The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiamatriffin, 2021-07-03 04:24:38

NOTA BIDANG AKHLAK (PAI TING 2)

PENDIDIKAN ISLAM

PELAJARAN
24
(AKHLAK ISLAMIAH) MALU PERISAI IMAN

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD MALU.

BAHASA Kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan .

ISTILAH Berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk melakukan sesuatu
yang buruk kerana tidak mahu dihina.

DALIL NAQLI BERKENAAN MALU.

…… ‫ﭐﱡﭐ ﱼ ﱽ ﱾ ﱿ ﲀ ﲁ ﲂ ﲃ ﲄ ﲅ ﲆ ﲇ ﲈ ﲊﲉ‬

٢٥ :‫القصص‬
Maksud : kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang
mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata :
"sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum
binatang ternakan kami". ............

Daripada Anas RA, R)a‫ه‬s‫ج‬u‫ا‬l‫م‬uّlَ‫ن‬la‫ب‬h‫ّ(ا‬SََّAَّّWَ.ُ‫اء‬mَ‫ َّْلَي‬e‫ّا‬nَ‫ِم‬e‫َل‬r‫س‬aْ n‫لِإ‬gْ‫ّا‬kَ‫ُق‬aُ‫ل‬n‫و ُخ‬:ََّ‫إِ َّنَّلِ ُك ِلَِّديْ ٍنَّ ُخلًُقا‬

Maksudnya : sesungguhnya bagi setiap agama itu ada akhlak, akhlak Islam itu adalah
malu

CONTOH SIFAT MALU AMALAN RASULULLAH SAW. kepada Allah SWT

Rasulullah SAW melakukan banyak ibadah kerana sifat malu
dan untuk menjadikan hamba yang bersyukur .

SIFAT MALU YANG DITUNTUT.

Malu melakukan perkara CONTOH : malu berjudi, mengumpat dan mengutuk
maksiat dan haram rakan.

Malu melanggar perintah CONTOH : tidak menunaikan solat fardu, makan

Allah SWT dikhayalak ramai pada siang hari pada bulan Ramadan.

Malu meninggalkan CONTOH : tidak menunaikan solat sunat rawatib, tidak
perkara sunat . menderma ketika rakan ditimpa musibah.

Malu melakukan perkara CONTOH : makan dengan tangan kiri, berbual kosong
makruh . dan bercakap tidak sopan.

2

SIFAT MALU MALU BELAJAR Malu berada di hadapan dalam kelas.
YANG Malu membaca dikhalayak ramai.
MALU Malu ke majlis ilmu.
MELAKUKAN Malu bertanya guru.
Malu mendampingi ulama.
PERINTAH
AGAMA Malu menjadi imam solat.
Malu berucap dihadapan khalayak.
MALU Malu mengaku ibu yang tua dan miskin.
MELAKUKAN
Malu bertanya.
KEBAIKAN Malu berada dalam majlis.ilmu

HUBUNGAN SIFAT MALU DENGAN IMAN. Allah SWT dan
✓ Orang yang beriman sentiasa malu untuk melakukan larangan

meninggalkan suruhan-Nya.

✓ Daripada Abdullah Bin Umar sabda Rasulullah SAW :

)‫َََََََََََََََََََََََََََََََّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّّ(متفقَّعليه‬.‫ا ْلَيَاءَُِّم ََنَّّاْلِإيمَا ِن‬

Maksud : Malu itu sebahagian daripada iman
✓ Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tahap iman seseorang berkait rapat

dengan sifat malu.

✓ Malu yang dimaksudkan ialah : .
• Malu yang menepati kehendak syarak
• Malu yang membawa kebaikan .

✓ Orang yang tidak ada sifat malu akan melakukan maksiat tanpa segan silu.

✓ Oleh itu, keimanan dan ketaatan seseorang itu berkait rapat dengan sifat malu.

3

Orang yang pemalu Malu melakukan Benteng keimanan.
sentiasa terhindar maksiat kerana Orang yang malu

daripada takut dan segan akan menjaga
melakukan dosa kepada Allah SWT maruah diri .
daripada terjebak
Yang Maha dengan gejala tidak
Melihat.
bermoral.

Sifat malu KEPENTINGAN Berlumba-lumba
seseorang SIFAT MALU mentaati .
menyerlahkan perintah Allah SWT
kecantikan akhlak dan rasul serta
dan kemuliaan mengharapkan
redha Allah SWT.
insan.

Daripada Abu Hurairah ra, sabda nabi SAW :

)َّ‫َّ(متفقَّعليه‬.‫ََّوا ْلَيَاءَُّ ُش ْعبَةٌَِّم َنَّاْلِإيمَا ِن‬،ً‫الِإيمَا ُنَّبِ ْض ٌعََّوِسُتّوَنَّ ُش ْعبَة‬

Maksud : Iman itu lebih enam puluh cabang, dan malu sebahagian daripada cabang
iman.

4

PELAJARAN
25
(AKHLAK ISLAMIAH) MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

MAKSUD KASIH SAYANG (MAHABBAH). HARI : _______________ TARIKH : ______________
BAHASA Cinta, kasih, sayang dan kecenderungan diri.

ISTILAH Kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik .

DALIL NAQLI KASIH SAYANG (MAHABBAH).

Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang Allah SWT dalam al-Quran:

١٣ :‫ﲵﲶﲷﲸﲹﱠ المائدة‬...

Maksudnya : ... Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berusaha membuat kebaikan.

Firman Allah SWT tentang sifat kasih sayang sesama orang Islam.

٢٩ :‫ﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇﱈﱉﱊﱋﱌ الفتح‬

Maksudnya: Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama
dengan dia adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka
(umat Islam).

Daripada Anas Ibnu Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:

)‫ََلّ يُْؤِم َُّن أَ َح ُدُكَْمّ َحَّتّ ُِي َبّ ِِلَ ِخيَِّه َما ُِي َُّبّ لِنَ ْف ِسَِّهََّّ(متفقَّعليه‬

Maksud : “Tidak (sempurna) iman seseorang kamu hingga dia kasih kepada saudaranya
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.

SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH SAW.

Sayang Rasul kepada Khadijah tidak terperi,
Baju yang koyak dijahitnya sendiri,
Sifat terpuji Rasul wajib diikuti,
Amalkan kasih sayang agar diberkati .

Rasulullah mengucup cucu tersayang,
Ditanya sahabat yang tidak berbuat demikian,

Jawabnya, “َّ‫” ََّم َْنَّّلََّيََّّْرَحمَّلََّيَُّّْر ََحّم‬,

Apa yang dilakukan Rasul itu ajaran.

Kunjung-mengunjung, hormat-menghormati,
Umat dikasihi, doa dan syafaat diberi,
Menyayangi binatang juga kegemaran nabi,
Sahabat memelihara kucing dipandang tinggi.

5

MENCINTAI ALLAH SWT Mendahulukan perintah Allah SWT dan
DAN RASUL Rasulullah SAW.

Menegur perbuatan mungkar

SIFAT KASIH SAYANG YANG MENGASIHI IBU BAPA, Mentaati ibu bapa
ALLAH SWT. ADIK-BERADIK DAN
KAUM KERABAT Mengasihi adik-beradik atas dasar
silaturahim.

Menziarahi sanak saudara dan memenuhi
undangan

MENYAYANGI SAUDARA Mengajak bersama-sama berbuat
SEAGAMA kebaikan dan mengamalkan perintah
Allah SWT.

Menghormati orang yang lebih tua.

Mengasihi orang yang lebih muda.

Membantu anak yatim, wanita, orang
miskin dan orang kurang upaya.

SIFAT KASIH CINTA YANG Cinta antara lelaki
SAYANG YANG MELAMPAUI BATAS dengan perempuan

ALLAH SWT SYARAK ajnabi sehingga
mendorong perbuatan
KASIH DEMI
KEPENTINGAN zina
KEBENDAAN
Cinta kerana rupa
paras, harta benda dan

pangkat

SAYANG SECARA Mengutamakan rakan
KETERLALUAN lebih daripada ibu bapa

HUBUNGAN SIFAT KASIH SAYANG DENGAN IMAN

Abu Umَّaَّ)m‫ود‬ah‫ّدا‬Rَ‫و‬A‫أب‬b(er‫َّن‬ka‫مَا‬tْ‫إي‬aِ‫ل‬,ْ‫ا‬R‫ََّل‬a‫م‬sَu‫ْك‬luَ‫ْست‬lla‫ ا‬hّ‫ َِد‬S‫َق‬Aَ‫ ف‬Wِ‫لَِِّل‬bّ‫ََع‬eَ‫ن‬r‫َم‬s‫َو‬abِّ‫َِل‬dِ‫ل‬a‫ى‬: َ‫َم َْنّ أَ َح َّب الَِِلّ َوأَبْغَ ََضّ لَِِلِّ َوأَ ْعط‬

Maksud: Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi dan
menghalang pemberian kerana Allah, maka sesungguhnya sempurnalah iman.

Hadis di atas menerangkan bahawa orang Islam perlu berkasih sayang kerana
Allah SWT. Membenci juga hendaklah kerana Allah SWT. Kita hendaklah membenci
perbuatan yang menyalahi syarak yang dilakukannya, bukan membenci pelakunya .

6

Sayang Allah SWT kerana Allah SWT maha pemberi
rahmat dan nikmat.

TUNTUTAN Sayang Rasulullah SAW kerana Baginda sanggup
BERKASIH menanggung pelbagai ujian ketika menyampaikan dakwah
SAYANG Islam.

Sayang ibu bapa kerana ibu melahirkan dan ayah
memberi nafkah. Mereka mengasihi dan mendidik anak-
anak.

Sayang semua orang Islam kerana mereka saudara
seagama. Kasih juga kepada orang bukan Islam kerana
kehadiran mereka memberi peluang untuk berdakwah dan
menambah kebajikan.

Sayang flora dan fauna . Flora menjadikan hidup lebih
indah dan ceria. Fauna pula mengekalkan keseimbangan
ekosistem

CARA MENYUBURKAN SIFAT BERKASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT.

1 • Tolong-menolong ke arah kebaikan dan berpesan dengan kebenaran.

2 • Bersangka baik dan menutup aib orang lain.

3 • Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan perasaan.

4 • Memberi hadiah dan menziarahi anggota keluarga, guru dan rakan.

5 • Menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.

6 • Merendah diri kepada orang lain.

HIKMAH SIFAT KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN
✓ Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajar umat
Islam berkasih sayang. Sebagai muslim, kita dituntut mencintai Allah SWT dan Rasul-
Nya lebih daripada segala-galanya.
✓ Merai perasaan cinta mengikut peraturan dan bimbingan agama. Contohnya,
mencintai harta. Islam menggariskan cara mendapatkan harta dan sumber
perolehan harta hendaklah halal dan digunakan pada jalan yang betul dan baik.

7

PELAJARAN
26
(AKHLAK ISLAMIAH) MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

HARI : _______________ TARIKH : ______________

DALIL NAQLI KEWAJIPAN BERADAB KEPADA IBU BAPA.
Allah SWT mewajibkan umat Islam supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Firman Allah SWT :

‫ﭐﱡﭐ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲍﲌ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ‬

‫ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲠﲟ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ‬

٣٦ :‫ﲧ ﲨ ﲩ ﱠ النساء‬

Maksudnya : Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu.
Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang
miskin dan jiran tetangga yang dekat dan yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga
hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan
membanggakan diri.

Hadis dari)ّpَ‫ي‬ad‫ذ‬a‫رم‬A‫لت‬b‫(ا‬dَّuَّّlَlَّaَّّhَّ‫َِد‬bِ‫وال‬iَnْ‫َ‘ّال‬A‫ِط‬m‫َخ‬r‫س‬uَ ,َّR‫ِف‬aَّs‫ب‬uِ l‫ر‬u‫ل‬l‫ّا‬lَa‫ُط‬h‫َخ‬SA‫ َس‬W‫ِدََّو‬bِ‫ل‬e‫َوا‬rْ‫ل‬s‫ّا‬aَ‫ى‬b‫ض‬dَ a‫ِر‬:َّ‫ِر َضىَّالر ِبَِّف‬

Maksudnya : Reda Tuhan (Allah SWT) terletak pada reda ibu bapa dan kemurkaan Tuhan (Allah SWT) terletak pada
kemarahan ibu bapa.

Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya
sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.

CARA BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA HATI Perihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta
PERCAKAPAN menghulurkan bantuan yang diperlukan.
TINGKAH LAKU
Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih
sayang dan membina keluarga bahagia. Contohnya, selalu ceria dan

menunjukkan muka manis di hadapan mereka.

Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan intonasi yang
lemah lembut. Contoh tidak meninggikan suara dan marah.

Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh
perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam

sahaja.

Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan
menjaga perasaan mereka.

Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan.
Dengan mengunjungi mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu

terhadap anak dan cucu.

Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan
silaturahim dalam masyarakat.

Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua. Contohnya
membawa mereka ke hospital untuk mendapat rawatan yang

sepatutnya.

Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.

8

KEPENTINGAN BERADAB KEPADA IBU BAPA

Melaksanakan Membina . Menjadi . Membina
perintah Allah kewibawaan .
SWT dan rasul diri . contoh teladan keluarga yang
Keluarga yang
yang kerana setiap bahagia kerana
menghendaki bahagia dan
setiap orang saling berkasih orang yang saling .
Islam berada sayang dapat
beradab membantu .
dengan ibu membentuk
bapa dan individu yang dengan ibu
keluarga. berjaya di dunia
dan di akhirat. bapa akan

diikuti oleh

orang lain.

PUNCA PENDERHAKAAN KEPADA IBU BAPA

Kurang penghayatan Kurang menghayati Terpengaruh dengan
agama dalam pengajaran agama di perlakuan rakan yang
kehidupan
sekolah negatif

Contohnya : Contohnya : Contohnya :

Anak tidak berasa Tidak menggamalkan Tidak menghormati
bersalah berbentahan apa-apa yang dan tidak mendengar

dengan ibu bapa. dipelajari malah nasihat ibu bapa
hanya belajar sekadar semata-mata hendak
menjaga hati rakan.
untuk lulus dalam
peperiksaan sahaja.

HADIS NABI SAW:
MAKSUDNYA: Abdullah bin Mas’ud R.A bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Apakah amalan yang
dikasihi oleh Allah? Jawab baginda, “Solat pada awal waktu”. Lalu dia bertanya lagi, “ Kemudian
apa pula?” Jawab baginda, “ Berbuat baik kepada ibu bapa”….

9

AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amru RA.

)‫لََّيَْد ُخ ُلَّاْْلَنةََّ َعا ٌَّقََََََّّّّّّ(النسائي‬

Maksud :Tidak masuk syurga anak derhaka.

AKIBAT TIDAK BERADAB

 Mendapat kemurkaan Allah SWT . Allah SWT memerintahkan
umat Islam supaya berbuat baik kepada ibu bapa dan anggota
keluarga. Sesungguhnya mereka yang derhaka kepada ibu bapa
bererti melanggar perintah Allah SWT.

 Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga. Anak tidak
menghormati ibu bapa dan anggota keluarga akan dibenci.

 Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke
neraka.

AKIBAT TIDAK BERADAB

• Tidak dihormati oleh masyarakat kerana dianggap tidak
berakhlak.

• Anggota keluarga berpecah dan susah mendapatkan
pertolongan.

• Susah untuk mendapat kawan yang baik kerana orang yang

baik tidak akan berkawan dengan kita. Mereka menjauhkan diri

kerana tidak mahu terpengaruh dengan orang yang tidak

berakhlak.

AKIBAT TIDAK BERADAB

 Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.

 Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.

 Berlaku pelbagai gejala sosial yang menyebabkan kerajaan

terpaksa membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa untuk

pemulihan akhlak.

Jadikan pesanan Luqman al-Hakim sebagai panduan: (surah Luqman 31: 13-18)

✓ Jangan menyekutukan Allah ✓ Tidak sombong
✓ Menunaikan solat ✓ Bersabar menghadapi musibah
✓ Berbuat baik kepada ibu bapa ✓ Amar makruf nahi mungkar

10

PELAJARAN
27
(AKHLAK ISLAMIAH) SANTUNI JIRANMU

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD JIRAN. Orang yang berada di sekeliling. dari
BAHASA
Orang yang tinggal berdekatan sehingga 40 buah rumah
ISTILAH setiap penjuru.

DALIL NAQLI GALAKAN MENGHORMATI JIRAN.

Allah SWT mewajibkan umat Islam berbuat baik kepada jiran :

‫ﭐﱡﭐ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲍﲌ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ‬

‫ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲠﲟ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ‬

٣٦ :‫ﲧ ﲨ ﲩ ﱠ النساء‬

Maksud : Hendaklah kamu beribadah kepada Allah SWT, janganlah kamu mempersekutukan Allah SWT dengan
sesuatu. Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran
tetangga yang dekat dan yang jauh. Rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu
miliki. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.

Sabda Rasulullah SAW dar.iُ‫ّه‬pَ‫َر‬a‫جا‬dَaَّ‫م‬Aْ‫ِر‬b‫ْك‬uُ‫لي‬Hَْ‫ف‬uَّr‫ِر‬a‫ِخ‬irَ‫ل‬aِْh‫َّا‬R‫وِم‬Aْ َ‫ي‬:ْ‫ِبلِِلََّوال‬ َّ‫َم ْنََّكا َنَّيُؤِم ُن‬
)‫(مسلم‬

Maksud: Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat, maka dia hendaklah memuliakan jirannya

Melayan jiran dengan baik walaupun ADAB
bukan Islam. BERJIRAN

Rasulullah SAW meminta tetamu memberi YANG
salam di sisi pintu supaya tidak DIAMALKAN
ternampak aib di dalam rumah. RASULULLAH

Rasulullah SAW menyuruh Abu Dzar SAW
membanyakkan kuah ketika memasak
untuk diberikan kepada jiran.

Rasulullah SAW meminta supaya jiran diberi
keutamaan dalam jual beli dengan
menawarkan kepadanya terlebih dahulu.

Memberikan hadiah dan makanan kepada
jiran.

11

HAK DAN KEWAJIPAN TERHADAP JIRAN.

KATEGORI HAK KEWAJIPAN
JIRAN
• Mendapat ketenangan, keselesaan dan
Muslim dan • Muslim keselamatan seperti memanggil jiran dengan
Kerabat • Kerabat suara yang sesuai.
• Jiran
• Memberi nasihat, mengajak jiran membuat
Muslim • Muslim perkara yang baik dan mencegah perkara
mungkar.
yang bukan • Jiran
kerabat • Mengambil berat terhadap penderitaan yang
ditanggung oleh jiran.
• Jiran
• Tidak mengintai aurat jiran.
Bukan • Menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya.

Islam

KEWAJIPAN BERJIRAN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN.
✓ Bertegur sapa.
✓ Menggembirakan jiran dan mengucapkan tahniah apabila mendapat nikmat.
✓ Berbuat baik dan tidak menyakiti.
✓ Menjaga harta benda jiran dan meminta izin jika hendak menggunakannya.
✓ Saling memberi hadiah.
✓ Menghormati antara satu sama lain.
✓ Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
✓ Berbicara mengikut keperluan.
✓ Menjaga maruah diri dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
✓ Memastikan jiran selesa dan aman.
✓ Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.

HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERJIRAN DALAM KEHIDUPAN.

a) Hidup dalam keadaan aman dan damai kerana masing-masing telah
mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya. Contohnya membantu ketika
diperlukan.

b) Maruah diri dan keluarga terjaga kerana tidak ada sifat bersangka buruk
antara jiran tetangga.

c) Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran kerana saling
menghormati dan menjaga keselamatan. Contohnya membuat rondaan berkala

secara bergilir. dengan mengukuhkan hubungan silaturrahim
d) Kemungkaran mudah dicegah

antara jiran.

e) Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hormat menghormati kerana
masing-masing menjaga adab berjiran seperti yang tua dihormati dan yang muda

disayangi.
f) Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat memahami

tanggungjawab masing-masing.

12

PELAJARAN
28
(AKHLAK ISLAMIAH) MASJID DESTINASIKU

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD MASJID.

BAHASA ‫َس َج ََّد‬Berasal daripada perkataan arab ( ) bermaksud tempat sujud.

ISTILAH Tempat yang dibina khusus untuk solat lima waktu dan solat sunat
bagi orang Islam.

DALIL NAQLI ADAB DI MASJID.
Firman Allah SWT
‫ﭐﱡﭐ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ ﲖ ﲗ ﲘ ﲚﲙ ﲛ ﲜ‬

١٨ :‫ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﱠ التوبة‬

Maksud : Sesungguhnya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah SWT ialah orang yang beriman
kepada Allah SWT dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat. Tidak takut melainkan kepada
Allah SWT (dengan izinNya sifat yang tersebut) maka diharapkan mereka menjadi golongan orang yang mendapat
petunjuk.

Daripada Ab)‫ه‬u‫لي‬Q‫ّع‬aَ‫ق‬ta‫تف‬d‫م‬a(ّhَََّّRَّّaََّsَّّuََّl.u‫َس‬llaِ‫يْل‬hََّS‫ْن‬Aَ‫َّأ‬W‫قَْب َل‬bَّ‫ي‬eِْْrَ‫ت‬sَ‫ع‬a‫رْك‬bََّd‫ ْع‬a‫ْيَك‬:ََْ‫إِذَاََّد َخ َلَّأَ َح ُدُك ُمَّالْ َم ْس ِج َدَّفَل‬

Maksud : Apabila seseorang daripada kamu memasuki masjid, maka tunaikanlah solat dua rakaat sebelum kamu
duduk

ADAB-ADAB DI MASJID.

MASUK KE MASJID BERADA DI DALAM MASJID KELUAR DARI MASJID

Sunat membaca doa. Menunaikan solat sunat Sunat mَّ‫ْن‬e‫ِم‬mَّ‫ك‬bَacُ‫أَل‬a‫ْس‬dَ‫أ‬oَّa‫ْن‬.َِّّ:‫افَللْضُهلِمََّاِك‬
tahiyatul masjid.
َّ‫تَ ْحَِّلَّأَبَْوا َب‬.ْ‫اَلرْلْحَُهيِمََّاكف‬ Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku
Niat beriktikaf selepas memohon kepada engkau berikanlah
Maksud: Ya Allah bukakanlah solat sunat tahiyatul kelebihan kepadaku
pintu rahmat kepadaku. masjid.

Duduk dengan tertib
menghadap kiblat.

Membaca selawat ketika Menjaga ketenteraman Melangkah keluar dengan
melihat masjid. masjid. kaki kiri.

Mendahulukan dengan Berzikir,membaca al-Quran,
kaki kanan. berzikir, menuntut ilmu dan
berselawat.

Tidak membawa sesuatu Memperkatakan sesuatu Memberi salam kepada
yang berbau sehingga yang berfaedah. orang yang masih berada di
mengganggu keselesaan dalam masjid.
jemaah lain.

13

Dapat menenangkan akal fikiran ketika berada di dalam

masjid kerana semua orang menjaga adab masing-masing.

Merasai ketenangan jiwa ketika berada di dalam masjid

kerana masing-masing menumpukan sepenuh hati beribadah

kepada Allah SWT.

Mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam. Timbul

HIKMAH perasaan mahabbah kerana memenuhi tuntutan agama.
BERADAB DI
Dapat melaksanakan ibadah dengan selesa dan khusyuk .
MASJID apabila suasana persekitaran tenteram.

Memperkasakan fungsi masjid yang lebih meluas. Masjid
digunakan untuk kepentingan umat dan meningkatkan syiar

Islam.

Kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Baginda
membina dan memakmurkan masjid di mana-mana sahaja
baginda berada.

Menunaikan solat fardu berjemaah Tempat belajar membaca al-Quran
setiap waktu dan berazam untuk datang dan tafsur, berzikir, beriktikaf. Umat Islam

lagi ke masjid. Solat berjemaah dapat melakukan pelbagai ibadah di
merupakan fardu kifayah yang dalam masjid mengikut keperluan dan
menunjukkan pentingnya masjid kepada
umat Islam sebagai satu tempat ibadah. kemahuan sendiri.

CARA
MENGIMARAHKAN

MASJID

Mewujudkan bilik bagi musafir .

Hal ini menggalakkan lebih ramai yang Mengadakan pelbagai aktiviti .

datang ke masjid. Di samping memenuhi untuk menarik minat semua lapisan

keperluan semasa, usaha ini juga dapat masyarakat seperti sukan dan riadah.

mengimarahkan masjid sebagai pusat

ibadah setempat dan sejagat.

14


Click to View FlipBook Version