The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munarizan.muin, 2023-10-17 10:47:15

SINOPSIS BUKU SPLKM 2023

SINOPSIS BUKU SPLKM 2023

BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan sebuah buku panduan lengkap tentang kecerdasan pelbagai yang telah dianugerahi Tuhan kepada setiap manusia. Buku ini amat sesuai untuk ibu bapa, guru pendidikan awal kanak-kanak, guru sekolah rendah dan menengah, serta institut pengajian tinggi. Ia juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru pelatih yang mengikuti kursus pendidikan sama ada yang menuntut di univerisiti atau Institut Pendidikan Guru Malaysia. Buku Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini menghuraikan tentang kecerdasan pelbagai yang wujud pada diri dan dimiliki manusia. Buku ini mengandungi 10 bab. Bab 1 menjelaskan mengenai Teori Kecerdasan Pelbagai, ianya dapat dikaitkan dengan seseorang pelajar yang ada cara dan gaya pembelajaran mereka yang tersendiri. Bab 2 mengisahkan Kepentingan Kecerdasan Pelbagai dalam pendidikan iaitu penghuraian tentang ciri-ciri teori kecerdasan pelbagai. Bab 3 pula menceritakan kepentingan kecerdasan dalam pendidikan dengan menghuraikan konsep lapan jenis kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner dan menerangkan konsep empat jenis kecerdasan pelbagai menurut Kagan. Seterusnya Bab 4 dan Bab 5 menjelaskan kaedah untuk mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai pelajar dan Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai kepada guru. Bab 6 pula memaparkan Kaedah mengajar kecerdasan pelbagai serta memberi peluang memilih model pengajaran yang sesuai mengikut tahap pencapaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajarkan. Bab 7 dan 8 kedua-duanya menjelaskan model pengajaran kecerdasan pelbagai serta implikasi model kepada guru dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bab 9 pula menjelaskan Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, Bab 10 membentangkan Rancangan persediaan mengajar dan implikasi integrasi Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan contoh rancangan pengajaran harian lengkap serta mengintegrasikan kecerdasan pelbagai.


8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini memberi pengetahuan kepada seluruh warga Pendidik khususnya dalam mengadaptasi ilmu yang diberikan khasnya ketika di dalam bilik darjah, manakala bagi para ibu bapa juga turut penting bagi memberikan ilmu akan peri pentingnya pendidikan anak-anak bermula daripada rumah di samping dapat mengetahui perubahan yang dilihat daripada aspek tingkah laku, kognitif dan emosi saban hari. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Terbaik untuk diimplementasikan dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah tercapai kerana adanya pelbagai teori yang boleh digunakan demi kemenjadian murid dan melihat perkembangan pencapaian murid dari masa ke semasa secara berterusan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul BIBLIOGRAFI DIALEK MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Pengkajian tentang dialek yang membentuk suatu bahasa amat penting dalam penyusunan sejarah bahasa tersebut. Bentuk bahasa dan tahap penyebarannya dapat dikaji melalui perbandingan dialek yang masih dituturkan. Walau bagaimanapun, bahan-bahan yang tertulis daripada naskhah purba tentang bahasa Melayu amat terbatas dan tradisi tulisan Melayu tidak malar, malah terputus-putus antara zaman. Oleh itu, pengkajian, perbandingan dan penelitian dialek Melayu seharusnya diutamakan dalam penyusunan sejarah bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah penyusunan bibliografi. Penulisan berkaitan dengan sumber data atau bibliografi dialek Melayu yang diusahakan ini secara tidak langsung mampu menyelamatkan penyusunan sejarah bahasa Melayu daripada terlepas pandang oleh penyelidik linguistik. Buku Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu ini merupakan hasil kajian yang diusahakan oleh Profesor Dr. James T. Collins dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu. Buku ini ialah penyusunan bibliografi yang kelima dan terakhir dalam siri bibliografi dialek Melayu di seluruh Nusantara yang telah selesai diusahakan pada tahun 1995. Atas beberapa pertimbangan, buku ini diterbitkan dua dekad kemudian dan sudah tentunya banyak tulisan yang telah diterbitkan antara tahun 1995 hingga tahun 2015. Kajian beliau yang lain dalam projek ini termasuklah Bibliografi Dialek Melayu Pulau Borneo, Bibliografi Dialek Melayu Pulau Jawa, Bali dan Sri Lanka, Bibliografi Dialek Melayu Pulau Sumatera dan Bibliografi Dialek Melayu Indonesia Timur. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Bagi penulis, kedudukan Semenanjung Melayu mempengaruhi kepelbagaian dialek Melayu di wilayahnya. Pertama, Semenanjung Melayu yang memanjang dari daratan Asia telah merapatkan gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Hal ini menghubungkan pelbagai kebudayaan dan bahasa antara Nusantara dan benua Asia. Kedua, Semenanjung Melayu terbuka kepada pengaruh luar menyebabkan perubahan dan pembentukan ragam linguistiknya. Tambahan pula, arus perdagangan purba daripada masyarakat pendatang telah menyesuaikan bahasanya dengan lingkungan bahasa Melayu. Maka, tidak menghairankan keadaan bahasa dan dialek di Semenanjung Melayu yang mempunyai pelbagai rencam dan sampai sekarang sukar ditelusuri. Yang menariknya, James T. Collins menyatakan bahawa terdapat beberapa dialek yang tidak begitu mudah dibandingkan dengan dua buah cabang dialek Melayu yang utama di Semenanjung, cabang Kelantan-Patani dan cabang Johor-Riau. Contoh yang paling nyata ialah dialek Kedah. Dialek ini dituturkan oleh beratus ribu orang di Perak Utara dan persisiran Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis juga masih dituturkan di Sentul (provinsi Satun) di negara Thai dan beberapa buah kampung di seberang Sumatera Utara. Hal ini disebabkan hubungan antara dialek Kedah dengan dua buah cabang utama di Semenanjung belum banyak dibincangkan dan sebagai akibatnya dialek Kedah belum dapat disisipkan dengan pasti dalam salasilah itu.


9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Secara keseluruhannya, buku ini sangat membantu bagi pembaca yang sedang mengkaji tentang dialek Melayu dan salasilah hubungannya dengan dialek Melayu yang lain. Buku ini juga dapat menarik perhatian pembaca umum, terutamanya generasi muda terhadap kepelbagaian dialek Melayu yang mewarnai kawasan Nusantara dan Asia. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul JEJAK HILANG YANG PULANG 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Novel Jejak Hilang yang Pulang setebal 331 buah halaman ini memberi tuah kepada pengarangnya apabila memenangi Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel (Budaya Setempat dalam Konteks Negeri Sarawak) bersempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018. Novel karya Abang Median Abang Said, pengarang dari Sarawak ini mengisahkan tentang Uncle Brown atau nama Islamnya Sadiq Brown yang melarikan Khair – anak kepada Zullafi ke London, England. Khair mengidap autisme kategori Asperger sejak lahir. Brown melarikan Khair ke London kerana mahukan masa depan kanak-kanak itu cerah terutamanya daripada segi rawatan autisme dan pendidikannya berbanding di Limbang. Ibu Khair, Alfiera meninggal dunia ketika melahirkannya. Zullafi mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahid, Amni dan Khair. Zullafi bekerja di pejabat Residen Inggeris Limbang dan Miri. Zullafi berasa terhukum pada dirinya kerana selama bekerja dia banyak mengabaikan isteri dan anak-anaknya. Zullafi juga berasa bersalah kerana terlalu meletakkan sepenuh kepercayaan pada Brown terhadap isteri dan anak-anaknya tanpa mempunyai sekelumit rasa cemburu terhadap hubungan antara Brown dengan Alfiera. Ditambah lagi dengan perbuatannya yang berlaku curang di belakang Alfiera dengan menjalinkan hubungan intim bersama Unyang, gadis Kayan yang tinggal di Miri. Setelah kematian Alfiera, barulah sikap Zullafi berubah dan banyak memberikan perhatian dan masanya terhadap anak-anaknya. Brown bertugas sebagai guru sukarela di Limbang. Segalanya bermula apabila Zullafi mengajak Brown tinggal di rumah agamnya. Secara senyap-senyap Brown jatuh hati dan menjalinkan hubungan intim dengan Alfiera lalu hamil. Disebabkan kejadian tersebut yang mendorongkan Brown menyangka bahawa itu ialah anaknya. Setelah Khair dilahirkan, anak itu didapati cacat kelainan upaya, iaitu autisme kategori Asperger. Benjamin merupakan rakan sejawat Brown dan sama-sama menjadi guru sukarela di Limbang. Meggie pula kekasih Brown dan mengajar sebagai guru sukarela di Miri. Setelah tamat perkhidmatan guru sukarela di Limbang dan Miri, mereka pulang ke London. Brown pulang lebih awal kerana membawa lari Khair. Sewaktu di London, Benjamin telah menulis surat kepada Zullafi dan memaklumkan tentang hubungan sulit antara Brown dengan Alfiera bagi merungkaikan permasalahan Khair yang di bawah penjagaan Brown. Perbuatan Brown tersebut telah membuatkan Zullafi berasa kecewa. Benjamin mengharapkan Zullafi datang ke London untuk bersemuka dengan Brown. Zullafi mahu ke London bagi membolehkannya menjejak Brown dan anaknya, Khair tetapi terhalang disebabkan keadaan politik yang tidak stabil di Limbang dan Miri. Setelah kematian isterinya, Zahid dan Amni dijaga oleh anak saudara Zullafi yang bernama Nuraimi. Bagi menutup pandangan serong masyarakat kampung kerana mereka tinggal serumah, maka Zullafi menikahi Nuraimi.


8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Perjalanan plot pengarang terjalin secara kemas dan menurut kaedah sebab dan akibat. Pengabaian Zullafi terhadap isteri dan anak-anaknya menyebabkan Brown dan Alfiera menjalinkan hubungan yang terlarang sehingga melahirkan Khair. Meggie yang tinggal bersama Brown di London tanpa berkahwin kerana hati dan perasaannya telah dicurahkan kepada Alfiera. Pengarang menghidupkan watak Meggie sebagai pendendam kerana Brown enggan berkahwin dengannya dan ingin merungkaikan perempuan yang telah mencuri hati Brown itu. Khair yang beragama Islam, tidak pernah melakukan solat dan puasa namun masih mengekalkan agamanya itu. Hal ini disebabkan Khair tidak dapat bimbingan yang baik daripada Brown. Khair juga berasa kecewa sikap Brown yang menyembunyikan asal usul dirinya. Namun, Meggie berjanji akan membantu dan membawa Khair ke kafe Meritz milik Benjamin. Di kafe tersebut, Khair berkenalan dengan Jenny, anak Benjamin. Hubungan Khair dan Jenny berakhir dengan perkahwinan dan Jenny sanggup memeluk Islam dengan nama Islamnya, Ashalina. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Qaem. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Pengarang juga lebih cenderung mengadakan watak remaja yang bermasalah dalam setiap karya novelnya lalu memberikan jalan penyelesaian terbaik agar menjadi contoh pada remaja. Sesungguhnya, watak remaja yang ditonjolkan mempunyai pendukungnya bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dengan cara inilah dapat menanamkan aura positif ke setiap jiwa remaja. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul MUNAJAT DI PERKEBUNAN 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Membaca buku karya Allahyarham Dr. Haji Othman Puteh yang diterbitkan pada tahun 1990 amat mengujakan penulis. Novel Munajat di Perkebunan yang diulang cetak pada tahun 2010, dikategorikan sebagai novel remaja. Ceritanya sarat dengan diksi dan kosa kata yang jarang digunakan sehingga pembaca muda perlu merujuk kamus untuk mentafsir setiap kata-kata yang dihamparkan. Munajat di Perkebunan mengadunkan cerita yang melibatkan Sang Pengembara, kehidupan dan ujian hidup di dunia. Karakter sampingan seperti suara misteri, isteri dan Tok Guru menjadi penguat kepada cerita yang penuh dengan emosi, duka, geram, insaf, reda, keindahan dan juga kebahagiaan. Keseluruhannya cerita ini amat unik dengan hanya menggunakan karakter yang tidak bernama tetapi hanya menggunakan sosok watak sahaja. Kisahnya bermula dengan Sang Pengembara yang terdampar dalam dunianya yang entah di mana. Dalam sedar yang penuh kesesalan daripada dosa silamnya, Sang Pengembara yang sedang meratib sedih diganggu dengan suara yang tidak kelihatan sosok penuturnya, entahkan manusia entahkan syaitan atau mungkin juga hanya bermonolog dengan diri sendiri. Sang Pengembara begitu sesal dan sedih akan dirinya yang pernah mencuba membunuh diri sebanyak dua kali. Dia akhirnya memohon pada Tuhan untuk mencari diri dan matlamat hidupnya, setelah mengharungi kegagalan sebelum ini. Sehinggalah kisah ini membawanya ke sebuah daerah perbukitan ladang teh yang amat luas setelah mengharungi sungai dan kabut tebal dingin di balik perbukitan. Keindahan alam di daerah itu mengingatkannya terhadap kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta. Saat berjalan di perbukitan itu, Sang Pengembara hilang pertimbangan lalu jatuh sehingga melanggar seorang lelaki yang juga pemilik kebun dan menyebabkan pemilik kebun itu meninggal dunia. Bermulalah episod kehidupan Sang Pengembara di perkebunan teh yang tidak pernah disangka olehnya. Setelah kematian pemilik kebun itu, Sang Pengembara simpati akan nasib yang menimpa isteri pemilik kebun tersebut dan berhasrat untuk membantu menguruskan ladang tehnya. Sang Pengembara amat tekun dan gembira bekerja lantas mencadangkan pembinaan surau untuk kemudahan para pekerja ladang menunaikan kewajipan mereka. Berkat kesungguhan dan keikhlasan Sang Pengembara, isteri pemilik kebun telah jatuh hati dengannya dan mereka berkahwin. Dari sebuah kisah duka silam yang menyedihkan kini menjadi sebuah kisah bahagia buat Sang Pengembara. Namun, sebalik kegembiraan hidup mereka di perkebunan bersama-sama para pekerja, tiba-tiba mereka diuji dengan kebakaran sebahagian daripada kebun teh itu. Sang Pengembara yang turut tercedera akibat kebakaran itu reda dengan ketentuan tuhan bahkan masih mementingkan kebajikan pekerja yang terkesan. Keajaiban berlaku, walaupun berlaku


kemusnahan sebahagian ladang teh tersebut, surau yang seringkali dikunjungi jemaah yang terdiri daripada pekerja ladang tersebut tidak dimakan dek api. Hal ini menambah takjub dan keimanan Sang Pengembara kepada Yang Maha Esa. Melihat keadaan surau yang semakin sesak dengan kehadiran pekerja yang ingin berjemaah telah memberi ilham kepada Sang Pengembara untuk mendirikan masjid yang lebih luas di kawasan perkebunan itu. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Keseluruhannya, penulis berjaya membawa pembaca menjiwai karakter Sang Pengembara dan dosa silamnya. Pembaca seakan meneka-neka pengakhirannya, namun terkadang pembaca akan tersilap dengan telahan sendiri. Terkadang ujian dan dosa Sang Pengembara menginsafkan pembaca dan nikmat dan kebahagiaan Sang Pengembara menjadi pengajaran terhadap kekuasaan Tuhan Yang Maha Kaya. Buku yang menarik dengan gaya bahasanya dan memberi pengajaran yang mendalam secara tersurat mahupun tersirat. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Implementasi dalam sesebuah organisasi amat seiring dengan kisah tersirat yang disampaikan oleh Allahyarham Othman Puteh dalam buku ini. Hal ini kerana, pelbagai watak dan sikap yang dipemerkan tidak semestinya benar. Ketua perlu menilai dengan lebih bijak dan teliti dalam membuat jangkaan dan jangkauan terhadap seluruh kakitangan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul KENALI PEMIMPIN NEGARA : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : “MERDEKA! Merdeka! Merdeka!” Itulah laungan keramat yang bergema pada hari bersejarah, 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Seorang negarawan melaungkan perkataan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali sebagai tanda kebebasan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Semua rakyat yang hadir di stadium menyambut laungan kemerdekaan itu dengan penuh terharu dan kesyukuran. Di bawah kepimpinan beliau, Tanah Melayu bersatu bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai sebuah negara yang baharu bernama Malaysia. Atas sumbangan besarnya kepada negara, beliau dilantik sebagai Ketua Menteri dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ibn Sultan Abdul Hamid Halim Shah, seorang negarawan Malaysia yang turut digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tunku Abdul Rahman merupakan seorang anak kerabat diraja Kedah. Ketika zaman kanakkanak, Tunku Abdul Rahman diberi gelaran Awang oleh abangnya, Tunku Yusof kerana kulitnya yang gelap dan mempunyai perangai yang sangat nakal. Beliau sentiasa mencari peluang untuk bermain bersama-sama rakannya yang terdiri daripada rakyat biasa. Pada waktu itu, ayahandanya, Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, mengizinkan rakyat daripada keluarga miskin untuk menyerahkan anak-anak mereka kepada istana. Anak-anak itu dikenali sebagai “orang hutang”. Ibu bapa kepada anakanak ini diberikan sedikit wang bagi menampung kehidupan mereka. “Orang hutang” bukanlah satu bentuk perhambaan kerana anak-anak orang miskin ini tinggal di rumah khas dan dilayan dengan baik. Mereka sering bermain bersama-sama di halaman istana yang luas. Tunku Abdul Rahman menikmati kehidupan kanak-kanaknya dengan amat gembira. Antara aktiviti yang dilakukan ialah bermain kereta kuda, bermain bola sepak, berenang dan menangkap ikan karin atau ikan laga di dalam sungai dan bendang di belakang istana. Beliau juga suka menjerat burung dan lebih selesa berkaki ayam ketika bermain lumpur. Pernah suatu ketika, beliau dijangkiti penyakit puru di kakinya kerana bermain lumpur. Tunku Abdul Rahman menghabiskan masa berjam-jam lamanya dengan rakan-rakannya pada setiap hari. Oleh sebab terlalu lasak dan kuat bermain, keluarga Tunku Abdul Rahman sering memanggilnya kanakkanak yang “buas”, iaitu perkataan dalam dialek Kedah yang menggambarkan seorang kanakkanak yang nakal dan lasak. Walaupun terkenal dengan sikapnya yang nakal, Tunku Abdul Rahman mempunyai sifat positif yang wajar dicontohi. Beliau mempunyai hati yang nekad dan berani mencuba. Tunku Abdul Rahman juga mengekalkan hubungan persahabatan dengan rakannya walaupun berpindah ke sekolah lain dan berhijrah ke Bangkok. Sikapnya yang mudah mesra menyebabkan Tunku tidak


mempunyai masalah untuk mendapat kawan apabila berpindah ke tempat baharu. Sikap tersebut berterusan sehinggalah beliau berangkat ke England untuk menyambung pelajaran. Satu-satunya orang Melayu yang berada di Little Stukeley yang terletak di kawasan luar bandar di Cambridge, bukanlah penghalang untuk beliau bergaul dengan pelbagai bangsa yang lain. Salah satu caranya dengan melibatkan diri bermain bola sepak di taman yang berhampiran dengan rumahnya. Seterusnya, penulis mengisahkan perjalanan kehidupan Tunku sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu di England dan kemudian berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah selepas beliau tamat belajar. Sebagai seorang pegawai daerah, Tunku Abdul Rahman disenangi penduduk di kawasannya kerana sentiasa prihatin dengan kesusahan mereka dan sedaya upaya untuk membawakan isu yang dialami kepada Setiausaha Kerajaan. Tunku turut bertanggungjawab melaksanakan semua arahan daripada kerajaan negeri Kedah. Walau bagaimanapun, beliau sering mempersoalkan arahan tersebut yang difikirkan tidak sesuai untuk dilaksanakan. Beliau pernah mendapat surat amaran untuk menghentikan tindakannya tetapi itu tidak melemahkan semangatnya. Kezaliman dan ketidakadilan yang dialami oleh negeri Kedah semasa penjajahan British dan Jepun, dan kekacauan semasa kedatangan Parti Komunis Malaya menjadi pembakar semangat Tunku Abdul Rahman untuk terus memperjuangkan masa depan tanah air daripada dikuasai oleh orang asing. Maka, pada 26 Ogos 1951 menjadi saksi bermulanya penglibatan serius Tunku dalam arena politik sebagai Presiden baharu UMNO. Usaha ke arah kemerdekaan diteruskan sehingga Tunku menjadi seorang tokoh pemimpin negara yang memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Agenda utama semasa kepimpinan beliau ialah pembentukan asas negara yang kekal menjadi identiti rakyat Malaysia pada hari ini. Antaranya ialah undang-undang Perlembagaan, bendera Malaysia, jata negara, lagu “Negaraku”, bunga raya sebagai bunga kebangsaan, Rukun Negara dan pembinaan Universiti Malaya. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Secara keseluruhannya, membaca buku biografi ini sangat menyenangkan dan mudah difahami. Kebanyakan buku biografi amat sulit untuk dihadam disebabkan intonasi penulisannya yang berat dan serius, seterusnya menyebabkan buku biografi kurang menjadi pilihan pembaca muda. Namun begitu, penulis Marini Azahri berjaya membawakan gaya penulisannya yang santai tentang perjalanan kehidupan seorang negarawan ulung di negara ini. Penulis juga menyelitkan gambar-gambar Tunku untuk memudahkan pembaca memahami sesuatu peristiwa yang berlaku. Sebagai pembaca dan seorang guru sejarah, amatlah besar tanggungjawab saya untuk menyampaikan Amanah dan mesej pejuang tanahair kita agar lebih menyayangi dan menghargai negara kita Malaysia yang tercinta. Tidak mahu Pisang Berbuah Dua Kali, maka ilmu dengan penuh jiwa perlu disampaikan buat generasi penerus bangsa agar Malaysia kekal gemilang dan terbela seandainya ada unsur penjajahan dan penguasaan pihak luar kelak. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Sasaran pembaca buku biografi ini ialah golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, penulis lebih memberikan tumpuan terhadap kehidupan zaman remaja Tunku Abdul Rahman yang boleh dijadikan contoh dan teladan kepada anak muda. Ayahanda Tunku, Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan bonda Tunku yang bernama Che Menjalara memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sikap positif dan pengalaman manis pada zaman kanak-kanak Tunku yang akhirnya mencerminkan dirinya sebagai pemimpin negara yang baik. Negara sangat menyanjung tinggi jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman kepada negara. Para pembaca boleh mendapatkan buku biografi ini di pasaran. Melalui pembacaan buku ini secara tidak langsung, guru dapat menerapkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid dan pelajar. Hal ini demikian, murid dan pelajar dapat merasa bangga dengan pejuang tanahair kita yang jauh lebih hebat jika dibandingkan


dengan kehebatan penjajah. Impak daripada kisah-kisah sejarah diperdengarkan buat anak didik secara tidak langsung, mereka pewaris dan penerus generasi dapat berbakti dan menjadikan Malaysia negara yang dicintai dan tidak memilih untuk berada di negara luar. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul HIDUPLAH UNTUK HARI INI 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Melalui buku ini kita boleh memerhatikan parameter pemikiran Barat dan Timur itu mempunyai tujuan yang sama tetapi dengan resolusi yang berbeza. Mungkin buku Dale Carnegie hanya sebatas lingkungan kajian, pembacaan buku dan pengalaman peribadi sahaja. Seandainya Dale Carnegie mengenali Islam,sudah tentu beliau tidak teragak-agak memetik dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan bagi menguatkan lagi fakta-fakta dan hasil eksperimen yang dilakukannya. Meskipun penyelidikan penulis pula hanya merenung lingkungan persekitaran negara Arab ketika itu, tetapi buku ini sangat intim dengan jiwa pembaca Muslim kerana pemikiran penulis yang lebih ketimuran. Bahkan, gaya bahasa yang digunakan tidak kaku dan tidak berlebih-lebihan serta dialek penyampaian lebih berbentuk dialog dan pembaca pasti tidak jemu membacanya. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Penulisan buku ini tidaklah terhad dengan merujuk buku Dale Carnegie sahaja. Terdapat petikan rujukan buku lain seperti buku Emerson bertajuk The Power Of See It Through dan Qut al-Qulb karya Abu Talib Al-Makki yang membuktikan penulis melakukan penyelidikan dengan tekun dan teliti. Di samping mengutarakan hujah berlandaskan Al-Quran, hadis dan menyingkap sirah terdahulu, penulis menghidangkan bait-bait syair pujangga Arab yang puitis serta kata-kata mutiara yang indah bahasanya seperti dari kitab Al-Hikam, tulisan Syeikh Ibnu Ati’ullah.AsSakandary. Petikan syair tersebut menambahkan lagi pakej ia sempurna sebagai buku self help versi islamik terbaik yang pernah dinukilkan. Buku ini juga tidak kurang hebatnya kerana menginspirasi Dr Aidh Al-Qarni untuk menulis buku bertajuk ‘La Tahzan’( Jangan Bersedih). 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Sebagai seorang yang cenderung kepada buku bergenre tarbiah, pada hemat saya buku ini bukan sekadar buku tarbiah stereotaip kerana ia mengajak pembaca mengembara lebih jauh bukan dalam konteks Islam sahaja bahkan menuntun kita menerokai alam teori dan perspektif dunia Barat. Istimewanya buku ini menampilkan gabungan pengalaman peribadi, hasil pemerhatian dan kajian manusia dengan panduan wahyu daripada Allah swt dengan lengkap. Sekaligus, membuat kita berfikir-fikir ruang mana lagi dalam hidup ini yang harus kita baiki. Dalam fasa pandemik yang semakin rencam ini kita mungkin mula hilang semangat motivasi dan risau bagaimana keadaan perkara-perkara mendatang kelak. Segala perancangan yang diatur dengan baik dan harapan yang menggunung sepertinya masih tertangguh.Oleh yang demikian kita memerlukan sesuatu pemangkin agar terus menjadi efektif walau dalam apa jua situasi. Maka dengan itu saya kira buku ini wajib ada dalam ‘bookshelves’ para bibliofil yang meminati buku pembangunan diri malah memang sangat sesuai untuk bacaan masyarakat umum. Tanggungjawab sebagai guru dan fasilitator/pengemudi dalam memastikan murid dan pelajar


memperoleh apa yang disampaikan, tidak lupa kita selit dan sertakan dengan kelebihan yang ada dipersekitaran kita sebagai tanda mengajak anak didik turut serta akan rasa syukur dengan tidak mengenepikan soal kebijaksanaan ahli pemiklir dan penciptaan teknologi kerana segala apa yang ada jelas dimuka bumi ini (hasil manusia) adalah didorong dengan intuisi daripada Pencipta. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul MENGURUS WAKTU & KERJA 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini memberi panduan bagaimana hendak mengurus tugasan harian seterusnya mengurus masa. Ia dimulakan dengan membincangkan aspek mengenali diri. Selepas itu, ia membimbing pembaca langkah demi langkah bagaimana hendak mengatur dan memperincikan tugas, menentukan prioriti, membuat rancangan alternatif dan muhasabah. Ia juga membincangkan aspek kepimpinan, personaliti dan komunikasi yang mempengaruhi cara kerja seharian kita. Antara tip-tip yang diberikan adalah bagaimana hendak menjaga masa supaya orang lain tidak membazirkan masa kita. Ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Bab-babnya yang pendek serta diselangselikan dengan cerita menjadikan ia seronok dibaca. Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar, suri rumah, eksekutif ataupun sesiapa sahaja yang ingin memajukan diri sendiri. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Penulisan buku ini amat berkesan dan memberi impak kepada sanubari kita sebagai hamba Allah yang biasa kerana dalam setiap kehidupan kita tidak terlepas daripada mengurus masa dan kerja dalam suasana yang tidak teratur. Sering berlaku keculasan masa walaupun sudah diberikan tetapan dan sebagainya. Sebagai pembaca, saya amat sedar bahawa melanggar ketetapan masa yang diberikan samada melaksanakannya sebagai pekerja, anak, suami mahupun isteri dan apatah lagi culas dalam berperanan sebagai hamba, amatlah sia-sia. Maka, secara tidak langsung pembacaan ini memberi satu hentakan rohani dan jasmani kepada saya untuk lebih peka dan berubah. Benarlah kata pujangga, Masa Itu Emas. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Guru dan seluruh warga sekolah sentiasa mendepani dengan pelbagai cabaran dan tugasan yang mempunyai “date line” tersendiri. Sekiranya ketetapan masa dan penjadualan tugasan tidak dapat di urus dengan baik, maka akan menjejaskan pelaksanaan tugasan bahkan melibatkan beberapa jabatan mahupun unit/jawatankuasa yang lain. Pepatah ada menyebut “Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga”. Benar seperti yang diungkapkan. Hal ini demikian akan menjejaskan seluruh prestasi dan gerak kerja seluruh organisasi. Memang agak mustahil semua kerja mahupun tugasan boleh dan mampu disiapkan dalam satu masa yang sama. Namun, semua permasalahan dapat di atasi sekiranya setiap daripada kita tidak kira samaada sebagai Ketua Jabatan, Ketua Unit, Penyelaras, Ketua Panitia,


Setiausaha Unit mahupun pekerja bawahan menjaga masa dengan baik. Jika sentiasa di praktikkan dalam kehidupan, semua tugasan akan dapat dilakukan dengan baik sekaligus menaikkan nama organisasi melalui prestasi dan pencapaian yang di pamerkan. “Alah Bisa Tegal Biasa”. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anakanaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anakanak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang. Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat? Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”. Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar. Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik. Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya.


8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya. Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajarpelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anakanaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul MENANGANI SIFAT MARAH 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang. Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanakkanak pun mampu terpikat kepadanya, Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan. Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini. Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis. Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk


dan bersembahyang sunat. “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45) 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul BERFIKIR DALAM BILIK DARJAH 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti : “ Saya mahu.. “ Kamu perlu... Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti: “ Bagaimana sekiranya..


“Apa yang perlu kita..... “ Sekiranya..... 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya. Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul MENGURUS DISIPLIN PELAJAR 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar. Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan. Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya. Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di


sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod. Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat.. Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah. Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi pendidikan . 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran. . . Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: MAAHAD AL-UMMAH Kod Sekolah: AFT2002 1. Nama Guru MUNARIZAN BINTI MUIN 2. Judul KEJURULATIHAN DAN SAINS SUKAN 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:- 6. Tempat Pembentangan - 7. Sinopsis : Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan. Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam mempertingkatkan prestasi sukan. Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan. Permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca mengenali aspek yan berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik dalam asas kejurulatihan. Di sampin itu, ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat melatih dan mencari ilmu kejurulatihan. Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatiha sukan yang membahagikan latihan kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini. Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, seta set-pieces. Pengarang juga berniat untuk menyebarkan ilmu kejurulatihan dengan harapan ramai jurulatih baru muncul di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kecergasan fizikal dan kesihatan masyarakat. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan. Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu, pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usahausaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk


mencapai kecemerlangan. Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia. Menelusuri buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu supaya kaedah, pendekatan dan taktikal mereka sentiasa relevan dan kemas kini. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P : Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi. Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya menempa kejayaan. . Disediakan oleh, Disahkan oleh, ......................................... ................................................... (MUNARIZAN BINTI MUIN ) ( )


Click to View FlipBook Version