1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Isi Kandungan 2
2. Perutusan Khas - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 3
3. Perutusan Ketua - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak 4
4. Senarai Nama Barisan Ahli Jawatankuasa Exco Pemuda UMNO Malaysia 5
6
Senarai Nama Barisan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri-Negeri 7
5. Senarai Nama Barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri Perak 8
6. Senarai Nama Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Intan 9
7. Senarai Nama Barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Teluk
10
Intan 11 - 12
8. Aturcara Agenda Mesyuarat Perwakilan 2021 13 - 18
9. Notis Persidangan Mesyuarat ( Kertas Persidangan Bil.1 / 2021 )
10. Penyata Tahunan 2020 (Kertas Persidangan Bil.2 / 2021) 19
11. Penyata Kewangan Tahun 2020 ( Kertas Persidangan Bil.3 / 2021 ) 20
13. Lirik Lagu 21
14. Kertas Usul ( Kertas Persidangan Bil.4 / 2021 )
2
PERUTUSAN DATO’ DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAGI TAHUN 2021
Assalamualaikum wbth dan salam Pemuda Teras Kebangkitan…
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah atas limpahan rahmat dan ehsanNya maka diberikan kita kekuatan untuk meneruskan
kesinambungan sebuah perjuangan dengan menjayakan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di bahagian-bahagian bagi
tahun 2021.
Meskipun kita masih terbelenggu dengan pandemik Covid19 dan tekanan dari pihak tertentu yang tidak senang dengan UMNO,
namun semangat melaksanakan tuntutan perlembagaan dapat diterjemahkan oleh kita semua membuktikan UMNO sebagai
sebuah parti yang bersistem, berakar umbi dan bersiap siaga meneruskan khidmat bakti kepada rakyat serta relevan untuk
terus memimpin negara. Justeru, saya menyeru kepada semua agar mematuhi setiap garis panduan (SOP) yang telah
ditetapkan supaya persidangan berlangsung lancar dan terhindar dari sebarang musibah.
Saudara-saudaraku,
Kita bersidang kali ini sejurus selepas kita meraikan kejayaan di dalam Pilihan raya Negeri Melaka yang mencatatkan
kecemerlangan dan membolehkan terbentuknya sebuah kerajaan baru yang jauh lebih stabil serta mampu membawa
kemakmuran. Bahkan, persidangan kita kali ini lebih istimewa kerana pentadbiran negara kini di bawah teraju UMNO yang
genap 100 hari usianya pada 29 November yang lalu. Hakikatnya, kekuasaan itu adalah milik Allah SWT. Ianya bersilih ganti dan
beringatlah akan tanggungjawab mengisi taklifan amanah dengan penuh hemah.
Kejayaan yang dicapai perlulah dirai dengan penuh tawadhu’. Perjalanan perjuangan masih jauh dan menuntut kita untuk terus
beristiqomah. Kelekaan dan kealpaan kelak akan menjadi asbab kita kembali dihukum. Sedarilah bahawa kuasa yang ada
hanyalah sementara. Tugas kita adalah untuk memanfaatkannya dan mengisi dengan setinggi komitmen dan keikhlasan
sekaligus akan mengundang rahmat serta keberkahan dalam perjuangan. Prinsip menjunjung integriti perlu menjadi teras
pentadbiran dan segala permasalahan rakyat menjadi keutamaan.
Pergerakan Pemuda UMNO perlu belajar menginsafi segala peristiwa yang berlaku. Kitalah generasi kepimpinan yang bertuah
melalui fasa-fasa kejatuhan dan kebangkitan. Kita semakin matang di dalam mendepani cabaran dan membuat keputusan. Kita
semakin kenal lawan dan kawan. Dan lebih penting, kita perlu belajar dari kesilapan, menjiwai sepenuhnya perjuangan serta
merancang formula terbaik agar UMNO kekal mendapat sokongan.
Dinamika politik hari ini semakin mencabar. Generasi muda dibentangkan dengan kepelbagaian ideologi dan alternatif. Tugas
berat kita adalah untuk kembali menyuntik kesedaran politik dan kefahaman sebenar terhadap apa yang selama ini kita
perjuangkan. Sejarah perjuangan menjadi tauladan. Namun, yang lebih penting UMNO perlu diyakini sebagai sebuah parti yang
memahami aspirasi dan denyut nadi generasi kini serta menjadi wadah sandaran yang mampu melakar kecemerlangan di masa
hadapan.
Oleh itu, jadikanlah persidangan ini platfom untuk bertukar pandangan dan cadangan, pelantar mencipta tawaran-tawaran
baru yang bernas dan meyakinkan, pentas menyuntik semangat keberanian mempertahankan perjuangan dan tapak
mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan peperangan, PRU-15 yang pada bila-bila masa boleh diadakan. Di sinilah medan
untuk kita mempertautkan ukhwah, merapatkan saf memperkukuhkan jemaah, menyusun strategi dengan bijaksana dan
berhikmah, hentikan berbalah, cari titik tengah merungkaikan segala masalah, satukan hati elakkan berpecah, bekerja dengan
ikhlas tanpa lelah, pasakkan nawaitu dan iktiqad kerana Allah. In shaa Allah. UMNO akan terus bangkit bermaruah.
Salamat bersidang…
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3
PERUTUSAN KHAS
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PERAK
SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN 2021
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W, juga sekalian ahli keluarga dan sahabat Baginda.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi kita diberi kekuatan dan
kesihatan dalam memikul amanat untuk melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
bagi tahun 2021.
Pertama sekali, saya dan seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak juga ingin menyusun sepuluh jari
memohon maaf jika sepanjang meneraju bahtera Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak ada sebarang kekhilafan dalam
tindakan atau keputusan yang dibuat. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruk itu datang
daripada kelemahan diri kami.
Sepanjang meneraju bahtera Pemuda UMNO Negeri Perak, pelbagai dinamika politik yang melanda negara dan akhirnya membentuk
satu dimensi politik baru serta menjadi satu catatan sejarah yang penting untuk dijadikan ingatan dan panduan di masa hadapan.
Telahan dan ingatan UMNO selama ini bahawa ketidakstabilan politik mampu menggugat keharmonian negara ternyata benar dan
kini semakin membarah serta mencampakkan negara ke dalam kemelut politik yang tidak berkesudahan.
Selaku akar umbi parti, saya yakin kita semua masih ingat peristiwa bagaimana UMNO yang satu ketika tewas di dalam PRU ke 14
kembali bangkit dan menjadi sebahagian daripada Kerajaan apabila kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat pertelingkahan
dalaman sesama mereka. Keputusan yang dibuat UMNO pada ketika itu adalah atas dasar memastikan Kerajaan yang stabil dalam
mendepani cabaran pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Akan tetapi, keikhlasan UMNO dalam memastikan
kestabilan politik tanah air telah diambil kesempatan dengan kewujudan Parti Perikatan Nasional yang dilihat seolah-olah cuba
menjadi duri yang menikam UMNO dari dalam. Tindakan tegas kepimpinan UMNO termasuklah sayap Pemuda harus dipuji apabila
tegas menyatakan pendirian untuk kekal bersama Barisan Nasional serta tidak akan sesekali menggadaikan maruah dan
bersekongkol dengan mana-mana katak politk atau pengkhianat parti.
Tindakan UMNO ini dilihat amat berpendirian dan akhirnya diterjemahkan di dalam PRN Melaka baru-baru ini apabila Barisan
Nasional memperolehi kemenangan 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Ini sekaligus membuktikan sokongan teguh
rakyat bersama UMNO dan penolakan keras kepada parti atau individu yang tidak berprinsip dan hanya berkepentingan sendiri,
Kemenangan di Melaka ternyata menjadi azimat kuat untuk UMNO terus memperkukuhkan parti ini sekaligus membina naratif baharu
bahawa hanya UMNO sahaja parti yang mampu kekal relevan merentasi zaman dalam memperjuangkan nasib dan masa depan
rakyat.
Justeru itu, Pemuda UMNO harus menjadi tentera barisan hadapan dalam menterjemahkan strategi parti dan berhadapan dengan
apa juga provokasi lawan dalam memastikan agenda UMNO dan Barisan Nasional kembali bersarang di hati dan sanubari rakyat.
Pemuda UMNO Perak juga akan terus istiqamah menjadi benteng teguh mempertahankan parti serta menyatakan sokongan tidak
berbelah bahagi kepada YAB Menteri Besar Perak dalam meneraju bahtera UMNO di Negeri Perak.
Dalam menghadapi kemungkinan PRU ke 15 yang mungkin berlaku dalam masa terdekat, Pemuda UMNO harus merapatkan saf,
menghentikan sengketa dan memperkemas jentara agar Negeri Perak yang kita cintai ini tidak lagi jatuh ke tangan musuh. Oleh yang
demikian, jadikanlah Persidangan kali ini sebagai medan untuk kita melontarkan idea, berkongsi pandangan dan rasa serta
memperkukuh ikatan agar Pemuda mampu menjadi katalis kepada kebangkitan UMNO di dalam PRU ke 15 kelak.
Akhir kalam, mewakili seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, saya mengucapkan selamat bersidang
kepada kepimpinan dan seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian. Semoga persidangan kali ini berjalan lancar dan segala
usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT.
Selamat Bersidang…
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT
( MOHD ARRIF BIN ABDUL MAJID )
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak
#PemudaUMNOPerak
#BangkitKembali
4
BARISAN AHLI JAWATANKUASA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SESI 2018 – 2021
Pengerusi Tetap
Sdra. Mohd Hafeez Bin Che Mat ( Indera Mahkota )
Timbalan Pengerusi Tetap
Sdra. Iszuwan Bin Ismail ( Klang )
Ketua Pemuda Malaysia
Y.Bhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki ( Pasir Puteh )
Naib Ketua Pemuda Negeri
Sdra. Shahril Suffian Bin Hamdan ( Kuala Langat )
Penolong Setiausaha
Y.Bhg. Dato’ Hasmuni Bin Hassan ( Kubang Pasu )
Penolong Bendahari
Sdra. Johari Bin Yazid ( Cheras )
Ketua Penerangan
YB Sdra. Mohd Shahar Bin Abdullah ( Paya Besar )
Exco Pemuda Malaysia
Y.Bhg. Dato’ Hasmuni Bin Hassan ( Kubang Pasu )
Sdra. Mohd Lassim Bin Burhan ( Sri Gading )
Sdra. Azril Rizal Yusof Bin Dato’ Sri Mohd Sarit ( Temerloh )
Sdra. Ikmal Hazlan Bin Ikmal Hisham ( Tanah Merah )
Sdra. Muhammad Faiz Bin Hashim ( Indera Mahkota )
Sdra. Mohamad Muqharabbin Bin Mokhtarrudin ( Lembah Pantai )
Sdra. Afriz Bin Mohd Noor ( Bukit Gelugor )
Sdra. Mohamad Amin Bin Othman ( Tanjong Malim )
Y.Bhg. Dato’ Dr. Najmil Faiz Bin Mohamed Aris ( Kuala Terengganu )
Sdra. Mustafa Shah Bin Abdul Hamid ( Kuala Kangsar )
Sdra. Rais Bin Yasin (Tangga Batu)
Sdra. Syed Atif Bin Syed Abu Bakar ( Arau )
Sdra. Mohd Adha Bin Zainal Aznam ( Hulu Selangor )
Sdra. Muhammad Faizal Bin Sufar ( Pandan )
Sdra. Andi Muhammad Suryady Bin Bandy ( Kalabakan )
Sdra. Muhamad Fazly Bin Zainudin ( Wangsa Maju )
Y.Bhg. Dato’ Shahrul Nasrun Bin Dato’ Kamarudin ( Ampang )
Sdra. Fairuz Edzuan Bin Jamaludin ( Ledang )
Sdra. Bastien Onn ( Segamat )
Sdra. Muhammad Farhan Bin Khairuddin ( Lenggong )
Sdra. Nik Saiful Adli Bin Burhan @ Jaohari ( Ketereh )
Sdra. Afif Farhi Bin Othman ( Bangi )
Sdra. Md Fadzmel Bin Md Fadzil ( Setiawangsa )
Sdra. Mohd Hafidz Bin Yakubah Khan ( Sepanggar )
Sdra. Faridzul Azlan Bin Abd Shani ( Tambun )
Sdra. Hafiz Bin Ariffin ( Sembrong )
Sdra. Muhammad Nur Aizat Bin Noor Azam ( Merbok )
Sdra. Mohd Hilmi Bin Elias (Pematang Pauh)
Sdra. Noor Azleen Bin Ambros (Pasir Gudang)
Sdra Sufian Abd Karim (Kudat)
Sdra. S Mohd Johan Rizal Bin Syed Unan Mashri (Alor Setar)
Sdra. Syahril Izham Bin Abd Malek ( SUK Pemuda Malaysia )
5
SENARAI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI-NEGERI
SESI 2018 – 2021
Sdra. Harmizan Bin Abdul Halim ( Perlis )
Sdra. Mohamad Fadzil Bin Zolkifli ( Kedah )
Sdra. Noor Hariri Bin Mohd Noor ( Kelantan )
Sdra. Tegnku Haphiz Bin Tengku Putera ( Terengganu )
Sdra. Rosearwandi Bin Saad @ Yaacob ( Pulau Pinang )
Sdra. Mohd Arrif Bin Abdul Majid ( Perak )
Sdra. Mohd Farid Bin Mohd Nor ( Pahang )
YB Rizam Bin Ismail ( Selangor )
Sdra. Mohamed Nidzam Bin Abdullah ( Selangor )
Y.Bhg. Datuk Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir ( Negeri Sembilan )
Sdra. Fairul Nizam Bin Roslan ( Melaka )
Sdra. Mohd Noor Hairi Bin Mad Shah ( Johor )
Sdra. Ir. Abdul Aziz Bin Zulkarnain ( Sabah )
6
BARISAN AHLI JAWATANKUASA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PERAK SESI 2018 – 2021
Ketua Pemuda Negeri
Sdra. Mohd Arrif Bin Abdul Majid ( Padang Rengas )
Naib Ketua Pemuda Negeri
Sdra. Nazirul Bin Jamaluddin ( Bagan Serai )
Penolong Setiausaha
Sdra. Muhammad Najib Bin Abdul Rahman ( Ipoh Timor )
Penolong Bendahari
Sdra. Ahmad Shamil Bin Mohamed ( Parit )
Ketua Penerangan
Sdra. Mohd Salehuddin Bin Md Isa ( Gerik )
Pengarah Publisiti Negeri
Sdra. Mohammad Sollehin Bin Mohamad Tajie ( Bukit Gantang )
Exco Pemuda Malaysia
Sdra. Mohamad Amin Bin Othman ( Tanjong Malim )
Exco Pemuda Malaysia
Sdra. Mustafa Shah Bin Abdul Hamid ( Kuala Kangsar )
Ahli Jawatankuasa Negeri
Sdra. Mohd Hakim Bin Datuk Wira Mohd Yusoff ( Batu Gajah )
Sdra. Muhamad Iqbal Jamal Bin Datul Wira Jamaludin ( Ipoh barat )
Sdra. Mohammad Hamidi Bin Baharuddin ( Lenggong )
Sdra. Shamsul Bin Husain ( Parit Buntar )
Sdra. Mohammad Aizuddin Bin Mohammad Noor ( Taiping )
Sdra. Barzatal Aslami Bin Fuad @ Ahmad Fuad ( Sungai Siput )
Sdra. Faridzul Azlan Bin Abd Shani ( Tambun )
Sdra. Mohd Fahami Bin Asnawi ( Beruas )
Sdra. Mohd Rosdhi Bin Mohd Nadri ( Kampar )
Sdra. Mohd Firdaous Bin Mohamad Annuar ( Gopeng )
Sdra. Fahmi Bin Ahmad Jakhisi ( Tapah )
Sdra. Dzulhailee L’Akbar Bin Don Ami ( Pasir Salak )
Sdra. Mohd Rafiq Bin Mohd ( Lumut )
Sdra. Rizan Bin Razali ( Bagan Datuk )
Sdra. Zulhasnor Bin Junid ( Teluk Intan )
Sdra. Khairul Anuar Bin Din ( Larut )
Sdra. Mohd Nidzal Bin Ramli ( SUK Pemuda Negeri )
7
BARISAN AHLI JAWATANKUASA
UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN SESI 2018 – 2021
Pengerusi Tetap
HJ SALLEH HUDIN BIN KAMARUDIN KMN, PMP, AMP, PPT
Timbalan Pengerusi Tetap
AZMI BIN THAHEERIN PJK
Ketua
YB DATO’ MOHD AZHAR BIN JAMALUDDIN AMP,PPN
Timbalan Ketua
ZAMANHURI BIN YAAKOB AMP
Naib Ketua
TUAN HAJI MOHAMAD DIN BIN HUSSEIN PPN, PPT
Ketua Wanita
HJH ZAINUN BINTI AHMAD PPN,PPT
Ketua Pemuda
ZULHASNOR BIN HJ JUNID
Ketua Puteri
AZNIZA BINTI MOHD YASIN
Setiausaha
TUAN HAJI AHMAD HILMI BIN YUNUS
Bendahari
KHAIRUL SALLEH BIN IBRAHIM
Ketua Penerangan
TUAN HAJI AHMAD HULAIMY BIN MOHD YUSOFF
Ahli Jawatankuasa
TAJUL ARIFF BIN DATO’ SULAIMAN
MOHD ZAIDI BIN MOHD ARIFIN
TUAN HAJI HAZLI BIN SLEIMAN AMN
ABDUL HALIM BIN KHAIRUJI PPT
TUAN HAJI ALIAS BIN AHMAT PPT
PUAN HJH PUSIAH BINTI SULAIMAN PJK
GHAZALI BIN MOHD RASHID PPT
ABDUL LATIF BIN AHMAD
MOHD SHARIF BIN YAHYA
ABU BAKAR BIN HAJI HASHIM PPT
ZAINAL ARIFFIN BIN MOHD IDRIS
KAMARUDDIN BIN HASSAN
FIRDAUS AZIMI BIN MOHAMED
BAHAROM BIN ABDUL MANAN
TUAN HAJI MOHD KHAIRUL HISYAM BIN ADNAN
KAMANOOR ARIBIN BIN MAAROF
AZMI BIN IBERAHIM
ADENAN BIN MAT SAUD
MD ROMLI BIN YUSOFF
ARIS BIN HASIM (MENINGGAL DUNIA)
TUAN HAJI MOHAMAD YUSOF BIN MOHD TAIB PJK
NOR AZRYNA BINTI HAJI MOHD JAINURI PPT
ZURAIDAH BINTI HAJI SALLEH
NOR MAYA BIN MD NASIR
MUR MAISARAH BINTI MOHD MAHADI
Pemeriksa Kira-Kira
TUAN HAJI MOHAMED PESRI BIN KHUZARI
KHAIRUDDIN BIN ABDUL LATIF
Puan Norafidah Binti Othman ( SUK Bahagian )
8
BARISAN AHLI JAWATANKUASA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN SESI 2018 – 2021
Pengerusi Tetap
SUPARDI BIN SYAFIE
Timbalan Pengerusi Tetap
MOHD ZAIMAL BIN AHMAD
Ketua
ZULHASNOR BIN JUNID
Naib Ketua
NOR MAYA BIN HAJI NASIR
Setiausaha
TUAN HAJI AHMAD HILMI BIN YUNUS
Penolong Setiausaha
CHE JOHARI BIN CHE SALLEH
Penolong Bendahari
MUHAMMAD PUHAZ BIN SALEH
Ketua Penerangan
MUHAMMAD NADZRI BIN MD ALI
Ahli Jawatankuasa
MOHD RASHID BIN NORDIN
DAHARI BIN NADZIRI
MOHD FIRDAUS BIN DAMIRI
MOHD KAMARUL BIN MD ALI
HADLAN BIN CHE ROS
MOHD KHALID BIN ABDUL MAJID
CHE JOHARI BIN CHE SALLEH
MOHD KAMIL BIN HASSAN
AZUWAN BIN MASIRON
MOHD SAYUTI BIN ISMAIL
EHSAN EZANEE BIN RAMLI
AHMAD SAFUAN BIN GHAZALI
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD HELMI
IBERAHIM BIN ROHANI
KHAIRUL AMIN BIN MASKURI
MOHD ZAHARI BIN YAAKOB
AMIRUL HAKIM BIN MOHD KHALID
MOHD ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED NAWAWI
SUK Pemuda
MOHAMMAD AZEEM FADZLI BIN ZAABA
Ex Officio
NOR AZLAN BIN YAHAYA
MUHAMMAD BIN TURIMAN
MUHAMAD AZMIL BIN AZIZ
9
ATURCARA AGENDA MESYUARAT PERWAKILAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN 2021
1. Pengumuman Pengerusi Tetap mengenai jumlah cawangan dan perwakilan ahli pemuda
cawangan yang hadir ke persidangan.
2. Pesanan Pengerusi Tetap Persidangan.
3. Membentangkan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
yang lalu. ( Kertas Persidangan Bil.1 / 2021 )
4. Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian bagi tahun 2020.
( Kertas Persidangan Bil.2 / 2021 )
5. Membentangkan Penyata Kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian bagi tahun
berakhir 31hb Disember 2020. ( Kertas Persidangan Bil.3 / 2021 )
6. Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan.
7. Ucapan Wakil Perhubungan Negeri.
8. Memilih Wakil Dua ( G2 ) ke Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
menurut Fasal 20.3.2. Peraturan Pergerakan Pemuda.
9. Membahas Usul - Usul ( Jika Ada ). ( Kertas Persidangan Bil.4 / 2021 )
10. Tangguhan Persidangan
11. Ucapan Penangguhan
12. Mesyuarat Ditangguhkan
10
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
PPMPK 251/88-69 [2]
RUJ KAMI: PPUBTI/08/01/2021 BIL (01)
TARIKH :26 Rabiulakhir 1443H
01 Disember 2021M
Pengerusi Tetap / Timbalan Pengerusi Tetap ,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan ,
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan ,
Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan,
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan ,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan,
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan,
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN 2020
‘Didoakan tuan/saudara dan seisi keluarga di dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah S.W.T’
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.
2. Merujuk kepada Fasal 14.1 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO dan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan , maka
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan akan diadakan mengikut butiran seperti berikut :-
Tarikh : 11hb Disember 2021 ( Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Rumah Rehat MPTI, Bandar Baru, Teluk Intan
3. Oleh yang demikian. Saudara adalah dijemput hadir. Bersama ini disertakan perkara-perkara berikut untuk perhatian
dan tindakan Saudara selanjutnya.
4. Saudara digalakkan memakai pakaian baju melayu putih atau baju melayu berwarna (bersampin dan bersongkok) atau
kemeja (putih atau merah) dan berkasut. Seluar jeans , t-shirt dan selipar tidak dibenarkan. Kehadiran Saudara adalah sangat
dihargai demi kepentingan Agama , Bangsa dan Negara. Sekian , terima kasih.
“BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT”
Saya yang menurut perintah,
(CHE JOHARI BIN CHE SALLEH )
Tel : 017-5450789
Penolong Setiausaha ,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan.
s.k: Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak
Setiausaha UMNO Bahagian Teluk Intan
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan
11
PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
TAHUN 2020
( Aturcara Mesyuarat Perwakilan )
KERTAS PERSIDANGAN
BIL.1 / 2021
TARIKH : 3 JANUARI 2020 ( AHAD )
TEMPAT : DEWAN HOTEL ANGSOKA
TELUK INTAN PERAK D.R
MASA : 8.30 PAGI
WAKIL UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN :
1. Encik Mohd Zaidi Bin MOhd Arifin
2. Encik Abdul Halim Bin Khairuji
“BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT“
12
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI TETAP : ( Saudara Supardi Bin Syafie )
1.1 Pengerusi Tetap mengambil tempat dan membaca Surat Akuan Sumpah bersama Timbalan
Pengerusi Tetap
1.2 Mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan Wakil dari UMNO Bahagian Teluk
Intan
2. PESANAN PENGERUSI TETAP MENGENAI JUMLAH PERWAKILAN DAN BILANGAN KEHADIRAN
CAWANGAN YANG HADIR KE MESYUARAT :
2.1 Pengumuman jumlah kehadiran oleh Pengerusi Tetap Persidangan setelah mendapat senarai
daripada urusetia.
Jumlah Perwakilan Cawangan yang berdaftar : 144 / 250 orang
Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian : 20 / 23 orang
Pengerusi Tetap / Timbalan Pengerusi Tetap : 02 / 02 orang
Wakil UMNO Bahagian : 03 / 03 orang
Wakil Perhubungan UMNO Negeri : 00 / 10 orang
Jumlah Keseluruhan Perwakilan : 169 / 288 orang
Jumlah Cawangan Pemuda : 49 Cawangan
2.2 ( Pengerusi Tetap ) – Mengingatkan para perwakilan agar dapat bersidang mengikut peraturan
persidangan yang telah ditetapkan. Beliau juga memberi peringatan kepada para perwakilan
agara tidak meninggalkan dewan persidangan sehingga ke agenda penangguhan bagi
menghormati perjalanan persidangan. Beliau juga menasihati perwakilan sekiranya ingin
mengemukakan soalan atau cadangan hendaklah memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum
memberi izin serta mengharapkan perjalanan persidangan kali ini dapat berjalan dengan
sempurna.
3. MEMBENTANGKAN KERTAS PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN TAHUN 2020 ( KERTAS MESYUARAT BIL. 1/2021 ) :
( Penolong Setiausaha ) Saudara Che Johari Bin Che Salleh membentangkan Peringatan
Persidangan Tahun 2020 seperti di lampiran Buku Persidangan.
4. MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
TAHUN 2020 ( KERTAS MESYUARAT BIL. 2/2021 ) :
13
( Penolong Setiausaha ) Saudara Che Johari Bin Che Salleh membentangkan Peringatan
Persidangan Penyata Tahunan 2020 seperti di lampiran Buku Persidangan.
5. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK
INTAN YANG BERAKHIR 31HB DISEMBER 2020 ( KERTAS MESYUARAT BIL. 3/2021 ) :
( Penolong Bendahari ) Saudara Muhammad Puhaz Bin Saleh membentangkan Penyata Tahunan
yang berakhir 31hb Disember 2020 seperti di lampiran Buku Persidangan.
6. UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
Ucapan dari Saudara. Zulhasnor Bin Junid :
Mengucapkan salam & terima kasih kepada Pengerusi Tetap , Wakil Perhubungan Negeri , Wakil
UMNO Bahagian Teluk Intan , Perwakilan & Pemerhati
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam buat
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya
jua dapat saya yang buat pertama kali sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyampaikan
sepatah dua kata-kata aluan bagi Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Teluk Intan pada kali ini.
Saya juga mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada sidang perwakilan semua yang
memberi kepercayaan kpd saya untuk memimpin Pergerakan Pemuda Bhgn Teluk Intan bagi sesi
2018 - 2021. Saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk menggalas tanggungjawab ini dengan
sebaik mungkin untuk meneruskan perjuangan agama, bangsa dan tanak air.
Saya juga amat berharap Sdra. Naib Ketua saya dan seluruh ahli j/k dapat membantu saya untuk
memastikan Pergerakan Pemuda UMNO mendapat tempat dihati ahli Pemuda khususnya dan
dihati rakyat amnya.
SDRA SIDANG PERWAKILAN ,
Anak-anak muda merupakan tunjang dan kekuatan di dalam rehlah pembangunan negara dan
pembinaan ketamadunan bangsa sebagai dinyatakan oleh Ulama Islam terbilang, Imam Al Ghazali
yang menyifatkan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai
melalui kualiti anak-anak mudanya pada masa kini. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu
tanggung jawab kita sebagai ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang bertaat setia bagi
berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air untuk mengisi tuntutan dan
menyahut cabaran kepimpinan zaman dengan menunai dan melaksanakan amanah yang dipikul
dengan bijaksana, iltizam dan istiqamah.
SDRA SIDANG PERWAKILAN ,
Saya menggesa pengundi muda memainkan peranan mereka sebagai pemilih yang akan
menentukan hak dan kuasa rakyat bagi membentuk kerajaan. Peranan yang dimainkan oleh
pengundi muda adalah besar dan tanggungjawab sebagai pemilih perlu dilaksanakan dengan
mendaftar sebagai pengundi agar dapat direalisasikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan
datang.
Untuk makluman sidang perwakilan yang saya hormati sekalian, UMNO Malaysia telah
melancarkan kempen mendaftar sebagai ahli UMNO secara online. Walaupun ini demi untuk
memberi kemudahan kepada orang melayu untuk menjadi ahli UMNO tapi jika masih tiada
14
kesedaran untuk mendaftar tidak berguna juga. Jadi saya memohon kerjasama Ketua Ketua
Pemuda UMNO Cawangan untuk membantu mengenalpasti pemuda diperingkat Cawangan yg
berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai ahli Pemuda UMNO.
Saudara Sidang Perwakilan ,
Rata-rata telah mengenalpasti bahawa punca kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 lepas
adalah disebabkan pengundi pengundi orang muda telah terpengaruh dengan janji-janji palsu &
janji-janji kosong Pakatan Harapan. Oleh sebab itu pengundi muda telah memangkah Pakatan
Harapan pada pilihanraya yang lepas. Siapa yang masih ingat kepada janji-janji Pakatan Harapan
seperti kalau Pakatan Harapan menang maka PTPTN akan dihapuskan, Tol-tol akan dihapuskan,
minyak petrol akan berharga RM1.50 sahaja, pendidikan percuma & macam-macam lagilah
harapan palsu yang sdr sidang perwakilan sendiri pun sedia maklum. Sekarang sudah terbukti dan
ternyata semuanya adalah omong-omong kosong dan senang untuk kita panggil ialah ‘kena
kencing’ maka hancinglah kita semua kena kencing.
Saudara Sidang Perwakilan ,
Walaupun UMNO dan BN bukan lagi sebagai pemerintah Malaysia, kita semua harus menerima
hakikat bahawa setelah 60 tahun kita berkuasa akhirnya Allah S.W.T telah menguji kita untuk
menerima kekalahan. Walaupun perit dan sedih kita semua menerima hakikat ini tapi yakinlah
semua sidang perwakilan sekalian, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Siapa sangka
dan pernah terfikir bahawa UMNO dan PAS akhirnya sudah mula menjalinkan kerjasama yang
kita panggil sebagai Penyatuan Ummah. Selama ini UMNO dan PAS ibarat anjing & kucing, tidak
pernah akhirnya kita kembali bergabung untuk memastikan undi melayu undi islam tidak lagi
kita sia-siakan. Insyalah pada PRU 15 akan datang kita, dengan Penyatuan Ummah ini UMNO
dan PAS akan membentuk kerajaan Melayu Islam yang pastinya akan membuatkan Pakatan
Harapan hancur dan musnah. Insyallah.
Saudara Sidang Perwakilan ,
Akhirul kalam, saya memanjatkan tangan mendoakan agar perjalanan semua Mesyuarat
Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian kali ini akan sempurna dan berjaya.
Tidak lupa juga, sekalung ucapan syabas dan terima kasih kepada semua di atas segala usaha
yang telah disumbangkan bagi menjayakan perjalanan dan urusan mesyuarat kita kali ini.
Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang.
7. Memilih Dua ( 2 ) orang Wakil Pemuda Bahagian Ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia
2019 :
- ( Pengerusi Tetap ) Saudara Supardi Bin Syafie mengumunkan nama seperti berikut
BIL NAMA CALON NO. MYKAD CAWANGAN JUMLAH
UNDI
1 Muhammad Hafizuddin bin Mohd Helmi 931230-08-6467 Kampung Banjar MTB
Ladang Nova Scotia MTB
2 Hadlan bin Che Ros 810510-08-5783
* MTB - Menang Tanpa Bertanding
15
8. Memilih Sepuluh ( 10 ) orang Wakil Pemuda Bahagian Ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Teluk Intan 2019 :
BIL NAMA CALON NO. MYKAD CAWANGAN JUMLAH
UNDI
1 Muhammad Puhaz Bin Saleh 900824-08-6673 Taman Sri Manggis MTB
Bandar Baru MTB
2 Mohammad Azeem Fadzli Bin Zaaba 920827-08-6407 MTB
Kampung Terengganu MTB
3 Mohd Zaimal Bin Ahmad 810222-08-5703 Teksi Roda 3
MTB
4 Mohd Sayuti Bin Ismail 840627-08-5047 Bandar Baru
MTB
5 Mohd Abd Rahman Bin Mohamed 820419-08-5095 Bandar Baru MTB
Nawawi Sungai Rebat MTB
Padang Tembak MTB
6 Hazrul bin Hazri 850910-08-5543 Batu 3, Changkat Jong MTB
Taman Sri Manggis
7 Azman Bin Masiron
8 Supardi Bin Syafei 810102-08-6699
9 Mohd Faizal Bin Kamarudin 81110-08-6041
10 Mohd Kamil Bin Zulkifli 920222-08-5639
Di Cadang Oleh : Saudara Zulhasnor bin Junid ( Bandar Baru )
Di Terima Oleh : Sebulat Suara dari Perwakilan
( Pengerusi Tetap ) mengumumkan Sepuluh ( 10 ) orang Nama Wakil Pemuda yang telah dipilih
sebulat suara oleh Perwakilan seperti diatas.
9. MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL ( JIKA ADA ) ( KERTAS MESYUARAT BIL.4/2019) :
Usul Politik bawa oleh Saudara Mohd Abdul Rahman Bin Mohamed Nawawi ( Ahli Jawatankuasa
PPUBTI )
Hadirin & Para Perwakilan Serta Pemerhati sekalian ,
MENYEDARI kekalahan kita pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas , maka tercatat sebagai
sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan. Buat pertama kali sejak merdeka, UMNO hilang kuasa
kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri kecuali Pahang dan Perlis.
MENGINSAFI dengan asbab tersebut. Pemuda perlu berpegang kepada 5 teras kebangkitan iaitu
Menjuarai Agenda Rakyat, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera menyelesaikan agenda
rakyat atau harus segera berbakti kepada rakyat. Dengan itu rakyat akan terpaut hati kembali
kepada UMNO/BN kerana hanya UMNO/BN yang selama ini membantu agenda rakyat.
Menyantuni Kepelbagaian Anak Muda, Pemuda perlu sentiasa memainkan peranan bersama
anak muda di luar sana supaya kembali bersama UMNO. Anak muda sebelum ini telah termakan
fitnah dan hasutan sehingga kejatuhan kerajaan BN. Jadi kami selaku Pemuda akan menggalas
tugas untuk mendekati anak muda supaya tidak termakan fitnah dan hasutan sekali lagi.
16
Memperkukuh Nilai Inklusif, UMNO perlu memperkukuhkan nilai-nilai inklusif, terbuka dan
menerima keperlbagaian serta menghargai perbezaan. Ia akan menjadikan Parti kita ini lebih
fleksibel dan sederhana. Tidak perlu kita ulangi kesilapan terdahulu. Pemimpin UMNO perlu
mendengar segala maklumat dan idea dari setiap peringkat.
Pengislahan Pemuda, Pemuda seharusnya diberi penekanan dalam aspek bangkit kembali
untuk meneruskan perjuangan parti secara bersama dan sistematik.
Penjenamaan Semula, Perlu diberikan focus kepada menjadikan setiap individu dalam Pemuda
UMNO yang mempunyai ciri-ciri dan berketerampilan unggul.
Hadirin & Para Perwakilan serta Pemerhati sekalian ,
PPUBTI masih setia dengan perjuangan UMNO. Kami sayangkan parti ini , telah banyak yang
kami belajar & banyak yang kami ingin curahkan kepada parti keramat ini. Kami PPUBTI tidak
berniat untuk menyanggah. Namun kali ini , PPUBTI menolak budaya elit yang masih wujud di
dalam UMNO.
Masih ramai yang ingin berbakti dan masih ramai yang sanggup bekorban demi parti UMNO ini.
Jangan disebabkan budaya elit ini ahli pasti merasa kecewa dengan UMNO.
AKHIR SEKALI , kami berharap kepimpinan UMNO di pusat agar memberi peluang dan
pertengahkan kewujudan Pemuda didalam pimpinan UMNO pusat supaya UMNO akan
mempunyai idea dan kekuatan yang baru. Terima Kasih kepada KPUM Y.Bhg. Dato’ Dr. Asyraf
Wajdi Bin Dato’ Dusuki dan barisan jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia yang banyak
berusaha untuk mengembalikan pandangan imej baik kepada anak muda Malaysia terhadap
UMNO.
Sekian sahaja usul dari PPUBTI , mohon sokongan sidang perwakilan semua.
Usul di sokong sebulat suara oleh semua perwakilan
10. MESYUARAT DITANGGUHKAN :
- Pada jam 12.00 tengah hari
17
11. UCAPAN PENANGGUHAN :
( AJK PPUBTI – Sdra. Muhammad Nadzri Bin Md Ali )
- Mencadangkan supaya semua pemuda bersatu hati mengerahkan segala kekuatan supaya Parti
keramat UMNO dipandang tinggi semula. Disamping itu, sikap egois sesetengah pemimpin ataupun
semua ahli perlu kurangkan kerana kita perlu memikat hati rakyat Malaysia untuk mengundi kembali
Barisan Nasional.
( Wakil Bahagian – Encik Mohd Zaidi Bin Mohd Ariffin)
- Beliau mengucapkan salam & tahniah kepada semua perwakilan diatas komitmen yang tinggi
ditunjukkan pada Mesyuarat Perwakilan hari ini. Pemuda UMNO ini diantara sayap parti yang
lantang dan penting kepada UMNO. Teruskan semangat perjuangan anak muda bagi menjadi pelapis
kepada kepimpinan di masa akan datang. Gerakkan aktiviti untuk turun ke cawangan-cawangan bagi
mendengar kehendak akar umbi. Selain itu , kekalkan hubungan baik bersama sahabat politik dari
PAS untuk kebaikkan bersama. Sekiranya ada perselisihan faham , bincanglah sebaik mungkin jalan
penyelesaian untuk pemuda terus bangkit menjadi benteng parti keramat UMNO ini.
12. TANGGUHAN PERSIDANGAN :
*Persidangan telah ditangguhkan pada jam 1.00 ptg
Disediakan Oleh :
( Che Johari Bin Che Salleh )
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan
18
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
PPMPK 251/88-69 [2]
Penyata Kewangan Tahun 2020 ( Kertas Persidangan Bil.3 / 2021 )
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN
PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
BIL PERKARA (RM) (RM)
1 BAKI 31 DISEMBER 2019 130.00 BIL PERKARA
1 MESYUARAT PERWAKILAN 1000.00
2 YB DATO’ KETUA UMNO 1600.00
BAHAGIAN TELUK INTAN PEMUDA UMNO BHG 1400.00
2000.00 TELUK INTAN 2020
3 KETUA PEMUDA UMNO 500.00
BAHAGIAN TELUK INTAN 2 PASUKAN SANITASI
PEMUDA 500.00
3 PROGRAM DAN BANTUAN
MAKANAN
4. MESYUARAT AJK PEMUDA
JUMLAH 3730.00 BAKI h/b 130.00
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH 3730.00
MUHAMMAD PUHAZ BIN SALEH HJ MOHAMED PESRI BIN KUZARI KHAIRUDDIN BIN
ABDUL LATIB
PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMERIKSA KIRA-KIRA
PENOLONG BENDAHARI UMNO BAHAGIAN UMNO BAHAGIAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO TELUK INTAN TELUK INTAN
BAHAGIAN TELUK INTAN
19
( LAGU )
NEGARAKU BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT
Negaraku Bersatu kita bersatu
Tanah tumpahnya darahku Dengan setia berganding bahu
Rakyat hidup Jiwa teguh berpadu
Bersatu dan maju Kita rumpun melayu
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan Bersama kita bersama
Raja kita selamat bertakhta Mendukung hasrat semua
Berjasa pada bangsa
Agama dan Negara
Lambang kita yang gagah
Dipandang mulia dan indah
“BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT”
Cogan katanya
UMNO terus mara
Untuk rakyat Malaysia
IKRAR PEMUDA BERSATU , BERJUANG , BERBAKTI
Kami pemuda Malaysia Kita Bangsa yang setia
Bersatu dan padu tenaga Taat pada Agama
Berjuang berkorban jiwa raga Junjung kasih pada Baginda
Untuk ketahanan bangsa Hidup berbudi serumpun Bangsa
Pemuda harapan Negara Ganding tenaga bagai keluarga
Membela dan membuat jasa Berkhidmat kepada semua
Membina Negara kaya raya Itulah harapan Bangsa
Ibu pertiwi Malaysia UMNO Perak pasti berjaya
Mari kita bersatu dan berikrar UMNO Perak terus berjuang
Mengaku dan bersumpah Bangunlah anak Bangsaku
Menjunjung Agama Bangsa Negara Demi pertahan Bangsa bermaruah
Bersungguh dan setia Membujur lalu melintang patah
Kami pemuda Malaysia Bumi bertuah yang kita miliki
Merupakan benteng yang waja Jangan sekali kita cemari
Pertahan kedaulatan Agama Martabat bangsa dijulang tinggi
Serta Bangsa dan Negara UMNO Perak kekal berbakti
20
USUL : PERGERAKAN PEMUDA UMNO TELUK INTAN 2021
Virus Covid-19 yang mula dikesan pada lewat tahun 2019 mula memberi kesan pandemik pada tahun
2020, menyebabkan krisis bukan sahaja dalam bidang kesihatan tetapi melebar ke dalam sektor
ekonomi hampir secara keseluruhannya. Ini berpunca terutamanya kerana satu perintah berkurung
(lockdown) atau kawalan pergerakan yang dilaksanakan pelbagai negara, mendorong rantaian sektor
pelancongan hampir lumpuh sepenuhnya, penyusutan pelbagai penghasilan dan perlahannya urusan
perdagangan sama ada di peringkat domestik mahu pun antarabangsa.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan berasa terpanggil untuk terus melaungkan isu ekonomi
ini. Sudah tiba masanya Pengurusan ekonomi yang menjadi faktor keresahan utama orang ramai
memerlukan sebuah sistem membuat keputusan yang lebih jitu. Pembuatan keputusan yang jitu ini
tidak boleh hanya bergantung kepada kesanggupan politik (political wil) seseorang atau sejumlah
pemimpin politik semata-mata.perlu diseragamkan semula.
Pergerakan Pemuda UMNO melihat kerisaukan rakyat pada hari ini yang disajikan dengan kenaikkan
harga barang di seluruh negara. Ini merisaukan kami yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan
tersasar terutamanya golongan B40.
Kami memdesak kerajaan agar mengawal kenaikan harga barang ini dengan segera. Perdana Menteri
harus menekan Menteri – Menteri dan Timbalan Menteri agar memantau setiap pelusuk tempat agar
tiada penipuan berlaku. Jika perlu, kembalikan Pencukaian GST yang sememangnya dapat mengawal
harga selain menghindari daripada penipuan cukai pengusaha-pengusaha besar.
Pergerakan pemuda Umno Teluk Intan sentiasa konsisten sejak dari dulu lagi mempertahankan suara
rakyat. Sekalipun kerajaan tidak boleh mengawal kenaikan harga barang. Kami mendesak Kerajaan
supaya memberi subsidi bagi mengurangkan kenaikan harga barang.
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Teluk Intan mengusulkan kerajaan melalui kementerian kewangan
selaras dengan #TuntutanRakyat agar mempercepatkan proses mengeluaran kali terakhir i-Citra RM10K
untuk memenuhi pelbagai keperluan dan komitmen hidup, melangsaikan hutang bahkan memulakan
kehidupan baharu pasca pandemik. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan bersama-sama
dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Bossku Dato Seri
Najib Razak memperjuangkan keperluan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP dalam
suasana kecemasan Pandemik. Semoga suara akar umbi didengari.
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN MOHON MENCADANG.
21