SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN
(Muhammad Ariff Zakwan Bin Mohd Zamdi)
6 MUMTAZ
NICOL AN DAVID ialah seorang pemain skuasy
profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia
pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam
sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi
gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006
dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada
tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Dato' Mohd Azizulhasni bin Awang DPMT KMN AMN (lahir 5 Januari
1988) ialah seorang pelumba basikal trek profesional
Malaysia.[3][4] Azizul Hasni terkenal selepas memenangi
kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari
2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan
Trek Asia pada April 2008. Beliau merupakan pembawa bendera
untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008.
Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana tubuh
badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini
menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.Selain
kejayaannya, Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku
kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk
serpihan kayu sepanjang 20cm ketika
bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI
(International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari
2011.Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.
Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982) ialah seorang
pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul pingat
perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka
menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir
acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat
Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan
gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan.Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain
badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut,
iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas
Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi
dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton
Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama
lebih dua minggu. Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi
jenama cat Pentens sejak 2013.
Farah dilahirkan di Subang Jaya, Selangor, kepada bapanya
Abdul Hadi bin Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon (berasal dari
Kanada) pada 3 Mei 1994. Beliau merupakan anak kedua
daripada tiga beradik dan kakaknya, Katrina Ann, ialah perenang
sinkro kebangsaan. Beliau mula menceburi sukan gimnastik pada
usia tiga tahun dan mula bersaing di pertandingan peringkat
kebangsaan di Sukan Malaysia. Farah Ann membuat penampilan
pertamanya di Sukan Olimpik 2010 di New Delhi, menjaringkan
12.050 mata (latihan lantai), 10.500 (rasuk) dan 10.250 (bar
tidak rata) apabila Malaysia menduduki tempat keempat dalam
acara pasukan. Pada tahun 2014, Farah Ann kemudian
memperoleh gangsa dalam latihan lantai dan acara pasukan di
Artistic Celtic Cup-Commonwealth Invitational di Perth,
Scotland. Kemudian pada tahun itu, beliau menamatkan saingan
di tempat ke-11 daripada 24 gimnas pada pusingan separuh
putaran individu wanita di Sukan Komanwel di Glasgow,
Scotland.[6] Selepas Sukan Komanwel, beliau bertanding di
Sukan Asia di Gwangju, Korea.
Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari ialah pemain bola sepak
persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang
pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai
pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang
legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an,
beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan
menewaskan Korea Selatan dan Jepun.
Beliau diberikan jolokan "Supermokh" kerana kehebatannya di
atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol
sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila
beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum
perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.
Mokhtar menjaringkan 177 gol untuk Selangor.Bersama skuad bola
sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142
perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan
89 gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi
penjaring terbanyak dunia. Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh
FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang
disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.
Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978) ialah seorang pemain boling 10
pin profesional Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Beliau
pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan
dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau
menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di
Malaysia dan Asia.
Shalin dilahirkan di North Islington dan menghabiskan zaman
kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling
pada usia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan
pada akhir 1980-an. Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati
Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain
termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai
Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.Shalin memegang
ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan
Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah
gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.
Datuk (Dr.) Mohmed Misbun bin Dato' Haji
Mohd Sidek DMSM AMN BSD (nama singkatan:
Bun; lahir 17 Februari 1960) merupakan bekas
pemain dan jurulatih badminton profesional
Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki
daripada lima Sidek bersaudara yang
terkenal.Beliau dan kesemua adik-beradiknya
pernah terlibat secara aktif di pentas
badminton antarabangsa
Nur Dhabitah binti Sabri AMW (lahir 12 Julai 1999) merupakan
seorang atlet penerjun Malaysia. Beliau telah mendapat pingat
gangsa di acara sukan terjun di Sukan Komanwel 2014 dalam
acara wanita 10 meter platform segerak dengan Pandelela
Rinong. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1999 di Kuala Lumpur dan
merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Beliau
mendapat pendedahan dalam sukan akuatik melalui kelab-kelab
renang. Selepas terlibat dalam beberapa pertandingan, bapanya
membuat keputusan untuk menukarnya ke menyelam kerana
fizikal tubuhnya yang kecil.Beliau belajar berenang dan menyelam
bersama abang sulungnya, Pada Sukan SEA 2013, beliau
memenangi pingat emas dalam platform serentak 10m bersama
Leong Mun Yee. Muhammad Danial. Kedua-duanya merancang
untuk membuat kemunculan sulung di peringkat antarabangsa
bersama-sama tetapi tidak dapat kerana kecederaan fizikal
traumatik Danial yang dikekalkan sebelum kemunculannya
Nurul Huda Abdullah, lahir 31 Julai 1972) adalah
seorang bekas perenang wanita Malaysia yang
dilahirkan di Selangor, Malaysia. Beliau ialah
cucu kepada presiden Singapura yang ke
empat, Wee Kim Wee.Beliau pernah mendapat
anugerah Olaragawati Negara 5 tahun
berturut-turut(1985-1989). Beliau
dianugerahkan Tofi Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa(Throphy IOC) dalam bidang
"Sukan dan Belajar"(Sport and Study) pada
tahun 1987. Pada tahun 2004, beliau dilantik
masuk ke dalam Dewan Kemasyuran Majlis
Olimpik Malaysia(MOM). Beliau juga dilantik
sebagai pelari obor olimpik 2008.