The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SILA ULANG BACA NOTA BAGI MENINGKATKAN LAGI PENGETAHUAN TENTANG TAJUK INI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by USTAZAH ADURA SMKS16 SHAH ALAM, 2021-03-17 23:06:18

ERA MASYARAKAT JAHILIYAH

SILA ULANG BACA NOTA BAGI MENINGKATKAN LAGI PENGETAHUAN TENTANG TAJUK INI

Keywords: MASYARAKAT JAHILIYAH

PENDIDIKAN ISLAM KSSM TINGKATAN 1

BIDANG SIRAH

ERA MASYARAKAT
JAHILIAH

BERSAMA USTAZAH ADURA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 01

MAKSUD JAHILIAH

02 KEJAHILAN MASYARAKAT JAHILIAH
DARI SEGI AKIDAH

03KEJAHILAN MASYARAKAT JAHILIAH

DARI SEGI AKHLAK

04 KEDATANGAN RASULULLAH

MAKSUD JAHILIAH

 Berasal perkataan arab “JAHALA” yang bermaksud
tidak tahu, bodoh atau jahil.

 Kejahilan dimaksudkan bukan bermaksud tidak
berilmu kerana mereka terkenal dengan kehebatan
bersyair dan berqasidah.

 Mereka jahil akidah dan akhlak.

KEJAHILAN MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

Mereka menganut ajaran Mereka banyak
Nabi Ibrahim a.s dan Nabi melakukan perilaku
buruk
Ismail a.s.
Seperti suka menindas
JAHIL JAHIL perempuan dan hamba,
AKHLAK berjudi serta minum arak
AKIDAH Mereka mencampur

adukkannya dengan

penyembahan berhala,

amalan sihir dan khurafat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

1 AGAMA YAHUDI

 Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi
Musa a.s mengikut keinginan para penganutnya.

 Mereka menolak ajaran Nabi Muhammad SAW.
 Mereka banyak memfitnah para Nabi.
 Mereka datang dari Palestin ke negara Arab.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

2 AGAMA NASRANI

 Agama Samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa a.s
mengikut keinginan penganutnya.

 Mereka mempercayai Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan.
 Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
 Abrahah, Raja Nasrani membina tempat ibadat baharu di Yaman

untuk menyaingi populariti Kaabah di Mekah namun gagal dengan
pertolongan Allah SWT.
 Kisah ini dipaparkan dalam Surah Al-Fil.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

3 AGAMA HANIF

 Pada mulanya, majoriti masyarakat arab beragama dengan
agama Hanif.

 Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s
 Agama ini agama Samawi, sama seperti agama Islam.
 Buktinya :

 Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang satu
 Percaya kepada Hari Kebangkitan dan hidup sesudah mati
 Percaya kepada dosa dan pahala
 Ajaran yang diteruskan dalam Islam seperti ibadat korban, ibadat
haji dan umrah.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

4 AGAMA PENYEMBAH BERHALA

 Diperkenalkan oleh pemimpin Khuzaah iaitu Amru bin Amir bin Luhai.
 Dia menemui ajaran ini dari Negeri Syam lalu membawa berhala bernama

“HUBAL” ke Mekah dan meletakkannya di dalam Kaabah.
 Dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah menyembah berhala tersebut.
 Agama ini dicampur adukkan dengan agama Hanif sehingga muncul

sebagai agama yang mensyirikkan Allah SWT.
 Agama ini disebarkan kepada seluruh orang arab ketika musim haji.
 Terdapat 360 berhala di sekitar Kaabah ketika Mekah dibuka oleh Nabi

Muhammad SAW dan telah dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

5 KEPERCAYAAN MAJUSI

 Kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
 Pada malam kelahiran Rasulullah SAW api yang disembah oleh

golongan ini di Parsi telah padam.
 Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum

kelahiran Rasulullah SAW.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH

6 KEPERCAYAAN ANIMISME

 Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh
dan semangat.

 Penganut agama ini menyembah alam seperti
matahari, bintang dan pokok.

 Mereka datang dari Habsyah dan Rom.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKHLAK

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKHLAK

AKHLAK Menepati Berani, Menjaga Tidak Menghor- Taat Menghor-
BAIK janji kuat dan kebersiha mengahw mati kepada mati
pantang pemimpin bulan
menyerah n mulut ini tetamu
dan kuku mereka Muharram
kalah yang ada
pertalian
darah

SEBAB PENGUTUSAN RASULULLAH SAW KEPADA
MASYARAKAT JAHILIAH

Membawa ajaran Menyempurna Masyarakat Arab Kedudukan yang
yang memandu kan akhlak Jahiliah lebih strategik
mereka ke jalan mudah dilentur
yang benar Nilai negatif dan dibentuk Semenanjung
masyarakat arab terletak
Amalan khurafat jahiliah dapat Kerana mereka diantara 4 kuasa
dapat dihapuskan diatasi dengan buta huruf besar dunia pada
dengan kedatangan Islam waktu itu
kebenaran Islam Secara tidak iaitu Rom, Parsi,
Contoh : Berzina, langsung menjadi Greek dan India
minum arak dan bukti kerasulan
berjudi Nabi Muhammad Menjadikan Islam
SAW yang tidak mudah tersebar ke
pernah membaca seluruh tamadun
atau mempelajari dunia dan
kitab agama pelbagai bangsa
Samawi dan
ajaran agama
purba

SOALAN KBAT

 Sebagai seorang murid, apakah tindakan yang dapat anda
lakukan untuk menghindari pengaruh Jahiliah Moden?

 Bincangkan isi…

CADANGAN ISI SOALAN KBAT

 Menerapkan nilai jati diri yang kukuh – seseorang mampu
membezakan antara hak dan batil

 Membentu semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat – tidak
akan mudah menerima pengaruh luar apabila bersatu padu.

 Menanam sikap berhati-hati dan berwaspada terhadap pengaruh
yang ingin merosakkan agama dan bangsa.

 Menambah ilmu pengetahuan : untuk mengelak pengaruh jahiliah
moden.

 Menjaga dan mengambil berat antara satu sama lain – contohnya
mengawasi perbuatan atau fahaman antara ahli keluarga.

KUIZ 1D 2A 3D
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Berikut adalah asal perkataan Jahiliah kecuali
A Tidak tahu
B Bodoh
C Jahil
D Sesat

2 Yang manakah antara berikut bukan agama zaman Jahiliah
A Kristian
B Yahudi
C Nasrani
D Animisme

3 Agama Hanif ialah agama yang di bawa oleh
A Nabi Ishak
B Nabi Ilyas
C Nabi Ilyasak
D Nabi Ibrahim

4 Antara sifat baik masyarakat jahiliah ialah 4B 5B 6C 7A
A menghormati kaum wanita
B Taat kepada pemimpin
C Mewariskan harta dengan adil
D Sentiasa mengamalkan perdamaian

5 Berikut adalah kuasa besar yang mengelilingi semenanjung Tanah Arab kecuali
A Rom
B Cina
C India
D Greek

6 Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad, ada sebanyak _________
berhala di sekitar Kaabah
A 340
B 350
C 360
D 370

7 Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah __________
A api
B bulan
C pokok
D matahari

SEKIAN…

BERSAMA USTAZAH ADURA


Click to View FlipBook Version