The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI MASHITAH BINTI MOHD ASRI IPG-Pelajar, 2023-10-23 11:11:03

Nota Penjodoh Bilangan

Bahasa Melayu Tahun 3

Cikgu Mashitah NOTA TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 3 PENJODOH BILANGAN


Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut rupa, saiz dan sebagainya. Kadang kala, kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga dan lain-lain. Apakah maksud penjodoh bilangan?


Empat angkatan kapal perang kita dikerahkan untuk menjaga Selat Melaka. Beberapa orang angkatan tentera kita telah terkorban dalam pertempuran itu. angkatan Digunakan untuk sekumpulan manusia atau benda tentera kapal perang


lilin sungai Digunakan untuk benda yang lurus, panjang dan keras pensel batang Ibu menggunakan sebatang lilin untuk menyalakan bilik tidur. Dia meminjam sebatang pensel daripada kawannya. Di belakang rumah saya ada sebatang sungai.


Ayah membeli beberapa mata kail untuk memancing ikan. Anting-anting itu cantik dipakai pada cuping telinga adik Anis. Sebentuk cincin diberikan kepada ibu sempena hari lahirnya. bentuk Digunakan untuk benda kecil yang berkeluk anting-anting cincin mata kail


berkas Digunakan untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kayu ranting Dia memperoleh seberkas ranting hasil kutipan di dalam hutan pagi tadi. Ayah meletakkan seberkas kayu api itu di belakang rumah.


bidang Digunakan untuk benda-benda atau tempat yang terbentang luas tanah permaidani Encik Kasim membeli sebidang tanah dengan keluasan 20 hektar di kampung itu. Harga sebidang permaidani itu ialah RM 89.


bola Puan Siti membeli sebiji kek yang berperisa coklat untuk menyambut hari lahir anaknya. Shila makan sebiji epal. Dia membeli sebiji bola keranjang di kedai itu. biji Digunakan untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat dan kecil epal kek


bilah Digunakan untuk benda yang tajam parang gunting pisau Abu meminjam sebilah gunting daripada rakannya. Ibu menyiang ikan menggunakan sebilah pisau. Pak Samad menggunakan sebilah parang untuk menebang pokok buluh.


Beberapa botol mineral disediakan di setiap stesen semasa aktiviti eksplorasi dijalankan. Ibu memesan kepada Salim untuk membeli sebotol kicap di pasar raya. botol Digunakan untuk benda-benda yang diisi ke dalam botol botol mineral kicap


buah Digunakan untuk benda yang besar dan tidak mempunyai bentuk yang tertentu buku kereta rumah Ali menghadiahkan sebuah kereta yang berwarna merah untuk adiknya. Dia meminjam empat buah buku dari perpustakaan itu. Terdapat sebuah rumah Minangkabau yang sangat cantik di sana.


buku Digunakan untuk benda-benda yang keadaanya berketul atau berbongkah sabun benang roti Dua buku benang telah dibeli oleh Mak Senah di kedai berhampiran rumahnya. Sebuku roti Gardenia digunakan untuk membuat sandwich. Imran mengambil sebuku sabun daripada laci itu.


mutiara Sebutir peluru telah berjaya menembus cermin kaca itu. Adik menjumpai sebutir mutiara di bawah katil. butir Digunakan untuk benda-benda yang bulat atau kecil peluru


Ibu memasukkan secubit garam ke dalam cucur jagung. cubit Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan menggunakan jari garam


Dua cucuk bebola ikan telah dibeli oleh Rasyid. Lina hanya mengambil empat cucuk sate sahaja di rumah terbuka itu. cucuk Digunakan untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate bebola ikan


gugus Digunakan untuk buah bertangkai dan benda berkelompok anggur kunci bintang Pak Bad memberikan segugus anggur kepada jirannya. Terdapat segugus kunci digantung pada dinding ruang tamu. Segugus bintang di langit menerangi seluruh alam pada waktu malam.


ijazah Ani membawa segulung tikar untuk berkelah di tepi pantai. Kakak Hakim berjaya memperoleh segulung ijazah dari Universiti Sains Islam Malaysia. gulung Digunakan untuk benda yang bergulung tikar


helai Digunakan untuk benda-benda yang nipis dan lebar baju daun Gadis itu menjahitkan sehelai baju untuk adiknya. Amir melukis sehelai daun di atas kertas.


Beberapa hirisan bawang digunakan sebagai proses menumis untuk memasak kari. Nasi lemak itu berlaukkan sambal ikan bilis dan empat hirisan timun. hiris Digunakan untuk benda yang dihiris kecil-kecil bawang timun


keping Digunakan untuk benda yang nipis atau pipih biskut kad Encik Kamil mempunyai tiga keping kad debit di dalam dompetnya. Suhaila memberikan dua keping biskut strawberi kepada rakannya.


mancis Abang sentiasa membawa sekotak mancis sebagai barang keperluan apabila berkhemah di dalam hutan. Ibu membeli tiga kotak besar minuman susu berperisa asli untuk anak-anaknya. kotak Digunakan untuk benda yang diisikan ke dalam kotak minuman susu


Kucing itu bermain atas selonggok pasir. Gerai itu mempunyai beberapa longgok durian. durian longgok Digunakan untuk benda yang berada dalam longgokan pasir


naskhah Digunakan untuk bahan bacaan yang berjilid majalah surat khabar Beberapa naskhah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka diterbitkan khas untuk para pelajar. Firman membelikan surat khabar untuk ayahnya.


Sepapan coklat Cadbury dihadiahkan kepada adiknya. Ayah membeli beberapa papan petai di pasar malam. papan Digunakan untuk benda yang berbentuk kepingan petai coklat


kasut Sepasang suami isteri itu hidup bahagia di rumah kecil mereka. Sofia membeli sepasang kasut untuk adik lelakinya. pasang Digunakan untuk benda atau manusia yang berpasangan suami isteri


Lelaki itu makan sepotong pizza dengan lazat. Sepotong kek itu berharga RM 8.90. kek potong Digunakan untuk benda yang sudah dipotong pizza


pucuk Digunakan untuk benda yang halus dan tipis atau senjata api surat pistol Polis itu mempunyai sepucuk pistol di dalam poket belakang seluarnya. Jawahir menulis sepucuk surat kepada neneknya di kampung.


Setangkai rambutan tertinggal di atas meja itu. tangkai Digunakan untuk buah-buahan, bunga dan daun yang bertangkai rambutan


Tiga tongkol jagung diberikan kepada jirannya. tongkol Digunakan untuk tumbuhan atau buah-buahan yang bertongkol jagung


Ibu memasukkan beberapa ulas nangka ke dalam gulai yang sedang dmasaknya. Sepangsa durian mengandungi dua atau tiga ulas isi sahaja. pangsa Digunakan untuk bahagian dalam buah durian ulas Digunakan untuk isi buah seperti durian, nangka dan sebagainya nangka


jambak Digunakan untuk benda yang tersusun dalam satu ikatan Abang memberikan sejambak bunga kepada kekasihnya sempena hari konvokesyen. Munirah menyelitkan sekuntum bunga raya pada sanggulnya. bunga kuntum Digunakan untuk membilang bunga bunga


Cikgu Mashitah


Click to View FlipBook Version