The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiamatriffin, 2021-07-02 11:18:41

NOTA BIDANG SIRAH ( PAI TING 1)

PENDIDIKAN ISLAM KSSM

PELAJARAN RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
24

(SIRAH)

Nama sebenar HARI : _______________ TARIKH : ______________
Nama lain RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Gelaran Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin
Tarikh dan tempat Hasyim
lahir Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib
Kuniyah Al-Amin
Nama Ibu
Ibu Susuan 12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah
Pengasuh
Isteri Abu al-Qasim
Aminah binti Wahbin
Anak Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa’diah
Tarikh dan tempat Asy-Saima’, Ummu Aiman
wafat 1) Khadijah binti Khuwailid
2) Sa’udah binti Zam’ah
3) ‘Aisyah binti Abu Bakar
4) Hafsah binti Umar
5) Zainab binti Khuzaimah
6) Juwairiyyah binti al-Harith
7) Zainab binti Jahsyi
8) Ummu Salamah binti Abu Umayyah
9) Safiyyah binti Huyai
10) Ummu Habibah binti Abu Sufian
11) Maimunah binti al-Harith
12) Mariatul Qibtiyyah
Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah,
Ummu Kalthum dan Fatimah

12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di Madinah

SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD SAW
Rasulullah memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap. Rambut
baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa kelihatan ceria dan segak. Mata hitam
baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik. Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda

pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang setanding dengan ketampanan Nabi
Muhammad SAW.

2

Kilab

Zuhrah Qusai Galeri Kata

Abdu Manaf Abdu Manaf Kuniyah ialah panggilan
Hashim kepada seseorang

Wahab Abdul Mutalib disamping nama atau
gelaran, dengan

meletakkan ‘Abu’ bagi
lelaki dan ‘Ummu’ bagi

perempuan di awal
sesuatu nama.

Aminah Abdullah

Nabi Muhammad SAW

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah . di
kelahiran 2 tahun perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif.

2-4 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril . .
4-6 tahun
6-8 tahun Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu baginda.

Ketika berumur 6 tahun baginda dibawa melawat kubur bapa

2 tahun baginda di Madinah.

Ibu baginda meninggal di Abwa’ . dalam perjalanan ke

Mekah.

Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, Abdul…….

2 tahun Mutalib , hingga datuk baginda meninggal dunia.

Selepas itu Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa

saudara baginda, Abu Talib .

3

UMUR TEMPOH PERISTIWA
12 tahun
Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam .

Di pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada

Bukhaira Ar-Rahib ketika di Bandar Busra , sempadan

Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke

Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

• Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda

menyaksikan Hilfu Al-Fudhuli iaitu perjanjian untuk

20 tahun membela orang yang teraniya dalam perniagaan.

• Baginda mengembala kambing . bersama-sama

saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad …………………….

kemudian di Mekah.

IKTIBAR Nabi Muhamad SAW didik oleh Allah SWT dengan kehidupan
yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul
yang agung.

UMUR PERISTIWA
25 tahun
Berdagang ke Syam.

• Nabi Muhamad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota

Makkah al-Mukarramah .

• Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita

quraish yang sangat berharta dan berhati mulia .

Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke

Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina

Khadijah.

• Semasa di Syam, Nabi Muhamad SAW menjalankan perniagaan

dengan penuh jujur dan amanah .

• Akhirnya Nabi Muhamad SAW membawa pulang keuntungan yang

lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

IKTIBAR Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa
ini ialah Nabi Muhamad SAW :

Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan
masyarakat, mempunyai kerjaya dan menjalankan kerja
dengan mahir dan bijaksana.

4

UMUR PERISTIWA
25 tahun
Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA .

• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam,

Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan

Nabi Muhammad SAW.

• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan

kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah

cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.

• Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya,

Nafisah Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada

Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW menerima hasrat mulia

tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA melalui bapa

saudaranya ‘Amru Bin Asad.

• Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW

dikurniai enam orang anak .

IKTIBAR Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang menarik
perhatian Saidatina Khadijah RA termasuklah :

Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas
pergaulan.

UMUR PERISTIWA
35 tahun
Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah. Nabi
Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk
meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua
kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.
Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah
Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima
keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir
Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang
melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata ‘Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang
yang benar lagi amanah)’.
Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian meletakkan
Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang
hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah. Lalu baginda
mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan
dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

IKTIBAR Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi
Muhamad SAW :
* Bersifat tawaduk
*Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
* Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
* Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
* Mendamaikan kehidupan masyarakat

5

SELEPAS KERASULAN
MENERIMA WAHYU PERTAMA (40 TAHUN)

• Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun.

• Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan

memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.

• Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril AS. Jibril AS

memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda

membaca.

• Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda membaca, baginda menjawab “saya tidak tahu

membaca”.

• Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu Surah al- .

A’laq, ayat 1 hingga 5.

• Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat

Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.

IKTIBAR Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi
Muhamad SAW :
* Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.
* Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk

memohon petunjuk.
* Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.
* Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.

Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :
1. Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA.

2. Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA
3. Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA

6

SELEPAS KERASULAN
ISRAK DAN MIKRAJ (51 TAHUN)

• Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad

SAW.

• Bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun

beliau tidak memeluk Islam.

• Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita .

• Kedukaan baginda terubat apabila dibawa mengembara menyaksikan tanda-

tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj .

KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Nabi Muhammad SAW Dalam perjalanan, Baginda menjadi
dibawa pada waktu baginda ditunjukkan imam solat
malam dari
dengan pelbagai kepada para Nabi di
Masjidil Haram gambaran yang akan Masjidil Aqsa.
di Mekah ke berlaku kepada umat

Masjidil Aqsa baginda
di Palestin.

Baginda turun ke Baginda menghadap Baginda dibawa Mikraj
Mekah sebelum subuh Allah SWT dan
merentas tujuh
dan menceritakan menerima kefarduan
pengalaman baginda solat lima waktu lapisan langit

kepada penduduk sehingga ke Sidratul
Mekah.
Muntaha.

IKTIBAR Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa
Nabi Muhamad SAW :
* Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.
* Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti

ajaran para rasul sebelum baginda.
* Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah

SWT sebagai ibadat yang paling utama dalam Islam
* Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan

kebenaran.

7

SELEPAS KERASULAN

HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
(53 TAHUN)

✓ Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan

pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh .

✓ Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah

bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib) . Peristiwa ini

berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda.

✓ Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagai halangan

untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra .

✓ Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan

selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan membina masjid yang

pertama di sana.

✓ Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pertahanan yang berteraskan wahyu.

Baginda membina masjid Nabawi , mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,

dan menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.

✓ Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW menghadapi

tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah.

✓ Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar .

mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang yang

hebat.

✓ Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammmad SAW termasuklah

peperangan Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain .

IKTIBAR Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa
hijrah dan kepimpinan Nabi Muhamad SAW :
* Nabi Muhamad SAW sanggup berkorban demi

menegakan agama Allah SWT.
* Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan

penuh amanah.
* Baginda membentuk pemerintahan yang adil

berteraskan wahyu.
* Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam

terbaik.

Peperangan pada zaman Nabi Muhamad SAW :
o Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW (28

peperangan).
o Sariyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW dan baginda

melantik seorang ketua (Amir) untuk memimpin peperangan (54 peperangan).
o Jumlah semua peperangan ialah 82.

8

JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLOK BANDING

✓ Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.

✓ Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan

disamping tempat ibadat.

✓ Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam.

✓ Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang

gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinatul Munawwarah” yang bererti

kota bercahaya.

Setiap Muslim wajib mencintai Nabi Muhamad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda SAW

termasuklah :
✓ Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan baginda.
✓ Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW.
✓ Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW dengan

berselawat keatas baginda.
✓ Mencintai Ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para sahabat

(orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW).

KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN)

➢ Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12

Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah ra ,

Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui Penciptanya.
➢ Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini mengemparkan

penduduk Madinah.
➢ Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah ra.

IKTIBAR Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk
memimpin manusia ke jalan yang benar.

Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan
pengorbanan demi ketinggian agama Islam.

Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan
sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun
hari ini.

Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi
Muhammad SAW yang tidak ada tolok banding.

9

PELAJARAN ERA MASYARAKAT JAHILIAH
25

(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD JAHILIAH

o Jahiliah berasal daripada perkataan Arab “Jahala ” yang bermaksud tidak tahu ,

bodoh atau jahil .

o Kejahilan masyarakat arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu.

o Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.

o Namun begitu, mereka jahil akidah dan akhlak.

JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK

Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim . Mereka banyak melakukan perilaku buruk

dan Nabi Ismail AS tetapi seperti suka menindas perempuan dan

mencampuradukkannya dengan hamba , berjudi serta

penyembahan berhala, amalan sihir dan minum arak.

khurafat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH

AGAMA YAHUDI AGAMA NASRANI

• Agama yahudi ialah agama samawi yang • Agama nasrani ialah agama samawi
yang diubah suai daripada ajaran Nabi
diubah suai daripada ajaran nabi Musa Isa AS mengikut keinginan
AS mengikut keinginan para penganutnya.
penganutnya.
• Mereka mempercayai Nabi Isa as
• Mereka banyak memfitnah para nabi sebagai anak tuhan.
dan menolak ajaran Nabi Muhammad
• Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
SAW.
• Mereka datang dari Palestin ke negara • Abrahah, raja Nasrani membina tempat
ibadah baharu di Yaman untuk
Arab.
menyaingi populariti kaabah di Mekah,

namun gagal dengan pertolongan Allah

SWT.

• Kisah ini telah dipaparkan dalam Surah

al-Fil.

KEPERCAYAAN MAJUSI KEPERCAYAAN ANIMISME

• Majusi ialah kepercayaan yang dianuti • Animisme ialah kepercayaan bahawa
oleh golongan penyembah api. setiap benda mempunyai roh dan

• Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, • semangat.
api yang disembah oleh penganut majusi Oleh itu, penganut kepercayaan ini

di Parsi telah padam. menyembah alam seperti matahari,
• Api tersebut tidak pernah padam selama binatang dan pokok.

1000 tahun sebelum kelahiran

Rasulullah SAW.

10

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH

AGAMA HANIF AGAMA PENYEMBAH BERHALA

• Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab • Agama ini mula diperkenalkan oleh
A’mru bin A’mir bin Luhai, pemimpin
beragama dengan agama hanif. Khuza’ah.
• Agama hanif ialah agama yang dibawa
• Dia menemukan ajaran tersebut dari
oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS. negeri Syam lalu membawa berhala
bernama “Hubal” ke Mekah dan
• Agama ini agama Samawi, sama seperti meletakkannya di dalam Kaabah.
agama Islam. Kemudian, dia memerintahkan seluruh
penduduk Mekah supaya menyembah
• Buktinya dapat dilihat pada ciri-ciri berhala tersebut.

kepercayaan agama Hanif yang sama • Agama ini dicampuradukkan dengan
dengan Islam, seperti: agama hanif sehingga muncul sebagai
✓ Percaya kepada Allah SWT, tuhan agama yang mensyirikkan Allah.

yang satu. • Agama penyembahan berhala ini
✓ Percaya kepada hari kebangkitan disebarkan kepada seluruh orang Arab

dan hidup sesudah mati.
✓ Percaya kepada dosa dan pahala.

• Ajaran agama Hanif yang diteruskan ketika musim haji.

amalannya dalam syariat Islam seperti • Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi
ibadah korban, ibadah haji dan umrah.
Muhammad SAW, ada sebanyak 360

berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya

dimusnahkan oleh baginda dan para

sahabat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKHLAK

AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK

1. Berjudi dan minum arak 1. Menepati janji

2. Perzinaan dan pelacuran berleluasa 2. Berani, kuat dan pantang menyerah kalah

3. Mengamalkan bigamy 3. Menjaga kebersihan mulut dan kuku
4. Pewarisan harta hanya pada lelaki
5. Membunuh anak perempuan 4. Tidak mengahwini mereka yang ada
pertalian darah

5. Menghormati tetamu

6. Mengamalkan tenung nasib 6. Taat kepada pemimpin

7. Berperang kerana perkara yang kecil 7. Menghormati bulan haram

11

PENGUTUSAN RASULULLAH SAW KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH
• Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Jahiliah kerana beberapa sebab, iaitu :

✓ Masyarakat Jahiliah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina, .

minum arak serta merendahkan martabat wanita .
✓ Selain itu, mereka juga suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan.

Rasulullah SAW datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang

benar. . Masyarakat Arab
✓ Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak

Jahiliah lebih mudah dilentur kerana mereka buta huruf. Hal ini secara tidak

langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak

pernah membaca atau mempelajari kitab agama samawi dan ajaran agama

purba .

✓ Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada waktu itu,

iaitu Rom, Parsi, Greek dan India . Kedudukan yang strategik

ini menjadikan Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia dan pelbagai

bangsa ketika itu.

12

PELAJARAN KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’
26 AR-RASYIDIN

(SIRAH) HARI : _______________ TARIKH : ______________

RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Khulafa’ ar-Rasyidin Gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Rasulullah
ialah SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam
selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW.

SENARAIKAN 4 KHULAFA’ AR-RASYIDIN.

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA (11 - 13 h/ 632 - 634M)
2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA (13 - 23H/ 634 - 644M)
3. Khalifah Usman bin Affan RA (23 - 35H/644 - 656M)
4. Khalifah Ali bin Abu Talib RA (35 - 40H/ 656 - 661M)

✓ Khulafa’ ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk menyambung gagasan
dan kepimpinan Rasulullah SAW.

✓ Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping dengan Rasulullah
SAW sewaktu hidup baginda selain mempunyai hubungan kerabat dengan baginda.

✓ Corak pemerintahan mereka berlandaskan al- Quran dan al-Sunnah serta
menitikberatkan konsep syura yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

✓ Pemerintahan mereka yang berpusat di Madinah mengambil masa selama lebih
kurang 29 tahun.

13

BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

BIODATA KHALIFAH PERTAMA KHALIFAH KEDUA
Nama
penuh ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB RA

Tempat Abdullah bin Usman bin A’mir bin Umar bin al-Khattab bin Nufail bin
Lahir A’mru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim Abdul U’zza
Tahun Lahir bin Murrah bin Ka’ab

Keturunan Di Mekah Di Mekah

Tahun 572 M, dua tahun selepas Tahun 584 M, 13 tahun selepas
kelahiran Rasulullah SAW. kelahiran Rasulullah SAW.

Bani Tamim, Quraisy Bani A’di, Quraisy

Nama Ibu Ummul Khaira Salma binti Sakhr Hantamah binti Hasyim
Gelaran “A’tiq ” (bebas daripada api neraka)
dan “al-Siddiq” (orang yang paling “al-Faruq” (pemisah antara hak
Meninggal benar dalam kata-kata) dengan batil)
dunia
Pada tahun 13 Hijrah ketika berusia Pada tahun 23 Hijrah ketika berusia
63 tahun. Beliau dimakamkan disisi 63 tahun akibat ditikam oleh Abu
Rasulullah SAW. Lu’luah Fairuz al-Farisi (hamba
kepada al-Mughirah bin Syu’bah).
Beliau dimakamkan disisi Saidina
Abu Bakar RA.

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN

ABU BAKAR AS-SIDDIQ UMAR BIN AL-KHATTAB

Seorang sahabat yang sangat pemurah . Seorang yang berpengetahuan tinggi .
serta cukup agamanya.

Seorang yang berani i. Beliau selalu Seorang sahabat yang sangat berani i.
Contohnya beliau berhijrah pada waktu
membela Rasullullah SAW yang cuba siang dan secara terang-terangan.

dibunuh oleh kaum baginda semasa di

Mekah.

Seorang hartawan yang dermawan n Memiliki kecerdasan yang luar
dan banyak membelanjakan hartanya ke
jalan Allah. biasa, sehingga banyak pendapat beliau yang

bertepatan dengan firman Allah SWT.

Seorang yang cinta akan kebenaran . Seorang yang berwatakan keras, suka

serta mempunyai semangat setia kawan beradu kekuatan dan sangat cekap

yang tinggi. menunggang kuda.

Seorang yang lembut hatinya dan mudah
menangis terutama ketika membaca al-
Quran.

14

BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

BIODATA KHALIFAH KETIGA KHALIFAH KEEMPAT
Nama
Penuh UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

Tempat Uthman bin Affan bin Abu al-A’s bin
Lahir
Tahun Lahir Umaiyyah bin Abdu Syams bin Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

Abdu Manaf bin Qusa bin Kilab bin bin Hasyim bin Abdu Manaf

Murrah bin Ka’ab

Di Mekah Di Mekah

Tahun 576 M Tahun 599 M

Keturunan Bani Umaiyyah, Quraisy Bani Hasyim, Quraisy

Nama Ibu Arwa binti Kuraiz Fatimah binti As’ad
Gelaran
“Zunnurain” (yang memiliki dua “Abu Turab” (bapa si tanah)
Meninggal cahaya kerana beliau berkahwin
dunia dengan dua orang puteri Rasulullah Syahid kerana ditikam oleh Abdul
SAW, iaitu Ruqayyah dan Ummu Rahman bin Muljam pada malam
Kalthum) 17 Ramadan tahun 40 hijrah
Pada tahun 35 Hijrah pada usia 80
tahun kerana dibunuh oleh
pemberontak dan dimakamkan
diperkuburan al-Baqi’.

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN

UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

Terkenal sebagai seorang yang sangat Merupakan panglima perang yang berani

pemalu dan lemah lembut. dan gagah perkasa .

Terkenal dengan sifat dermawan dan Pandai berpidato,handal bermain pedang,
pemurah. Beliau banyak menderma untuk memanah dan menunggang kuda.
perang Tabuk,membeli perigi Raumah,
menderma seribu ekor unta dengan
muatan kepada umat Islam yang susah.

Suka membantu orang-orang yang berada Pandai menulis dan membaca sehingga

dalam kesusahan. dilantik menjadi salah seorang penulis .

wahyu .

Sangat pintar dan mahir dalam bidang
faraid, al-Quran,hukum-hukum syarak,
bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan
sehingga mampu menghafaz seluruh al-
Quran.

15

SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

ABU BAKAR AL-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB

Menubuhkan majlis Syura

POLITIK Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW Membahagikan jajahan Islam kepada
menghantar pasukan Usamah bin Zaid beberapa wilayah dan ditadbir oleh
ke sempadan negeri Syam untuk gabenor
memerangi kerajaan Rom Timur
(Byzantine) Menubuhkan jabatan tentera, jabatan
polis, jabatan percukaian dan jabatan
Memerangi golongan yang enggan perbendaharaan negara
membayar zakat, golongan yang murtad
dan nabi palsu.

AGAMA Setelah tamat perang Yamamah, banyak
tentera Islam mati syahid termasuklah
para penghafaz al-Quran. Atas nasihat
Saidina Umar binal-Khattab ra, khalifah
abu Bakar ra telah mengarahkan Zaid bin
Thabit supaya mengetuai usaha
menghimpunkan al-Quran yang tertulis
pada batu, kulit haiwan, daun dan
hafazan para hafiz.

SOSIAL Menetapkan wang sara hidup kepada
rakyat berdasarkan keutamaan dan
perjuangan mereka.

Mengasaskan takwim Islam.

Memperkenalkan undang-undang
pentadbiran tanah.

Menubuhkan Baitulmal.

EKONOMI Memperkenalkan pelbagai jenis cukai
seperti Jizyah dan Kharaj.

Membina terusan dan tali air untuk
mengairi kawasan pertanian.

TENTERA Mengemaskini angkatan tentera.

Memberi gaji kepada gabenor dan
tentera yang berjuang.

16

SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN

UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA

POLITIK Memperkenalkan sistem protokol dalam
pentadbiran.

Mengukuhkan peranan Baitulmal untuk
membiayai pembangunan Negara.

Membentuk jawatankuasa untuk menyalin
semula ayat al-Quran yang dikenali
sebagai ”Mushaf Uthmani”.

AGAMA Memperkenalkan azan kedua pada hari
Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan
nilai matawang .

Membeli tanah untuk membesarkan
masjid Nabawi.

TENTERA EKONOMI SOSIAL Berusaha meningkatkan pendapatan Berusaha mengekalkan kestabilan dan
rakyat dengan memberi peluang keharmonian negara.
pekerjaan.

Meneruskan kutipan jizyah.

Mengukuhkan pertahanan negara dengan Membina markas tentera di Parsi dan
membina angkatan tentera laut bagi di sempadan Syiria.
membasmi pemberontakan dan
penaklukan.

PENGAJARAN

✓ Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat

agar diredai Allah SWT .

✓ Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan .

kebatilan yang menyesatkan .

✓ Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk kepentingan .

agama .

✓ Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak .

berjasa. .

17


Click to View FlipBook Version