The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Sukan Riang Ria Prasekolah 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masnainainnin8384, 2022-08-15 04:13:40

Kertas Kerja Sukan Riang Ria Prasekolah 2022

Kertas Kerja Sukan Riang Ria Prasekolah 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIMBA,
WDT 98, PEJABAT POS WISMA PERSEKUTUAN,

90500 SANDAKAN, SABAH.

KERTAS KERJA CADANGAN
SUKAN RIANG RIA PRASEKOLAH 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIMBA, SANDAKAN, SABAH.

TARIKH : 26 OGOS 2022

HARI : JUMAAT

MASA : 7.00 – 11.30 PAGI

TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK. TAMAN RIMBA

ANJURAN : PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIMBA

KERTAS KERJA CADANGAN SUKAN RIANG RIA PRASEKOLAH 2022
SK. TAMAN RIMBA, SANDAKAN, SABAH.

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak
untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan
yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka
pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan
yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta
dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, kemahiran dan “game sense” adalah beberapa contoh sifat jasmani yang
diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman
dan interaksi yang sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang
dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan
disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan
kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
3.2 Mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan peserta.
3.3 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
3.4 Memberi kebebasan kepada guru untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka
yang dijalankan.
3.5 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
3.6 Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman
dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti
sukaneka yang dijalankan.

1

4.0 CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Ogos 2022

Hari : Jumaat
Masa : 7.00 – 11.30 pagi

Tempat : Padang Sekolah SK Taman Rimba

5.0 SASARAN PENGLIBATAN
5.1 25 orang murid Prasekolah Kasih
5.2 25 orang murid Prasekolah Sayang
5.3 25 orang murid Prasekolah Permata

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Yuliana binti Makkana @ Mangkana GURU BESAR
GPK KOKUM
Tim. Pengerusi : Pn Hjh Faridah binti Bidin GPK 1
GPK HEM
N. Pengerusi 1 : Pn. Jennier binti Ali GPK Petang

N. Pengerusi 2 : Cik Hamida binti Sirip

N. Pengerusi 3 : Pn. Chen Yuk Lan

Penyelaras : Pn. Siti Karlina binti Saat
Tim. Penyelaras : Pn. Nur’aina Aqilah binti Razali

Setiausaha : Pn. Marlinah binti Sulaiman

Tim. Setiausaha 1 : Pn. Masjiah binti Arde

Tim. Setiausaha 2 : Pn. Zubaidah binti Ismail

Bendahari : Pn. Maisari binti Suhaili

Tim. Bendahari : Pn. Alsida binti Abdul Nasil

2

AJK & SKOP TUGASAN SENARAI GURU SKOP TUGASAN
BIL AJK
Pn. Masjiah binti Arde -Menyediakan buku program, brosur &
1 Pn. Zubaidah binti Ismail tentatif acara.
Buku Program /
Brosur & Tentatif Guru & PPM Prasekolah -Mengagihkan dalam bentuk
manual/digital kepada perasmi &
2 Pendaftaran Peserta Pn. Siti Karlina binti Saat ibubapa.

3 Persiapan Tempat Guru & PPM Prasekolah -Melakukan pendaftaran peserta
Ibubapa/Penjaga mengikut rumah sukan masing-masing.
4 Makan & Minum
En. Afred Maujad Sangong -Menyerahkan senarai kehadiran
5 Kebersihan En. Ahmad Alif Hashim bin Rosli kepada AJK Dokumentasi.

6 Sistem P.A -Melakukan persediaan tempat
7 Pengacara Majlis termasuklah hiasan/banner/bendera dan
berkaitan.

-Persiapan hendaklah dilakukan sehari
awal.

-Dibantu oleh Staf Pembersihan
Sekolah.

-Menyediakan menu yang telah
dipersetujui dengan kuantiti yang
mencukupi.

-Mengagihkan kepada 2 orang
ibubapa/penjaga bagi setiap rumah
sukan selepas pendaftaran peserta.

-Agihan mengikut rumah sukan.

-Memastikan keadaan persekitaran
bersih, selamat & dikemas semula
seperti asal.

-Dibantu oleh Staf Pembersihan
Sekolah.

-Melakukan persediaan awal terhadap
Sistem P.A sebelum acara bermula.

-Memastikan Sistem P.A dalam keadaan
baik.

-Menyediakan teks juruacara.

-Mengacarakan majlis hingga selesai.

-Menyerahkan teks juruacara kepada
AJK Dokumentasi setelah acara selesai.

3

BIL AJK SENARAI GURU SKOP TUGASAN

8 Kawalan Disiplin / Guru & PPM Prasekolah -Memastikan disiplin murid prasekolah
Keselamatan & Kecemasan terkawal sepanjang acara berlangsung.

-Memastikan keadaan persekitaran
selamat & bersedia melakukan
pertolongan kecemasan.

-Dibantu oleh Pengawal Keselamatan
Sekolah.

10 AJK Peralatan Pn. Alsida binti Abdul Nasil -Menyediakan peralatan sewaktu acara
berlangsung mencukupi, selamat
digunakan & diatur semula.

11 Bacaan Doa Ibubapa/Penjaga -Menyediakan skrip doa yang
bersesuaian.

-Mengetuai bacaan doa.

12 Hadiah / Cenderamata Ibubapa/Penjaga (2 orang) -Menyusun hadiah/cenderamata dengan
kemas.

-Menguruskan penyampaian
hadiah/cenderamata sehingga selesai
dengan lancar.

-Menyediakan alas meja & dulang untuk
kegunaan hadiah/cenderamata.

13 Penyelia Peserta Pn. Nur’aina Aqilah binti Razali (ketua) -Mendapatkan senarai kehadiran murid
Guru & PPM Prasekolah daripada AJK Pendaftaran.

-Memastikan murid berada di setiap unit
rumah sukan yang betul.

14 Pengadil En. Fazeer bin Muhaddam (ketua) -Menjadi pengadil bagi semua acara
En. Jumadi bin Ismail yang dipertandingkan.

Ibubapa/Penjaga (2 orang) -Mencatat keputusan & menyerahkan
kepada Ketua Pengadil.

-Ketua Pengadil akan menyerahkan
kepada AJK Dokumentasi.

15 Dokumentasi Pn. Marlinah binti Sulaiman -Memastikan dokumen seperti senarai
kehadiran peserta, keputusan
pertandingan, teks juruacara, gambar &
berkaitan diterima bagi tujuan
dokumentasi/laporan.

16 Pengurus Pasukan Ibubapa/Penjaga (8 orang) -Mengetuai rumah sukan masing-
masing.

-Bersedia menghadiri
taklimat/latihan/raptai/hari sukan.

-Membantu guru/ppm prasekolah
melatih/merancang persiapan sukan.

-Terlibat sama pada acara senamrobik.

4

7.0 TENTATIF ACARA SUKANEKA

07.00 - Ketibaan murid & ibubapa/penjaga
- Pendaftaran

07.30 - Bacaan doa

07.45 - Nyanyian lagu :
 Negaraku
 Sabah Tanah Airku
 Lagu Sekolah

8.00 - Ucapan Perasmian (Guru Besar SK. Taman Rimba)
- Gimik Perasmian

8.30 - Senamrobik

9.00 - Acara Sukan Riang Ria bermula :
1). CHEF CILIK
2). LARIAN BERPAGAR MAT KILAU
3). TEROMPAH GERGASI
4). TARIK TALI

10.30 - Acara ibubapa :
1). KELUARGA RIANG RIA

11.00 - Penyampaian hadiah

11.30 - Bersurai

5

8.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KUMPULAN MERAH BIRU KUNING HIJAU JUMLAH
KESELURUHAN

JUMLAH 19 ORANG 19 ORANG 19 ORANG 18 ORANG 75 ORANG

9.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

9.1 CHEF CILIK

Syarat permainan & cara permainan :

1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.

2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang
peserta.(Seorang peserta akan bermain 2 kali)

4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.

5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan berlari ke stesen 1 kemudian memakai apron,
topi dan mengangkat pinggan berisi sebotol air mineral kecil.

6. Botol air yang terjatuh boleh dikutip oleh peserta tanpa sebarang bantuan (markah akan
ditolak sekiranya terdapat bantuan).

7. Peserta akan berjalan secara zig-zag melepasi 3 kon dan berpusing kembali ke stesen 1
kemudian wajib membuka apron, topi chef dan meletakkan pinggan berisi sebotol air mineral
kecil tadi.

8. Peserta akan berlari ke stesen asal dan peserta seterusnya akan meneruskan
perlawanan.

9. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.

9. Keputusan adalah muktamad.

6

9.2 LARIAN BERPAGAR MAT KILAU
Syarat permainan & cara permainan :
1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.
2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.
3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang

peserta.(Seorang peserta akan bermain 2 kali)
4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.
5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan berlari dan melompat melepasi 4 halangan

berpagar.
6. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.
7. keputusan adalah muktamad.

9.3 TEROMPAH GERGASI
Syarat permainan & cara permainan :
1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.
2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.
3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang

peserta.(Seorang peserta akan bermain 2 kali)
4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.
5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan meletakkan pundi kacang di atas kepala dan

berjalan ke stesen 1.
6. Pundi Kacang yang terjatuh boleh dikutip oleh peserta tanpa sebarang bantuan (markah akan

ditolak sekiranya terdapat bantuan).
7. Setibanya di stesen 1, peserta akan memakai terompah kemudian berjalan ke arah kon dan

berpusing kembali ke stesen 1.
8. Kemudian peserta akan meletakkan kembali pundi kacang di atas kepala berjalan ke stesen

awal dan akan disambung oleh peserta seterusnya.
9. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.
10.. Keputusan adalah muktamad.

7

9.4 TARIK TALI
Syarat permainan & cara permainan :
1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.
2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.
3. Setiap rumah sukan akan menghantar 18 orang peserta sahaja.
4. Terdapat seramai 4 orang pengadil.
5. Hanya satu tarikan sahaja yang perlu dibuat semasa pertandingan ini.
6. Setiap 2 rumah sukan akan berlawan menarik tali untuk mencari pemenang.
7. Rumah sukan yang menang akan berlawan untuk mencari nombor 1 dan 2.
8. Rumah sukan yang kalah akan berlawan untuk mencari nombor 3 dan 4.
9. Keputusan adalah muktamad.
9.5 ACARA KELUARGA RIANG RIA
Syarat permainan & cara permainan :
1. Terbuka kepada 4 pasangan ibu & bapa murid prasekolah SKTR sahaja.
2. Setiap pasangan ibu & bapa mewakili setiap rumah rumah sukan.
3. Semua peserta dikehendaki berdiri bersama-sama di stesen awal.
4. Acara didahului dengan larian bapa menuju ke stesen 1, bapa akan meniupkan belon pertama

kemudian mengangkat tangan kepada ibu untuk berlari menuju ke stesen 1.
5. Ibu akan meletupkan belon dengan kaedah duduk atas belon sehingga pecah,

belon yang pecah akan dimasukkan ke dalam bakul.
6. Bapa akan terus meniup 4 lagi belon sambil dipecahkan oleh ibu dan setiap belon yang pecah

akan terus dimasukkan ke dalam bakul.
7. Sekiranya 5 belon telah berjaya dipecahkan dan berada dalam bakul, bapa akan berlari ke

stesen penamat.
8. Pasangan ibu & bapa yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.
9. Keputusan adalah muktamad.

8

10.0 SISTEM PERMARKAHAN MARKAH
10
KEDUDUKAN PEMENANG 8
Pertama 6
Kedua 4
Ketiga
Keempat

11.0 SENARAI ALATAN KUANTITI
1
BIL ALATAN 24
1. Tali 12
2. Kon 4
3. Batang Penyapu 4
4. Terompah 4
5. Pundi Kacang 4
6. Apron 4
7. Topi 4
8. Air Mineral 500ml 4
9. Pinggan 20
10. Gelung Rotan 1
11. Belon 4
12. Healer ( P.A system )
13. Bendera merah, biru, kuning dan hijau

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM)
4 6.50 26.00
Bil Perkara 4 5.00 20.00
1 Bendera 10 5.05 50.50
2 Pinggan 4 4.00 16.00
3 Belon 5 12.00 60.00
4 Apron 3.50 350.00
5 Cenderahati 100 7.00 112.00
6 Makanan Murid Murid/Peserta 16 4.50 342.00
7 Makanan & Minuman AJK/Guru 76 6.00 48.00
8 Medal 8
9 Trofi 1,024.50
9
JUMLAH

13.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para
peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk
mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang
berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan
sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
______________________ ____________________________
SITI KARLINA BINTI SAAT PN. HAJAH FARIDAH BINTI BIDIN
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Guru Prasekolah Kasih
Sk Taman Rimba, SK Taman Rimba.

KELULUSAN

Dengan ini, saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN program ini atas sebab
__________________________________________________________________

Diluluskan oleh,

_______________________________________

PN. YULIANA BINTI MAKKANA @ MANGKANA

GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIMBA,

90500 SANDAKAN, SABAH.

10


Click to View FlipBook Version