Teknik-Teknik Asas Orienteering
1. Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara
adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan
dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta
iaitu:-
✓ Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling
✓ Menggunakan kompas
2. Teknik susur tangan
✓ Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan
ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan
sebagainya.
✓ Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails).
✓ Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan
yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri
berkenaan.
3. Teknik titik sasaran
✓ Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang
berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang
boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung
atau penjuru pagar dsb.
✓ Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan
apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk
menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur
tangan.
Relokasi
✓ Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti
akan kedudukan sebenar atau tersesat.
✓ Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.
✓ Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
✓ Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh
dilihat.
✓ Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah
dilalui dan semak dalam peta.
✓ Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang
jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan.
✓ Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba
carikan jalan balik ketitik permulaan.
50
Terminologi dan Alatan
Alatan Penerangan Gambar
❖ Tujuannya bagi membantu
Penanda kawalan
(Control marker) peserta tiba kedestinasi yang
betul.
❖ Suatu objek yang diperbuat
daripada kain berwarna
merah muda dan putih
sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan
(dalam lingkungan 10m).
❖ Mempunyai kod kawalan
tersendiri dan penebuk
lubang (puncher) yang unik.
Kad kawalan ❖ Setiap peserta perlu
(Control card) membawa bersama-sama
kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai
bahan bukti atau
pengesahan.
❖ Dalam kad ini akan
dicatatkan nama peserta
serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-
petak untuk ditebuk apabila
sampai di titik kawalan
nanti.Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga
masa digarisan penamat
untuk dicatatkan masa
penamat.
❖ Peta yang telah ditandakan
dengan landasan dan
Peta utama disertakan dengan
(Master map)
keterangan kawalan.
❖ Landasan ini akan
disediakan oleh Perancang
Landasan.
51
❖ Keterangan asas sebagai
panduan titik-titik (control
description) kawalan
berkenaan. Butir-butir
yang disenaraikan adalah
Keterangan siri titik kawalan, kod
kawalan (Control
kawalan dan keterangan
description)
mengenai kedudukan titik
kawalan.
❖ Diperingkat antarabangsa,
keterangan tidak ditulis
dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk
kod/gambarajah.
Kompas ❖ Alat bantu yang kedua
terpenting dalam sukan
orienteering.
❖ Ia digunakan hanya untuk
menentukan arah sahaja.
Pembatalan Penyertaan
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila
berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-
o Gagal memulangkan kad kawalan.
o Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
o Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
o Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
o Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
o Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
o Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
o Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara
52
8.0 SENI PERKHEMAHAN
Objektif
⚫ Beri suatu kemahiran tinggi dalam penyediaan tapak khemah berkualiti
⚫ Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan
⚫ Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan)
⚫ Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan luar
Peraturan Perkhemahan
⚫ Ikut arahan ketua/pegawai perkhemahan
⚫ Peralatan perkhemahan disusun rapi
⚫ Menepati waktu & bekerja sama
⚫ Melaporkan kejadian tidak diingini kepad pegawai bertugas
⚫ Kawalan keselamatan
Penyediaan Tapak Perkhemahan
⚫ Pagar dan pintu utama
⚫ Dapur
⚫ Khemah urusetia
⚫ Kawasan arena
⚫ Tempat makan, solat, peralatan-peralatan kecemasan
⚫ Tandas
⚫ Lubang sampah
⚫ Ampaian
53
Keperluan Masuk Hutan
⚫ Senjata tajam
⚫ Bahan api
⚫ Peta dan petunjuk
⚫ “First Aid Kit”
⚫ Alatan masak & makanan
⚫ Tali
⚫ Baju hujan
⚫ Barang persendirian
⚫ Botol air
⚫ Khemah
Mengemas Haversack
⚫ Barang mudah basah dibalut plastik
⚫ Barang berat di atas
⚫ Barang besar, sederhana berat di bwh
⚫ Barang keras di bahagian luar
⚫ Barang yang kerap diguna di poket luar
⚫ Pek kecil-kecilan
⚫ Sistem sendiri
Peraturan Masuk Hutan
⚫ Membawa senjata tajam
⚫ Jangan cakap besar
⚫ Jangan berak waktu malam
⚫ Jangan makan buahan/ tumbuhan sebarangan
⚫ Jangan minum air yang belum dimasak/ tidak mengalir
⚫ Jangan bahayakan diri
⚫ Jangan tebang / tarik pokok sesuka hati
⚫ Jangan buang air besar/kecil sesuka hati
⚫ Jangan tegur perkara2 yang dirasakan pelik
⚫ Jangan tinggalkan khemah tanpa memberitahu rakan lain sekiranya berkumpulan.
54
9.0 IKTIAR HIDUP PENDIDIKAN LUAR
S
U
R
V
I
V
A
L
55
Pengenalan
Membantu individu yang berada dalam keadaan dan tempat yang bahaya. Penggunaan kemahiran
1. Membuat unggun api
2. Cari dan membina tempat berteduh
3. Cari air yang bersih untuk diminum
4. Cari makanan yang selamat dimakan
5. Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas, sejuk, gurun, pedalamanatau pulau
Objektif
1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan,bukit,
gunung-ganang atau sebagainya.
2. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.
3. Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.
Tekanan Keadaan Ikhtiar Hidup
1. Kelaparan
2. Kehausan
3. Kesakitan
4. Kesejukan dan kepanasan Keletihan
5. Kesepian dan ketakutan
6. Panik
7. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus
hidup dan keluar dari keadaan tersebut.
56
Asas bagi ikhtiar hidup
Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam pelbagai situasi ini iaitu :
A. Tempat berteduh ( shelter )
B. Air ( water )
C. Makanan ( food)
D. Api ( fire )
E. Perangkap binatang ( trap & snares )
A. Shelter ( TEMPAT BERTEDUH )
• Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
• Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
• Dibina sendiri
• Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina shelter adalah:
1. Berdekatan dengan punca air
2. Mudah untuk membuat unggun api
3. Mudah untuk mencari makanan
Pondok Pelindung Angin
✓ Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik
✓ Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang
✓ Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan
sebagainya.
✓ Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan
tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.
57
Pondok Pisang Sesikat
1. Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang
2. Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
3. Bumbung dibuat curam kebelakang
4. Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar) juga boleh didirikan dengan menggunakan dua
tiang sahaja dgn bumbungbelakang diturunkan terus di atas tanah
5. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.
Pondok satu minggu
1. Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai sertamempunyai
tangga dan berbumbung.
2. Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan dalam apa jugakeadaan muka
bumi.
3. Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satuminggu.
4. Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.
58
Perlindungan Semulajadi
1. Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok , anjung batu dan juga lereng
lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.
2. Pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan.
3. Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar
kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang, sarang serangga dan sebagainya.Shelter
yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu masuk gua untuk memudahkan untuk cari jalan
keluar.
4. Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun api di kawasan pintu masuk
gua supaya dapat menghalang binatang daripada memasuki atau mendekati gua.Jika memilih
untuk membuat lubang dibawah tanah sebagai tempat berteduh, pastikan pintu masuk ke
lubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting pokok.
5. Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk condong menggunakan kayu dan ranting-
ranting pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kita letakkan plastik.
6. Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan mengurangkan kesejukan serta dapat
mengelak dari panas dan hujan.
59
B. Air
◼ Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari sahaja tanpa air.
◼ Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari dalam suhu yang biasa. Tapi
akan lebih bila berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang kering.
◼ Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan
boleh menyebabkan kematian.
◼ Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh melakukan beberapa perkara untuk
mengurangkan kehilangan air dalam badan. Antaranya :
➢ Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar melalui pernafasan
dengan mulut
➢ Jangan merokok
➢ Berehat dan tidak melakukan kerja berat.
➢ Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan digunakan untuk
menghadam ; kuantiti akan berkurang.
Sumber Air Bersih
◼ Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam tumbuhan adalah selamat
diminum.
◼ Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih
dahulu.
Cara membersihkan air adalah:
◼ guna iodin ,klorin atau rebuskan.
◼ masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air agak sejuk gunakan 10
titik iodin, biarkan selama 30 minit sebelum diminum
◼ atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut, tambah setiap 1minit
untuk setiap penambahan 300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang
tidak diketahui pada paras apa.
60
C. Makanan
❖ Manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa makanan untuk
mendapatkan makanan :
✓ tangkap ikan
✓ buat perangkap binatang
✓ cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
❖ Serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging lembu
❖ Serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-
✓ serangga bersengat
✓ berbulu dan berwarna terang
✓ berbau keras
✓ labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk dan lalat
❖ Buang semua sayap atau kaki serangga serta masak sebelum dimakan
lebih –lebih lagiserangga yang mempunyai cangkerang keras dan parasit
❖ Cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan sahaja
Kemahiran Memasak Tanpa Alat
Memasak nasi menggunakan buluh
◼ Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti memasak lemang
◼ Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda digulungkan dan
dimasukkanke dalam ruas buluh
◼ Masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
◼ Tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
◼ Boleh dimasak secara melintang
◼ Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang
◼ Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.
61
D. Nyalaan Api
❖ Penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan badan bila berada
dalam suhu yang sejuk
❖ Mengelakkan dari binatang buas.
❖ Cara untuk membuat nyalaan api:
✓ Pilih satu tempat yang selamat
✓ Himpunkan bahan bakar
✓ Longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana pembakaran akan dibuat.
✓ Hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan diatas longgokan bahan bakar
✓ Biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai bahan bakar,
tunggusehingga bahan bakar membara
✓ Apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan bakar yang lain
dan anginkan sedikit sehinnga ianya betul-betul mengeluarkan api.letakkan
ranting dandaun kering
✓ Kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi air atau cermin
Sekiranya kayu basah:
❖ Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar
dicari
❖ Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
❖ Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering
❖ Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut
bahagian permukaanluar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’
❖ Gunakan bahagian dalam yang kering.
62
E. PERANGKAP BINATANG
⚫ Perangkap berumpan
➢ kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak
menggunakanumpan
➢ Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak
ditangkap supayamasuk ke dalam perangkap
➢ Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan
yang sesuaibagi binatang tersebut
⚫ Perangkap tidak menggunakan umpan
➢ Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi
menarik perhatianbinatang
➢ persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat
kepada kesanperjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang
tersebut mencari makan atau minum
➢ jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
➢ Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini
seperti seladang,kijang,landak,rusa dan sebagainya.
⚫ Jerat Bidas
➢ Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak
➢ Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai
pembidas serta talisebagai penjerat
➢ Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam
hutan, burungdan juga tupai.
Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan
orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota
mencaridan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.
63
10.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Pengenalan
➢ Pendidikan alam sekitar adalah dimensi baharu di dalam sistem pendidikan yang
terhasil di atas kerumitandan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar.
➢ Pendidikan alam sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan
kehidupan untuk memupuk sikap positif .
➢ Pendidikan alam sekitar merupakan satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara
untuk melihat tentang pelbagaikehidupan yang berkaitan belajar mengenalpastikesan
baik dan buruk tehadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap alam
sekitar.
Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
1. Membantu masyarakat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar
2. Menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam membantu mengatasi masalah isu alam
sekitar
3. Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin tentang isu alam sekitar
Isu Alam Sekitar
a) Pencemaran Udara
Punca Kesan Langkah Mengatasi
• Aktiviti pembangunan dan • Mempunyai masalah • Penggunaan petrol
perindustrian pernafasan tanpa plumbum
• Kenderaan bermotor • Kualiti udara tidak • Program kitar semula
• Pembakaran terbuka terjejas • Kempen kesedaran
• Aktiviti harian manusia • Penipisan lapisan ozon • Tindakan undang-
• Hujan asid undang
64
b) Pencemaran Air
Punca Kesan Langkah Mengatasi
• Pembuangan sisa toksik dan • Kepupusan hidupan • Mengetatkan undang-
bahan kimia di sungai marin undang
• Penggunaan sumber tenaga • Air tidak berkualiti • Mewajibkan sistem
yang tidak boleh • Mendapat pelbagai pembentungan air
diperbaharui penyakit kronik buangan secara
• Pembuangan sampah sarap • Sektor perlancongan bersepadu
• Penguatkuasaan undang- negara terjejas • Kempen kesedaran
undang yang lemah
c) Kesan Rumah Hijau
Punca Kesan Langkah Mengatasi
• Letusan gunung berapi
• Perindustrian • Pemanasan global • Mengehadkan aktiviti
• Pembalakan
• Pembakaran hutan • Kepupusan flora dan pembalakan
• Ujian nuklear
fauna • Mengawal pembukaan
• Kenaikan aras laut tanah baharu
• Mengehadkan aktiviti
perlombongan
65
d) Penipisan Lapisan Ozon
Punca Kesan Langkah Mengatasi
• Penggunaan bahan • Perubahan iklin dunia • Penggantian bahan
kloroflorokarbon (CFC) • Peningkatan aras air laut CFC kepada bahan
• Peningkatan kegiatan • Kesan kepada hidupan berasaskan air
perindustrian
akuatik • Kempen kesedaran
• Pelepasan gas nitrogen • Terdedah kepada • Menjadikan kawasan
oksida sinaran ultraungu hutan sebagai hutan
• Penyahutanan secara meluas • Kanser kulit simpan
e) Hakisan Tanah
Punca Kesan Langkah Mengatasi
• Pembangunan pesat • Tanah mudah terhakis • Menanam semula pokok
• Perlombongan • Menjejaskan ekonomi • Membina cerun yang baik
• Pembalakan petani • Menguatkuasakan
• Pembukaan tanah • Kesan sosio-ekonomi undang-undang yang ketat
baharu • Mudah berlakunya banjir • Mewujudkan hutan
• Perindustrian simpan
66
11.0 AKTIVITI AIR
Merupakan aktiviti sukan yang melibatkan aktiviti di air seperti sungai. Contohnya, seperti kayak,
explore race, berenang dan sebagainya.
Tujuan
➢ Memupuk keberanian di dalam diri.
➢ Meningkatkan kerjasama di dalam kumpulan.
➢ Meningkatkan keyakinan diri
Kayak
Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau
pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan
geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau
spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidakakan dipenuhi air, dan
pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai
gulingan Eskimo Eskimo Roll.
67
Langkah-langkah Berkayak
1. Pilih kawasan yang selamat untuk memasuki kayak.
➢ Anda harus memulakan dengan mencari tempat yang sejuk sebelum meletakkan kayak di
dalam air. Fikirkantempat yang tenang, cetek, bebas batu.
2. Letakkan kayak di dalam air.
➢ Tolak kayak ke dalam air dengan busur (depan) di depan, letakkan tangan anda di buritan
(belakang) dan pegang peralatan ketika tempatduduk berada di tempat yang cetek.
3. Dekat dengan kayak.
➢ Pegang dayung dengan satu tangan dan berjalan di sampingkayak sehingga anda sampai di
tempat duduk.
4. Selamatkan kayak di suatu tempat sebelum masuk.
➢ Letakkan dayung tegak lurus ke kayak, di belakang tempat duduk dan di sebelah tempat
duduk belakang. Letakkantangan terdekat di atas kayak dan di dayung dan pegang kerusi
dengan jari anda.
5. Mula masuk ke kayak.
➢ Letakkan satu kaki di kayak dan di tempat sokongan yang betul, pindahkan berat ke
dalamnya dan masukkan peralatan tanpa mengeluarkan kakiyang lain dari dasar air.
6. Duduk di kayak.
➢ Pada ketika itu, anda masih perlu memegang dayung dengan satutangan. Ambil dengan yang
lain dan stabilkan badan anda. Kemudian, letakkan punggung anda di tempat duduk.
7. Letakkan kaki yang lain di kayak.
➢ Gunakan dayung untuk menstabilkan badan andadi sisi, menyokong punggung anda di
belakang dan jangan melepaskan kaki anda darilantai kayak. Pada ketika itu, letakkan kaki
yang lain di kedudukan yang betul.
8. Luncur ke kayak.
➢ Seimbangkan badan dan kaki anda dengan baik dan pegangdayung dengan kuat.
68
Abseiling
Abseiling berasal dari perkataan Jerman “abseilan” iaitu “to rope down” ialah proses untuk
mengawal penurunan dengan tali, digunakan semasa memanjat batu (rock climbing), mendaki
gunung (mountaineering), mendaki gua(caving) dan memanjat lembah (canyoneering) serta
digunakan untuk turun ke tebing curam dengan cara berjalan ke bawah.
Rajah 1: Aktiviti abseiling di air terjun
Peralatan Ketika Abseiling
1. Helmets (Topi pelindung)
Helmets dipakai sebagai pelindung kepala dari hentakkan dan batu-batu yang jatuh.
Lampu yang disertakan bersama dengan dengan topi pelindung ini digunakan apabila
berada di dalam cerun yang gelap.
Rajah 2 :Topi Keselamatan Yang Digunakan
69
2. Gloves (sarung tangan)
Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan daripada tali dan cedera akibat
geseran pada dinding semasa penurunan. Ia juga digunakan dalam rekreasi abseiling,
bidang perindustrian, perlumbaan dan ketenteraan untuk memanjat tempat tinggi,
gunung atau bukit. Jika tidak digunakan ia mengundang risiko bahaya kepada pendaki.
Rajah 3: Jenis Sarung Tangan Yang Digunakan
3. Boots (kasut but)
But atau kasut lain yang tegap yang mempunyai tapakcengkaman yang baik digunakan
dalam aktiviti ini.
Rajah 4: Kasut Untuk Abseiling
70
4. Knee pads (pad lutut) dan elbow pads (pad siku)
Kedua-dua alat ini digunakan untuk melindungi sendi dari tercedera semasa merangkak,
merempuh atau mendaki.
5. Rope (tali)
Tali yang digunakan semasa penurunan dari tempat yang tinggi biasanya jenis
Kernmantle yang banyak pintalan tali teras yang menghalang tangan dari melecet.
Dalam kebanyakan penggunaan tali jenis rendah regangan atau tali statik yangmana
mengurangkan pantulan dan memudahkan penurunan digunakan untuk menampung
berat pendaki.
Rajah 5 : Tali Kernamatle
6. Harness (Tali-temali)
Tali-temali diikat di sekeling pinggang untuk keselamatan penurun. Tali-temali yang
selesa dan selamat penting untukmenampung penurunan pendaki selama beberapa jam.
Rajah 6 : Harness ( Full Harness & Chest Harness)
71
Abseiling merupakan sukan lasak yang berbahaya, berisiko tinggi sekiranya tidak diselia
atau dijalankan oleh pendaki yang tidak berpengalaman. Abseiling khususnya dilihat
lebih berbahaya dari pendakian. Tali memainkan peranan yang penting dalam
mengimbangi berat badan pendaki. Tambahan pula, peratusan tinggi kemalangan
pendakian adalah dari aktiviti abseiling. Abseiling amat dilarang atau ditegah di
sesetengah kawasan atau tempat disebabkan potensi tanah runtuh atau kawasan
berbahaya.
BAGAIMANA UNTUK MEMPRAKTIKKAN ABSEILING?
Abseiling termasuk menurunkan tali menggunakan alat geseran diikat pada tali di
pinggang. Ia digunakan untuk turun ke kawasan tanah yang berbahaya dan memakan
masa untuk pendaratan kaki. Mulakan abseiling di tempat yangrendah atau cetek terlebih
dahulu. Kemudian ke tampat yang tinggi peringkat demi peringkat. Pastikan tiada
sesiapapun di bawah, dengan menggunakan tali yang diikat dengan kemas dan selamat
seterusnya pegang tali yangmelingkar dengan mencuba tarik(untuk bergerak ke bawah)
dan tahan(untuk mengawal kelajuan penurunan). Berhati-hati dan jerit turun! Untuk
memberi amaran kepada sesiapa sahaja berada di bawah dan pastikan tali tadi sampaike
tanah semasa turun. Jika anda ingin berhenti di tengah-tengah penurunan,pusing alat
abseiling dan ia akan terkunci secara automatik(tidak bergerak turun) kemudian anda
boleh untuk berpusing-pusing dan bergoyang-goyang di situ.
72
Aspek-Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam perlaksanaan
aktiviti-aktiviti abseiling. Risiko kemalangan dapat dielakkan jikasetiap peraturan
berikut dipatuhi.
➢ Memakai pakaian yang sesuai. Elakkan memakai pakaian yang terlalu
besar.
➢ Memastikan ahli kumpulan tidak memakai barang-barang perhiasan
seperti cincin, gelang, rantai dan jam tangan.
➢ Mengikat dengan kemas rambut yang panjang.
➢ Memasukkan tudung kepala kedalam baju.
➢ Memeriksa semua peralatan dengan teliti sebelum dan selepas
digunakan beberapa kali.
➢ Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat khas.
➢ Menguji setiap ikatan selepas digunakan beberapa kali.
➢ Menyelenggara semua peralatan selepas digunakan.
➢ Memaklumkan kecederaan yang dialami kepada guru.
➢ Memberi perhatian dan mematuhi setiap arahan dan peraturan.
➢ Melakukan aktiviti dengan pengawasan pembimbing.
Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat, aktiviti abseiling dapat menguji tahap
keberanian dan keyakinan diri seseorang. Disamping itu juga aktiviti ini dapat
memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama. Cabaran yang terdapat dalam
aktiviti abseiling dapat membentuk keberanian dan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran kehidupan harian dan pelajaran.
73
Video
1. Lagu Rasmi KRS
https://www.youtube.com/watch?v=kTkxgkMFjgg
2. Ikatan dan gadget
Tajuk Pautan Video
Ikatan Seraya https://www.youtube.com/watch?v=W4NVvw_ZcmU
Ikatan Serong https://www.youtube.com/watch?v=Bd87pFIplSI
Ikatan Balak https://www.youtube.com/watch?v=H-YqsJbVM1A
Simpul Bunga Keti
https://www.youtube.com/watch?v=S6INDr-9QBQ
Berganda
Simpul Manuk https://www.youtube.com/watch?v=xlKu923PMaM
Simpulan Buku https://www.youtube.com/watch?v=XZ6lykaXGCU
Sila
Penghasilan Gajet https://www.youtube.com/watch?v=bmeJUCIpMG4
Rak Alatan
Makanan
3. Pertolongan cemas
Tajuk Pautan Video
Pengenalan Asas https://www.youtube.com/watch?v=q2mqGYFGFdQ
https://www.youtube.com/watch?v=HUUt9pOckcM
Pertolongan https://www.youtube.com/watch?v=hizBdM1Ob68
Cemas https://www.youtube.com/watch?v=X_0wAae0j7s
https://www.youtube.com/watch?v=OOqHlOimTKo
Renjatan Elektrik
Bantuan
Pernafasan
Pembebatan dan
Pembalutan
Luka dan
Pendarahan
74
4. Kawad
Tajuk Pautan Video
Kawad Asas https://www.youtube.com/watch?v=oWa_DEkFd2k
Kawad Kaki Statik
https://www.youtube.com/watch?v=zvRv81uqul4
(Berpusing)
Buka, Betulkan,
https://www.youtube.com/watch?v=nIxei6tf6JI
Tutup Barisan
Kawad Dinamik https://www.youtube.com/watch?v=8G2xaz4eoc0
Pertandingan https://www.youtube.com/watch?v=lrhsgioIXac
Kawad Kaki
5. Kompas dan orieentering
Tajuk Pautan Video
Kompas dan https://www.youtube.com/watch?v=bucq-xAJvYQ
Jangka Sudut
Cara Penggunaan https://www.youtube.com/watch?v=5ZIwsABXniU
https://www.youtube.com/watch?v=IptWByo8Uxc
Kompas
Orienteering
Orienteering KRS
6. Seni perkhemahan
Tajuk Pautan Video
Ikhtiar Hidup KRS https://www.youtube.com/watch?v=T78snB6Tx6Y
Perkhemahan KRS https://www.youtube.com/watch?v=Sec3a5mwWzQ
Ilmu Perkhemahan https://www.youtube.com/watch?v=IUfxhZm5jw4
75