Seman memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan
geram dan kemarahan.

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana memikirkan kesengsaraan yang dihadapi oleh
adik-beradik itu sejak kecil.

2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Rafik dan Haziq berjaya menyambung pelajaran. Mereka berdua telah berubah dan insaf
dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai
calon persendirian.

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana nasib adik-beradik yang bermasalah akibat
keruntuhan institusi keluarga akhirnya berubah dan mereka dapat meneruskan pelajaran.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa Dahlia menyelamatkan Said yang lemas, namun dia dituduh sebagai
penyebab kematian kanak-kanak tersebut.
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras arusnya demi menyelamatkan Said yang
lemas, walau bagaimanapun, Aton iaitu ibu Said menuduh Dahlia sebagai pembunuh
anaknya.

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana tindakan seorang gadis seperti Dahlia yang
sanggup merisikokan nyawanya menyelamatkan Said dan sebaliknya dia dituduh sebagai
penyebab kematian Said.

2. Peristiwa ketika Dahlia mencari ibunya yang hilang di kebun getah.
Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian
dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.

Peristiwa ini menyentuh hati saya apabila memikirkan situasi sukar yang perlu dihadapi oleh
seorang anak muda seperti Dahlia.

UNIT BM MRSM GERIK
6

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN NEGERI SELANGOR

Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut.
Jawapan
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Kita hendaklah sayang akan ibu bapa kita dengan akur segala permintaan positif
mereka.
Lili sangat sayang akan ibunya. Dia akur dan menuruti kata ibunya agar dia pulang ke
kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak
gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya
supaya ibunya tidak berasa kecil hati.

2. Kita haruslah sayang akan anak-anak dengan sentiasa menjaga kebajikan mereka.
Ibu Lili yang sangat sayang akan anaknya Lili . Beliau sangat mengambil berat akan
kebajikan anaknya. Ibu Lili menolong mengeringkan tubuh anaknya yang baru selesai mandi
walaupun Lili sudah berusia 17 tahun. Ibu Lili juga mengupas-usap rambut Lili dalam usaha
memastikan Lili rela hati mengikut permintaannya pulang ke kampung.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Kita haruslah menyayangi adik-beradik kita dengan sentiasa mengambil berat akan
kebajikan mereka
Dahlia sangat sayang akan adik-adiknya. Dia sanggup keluar dari asrama semata-mata
mahu menjaga adik-adiknya terutama adiknya Anggerik yang sakit selepas ibunya
dimasukkan ke hospital.

2. Kita haruslah sayang akan anak-anak dengan sentiasa menjaga kebajikan mereka.
Embong amat sayang akan anak dan isterinya. Embong sanggup bekerja dari pagi hingga
malam untuk menanggung keluarganya. Dia berusaha untuk menguruskan anak-anaknya
semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa dia dipatuk ular, dia berpesan kepada
Dahlia untuk menjaga adik-adiknya dengan baik dan memberitahu tentang wang yang
disimpannya di rumah bagi mengelakkan anak-anaknya terbiar semasa ketiadaannya

UNIT BM MRSM GERIK
7

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

BACAAN TAMBAHAN

Persoalan yang menunjukkan persamaan

1. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan

JMJ : Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan
seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang
berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

SBE : Embong sedar akan kepentingan ilmu kepada anak-anaknya. Oleh sebab itu, beliau
marah apabila mendapat tahu Dahlia mahu berhenti sekolah kerana mahu menjaga adik-
adiknya.Beliau mahu Dahlia meneruskan persekolahannya, walaupun Embong sendiri tidak
tahu cara untuk menyelesaikan masalahnya setelah isterinya dirawat di hospital.

2. Persoalan sikap keperihatinan terhadap orang lain.

JMJ : Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga.
Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana
beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che
Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang
kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya
yang buruk selama ini.

SBE : Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga Embong.Beliau selalu membantu Dahlia
dan keluarganya dengan memberi hutang apabila keluarga Dahlia membeli barang di
kedainya.

UNIT BM MRSM GERIK
8

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

Dalam sesebuah novel, terdapat tindakan watak yang tidak wajar dicontohi.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan
tindakan watak yang tidak wajar dicontohi. Berikan alasan anda.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

1. Peristiwa Seman yang memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq
Seman memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq dengan teruk sebagai tempat melepaskan
geram dan kemarahan.

Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana sepatutnya sebagai seorang ketua keluarga yang
bertanggungjawab, Seman sepatutnya menunjukkan tingkah laku dan teladan yang baik
terhadap anak-anaknya. Malahan sikapnya ini menimbulkan perasaan benci dan dendam
anak-anaknya kepada ayah mereka.

2. Peristiwa Haziq dan Rafiq bersikap kasar terhadap ibu mereka.

Haziq dan Rafiq mengugut ibu mereka untuk dicederakan.

Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana dapat mengundang suasana dan masalah yang
lebih buruk dalam hubungan kekeluargaan mereka malahan tindakan ini bertentangan
dengan agama Islam.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

1. Peristiwa Aton yang suka berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia.
Aton menuduh Embong dan Dahlia yang menyebabkan anaknya lemas di sungai.

Tindakan Aton yang suka memfitnah tidak wajar dicontohi kerana akan menyebabkan
perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.

2. Peristiwa Nek Kiah yang mementingkan diri sendiri.
Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu anak dan
cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah ingin menjual rumah keluarga
Dahlia walaupun emak dan abahnya Embong masih berada di hospital.

Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana dalam dirinya tidak ada perasaan simpati terhadap
keluarganya sendiri yang sedang dilanda musibah.

UNIT BM MRSM GERIK
9

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

Terdapat pebagai peristiwa yang memaparkan konflik dalam sesebuah novel terutama pada
bahagian perkembangan binaan plot.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan konflik antara watak yang terdapat dalam
novel tersebut.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Konflik antara Che Jah dengan suaminya Seman.
Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan
dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan
dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
2. Konflik antara Lili dengan ibunya.
Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat
persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Konflik antara Dahlia dengan Nek Kiah
Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar
sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan
wang sebanyak itu.

2. Konflik antara Dahlia dengan Aton.
Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia
telah berusaha untuk menyelamatkan Said.

UNIT BM MRSM GERIK
10

NOVEL
SOALAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021

Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah.
Contoh : Kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah. Lili telah
berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan Hamimah,
Pegawai Kebajikan Masyarakat.
2. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran. Mereka berdua telah berubah
dan insaf dengan bantuan datuk Lili. Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR
sebagai calon persendirian.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran.
Contoh : Kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun. Dahlia berjaya melanjutkan
pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan
hidup keluarga dan masalah keluarga.
2. Peristiwa kejayaan penduduk kampung Haji Rais bermuafakat dan bekerjasama
semasa menghadapi musibah.
Contoh : Kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar
melanda. Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama membina rumah
Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan
makanan.

UNIT BM MRSM GERIK
11


Click to View FlipBook Version