1. Pengenalan Buat julung kalinya, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung akan menganjurkan Malam Gala Apresiasi PPKI iaitu majlis makan malam khas untuk meraikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang berjumlah seramai lima puluh tujuh (57) orang. MBPK ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, kurang upaya intelektual, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran spesifik (disleksia), Sindrom Down dan ADHD (Attention Defisit Hyperactice Disorder). Hak kesamarataan MBPK dalam akses pendidikan di Malaysia tidak dapat dinafikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kecemerlangan dan kemenjadian MBPK amat dititikberatkan dalam perancangan strategik dan operasi sekolah dalam apa jua program yang dilaksanakan termasuklah Pendidikan Inklusif. Oleh yang demikian, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung berhasrat meraikan MBPK ini melalui majlis makan malam melalui Malam Gala PPKI. Kecemerlangan dan kemenjadian OKU dalam pelbagai disiplin seperti dalam arena sukan paralimpik, kesenian dan dalam bidang keusahawanan terbukti dan berjaya mengharumkan nama negara. Contohnya dengan kejayaan cemerlang Dato’ Latif Romly sebagai atlet paralimpik dan saudara Azmi Caliph Buskers yang berjaya dalam bidang seni muzik. Diharapkan, kejayaan tokoh-tokoh ini dapat menyuntik semangat dan motivasi dalam kalangan MBPK PPKI Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung untuk berjaya dan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti.
2. Objektif Malam Gala Apresiasi PPKI SKBB dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut: 2.1 Mengetengahkan kecemerlangan dan kemenjadian MBPK dalam pelbagai disiplin. 2.2 Mengaplikasikan aspek pengurusan diri dan kemahiran sosial dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas. 2.3 Mewujudkan kerjasama antara guru-guru, ibu bapa, pihak sekolah, komuniti setempat dan agensi swasta. 3. Kumpulan Sasar Sebanyak 20 buah meja disasarkan untuk memenuhi 200 kerusi pada Malam Gala PPKI merangkumi : - Murid PPKI - Ibu bapa murid PPKI - Guru PPK - PPM PPKI - Guru Pendidikan Inklusif - Guru perdana - Barisan Pentadbir - Kepimpinan PIBG - Tetamu Jemputan
4.Tentatif 8.00 malam -Ketibaan tetamu 8.30 malam -Ketibaan tetamu VIP -Kata alu-aluan pengacara majlis -Gimik kedatangan tetamu kehormat: -Persembahan tari silat daripada saudara Muhammad Fariz -Bacaan doa -Lagu negaraku -Ucapan Guru besar -Ucapan Perasmi -Upacara memotong kek -Tayangan montaj kemenjadian MBPK 9.15 malam -Makan malam -Persembahan 1: Tarian (Lantera Gemalai Tari) -Penyampaian anugerah PBD terbaik mengikut mata pelajaran: i. PBD terbaik mata pelajaran Tahap 1 ii.PBD terbaik mata pelajaran Tahap 2 - Persembahan 2: Nyanyian (Cendera Aduka & MBPK) - Penyampaian anugerah tokoh: i. Tayangan montaj kesemua penerima anugerah tokoh ii. Penyampaian anugerah tokoh: -Anugerah Tokoh PPKI 2023 -Anugerah Tokoh PAPR PPKI 2023 -Anugerah Tokoh Kokurikulum PPKI 2023 -Anugerah Tokoh J-QAF PPKI 2023 -Anugerah Tokoh Nilam 2023 -Persembahan 3: Azmi Caliph Buskers -Pengumuman King & Queen of the night -Sesi fotografi 11.30 malam - Bersurai
5. Jawatankuasa Induk Pengerusi : Puan Ruzita binti Mohamad Yusoh Guru Besar Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Rino bin Mohd Johari Penolong Kanan Pendidikan Khas Naib Pengerusi 1 : Puan Nor Hayati binti Mohd Zaini Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Naib Pengerusi 2 : Puan Norlela binti Mohd Amin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 3 : Encik Mohamad Noor bin Bakar Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 4 : Encik Zakaria bin Awang Hamat Penolong Kanan Petang Setiausaha : Puan Zainiza binti Ismail Bendahari : Puan Rosmawatti binti Che Husin
5. Jawatankuasa Pelaksana 1) Pengurus : Puan Zainiza binti Ismail 2) Jemputan dan AJK Ibu bapa Protokol : Encik Mohd Rino bin Mohd Johari Puan Zainiza binti Ismail AJK Ibu bapa: Encik Fathi bin Ismail 3) Jamuan, Persiapan : Puan Zainiza bint Ismail tempat dan Puan Norhaliza binti Ishak kebersihan AJK Ibu bapa: Puan Siti Noorain binti Mohd Desa Encik Zolkifli bin Mat Desa Encik Mohd Nizam bin Arpan 4) Pengacara Majlis : Encik Mohd Hanis bin Nazim @Nazam Puan Rozana binti Arbain 5) Bacaan Doa : Ustaz Zainudin bin Sukor 6) Persembahan murid : Puan Shuhaili binti Lope Ahmad Zambri Puan Haslinda binti Hassan 7) Siaraya : Encik Abdullah Syafiq Ustaz Zainudin bin Sukor 8) Pentas dan : Cik Nur Sarah binti Abdullah backdrop Puan Siti Hajar binti Hamsi Puan Aishah binti Mohamad AJK Ibu bapa: Pn Mastura binti Yahya 9) Buku program dan gimik : Encik Othman bin Yob Puan Salawati binti Selamat
10) Cenderamata perasmi : Puan Khadijah. binti Husni goodies, sijil perasmi Puan Syafra binti Subri dan dokumentasi AJK ibu bapa: Puan Rohana binti Abu Hassan Puan Hasnah binti Mat Shafii 11) Montaj PPKI : Encik Bazli Syartibi bin Md Shah Montaj anugerah tokoh & jurugambar 12) Promosi dan penajaan : Puan Rozana binti Rosmin AJK Ibu bapa: Puan Aznida binti Ahmad Puan Normawatti binti Abdul Latip Puan Azneena binti Ariffin Encik Irwan bin Petrus 13) Pendaftaran : Encik Che Mohamad Hamizan bin Che Wahab AJK Ibu bapa: Puan Azlili binti Murad 14) Pengurus penerima : Puan Norhaliza binti Ishak anugerah Puan Siti Hajar binti Hamsi 15) Pengurus hadiah dan : Puan Azizah binti Omar sijil penerima anugerah. Puan Aishah binti Mohamad
6. Senarai Penerima Anugerah
7. Penghargaan 8. Penutup Diharapkan Malam Gala Apresiasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung dapat direalisasikan dengan jayanya.