PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
Pendahuluan
Pada ketika dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah juga
berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Pada masa kini,
berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-
institusi pengajian. Selain itu, Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela
/unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan khemah berkhemah
merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
berkhemah menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan.
Jenis Khemah
1. Ridge Tent / Bentuk ‘A’
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon
(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
2. Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya
ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
3. Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. (angka khemah
akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.
4. Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah
jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.
SEBELUM PERKHEMAHAN
1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH
a) Rekreasi - mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur.
Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
b) Khusus - kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap
kemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘back
woods’ ( ala hutan ).
c) Pengembaraan ekspedisi - berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam
perjalanan jauh untuk tujuan berehat / perancangan baru.
d) Misteri - siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan
panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-
duanya.
e) Penyelidikan - membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan
jangka masa yang lama di sesuatu lokasi.
f) Ikhtiar hidup ( survival ) - untuk tujuan yang lebih khusus - biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari
dan membina semangat serta ketahanan diri.
2. PERANCANGAN
Membuat kertas kerja (organisasi / bajet / kos / logistik).
Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.
Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program
a) Pelan A
b) Pelan B
Makan minum (Kaedah )
Pengangkutan peserta (persendirian atau berkumpulan)
Peralatan perhubungan ‘radio komunikasi’.
Mengambil insurans tambahan (jika difikirkan perlu ).
3. PEMILIHAN LOKASI
Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.
4. MEMPEROLEHI KEBENARAN
Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada
Pengetua.
Surat kebenaran ibu bapa pelajar.
5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN
Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
Taklimat awal kepada para peserta program
a) barangan yang dibawa dan lain-lain.
b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibu bapa.
6. PENGLIBATAN
Jawatankuasa Induk terdiri daripada:
Penaung: Penaja/PPD/JPN
Penasihat: Pengetua
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK HEM
Setiausaha: Penyelaras Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha: Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam
Bendahari: Guru Pembimbing/Penasihat
Ahli Jawatankuasa: Guru-guru Penasihat/pembimbing atau wakil agensi yang dilantik
oleh pengetua.
Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:
Pengerusi: GPK 1
Naib Pengerusi: GPK KOKURIKULUM
Setiausaha: Penyelaras Ko-kurikulum
Komandan Ketua penyelaras PPS/dilantik
Pen. Komandan Kem: Pen.Penyelaras PPS/dilantik
Urusetia: dilantik
Makanan: dilantik
Penginapan: dilantik
Logistik: dilantik
Kebajikan/keselamatan: dilantik
Pengangkutan: dilantik
J/k Pembukaan Penutup: dilantik
Jawatankuasa aktiviti: dilantik
7. KUARTER MASTER
Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua kuarter master iaitu
kuarter master Alatan dan kuarter master Makanan bagi melancarkan pengurusan.
Tugas kuarter master Alatan
Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan mesyuarat
peringkat jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan
perkhemahan, satu senarai peralatan akan disediakan.
Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan
sebarang keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan
peralatan yang dipinjam, beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan.
Senarai semak ini turut diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan
untuk memeriksa jumlah alatan yang dipulangkan
Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam
seperti parang, kapak, pisau dan cangkul. Kuarter master bertanggungjawab
dalam menjaga selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya.
Oleh itu, beliau harus memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara
yang betul dan berhati-hati agar ia tidak rosak selain tidak memudaratkan
keselamatan orang lain.
Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa
ketapak perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak
perkhemahan akan dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan
mengelakkan pembaziran kerana membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi
dengan baik apatah lagi boleh membahayakan keselamatan pengguna.
Tugas Kuarter Master Makanan
Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuarter
master akan menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan,
makan tengahari dan makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
Mengenal pasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan
tertentu. Kuarter master akan membuat menu alternatif bagi peserta yang
mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.
Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi
untuk semua peserta seperti beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.
SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN
1. TAKLIMAT KOMANDEN PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM
Peraturan / Larangan & Disiplin
Taklimat program aktiviti
Menyelia perjalanan program.
2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI KEM
Hari - 1 / 2 / 3
3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM
SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN
1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi
tertentu untuk memastikan semua peserta telah pulang.
2. Membuat laporan.
3. Menghantar surat penghargaan.
4. Mesyuarat post mortem.
PEMILIHAN TEMPAT
Beberapa perkara perlu diteliti semasa memilih sesuatu tempat perkhemahan.
a) Keselamatan Peserta dan harta-benda
Keluasan kawasan yang mencukupi bagi semua peserta dalam kumpulan
Pemimpin unit atau kumpulan berpengetahuan dalam mengatasi sesuatu
kecemasan semasa berkhemah
Taklimat diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak
semasa berlakunya sesuatu kecemasan
b) Kemudahan-kemudahan asas
Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib mempunyai kemudahan
asas seperti sumber air dan sebagainya.
Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah di kawasan
berhampiran tapak perkhemahan
Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dan sebagainya
c) Tempat menarik dan selesa
Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh dijadikan pilihan untuk
tapak perkhemahan
Kawasan haruslah jauh dari sebarang ancaman bahaya seperti banjir, haiwan
buas dan sebagainya.
ASPEK KESELAMATAN
Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar
kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda.
Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama
apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi
mengekalkan kestabilan edaran darah ke seluruh tubuh badan anda. Jangan tidur
kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi
kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan
bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya.
Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang
panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa
seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya.
Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila
mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya
matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim
hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini
bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa air hujan ke dalam khemah.
Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya
didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman
akan bertiup ke dalam khemah.
Memilih tempat yang selesa dan teduh terutama apabila waktu tengah hari.
Tujuan khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa.
SURAT KEBENARAN
Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti perkhemahan
iaitu:
a) Kebenaran pengetua/ guru besar
b) Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan
c) Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
d) Kebenaran ibu bapa atau penjaga
Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan
sebelum perkhemahan diadakan
Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan pemilik tapak
perkhemahan diperoleh terlebih dahulu sebelum kebenaran lain dipohon.
BAJET/BELANJAWAN
Bajet mesti dirancang dengan sebaiknya supaya keperluan perkhemahan dapat
ditanggung dengan baik dan teliti
Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan, perubatan, makanan dan
pengangkutan
Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan menentukan kos bajet
Peralatan Perkhemahan
Peralatan perkhemahan dikelaskan kepada 3 kategori iaitu :
a) Peralatan individu
b) Peralatan kumpulan
c) Peralatan dapur
Peralatan individu terdiri dari berus gigi, baju, tuala wanita, sabun, air, kasut, wisel,
sleeping bag, seluar dan sebagainya.
Peralatan kumpulan: sebelum pergi ke sesuatu perkhemahan, Quarter Master
setiap kumpulan akan mencatatkan peralatan dan bilangannya. Contoh peralatan
seperti parang, cangkul, kotak pertolongan cemas, gergaji, lampu, pisau, mancis
dan banyak lagi.
Peralatan dapur pula ialah kuali, pisau, bekas makanan, tikar, pencuci pinggan
mangkuk, pinggan dan sebagainya. Merangka Atur cara
Pemimpin atau pihak penganjur menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan
Atur cara biasanya disediakan dalam tempoh dua minggu sebelum diadakan
sesuatu perkhemahan. Dua perkara penting ialah masa dan perkara/aktiviti
Penyediaan buku atur cara juga penting bertujuan memastikan kelancaran aktiviti
perkhemahan.
Atur cara juga haruslah menepati tema atau tujuan sesuatu perkhemahan.
CONTOH-CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN ILMU PERKHEMAHAN
1. Memasang / Menaik / Mengibar / Menurun & Melipat bendera.
2. Menganyam daun kelapa untuk membina atap & dinding.
3. Membina biovac (tempat perlindungan / bermalam) daripada bahan semula jadi.
4. Mendirikan & melipat khemah.
5. Membina gajet (pepara).
6. Membina pintu gerbang / menara / jambatan / rakit.
7. Membina unggun api.
8. Menyalakan api.
9. Membina dapur (Cara hutan).
10. Memasak Cara Hutan (Backwoods Cooking).
11. Ikatan & Simpulan.
12. Isyarat wisel / Isyarat Sulit & Semboyan.
13. Menganggar / Mengukur jarak dan ketinggian (Estimation).
14. Membaca peta topo / grid dan kontur.
15. Menggunakan kompas.
16. Pandu Arah (Orienteering).
17. Mengenal tumbuh-tumbuhan bagi tujuan rawatan sementara.
18. Pertolongan Cemas (Anduh / Balutan & Rawatan Awal).
19. Membina usungan (pengusung).
20. Kesenian kraf tangan (daripada bahan semula jadi).