1 | P a g e SEKOLAH KEBANGSAAN SATRIA JAYA BDC LORONG A, TAMAN SATRIA JAYA, 93350, KUCHING, SARAWAK. TEL: 082 – 570878 FAX: 082 – 570879 Email: [email protected] KOD SEKOLAH: YBA 1203 Semua Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, SK Satria Jaya, 93350, Kuching, Sarawak. 18 April 2023 Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN KESIHATAN KALI PERTAMA TAHUN 2023 Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Jasmani/ Kesihatan akan mengadakan mesyuarat seperti berikut : Tarikh : 5 Mei 2023 Hari : Khamis Masa : 01.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Agenda : 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi 2. Mengesahkan minit mesyuarat 3. Perkara berbangkit 4. PdP PJ dan PK 5. Sukatan pelajaran/DSKP/RPH/RPT 6. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 7. Program Panitia 8. PAJSK 9. Kewangan 10. Hal-hal lain 11. Ucapan penangguhan 2. Kehadiran dan kerjasama tuan / puan diucapkan terima kasih. Sekian. Terima kasih. Yang menjalankan tugas, ………………………………… (Zul-Helmi Bin Ilias) Ketua Panitia PJPK SK Satria Jaya
2 | P a g e MINIT MESYUARAT PANITIA PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN 2023 KALI PERTAMA Tarikh : 5 Mei 2023 Hari : Khamis Masa : 01.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat KEHADIRAN: Semua hadir TIDAK HADIR: (BERSEBAB) Tiada HADIR : 13 ORANG TIDAK HADIR: TIADA Agenda : 1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi 2.0 Mengesahkan minit mesyuarat 3.0 Perkara berbangkit 4.0 PdP PJ dan PK 5.0 Sukatan pelajaran/RPH/RPT 6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 7.0 Program Panitia 8.0 PAJSK 9.0 Kewangan 10.0 Hal-hal lain 11.0 Ucapan penangguhan Minit Mesyuarat: 1.0 Ucapan alu- aluan Pengerusi 1.1 Majlis dimulakan dengan Ummul Kitab (Al-fatihah). Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas Kerjasama dan komitmen semua guru atas kehadiran mereka. 1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri ke mesyuarat panitia kali pertama untuk tahun 2023. Tindakan: Makluman
3 | P a g e 2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat 2.1 Setiausaha Panitia, Puan Dayang Hajijah membacakan minit mesyuarat yang lepas secara sepintas lalu untuk makluman semua ahli panitia. Tindakan: Makluman 2.2 Pn. Noorlinda mencadangkan minit mesyuarat ini untuk disahkan manakala Pn. Rafidah menyokongnya. Tindakan: Makluman 3.0 Perkara Berbangkit Tiada 4.0 PdP PJ & PK 4.1 Pengerusi menekankan bahawa terdapat surat pekeliling ikhtisas berkaitan pelaksanaan subjek PJPK di sekolah yang perlu sentiasa dirujuk. Dalam lampiran surat pekeliling tersebut ada dinyatakan berkaitan agihan masa, cara berpakaian guru dan murid, keselamatan semasa beraktiviti serta guru yang diutamakan untuk mengajar subjek PJPK ini. Tindakan: Makluman 4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa hanya sebuah buku latihan yang perlu disediakan oleh murid untuk digunakan bagi subjek PJ & PK iaitu buku bergaris satu. Tindakan: Makluman 4.3 Agihan masa PdP untuk subjek PJ ialah 2 waktu seminggu manakala subjek Pendidikan Kesihatan adalah satu waktu seminggu. Setiap waktu PdP adalah selama 30 minit. Waktu PJ adalah pada hari yang berlainan iaitu dua waktu yang diperuntukkan itu adalah pada 2 hari yang berlainan. Tindakan: Makluman 4.4 Pakaian PJ sekolah adalah t-shirt sukan sukan sekolah, seluar sukan sekolah, bertudung sekolah bagi murid perempuan dan baju perlu ‘tight-in’ bagi murid lelaki. Tindakan: Makluman 4.5 Penggunaan alatan sukan mengikut kesesuaian tajuk PdP pada hari tersebut dan guru diingatkan untuk memastikan setiap peralatan dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Alatan yang digunakan perlu dicatatkan di dalam buku penggunaan alatan sebagai rekod.
4 | P a g e Tindakan: Makluman & Tindakan Semua Guru PJPK 5.0 Sukatan Pelajaran/RPH/RPT 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa dokumen yang terbaru dalam subjek pjpk adalah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 4 Semakan 2017. Tindakan: Makluman 5.2 Pengerusi menegaskan bahawa format penulisan RPH perlu diselaraskan. Beliau menjelaskan perkara-perkara yang perlu ditulis dalam rph. Tindakan: Semua guru PJPK 5.3 Pengerusi menjelaskan bahawa semua DSKP PJPK yang terkini perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan untuk guru-guru mengajar. Tindakan: Makluman dan tindakan semua guru PJK 6.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 6.1 Pengerusi menerangkan bahawa dalam subjek Pendidikan Jasmani, pentaksiran lebih banyak dijalankan secara pemerhatian dan senarai semak. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti murid-murid yang menguasai sesuatu kemahiran dalam tajuk pelajaran untuk tujuan rekod PBD. Tindakan: Semua guru PJPK 6.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pentaksiran ini perlu dijalankan dan direkodkan sebagai rujukan guru dan pelaporan untuk murid nanti. Tindakan: Semua guru PJPK 7.0 Program Panitia 7.1 Pengerusi membacakan antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2023. 1. SEGAK Ujian pertama: 8 Mei hingga 28 Jun 2023 Ujian kedua: 2 Oktober hingga 30 November 2023. 2. BMI 5 – 9 TAHUN Ujian pertama: 15 Mei hingga 28 Jun 2023 Ujian kedua: 1 November – 30 November 2023. 3. Bilik/Stor PJK – sepanjang tahun 4. Info PJPK – semasa PdP
5 | P a g e 5. Mengemaskini Papan Kenyataan PJPK – sepanjang tahun 6. Klinik Sukan (mengikut kesesuaian) Tindakan: Semua guru PJPK 7.2 Pengerusi memohon kerjasama semua ahli panitia untuk berganding bahu menjayakan program-program ini. Tindakan: Makluman & Tindakan Semua Guru PJPK. 8.0 PAJSK 8.1 Pengerusi menjelaskan bahawa data SEGAK perlu direkodkan dan guru PJ setiap kelas tahun 4, 5 dan 6 perlu mengisi data yang diperoleh dalam sistem PAJSK secara ‘online’ apabila sistem tersebut telah dibuka. Tindakan: Guru PJ Tahap 2 8.2 Pengerusi menerangkan sepintas lalu bahawa PAJSK ialah singkatan untuk Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Komponen yang terdapat dalam PAJSK ialah SEGAK dalam PJ, pencapaian dan jawatan dalam sukan dan lolurikulum serta ekstra kurikulum. Tindakan: Makluman 9.0 Kewangan 9.1 Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan kewangan untuk Panitia PJPK belum diketahui dan perkara ini akan dimaklumkan kepada semua ahli panitia apabila telah diketahui nanti. Tindakan: Makluman 10.0 Hal-hal lain 10.1 Makluman Ketua Panitia 10.1.1 Ketua Panitia menegaskan bahawa murid tahun 1, 2 dan 3 perlu diajar kemahiran dengan baik agar mereka mudah untuk megaplikasikannya di tahap dua serta masa depan mereka. Tindakan: Semua guru PJPK 10.1.2 Ketua Panitia memohon kepada semua guru PJPK agar memaklumkan jika terdapat peralatan rosak dan guru tidak harus menggunakan alatan tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran demi keselamatan murid-murid Tindakan: Semua guru PJPK
6 | P a g e 10.1.3 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peralatan baharu akan dibeli bermula pada sesi persekolahan nanti. Ahli-ahli panitia yang mempunyai cadangan perlatan yang ingin dibeli boleh memaklumkan pada beliau. Tindakan: Semua guru PJPK 10.1.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh dijalankan dalam setiap sesi PdP. Tindakan: Semua Guru PJPK 10.1.5 Program-program panitia yang dirancang akan dijalankan mengikut kesesuaian masa dan jika terdapat masalah perlu dibincangkan bersama dan dimaklumkan untuk pengetahuan semua ahli. Tindakan: Makluman 10.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu mengutamakan keselamatan murid semasa mengendalikan aktiviti. Tindakan: Semua guru PJ 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20 petang dengan disudahi dengan surah Al‘asr. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………………………….. ………………………………………………… (Nama: Dayang Hajijah) (Nama: Zul-Helmi Bin Ilias) Setiausaha Panitia PJPK 2023 Ketua Panitia PJPK 2023 SK Satria Jaya SK Satria Jaya s.k: 1. Guru Besar 2. Penolong Kanan Pentadbiran 3. Fail Panitia