KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME BC-063-2:2015 ROAD CONSTRUCTION / TRAFFIC MANAGEMENT TAHAP / LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE C04 PAVEMENT WORKS COORDINATION NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. COORDINATE SUB BASE WORK 2. COORDINATE ROAD BASE WORK 3. COORDINATE FLEXIBLE PAVEMENT SURFACE LAYER WORK 4. COORDINATE RIGID PAVEMENT LAYER WORK 5. COORDINATE INTERLOCKING PAVEMENT BLOCK WORK NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 1 Drp / Of : 19 TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA KERJA TURAPAN JALAN. TUJUAN / PURPOSE : Kertas penerangan ini bertujuan supaya pelatih dapat mengetahui dan mengenalpasti pembinaan sub base & road base dan lapisan turapan lentur. CITY SKILL TRAINING CENTRE SDN. BHD (PD5916) LOT 1, GROUND FLOOR, LIKAS SQUARE COMMERCIAL CENTRE, JALAN ISTIADAT LIKAS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 2 Drpd / of : 19 PENERANGAN / INFORMATION : Dalam pembinaan sesuatu jalan, hendaklah memastikan siasatan ke atas kemampuan tanah untuk memastikan daya tampungan beban kenderaan dapat tanggung dengan teguh dan tahan. Keadaan tanah yang lembut hendaklah diganti atau ditimbuskan dengan menggunakan tanah yang lebih keras dan akan dipadatkan menggunakan lapisan asas secara berperingkat seperti lapisan sub grade, sub base dan road base dengan menggunakan bantuan mesin dan jentera. Struktur permukaan atas juga merupakan sesuatu lapisan yang diletakkan pada atas turapan road base. Jenis turapan terbahagi kepada beberapa kategori iaitu turapan lentur, turapan konkrit dan turapan bata. lapisan turapan ini hendaklah diletakkan diatas permukaan lapisan asas mengikut kesesuaian turapan yang digunakan. Pemadatan setiap lapisan ketika pembinaan jalan hendaklah dititikberatkan dari aspek ketahanan dan kekerasan serta memastikan lapisan turapan tersebut dapat menampung daya tekanan yang akan dikenakan ke atas permukaan lapisan yang dipadatkan. Kebiasannya, dalam pembinaan turapan jalan, tanah semulajadi yang telah dipadatkan dijadikan sebagai permukaan bukaan laluan dengan bantuan batu kelikir dimana batu tersebut akan dihamparkan pada atas tanah yang telah dipadatkan untuk membentuk sesuatu permukaan yang lebih baik, kukuh dan kuat bagi pembinaan lapisan yang seterusnya. 1. PEMBINAAN SUB BASE & ROAD BASE. 1.1 Kerja pembinaan sub base dan road base perlu dilakukan sebaik sahaja sub grade telah disediakan. Tanah asal atau tanah sediada ditapak juga digunakan sekiranya didapati sesuai dalam pembinaan jalan. 1.2 Turapan. i) Turapan merupakan salah satu struktur binaan yang terdiri daripada beberapa lapisan bergantung daripada pilihan yang sesuai mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pemaju atau keadaan struktur tanah. ii) Dalam pembinaan jalan, penggunaan turapan terbahagi kepada tiga (3) rekabentuk asas yang biasanya digunakan bergantung dari keadaan tanah atau pemaju iaitu turapan lentur, turapan konkrit dan turapan blok. iii) Rekabentuk yang dibina hendaklah memastikan asas lapisan bawah rekabentuk yang hendak dibina dalam keadaan baik, menepati piawaian dan standard ukuran yang telah ditetapkan. iv) Asas lapisan turapan terbahagi kepada tiga (3) lapisan iaitu sub grade, sub base dan road base.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 3 Drpd / of : 19 1.3 Lapisan sub grade. i) Merupakan lapisan paling bawah yang digelar sebagai lapisan tanah asal atau semuajadi. ii) Antara sifat yang perlu ditekankan dalam lapisan sub grade ini iaitu: a) Stabil dan mempunyai keupayaan galas/daya/struktur yang kukuh, kuat dan berkekalan. b) Lapisan saliran air yang baik. c) Mudah dimampatkan. iii) Tetapi sifat lapisan sub grade ini juga bergantung kepada jenis tanah, kandungan air, ketumpatan dan struktur zarah tanah. Oleh itu, kaedah siasatan, pemantauan dan melakukan kerja-kerja pemadatan perlu dilakukan untuk memastikan rawatan pada tanah tersebut hendaklah mampu menampung beban yang kuat dan mampat. iv) Pemadatan sub grade. a) Pemadatan sub grade hendaklah dalam ketebalan 300mm selepas dipadatkan. b) Bacaan perlu diambil setelah dipadatkan dengan menggunakan ujian plastic limit atau liquid limit agar mengetahui keupayaan galas/daya/struktur tanah tersebut. c) Sekiranya keupayaan galas/daya/struktur dalam kerja pemadatan dilakukan mencukupi dan baik, permukaan tanah akan diratakan tetapi jika keupayaan galas/daya/struktur tanah tidak mencukupi dan tidak sesuai, penstabilan/penambakan tanah asing dilakukan. d) Kebiasannya, permukaan tanah asal perlu ditambak atau dikorek dan proses pemadatan tanah dijalankan untuk memastikan keupayaan galas/daya/struktur tanah tersebut kuat dan mampat. v) Proses kerja dalam pemadatan sub grade. a) Kerja pemadatan perlu dilakukan untuk merapatkan zarah/kandungan tanah dengan cara mengeluarkan ruang udara, kandungan air dari dalam tanah bagi tujuan menambahkan ketumpatannya. b) Smooth Wheel Roller digunakan dalam kerja pemadatan sub grade dengan berat diantara 8-12 tan dimana perlu bergerak sebanyak 16 laluan pada kawasan yang perlu dipadatkan. c) Ujian California bearing test (CBR) dilakukan selepas proses pemadatan dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kepadatan tanah selepas dimampatkan. d) Bacaan ujian yang baik hendaklah melebihi 3% atau 5% keputusan ujian tetapi jika keadaan tanah tersebut lemah atau tanah lembab, keputusan ujian akan kurang dari 3% atau 5% dan keadaan tanah tersebut dianggap gagal.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 4 Drpd / of : 19 Rajah 1: Lapisan pemadatan sub grade 1.4 Lapisan Sub Base. i) Selepas lapisan sub grade, permukaan lapisan tersebut akan dilapisi dengan sub base. Permukaan ini kebiasannya diperlukan dan tidak diperlukan bergantung daripada rekaan ketebalan jalan. ii) Sub base ini hasil daripada batu dan pasir. iii) Antara fungsi lapisan sub base ini ialah: a) Agihan beban kepada sub grade. b) Untuk membina dan memudahkan sistem pengaliran air bawah permukaan. c) Mampu menahan sub grade daripada rosak semasa pembinaan. d) Untuk mengelakkan tanah sub grade masuk ke lapisan atas. iv) Proses pemadatan lapisan sub base. a) Kerja pemadatan adalah menggunakan vibration compactor roller dan arah laluannya mengikut arah laluan perjalanan kereta dan dipadatkan dari tepi ke tengah permukaan. Rajah 2: Pemadatan menggunakan vibration compactor roller
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 5 Drpd / of : 19 1.5 Lapisan Road Base (Crusher Run / Quarry Dust). i) Merupakan lapisan yang tebal dan dibina dengan bahan adunan aggregate / batu pecahan, pasir atau debu yang dipanggil Crusher Run atau Quarry Dust dalam keadaan basah atau kering. ii) Lapisan yang memberikan kekuatan serta mampu menanggung beban yang tinggi dan merupakan lapisan utama dalam struktur jalan raya. iii) Lapisan ini hendaklah diletakkan di atas lapisan sub base dalam keadaan yang rata selepas dipadatkan. iv) Lapisan ini dibina dengan meletakkan crusher run atau quarry dust dengan saiz ketebalan 2 inci dan setiap lapisan harus dibina tidak lebih 150mm untuk mengelakkan lapisan tersebut tidak dapat dipadatkan. Rajah 3: Crusher Run v) Crusher run mempunyai campuran batuan dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu. Ada jugak yang menggunakan Quarry Dust. Rajah 4: Quarry Dust vi) Pasir juga digunakan untuk lapisan sub base asalkan ujian yang dijalankan terhadap kepenggunaan pasir ini diluluskan. Rajah 5: Pasir
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 6 Drpd / of : 19 vii) Backpusher atau lori digunakan untuk meletakkan crusher run, quarry dust atau pasir ke permukaan tapak dan bahan lapisan tersebut ditolak dengan menggunakan jentera grader bagi tujuan meratakan permukaan tersebut. Rajah 6: Jentera grader & Backpusher Rajah 7: Lapisan asas turapan jalan viii) Proses pemadatan lapisan sub base. a) Setiap lapisan akan dipadatkan dengan jentera vibration compactor roller 8-10 tan dari bahagian tepi dan terus ke tengah dengan mengikut arah laluan kenderaan yang telah ditetapkan. b) Ujian field density test (FDT) akan dilakukan setelah permukaan lapisan mencapai tahap pemadatan 150mm untuk uji kemadatan lapisan tersebut. ix) Jenis jentera pemadatan sub base dan road base. a) Vibration compactor roller / pemadat bergetar. Merupakan pemadat roda licin yang dipasang dengan pemadat. Digunakan untuk kebanyakan jenis tanah dan ia lebih berkesan sekiranya kandungan air tanah melebihi had optima.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 7 Drpd / of : 19 b) Plate compactor. Digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraa jalan atau jalan baru yang dibina pada kawasan yang sempit. Rajah 8: Vibration compactor roller & Plate Compactor 2. LAPISAN TURAPAN LENTUR (FLEXIBLE PAVEMENT). 2.1 Merupakan lapisan yang digelarkan sebagai premix dimana lapisan ini diletakkan pada permukaan turapan yang paling atas. Di bawah Turapan lentur (Flexible pavement) ini terdiri daripada lapisan road base, sub base dan sub grade yang telah dipadat dan diluluskan. 2.2 Turapan lentur ini terdiri daripada empat (4) lapisan yang digunakan iaitu: i). Wearing Course. a) Hasil campuran daripada batu halus + bitumen yang diproses dan dipanaskan secara berasingan pada loji campuran / batching plant. b) Dibina selepas lapisan binder course disembur dengan tack coat. c) Jentera paver digunakan untuk kerja penurapan lapisan ini. d) Pemadatan akan dilakukan bagi memampatkan lapisan premix ini. ii). Binder Course. a) Hasil campuran batu kasar + bitumen pada suhu yang panas dan diproses pada loji campuran / batching plant. b) Binder course yang siap dipanaskan akan dihantar ke tapak pembinaan untuk diturap sekaligus kerja pemadatan dilakukan dengan segera. iii). Prime Coat / Salut Perdana. a) Satu proses semburan / spray minyak hasil dari proses penyulingan petroleum / bitumen ke atas permukaan batuan road base agar permukaan tersebut kalis air dan mampu menanggung air dipermukaan sebelum lapisan Bitumen dihamparkan diatasnya. Proses pengeringan setelah selesai disembur selama 48 ke 72 jam.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 8 Drpd / of : 19 b) Antara fungsi semburan prime coat: Untuk menyerap masuk ke dalam road base sebagai ikat habuk atau debu. Bertujuan untuk mengisi ruangan kosong di antara crusher run dan debu serta menguatkan ikatan crusher run dan debu tersebut. Rajah 9: Prime coat iv). Tack Coat. a) Bituminous Emulsion atau digelar sebagai RS1K yang mengandungi 80% bitumen dan 20% air manakalah RS3K juga digunakan bergantung daripada keadaan permukaan atau kawasan dengan kandungan bahan 50% bitumen dan 50% air. b) Disembur di atas binder course apabila wearing course dibina. c) Penyemburan tack coat ini hendaklah dilakukan samada menggunakan jentera lori tangki semburan atau pam penyembur ketika binder course dalam keadaan yang bersih, bebas daripada pasir dan debu kering.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 9 Drpd / of : 19 Rajah 10: Tack coat Rajah 11: Lapisan turapan lentur (Flexible Pavement) 2.3 Tanah sediada tidak mampu menerima roda dan berat kenderaan tanpa perubahan asas tanah. Oleh sebab itu, tanah tersebut hendaklah dibentuk, dipadat dan kemudian binaan struktur lapisan asas yang kuat diletakkan ke atas permukaannya tanah agar tanah dan lapisan asas akan mencapai tahap kualiti dan kekukuhan tanah mengikut piawaian yang dikehendaki. 2.4 Turapan lentur terdiri daripada beberapa bahan permukaan yang dibuat daripada pilihan bahan yang sesuai mengikut rekabentuk (design) agar memudahkan dan menentukan ketebalan lapisan yang hendak dibina. Jadual 12: Struktur rekabentuk turapan lentur
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 10 Drpd / of : 19 2.6 Unsur turapan lentur (Flexible Pavement Element). i). Premix merupakan lapisan atas selepas perletakan road base, sub base dan sub grade. Biasanya, lapisan ini boleh dibuat daripada satu atau dua lapisan yang berasingan dengan satu bahan yang sama. ii). Fungsi utama lapisan ini untuk memastikan permukaan yang dibina selamat dan selesa semasa dilalui kenderaan. 2.7 Pemeriksaan kualiti premix. i) Pekerja ditapak dan loji campuran / batching plant hendaklah sentiasa berkerjasama dalam menjalankan sesuatu kerja agar kerja tersebut berjalan dengan baik dan lancar. ii) Kebiasannya kesilapan berlaku apabila ketika melakukan pengelompokan, pembancuhan dan kawalan suhu tanpa diduga. iii) Terdapat beberapa kesan yang perlu diketahui terhadap kualiti premix / asfalt iaitu: a) Asap keluar dari premix / asfalt dengan banyak dan tebal. b) Batu premix / asfalt jelas kelihatan serta pudar. c) Kuantiti bitumen yang kurang. d) Bentuk premix / asfalt yang kering. e) Pengasingan. f) Pencemaran. 2.8 Prosedur dan kaedah perlaksanaan jentera pemadat / compaction semasa melakukan kerja turapan lentur iaitu: i). Jentera pemadat / compactor pada roll hadapanya hendaklah sedikit lembap agar premix tidak melekat pada permukaan roll jentera tersebut. ii). Pemadat perlu bergerak secara perlahan pada kelajuan yang seragam. iii). Pergerakan pemadat hendaklah perlahan agar mudah untuk mula dan berhenti. iv). Menukar arah pergerakan pemadat tidak boleh dilakukan dengan mengejut. v). Setiap perjalanan pemadat harus mempunyai jarak yang berbeza. vi). Pemadat tidak boleh berhenti atau dibiarkan terletak diatas turapan yang masih panas. Jadual 13: Jenis kelajuan jentera pemadat / compactor yang ditetapkan
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 11 Drpd / of : 19 2.9 Lapisan setiap pemadatan. i) Pemadatan perlu dilakukan sebaik sahaja premix diletakkan. ii) Premix dapat dipadatkan dengan mudah jika kaedah perletakan premix pada kawasan yang hendak diletak serta digelek dengan baik pada suhu yang sesuai. iii) Pemadatan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu: a) Pemadatan memecah. b) Pemadatan pertengahan. c) Pemadatan kemasan. iv) Sifat yang perlu ditekankan semasa kerja pemadatan. a) Sifat bancuhan – Sifat utama yang mempengaruhi pemadatan termasuklah gred premix, kandungan premix, saiz, bentuk, tekstur serta gred aggregate, kandungan pengisi dan suhu bancuhan. b) Pesongan turapan – Asas atau tapak yang kukuh diperlukan apabila menjalankan pemadatan ke atas bancuhan premix. c) Tebal selapis tebaran – Lebih tebal lapisan premix, maka lebih lama haba yang terkumpul. d) Kekangan sisi – Pergerakan pada sisi premix akan berlaku apabila kerja pemadatan dilakukan. 2.10 Terdapat empat (4) jenis ujian skala penuh ditapak yang perlu dilakukan untuk merumuskan kaedah rekabentuk turapan lentur tersebut. i) Field Density Test (FDT). a) Merupakan ujian yang dibuat untuk mengukur nilai ketumpatan tanah yang dipadatkan. b) Tanah yang diuji akan dilubangkan sedalam 100mm menggunakan metal tray dan pahat untuk membuat lubang. Sampel tanah pada metal tray tersebut akan dibawa ke makmal untuk diuji dan direkod. c) Setelah dilubangkan, tanah tersebut akan diganti dengan memasukkan pasir biasa atau pasir Ottawa dengan cara memasukkan pasir tersebut menggunakan coring cylinder dan biarkan pasir turun secara biasa tanpa ada ketukan. d) Kaedah ini adalah sesuai untuk tanah yang lembut, berbutir/debu kasar atau pecahan yang kecil. e) Dengan adanya kaedah ini, lubang akan digali bagi mengetahui nilai seperti: Kandungan air dalam tanah. Berat tanah yang dikeluarkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 12 Drpd / of : 19 Rajah 14: Field Density Test (FDT) ii) California Bearing Ratio (CBR). a) Adalah satu ujian penusukan bagi menilai kekuatan lapisan sub grade dan sub base. b) Kebiasannya, beban berat akan dikenakan diatas bearing ratio ini untuk memudahkan kerja ujian penurutan. c) Tanah akan digali sedalam 600mm. d) Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan perbezaan nisbah ujian California dengan ujian penusukan beban yang dilakukan di makmal. Rajah 15: California Bearing Ratio (CBR)
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 13 Drpd / of : 19 iii) Trial Lay Premix. a) Adalah satu lapisan ujian yang dituang ke atas lapisan premix dan kebiasannya hanya dilakukan pada satu bahagian jalan bukan pada keseluruhan jalan. b) Tujuan trial lay ini adalah untuk mengetahui kesesuaian jalan, rekabentuk jalan, kandungan bitumen dan aggregate, ketebalan tack coat, ketebalan premix, suhu premix sebelum dan semasa diletakkan pada permukaan jalan. c) Proses ujian ini hanya dilakukan ketika proses pembinaan jalan dibina untuk satu kawasan sahaja dan ujian coring test dengan pengambilan sampel sedalam 50mm dilakukan tidak kurang 4 jam selepas permukaan jalan dipadatkan. Rajah 16: Trial Lay Premix iv) Coring Test – Ujian Ketebalan Premix. a) Coring test merupakan proses mengeluarkan sampel silinder atau teras daripada tanah, batu atau permukaan berturap bagi mengetahui saiz dan ketebalan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan. b) Tujuan ujian ini untuk menyiasat keadaan sub permukaan atau menguji kekuatan dan kestabilan tanah atau permukaan berturap. c) Kaedah ujian ini hendaklah menggunakan mesin-mesin pengerudian berbentuk silinder teras yang khas. d) Kebiasannya, lubang akan dikorek sedalam 200mm dan ujian coring ini dilakukan sebelum proses penampalan jalan (resurfacing) atau selepas pembinaan jalan baru dilakukan. e) Lubang yang telah dikorek perlu ditutup dengan menggunakan premix cold mix atau hot mix dan dipadatkan dengan baik dan sempurna.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 14 Drpd / of : 19 Rajah 17: Coring test 2.11 Lapisan Slurry Seal / Lapisan Nipis. i) Merupakan lapisan yang menutup permukaan jalan yang nipis dan retak. ii) Kebiasannya, lapisan ini hanya digunakan pada permukaan jalan yang retak, mendap atau kekurangan kandungan bitumen dimana melibatkan permukaan retakan yang panjang pada struktur jalan raya tersebut. Rajah 18: Permukaan jalan yang retak dan mendap
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 15 Drpd / of : 19 iii) Proses pembinaan lapisan ini hendaklah menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk memastikan proses binaan lapisan ini menghasilkan kualiti yang baik dan selamat digunakan mengikut nisbah dan campuran yang telah ditetapkan. Jadual 19: Rekabentuk (design) slurry seal dengan jisim 50kg yang ditetapkan. iv) Bahan yang digunakan dalam pembinaan lapisan slurry seal. a) Stone dust b) Cement c) Water d) RS1K (Bitumen) v) Proses pembinaan lapisan slurry seal. a) Langkah pertama adalah memastikan cement dan stone dust dimasukkan ke dalam mini portable mixer mengikut kuantiti yang ditetapkan dan biarkan bahan bercampuran secara sekata. b) Langkah kedua adalah memasukkan air ke dalam mini portable mixer sehingga campuran mencapai konsistensi yang baik. Rajah 20: Proses meletakkan stone dust & cement ke dalam mini portable mixer Material (Kg) Aggregate 3mm down size (Stone Dust) 98% Cement (2%) Total Weight (Kg) (100%) RS1K (20%) Water (16%) 49.0 1.0 50.00 10.0 8.0
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 16 Drpd / of : 19 c) Langkah ketiga adalah dengan memasukkan RS1K (Bitumen) ke dalam mini portable mixer secara perlahan-lahan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Rajah 21: Meletakkan RS1K ke dalam mini portable mixer vi) Kaedah perletakan slurry seal pada permukaan kawasan. a) Memastikan permukaan yang rosak dan retak pada jalan/kawasan terkesan perlu dialihkan dan dibuang dengan menggunakan hard broom dan air compressor pada kawasan yang terjejas. b) Selesai proses bancuhan bahan campuran pada mini portable mixer, slurry seal tersebut hendaklah diletakkan secara sekata dipermukaan kawasan yang terjejas dan ratakan menggunakan peralatan squeegees. c) Kebiasannya, tempoh pengeringan slurry seal adalah dalam lingkungan 2 jam bergantung dari keadaan cuaca. Rajah 22: Lapisan slurry seal diletakkan secara sekata pada kawasan terjejas dan ratakan menggunakan squeegees.
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 17 Drpd / of : 19 d) Elakkan kawasan yang rosak disiram air selepas lapisan slurry seal diletakkan. e) Slurry seal selepas kering akan berwarna putih dan berubah warna mengikut warna asphalt selepas beberapa hari. Rajah 23: Lapisan slurry seal
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 18 Drpd / of : 19 SOALAN/QUESTION 1. Nyatakan objektif lapisan turapan? 2. Berikan dua (2) rekabentuk turapan yang digunakan dalam pembinaan lapisan turapan? 3. Jelaskan kegunaan crusher run dalam lapisan sub base? 4. Jelaskan maksud turapan boleh lentur? 5. Berikan dua (2) jenis lapisan permukaan / bitumen dalam kerja perletakan dan pemadatan turapan boleh lentur? 6. Jelaskan fungsi bitumen dalam lapisan turapan boleh lentur?
NO. KOD / CODE NO. BC-063-2:2015-C04/KP/1 Muka Surat / Page : 19 Drpd / of : 19 RUJUKAN: 1. Laurence Olivo, 2007, Traffic Management, Emond Montgomery Publication, ISBN: 1552391558, 9781552391556 2. Charles Albert Taff, 1959, Traffic management: principles and practices, R.D. Irwin 3. John E. Tyworth, Josepth L. Cavinato, 1987, Traffic management: planning, operations, and control, C. John Langley, ISBN: 0201065045, 9780201065046 4. Kenneth U. Flood, 1975, Traffic Management, W. C. Brown Company, ISBN: 0697085104, 9780697085108 5. Traffic Management Pelan. https://prezi.com/9pavtpglitth/traffic-management/ (Diakses pada 17/7/2017, 10.30am) 6. Pengurusan Trafik. http://oshthejourney.blogspot.my/2009/07/kursus-pengurusan-trafiksewaktu.html (Diakses pada 18/7/2017, 09.30am) 7. Penyiasatan Tapak dan tanah. http://ex5-dream.blogspot.my/2008/04/cara-cara-penyiasatantapak-dan-tanah.html (Diakses pada 19/7/2017, 01.24pm) 8. Penyiasatan tapak dan tanah. http://ex5-dream.blogspot.my/2008/04/cara-cara-penyiasatantapak-dan-tanah.html (Diakses pada 20/7/2017, 11.34am) 9. Pemadatan tanah. https://www.google. com/search?biw=1028&bih=909&q= jalan+tanah &oq= jalan+tanah&gs _l=serp.3 (Diakses pada 20/7/2017, 02.15pm) 10. Pemadatan tanah. http://fakultasteknik-diddyt.blogspot.my/2011/08/pemadatan-tanah.html (Diakses pada 20/7/2017, 03.19pm) 11. My Dokumen. http://www.arkib.gov.my/documents/10157/ba913ca8-dde2-487c-a9a4- a3b0e268a5c0 12/10/2016 (Diakses pada 17/7/2017, jam 8.45am) 12. Bagaimana nak bina jalan raya. http://v12gether.blogspot.my/2013/01/bagaimana-nak-bina-jalanraya_4242.html (Diakses pada 18/7/2017, 10.00am)