The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izah.tba0032, 2022-05-10 00:44:50

APA ITU NILAM

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PENGENALAN NILAM

APAKAH ITU NILAM?

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan
secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi
Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk
menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999,
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998:
Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

MATLAMAT PROGRAM NILAM

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan
murid

OBJEKTIF PROGRAM NILAM

Menjadikan murid banyak membaca

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca

KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM NILAM

• Membaca dan merekod bahan bacaan- Murid perlu membaca buku yang sesuai
dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul,
bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang
dibaca ke dalam buku rekod.

• Mengesahkan rekod dan mengumpul data- Tugas guru adalah untuk
mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan
tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh
guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru
penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu
dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah
tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian
Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran- Sekolah dan semua peringkat
Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada
murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka
mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan
memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan
bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

• Projek Pukal – Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar
dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

• Bicara Buku – Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk
membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam
buku tersebut.

• Anotasi buku – Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan
tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan
semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk
aktiviti ini.

• Bercerita – Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk
bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.

• Jejak Maklumat – Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan
yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber
Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.

TAHAP JAUHARI

Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia
dijalankan pada dua peringkat persekolahan

a. Sekolah Rendah

Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu
membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka
perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :

Jumlah Buku Pengiktirafan

90 – 179 Gangsa

180 – 269 Perak

270 – 359 Emas

360 ke atas NILAM

b. Sekolah Menengah

Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula
belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai
tahap pembacaan seperti berikut:

Jumlah Buku Pengiktirafan

72 – 143 Gangsa

144 – 215 Perak

216 – 287 Emas

288 ke atas NILAM

ADAB KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN

 DILARANG MAKAN DAN MINUM SERTA MEMBAWA
MASUK MAKANAN DAN MINUMAN.

 SILA BERATUR KETIKA BERADA DI KAUNTER.
 TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA ATAU MENUTUP SUIS DAN

MENGUBAH KEDUDUKAN KERUSI DAN MEJA TANPA KEBENARAN
GURU PSS.
 DILARANG MEMBUAT BISING.
 TIDAK BOLEH MEMBAWA MASUK BEG ATAU LAIN-LAIN SELAIN
DARIPADA ALAT TULIS DAN BUKU CATATAN.
 PELAJAR MESTILAH DUDUK DI TEMPAT-TEMPAT YANG
TELAH DISEDIAKAN DAN TIDAK DIBENARKAN BERHIMPUN DI PINTU
UTAMA, KAUNTER DAN DI CELAH RAK BUKU.
 SETELAH SELESAI MENGGUNAKAN BAHAN BACAAN, PELAJAR MESTI
MEYIMPAN SEMULA DI TEMPAT ASALNYA.

ADAB KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN

 PELAJAR DILARANG MASUK WAKTU P&P TANPA GURU
 PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM NILAM PERLU MENCATAT PADA

BUKU NILAM YANG TELAH DISEDIAKAN.
 SILA PASTIKAN MEJA DAN KERUSI BERADA DALAM KEADAAN KEMAS

DAN TERSUSUN KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN.
 PELAJAR TIDAK BOLEH MENGADAKAN MESYUARAT ATAU PERJUMPAAN

DI DALAM PERPUSTAKAAN TANPA KEBENARAN GURU PSS.
 PELAJAR MESTI BERPAKAIAN KEMAS DAN LENGKAP KETIKA MEMASUKI

PERPUSTAKAAN.
 BUKU-BUKU YANG ROSAK, DICONTENG ATAU HILANG PERLU DI GANTI

OLEH PELAJAR BERKENAAN.
 PELAJAR-PELAJAR DIBENARKAN MASUK KE PERPUSTAKAAN PADA

WAKTU REHAT DAN SELEPAS WAKTU P&P.

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN

JENIS-JENIS BUKU FIKSYEN DAN BUKAN BUKU FIKSYEN


Click to View FlipBook Version