The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Kubiey, 2020-05-15 02:21:33

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI 2020

PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI 2020

Keywords: RAYA,SOLAT,MUSLIM,ISLAM,EID,ALLAH

Panduan

Solat sunat aidilfiri dan
Takbir raya
Di rumah



pengenalan

Hari raya dalam Islam adalah hari raya Aidilfitri dan hari raya
Aidiladha.

Kemuncak sambutan hari raya adalah Solat Sunat Hari Raya pada
paginya.

Hukum solat sunat hari raya adalah sunat muakkad iaitu solat sunat
yang sangat dituntut melaksanakannya. Solat sunat hari raya
dilaksanakan secara berjamaah dan menjadi syiar untuk agama
Islam.

Berikutan wabak Covid 19 yang melanda negara dan Perintah
Kawalan Pergerakan, maka rakyat Malaysia digalakkan untuk
mengerjakan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.

Waktu solat sunat aidilfitri

Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam
8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.

Amalan sunat pagi
hari raya

1. Mandi Sunat Aidilfitri
2. Berpakaian Baru
3. Berwangi-wangian

Lafaz Takbir raya aidilfitri

Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya
hingga imam bertakbiratulihram untuk solat sunat hari raya.

Namun dalam suasana PKP, beberapa perkara ini perlu dipatuhi:
• Takbir hari raya di masjid dan surau hanya dilaksanakan oleh imam, bilal

dan siak sahaja atau dengan menggunakan rakaman.
• Digalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah

masing-masing.
• Takbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya tidak dibenarkan.

Oleh itu marilah kita sekeluarga menghidupkan hari raya dengan bertakbir di
rumah.



NIAT SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz
niat:
Niat Solat Raya (Imam)

Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini imaman lillahi taala
Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Niat Solat Raya (Makmum)

Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala
Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Jumlah rakaat bagi solat sunat Aidilfitri adalah dua rakaat sahaja.













BACAAN KHUTBAH RAYA

Lazimnya, khutbah raya akan dibacakan oleh khatib selepas solat sunat aidilfitri.

Dalam keadaan kita sekarang, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau
dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.

Apakah rukun-rukun khutbah bagi khutbah hari raya?

Menurut Mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah
Jumaat, iaitu;

1.Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
2.Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang
bentuk selawat.
3.Memberi pesanan dengan takwa
4.Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
5.Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dan muslimat dalam khutbah kedua.

SELAMAT MENUNAIKAN
SOLAT SUNAT AIDILFITRI

SELMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DISEDIAKAN OLEH
MOHAMMAD AKHMAL
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

DISEMAK OLEH
USTAZ MOHD KHIRUDDIN BIN AWANG
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SUMBER RUJUKAN
https://akuislam.com/blog/ibadah/takbir-raya-solat-sunat-

aidilfitri/


Click to View FlipBook Version