The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Penutup Ihya' Ramadhan 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mardziah1978, 2022-04-25 11:47:43

buku program penutup ihya ramadhan 2022

Buku Program Penutup Ihya' Ramadhan 2022

S

‫مجليس نور كاسيه & ختم القرءان‬

MAJLIS PENUTUP IHYA’ RAMADAN
PERINGKAT SMK KOTA SAMARAHAN

2022 / 1443 H

TARIKH : 26 APRIL 2022 / 24 RAMADAN 1443H (SELASA)
MASA : 10.00 PAGI – 11.50 TENGAH HARI
TEMPAT : SURAU DARUL IMTIYAZ

ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKKS

Pendahuluan

Nur Kasih :
Pelajar adalah modal insan yang bernilai dalam masyarakat pada
hari mendatang. Program Nur Kasih mengajak kita mengenang dan
mengimbau kembali perit luka yang dilalui oleh pelajar miskin dan
anak-anak yatim melayari kehidupan bersempena Bulan Ramadhan
yang mulia dalam keadaan susah dan senang. Program Nur Kasih
Kali Ke-8 ini merupakan program tahunan SMK Kota Samarahan.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari
kalangan anak yatim dan miskin untuk sama-sama meraikan
sambutan hari raya eidulfitri seperti pelajar-pelajar yang lain.
Program ini juga diadakan untuk memuhasabahkan diri tentang
kesukaran dan kepayahan pelajar miskin dan anak-anak yatim
melayari kehidupan harian dalam keadaan yang serba kekurangan.

Khatam Al-Quran
Majlis Khatam al-Quran adalah acara terakhir
dilaksanakan bagi program ihya’ Ramadan pada
tahun 2022/1443H peringkat sekolah Menengah
Kebangsaan kota Samarahan. Ia bertujuan bagi
merai dan menghargai penglibatan murid-murid
dalam aktiviti tadarus al-Quran khususnya serta
pelbagai aktiviti lain yang telah dilaksanakan
sepanjang bulan Ramadan ini.
Ia juga bertujuan menanam sifat cintakan al-
Quran dan menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup.

Objektif

Menyantuni murid-murid asnaf dan anak yatim SMK Kota
Samarahan yang kurang berkemampuan
Untuk meraikan dan menghargai penglibatan murid-murid
dalam pelbagai aktivit Program Ihya’Ramadan tahun 2022 /
1443H
Memupuk sifat cintakan al-Quran
Menyemai rasa kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim
serta semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid, guru-
guru dan seluruh warga sekolah

Atur Cara…

9.50 : Penerima sumbangan mengambil tempat di surau
10.00: Ucapan pengerusi majlis
10.10: Bacaan doa
10.15: Ucapan perasmian penutupan Program Ihya’Ramadan 2022
Tuan Pengetua SMKKS (En Nayan bin Yamin)
10.30: Penyampaian sumbangan
11.50 : Bersurai

Jawatan kuasa Perlaksana

Penasihat 1 En Nayan bin Yamin

Penasihat 2 En Mamat Solleh bin Ismail

En Kelana bin Yusof

Penyelaras Program Nur Kasih Us Azmi bin Nor@Muhamad Nor

Ustz Ajibah bt Gayan

Penyelaras Tadarus al-Quran Ustz Mardziah bt Bahari

Ustz Salmiah bt Uton

Bendahari Ustz Tibah bt Saice

Jk Jurugambar & Dokumentasi Uztz Afifah bt Omar

Penghargaan

Sekalung Penghargaan
Dan terima kasih

Pengetua SMK Kota Samarahan
Barisan Penolong Kanan SMK Kota Samarahan
Guru-guru dan Kakitangan SMK Kota Samarahan
Para penyumbang budiman untuk tabung Nur kasih SMK Kota

Samarahan

Penutup
Adalah menjadi harapan agar program ini akan mencapai

objektif yang telah disasarkan. Semoga usaha kecil ini
juga akan diterima sebagai amal jariah di sisi Allah SWT

Sebarang cadangan dan saranan amatlah kami aliu-
alukan sebagai penambahbaikan program ini pada masa

akan dating.

Terima kasih

Kian Berlabuh Tirai Ramadan
Lambaian Syawal Kian Menanti

Luhur hati Ikhlas kemaafan
Semoga kesalahan dapat dimaafi

Paniti Pendidikan Islam SMK Kota Samarahan
Mengucapkan :

Selamat meneruskan ibadah puasa
&

Selamat Menyambut Eidulfitri


Click to View FlipBook Version