The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 509-16-anis, 2023-06-28 02:49:27

SIAPAKAH AHLUL HALLI WAL AQDI ?

Penulisan E-book MPU 3092

ANIS SYUHADA "Nukilan yang membahaskan kehebatan sistem pentadbiran di zaman Rasulullah dan khulafa' alrashidin"


ISLAM YANG DINAMIK ISI KANDUNGAN 1 2 3-4 5-6 PENGENALAN DINAMIK ISLAM DARI SEGI POLITIK KEPENTINGAN POLITIK DALAM ISLAM AHLUL HALLI WAL AQDI 7-8


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN 9-12 13-17 18 SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI RUMUSAN 19-20 RUJUKAN


PROFIL DIRI Anis Syuhada Binti Mohamad Alwi telah berjaya menamatkan pengajian di SK Hamzah 1dan kemudian melanjutkan pengajian di SMKA Wataniah pada tahun 2015. NAMA IBU DAN BAPA PENDIDIKAN IPG KAMPUS KOTA BHARU IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN OPSYEN PENDIDIKAN ISLAM TEMPAT TINGGAL KG, PANGKAL CHANGGONG, MACHANG, KELANTAN. . FADILLAH BT MAMAT BIODATA PENULIS MOHAMAD ALWI BIN ISMAIL


Puji dan syukur kita panjatkan kehadapan Tuhan Yang Maha Kuasa, kerana berkat rahmat-Nya penulis mendapat kekuatan, semangat, fikiran yang kuat sehingga dapat menyelesaikan penulisan e-book ini. E-book ini membahaskan tentang sistem pemerintahan syura yang digunakan dalam politik Islam di era Rasulullah dan khulafa alrashidin. Dengan kehadiran e-book ini, semoga dapat menjadi bahan bacaan yang bermanfaat kepada siswa-siswi guru. E-book ini sangat sederhana dan masih banyak kekurangan. Maka dari itu, dengan segala kerendahan hati penulis sangat mengharapkan segala komen untuk menambah baik bagi edisi yang berikutnya. Untuk itu, terima kasih setulus-tulusnya penulis sampaikan kepada semua pihak yang telah membantu sehingga ebook ini dapat disiapkan. PRAKATA


Islam merupakan agama yang syumul iaitu menyeluruh kerana mencakupi setiap aspek kehidupan dan tidak terhad kepada aspek akidah, ibadah dan akhlak semata-mata. Kesyumulan islam menunjukkan islam adalah satu agama yang komprehensif dan kesempurnaan dapat dilihat melalui ajaran yang terkandung di dalamnya yang sentiasa dinamik dan bersesuaian dengan pelbagai masa, tempat dan zaman. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti politik, perundangan, ekonomi, akhlak, sosial, kebudayaan, ilmu pengetahuan, falsafah dan sains. Ini menunjukkan bahawa Islam sememangnya agama yang sentiasa selari dengan perkembangan zaman dan ilmu pengetahuan dan bersesuaian dengan keadaan sepanjang masa (Muslim, 2009). Oleh hal yang demikian, sesiapa yang tidak berpegang dengan agama Islam maka mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t PENGENALAN ْلَخ ٰـِسِريَن اِخَرِة ِمَن ٱ ْلَٔـ َف َلن ُيْقَبَل ِمْنُه َوُهَو ِفى ٱ ْيَر ٱ ِإْلْس َل ٰـِم ِدي ًۭنا َغ ِغ َوَمن َيْبَت Ertinya :“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat ”.kelak dari orang-orang yang rugi )Al-Imran, 85( 1


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), istilah dinamik adalah bermaksud bertenaga, dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Dinamiknya islam pula dapat dilihat dengan terlahirnya segala bentuk pemikiran yang dicetuskan berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang terkandung dalam sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Melalui pemikiran yang bersumberkan ajaran Islam ini, maka konsep yang melibatkan segala bidang kehidupan dan aspek praktikal dapat diwujudkan. Agama Islam merupakan agama yang menjadi dasar hidup yang komprehensif iaitu dapat menjadi panduan hidup manusia untuk menguruskan kehidupan kerana ia agama yang lengkap dan sempurna. ISLAM YANG DINAMIK 2


Salah satu yang menunjukkan islam itu dinamik dapat dilihat melalui sistem politik Islam yang merangkumi dasar hubungan manusia dengan manusia yang melahirkan sistem sosial dan politik bagi cara pelaksanaan kehidupan bermasyarakat. Menurut Ibn Qayyim (1961), politik didefinisikan sebagai cara untuk mencapai keadilan dalam kehidupan bermasyarakat. Kemajuan Islam dari segi politik telah menyebabkan Islam mencapai zaman kegemilangan dan tanpa kekuatan politik Islam akan berpecah belah dan dihina dalam kalangan umat manusia. Sistem politik Islam adalah sistem pentadbiran yang telah dibangunkan oleh baginda Rasulullah SAW dengan penuh sistematik berpandukan ajaran Islam yang sebenar iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Tampuk pimpinan yang dibawa oleh Rasulullah telah menjadikan Islam berkembang maju dari segi ketamadunan, akhlak serta pemantapan akidah. DINAMIK ISLAM DARI SEGI POLITIK 3


Menurut al-‘Uthmānī dan Sa‘ad al-Dīn (2016), menjelaskan bahawa segala pengurusan pentadbiran kerajaan sangat terikat dengan nas dari Al-Quran dan As-Sunnah, pandangan sahabat dan tabi’in seperti yang digambarkan dalam amalan politik beberapa zaman oleh Abū Isḥāq al-Fazārī dalam al-Siyar. Sistem politik islam turut dikembangkan oleh para khulafa alRashidin setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Khulafa alRashidin yang dimaksudkan adalah sahabat-sahabat Rasulullah yang terdiri daripada Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman al-Affan dan Saidina Ali bin Abi Thalib. Metode politik dan dakwah berbeza digunakan oleh keempat-empat khalifah ini telah berjaya membangunkan Madinah sebagai negara Islam yang berkembang. Kemajuan demi kemajuan dapat dilihat bukan sahaja dari aspek pembangunan malah dari segi keilmuan, akhlak dan lain-lain 4


Al-Maqrizi (1997) KEPENTINGAN POLITIK DALAM ISLAM Islam menekankan kepentingan berpolitik adalah bagi memastikan pengurusan pentadbiran dalam negara memenuhi tuntutan tanggungjawab dan agama dalam sistem bernegara. Hal ini dapat dilihat melalui pandangan para ulama’ yang menyatakan berkaitan kepentingan berpolitik dalam Islam seperti yang berikut : Politik Islam adalah bertujuan memelihara adab kesopanan dan kebaikan serta pengurusan kewangan 5


Abd' al-Wahhab Khallaf (1988) Pengurusan hal ehwal negara untuk mencapai kebaikan dan mengelakkan kemudharatan selagi ia tidak bercanggah dengan garis panduan Islam. al-Mawardi (2006) Mewujudkan sebuah kerajaan bagi menjaga agama dan politik dunia 6


Secara etimologi, ahlul halli wal aqdi merupakan orang yang dapat memutuskan atau mengikat. Manakala, menurut ulama’ fiqh telah berpendapat bahawa ahlul halli wal aqdi adalah orang-orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan memutuskan atau menentukan sesuatu atas umat (Iqbal, 2007). Menurut Abu A’la al Maududi (1997), menyebutkan Ahl-al-Hall Wa al-‘Aqd sebagai orang yang berperanan sebagai lembaga penengah dan pemberi fatwa atau disebut juga sebagai lembaga legislatif. Dengan kata lain, mereka adalah lembaga perwakilan yang menyuarakan suara dan aspirasi rakyat terutama dalam memilih pemerintah negara. Mereka adalah orang yang memutuskan orang paling berhak untuk menjadi pemimpin negara dan melepaskan adalah tidak memilih orang yang tidak disepakati untuk menjadi pemimpin. AHLUL HALLI WAL AQDI PENGERTIAN 7


Hal ini sangat penting kerana kemajuan sesebuah negara dilihat pada corak pemerintahan yang dipegang oleh pemimpin tersebut. Pertubuhan ahlul halli wal aqdi ini juga sangat penting agar pemimpin yang dipilih adalah berkualiti dari segi kepimpinan dan yang paling utama ajaran yang dibawa tidak menyeleweng daripada syariat agama islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’, ayat 59 : َزْعُتْم ِفى َن ٰـ ِإن َت ۟وىِل ٱ َأْلْمِر ِمن ُكْمۖ َف ٱلَّرُسوَل َو ُأ ِطيُعو ۟ا َه َو َأ َّل ٱل ِطيُعو ۟ا َأ ِذيَن َءاَمُنٓو ۟ا َّل ُّيَها ٱ ٰٓـَأ َي ْحَسُن ِلَك َخْيٌۭر َو َأ َٰذ اِخِر ۚ ْلَٔـ َيْوِم ٱ ْل ِه َوٱ َّل ٱل ِه َوٱلَّرُسوِل ِإن ُكنُتْم ُتْؤِمُنوَن ِب َّل ُرُّدوُه ِإىَل ٱل َشْىٍۢء َف ِو ياًل ٥٩ َت ْأ Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 8


Para sarjana Islam telah menggariskan beberapa syarat pelantikan Ahlul Halli Wal Aqdi bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah berkualiti untuk memimpin negara Islam. Pemilihan tersebut sangat terperinci kerana tidak semua umat manusia dapat memenuhi kriteria untuk bergelar menyandang gelaran Ahlul Halli Wal Aqdi. Hal ini kerana, jawatan ini memainkan peranan yang besar untuk memilih khalifah serta memberhentikan khalifah sekiranya tidak dapat menjadi pemimpin yang baik bahkan berperanan untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan kemaslahatan rakyat dan negara. Kebiasaannya, ahlul halli wal aqdi terdiri daripada para ulama’ , tokoh serta ahli syura kerana pemilihan khalifah dilakukan dengan cara bermusyawarah bagi memperoleh keputusan yang adil dan memuaskan. Berikut merupakan syarat-syarat pelantikan ahlul halli wal aqdi yang ditetapkan oleh sarjana Islam : SYARAT-SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI 9


Al-Mawardi menetapkan 3 syarat yang perlu ada pada ahlul halli wal aqdi, iaitu: Adil dengan segala syarat-syaratnya. Mereka perlu bersifat adil dalam mengikat atau menentukan keputusan pemilihan khalifah di mana keputusan tidak boleh ada diskriminasi. Keputusan yang adil akan memastikan rakyat berpuas hati dengan khalifah yang akan memerintah negara. Orang yang adil juga akan memikul tanggungjawab dengan penuh amanat dan kejujuran. Berilmu pengetahuan. Mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan sehingga berhak untuk mengetahui siapa yang layak menjadi khalifah bersesuaian dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki. Memiliki wawasan dan bijaksana Mereka mampu membuat keputusan untuk memilih siapa yang paling tepat dan afektif untuk dijadikan Khalifah serta paling layak untuk mengelola negara demi kemaslahatan rakyat. 10


Ibnu Khaldun pula telah menetapkan 4 syarat pelantikan ahlul halli wal aqdi, iaitu : Mempunyai Ilmu Pengetahuan Mereka bukannya tergolong dalam kalangan orang-orang yang bodoh atau dungu tetapi memiliki akal yang cerdas ,mempunyai intelektual yang tinggi, berakal sihat dan mempunyai kearifan untuk menggalas tanggungjawab sebagai khalifah. Malah, mempunyai pengetahuan terutama berkaitan syariat. Adil Ahlul halli wal aqdi sewajarnya memiliki sifat adil iaitu boleh dipercayai serta melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang pilih kasih. Pendirian haruslah sentiasa istiqamah dan tegar agar keputusan yang dibuat adalah munasabah dan memuaskan hati semua pihak. 11


Berkemampuan melaksanakan tugas dengan penuh kearifan Mahir dalam tugasan atau tanggungjawab yang digalas dengan segala kemampuan dari segi intelek, sihat tubuh badan, berilmu pengetahuan atau arif terutama melibatkan bidang politik atau bidang-bidang tertentu yang lain. Sihat tubuh badan dari segi pancaindera dan anggota tubuh badan. Memiliki tubuh badan dan pancaindera yang sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit yang mudarat atau kronik di mana boleh menjejaskan pelaksanaan tugas atau tanggungjawab. Berdasarkan syarat-syarat yang dikemukakan di atas, penting bagi ahlul halli wal aqdi untuk mempunyai kriteria sedemikian kerana tugas yang digalas adalah besar iaitu bukan sahaja memilih ketua negara atau khalifah malah turut berperanan mengeluarkan keputusan yang melibatkan kemaslahatan rakyat seperti berijtihad mengeluarkan hukum-hukum syara’. Hal ini bertepatan bagi mencegah kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Malah, pemilihan khalifah yang tepat bergantung kepada mereka supaya negara Islam terus membangun bersama syiar Islam. 12


Syura merupakan satu sistem yang digunakan dalam sistem pentadbiran Islam yang telah dimulakan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda yang digelar sebagai khulafa’ ar-rasyidin. Syura yang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat tidak hanya tertumpu kepada urusan pentadbiran semata-mata malah merangkumi pelbagai aspek seperti kekeluargaan, ekonomi, kehakiman, pendidikan dan sebagainya. Menurut al-Raysuni (2002), menyatakan bahawa syura ialah mengeluarkan manusia dari sifat pentingkan diri sendiri dengan bergaul dengan lapangan jemaah atau masyarakat serta mengambil tanggungjawab dari kedudukan dan pemikiran. AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN DEFINISI SYURA 13


Manakala, Abdul Hamīd Ismā’il (1980) pula menjelaskan tentang konsep syura adalah berkaitan perbincangan atau pandangan pakar yang mahir dalam sesuatu bidang bagi mencapai keputusan sesuatu perkara yang hampir dengan kebenaran. Jelas bahawa, syura atau dikenali juga sebagai musyawarah merupakan satu proses perbincangan yang melibatkan para ulama atau ilmuwan untuk membincangkan sesuatu perkara yang tiada nas atau dalil dalam Al-Quran dan As-Sunnah bagi mencapai persetujuan terutama melibatkan masalah negara dan umat. Syura adalah metode yang digunakan oleh ahlul halli wal aqdi dalam membincangkan isu-isu kemaslahatan umat merangkumi pelbagai aspek kehidupan serta digunakan dalam urusan pemilihan khalifah seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah sendiri pada zaman pemerintahan baginda. ZAMAN RASULULLAH Amalan syura telah mula diamalkan pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW dengan mementingkan proses musyawarah. Baginda sentiasa bermusyawarah melibatkan pelbagai aspek terutama melibatkan politik Islam. Syura satu perkara daripada ibadat dalam Islam yang diamalkan oleh masyarakat yang berada di Kota Mekah lagi sebelum terbentuk daulah dan sistem pemerintahan di Kota Madinah (Abdul Aziz alKhiyat, 1993). Malah, Rasulullah sering bermusyawarah untuk membincangkan strategi peperangan bagi menentang musuh Islam. 14


Antara contoh peristiwa yang melibatkan proses musyawarah : a) Rasulullah, para sahabat dan tentera Islam telah bermusyawarah dalam Perang Uhud untuk merangka strategi sama ada untuk bertahan di Madinah atau keluar menyerang. Hasil daripada itu, pandangan majoriti adalah mengatakan bahawa keluar menyerang adalah lebih baik daripada bertahan walaupun Rasulullah tidak menyokong dengan keputusan tersebut. Namun demikian, keputusan untuk keluar menyerang tetap diguna pakai kerana telah mendapat suara majoriti. b)Dalam peperangan Khandaq, Rasulullah dan para sahabat juga bermusyawarah untuk membincangkan tentang strategi mempertahankan Madinah daripada diserang atau dikepung pihak musuh Islam. Hasil daripada itu, baginda telah menerima idea yang diutarakan oleh Salman al-Farisi untuk menggali parit di sekeliling kota Madinah.Kesannya, pihak musuh tidak dapat menyerang Madinah dan tentera Islam berjaya memperolehi kemenangan. 15


Amalan syura diteruskan lagi setelah wafatnya Baginda Rasulullah SAW pada zaman khulafa al-rashidin. Proses syura yang jelas dapat dilihat melalui pemilihan khalifah yang layak mengganti Rasulullah sebagai ketua negara. Buktinya, Abu Bakar AsSiddiq yang merupakan sahabat terdekat baginda telah mendapat kata sepakat untuk dilantik sebagai khalifah yang pertama menggantikan Nabi Muhammad SAW. Musyawarah atau syura yang dilakukan telah mendapatkan pandangan majoriti untuk memilih Abu Bakar kerana beliau merupakan sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, memiliki keimanan yang hampir sama dengan baginda malah mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Pada masa yang sama, kata sepakat antara para sahabat dan pemimpin utama umat Islam mencapai kata sepakat kerana risau akan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana wujudnya segelintir jazirah arab yang mengakui diri mereka sebagai nabi. Oleh hal yang demikian, terlantiklah secara rasmi Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah pertama di Saqifah Bani Sa’idah melalui cadangan Umar Al-Khattab dan dipersetujui oleh Abu ‘ Ubaidah. Menurut Muhammad Iqbal (2000), tindakan Umar Al-Khattab yang bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke arah Abu Bakar untuk baiah dan menyerahkan kesetiaan kepada Abu Bakar telah diikuti oleh Abu ‘Ubadah serta kaum muhajirin dan Ansar. Peristiwa ini juga dikenali sebagai Baiah Saqifah dan Abu Bakar telah naik ke mimbar Masjid Nabawi pada hari berikutnya untuk melakukan baiah taat umum daripada umat Islam. ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN 16


Kemudian, amalan syura yang lain diamalkan ketika zaman khulafa al-rashidin adalah melalui pemilihan khalifah yang ketiga iaitu Saidina Uthman Bin Affan. Khalifah yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab telah dipilih melalui wasiat Abu Bakar As-Siddiq. Ketika pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau telah ditikam oleh pemuda yang bernama Fairus sebanyak enam tikaman sehingga menjejaskan kesihatan beliau. Kesan daripada itu, beliau telah didatangi oleh sekelompok tokoh masyarakat dan menyuruh beliau untuk segera menunjukkan siapa pengganti kepada tampuk pimpinan yang seterusnya. Hal ini kerana, dikhuatiri berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam. Beliau tidak dapat memberikan sebarang jawapan dan tokoh-tokoh itu pulang dengan kekecewaan. Namun demikian, Saidina Umar didatangi lagi oleh para tokoh tersebut dan mendesak beliau untuk memilih khalifah yang seterusnya dengan segera kerana perpecahan dalam kalangan umat Islam semakin berleluasa (Ibn Khateer et al. 2001). Oleh hal yang demikian, beliau bertindak dengan membentuk majlis syura iaitu dengan menyenaraikan nama seramai 6 orang sahabat untuk dibincangkan dan hanya memilih seorang sahaja untuk menjadi khalifah. Mereka adalah yang terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Thalib, Saad Ibn Waqqas, Abd alRahman Ibn Auf, Zubair Ibn Awwam dan Thalhah Ibn Ubaidillah serta Abdullah Ibn Umar iaitu putera beliau (Abdul Latif Talib,2010). Akhirnya, pilihan telah ditetapkan kepada Uthman bin Affan. 17


Daripada perbincangan yang dikemukakan di atas, jelaslah bahawa Islam merupakan agama yang syumul didatangkan dengan sistem yang mencakupi setiap aspek kehidupan manusia. Politik Islam menggambarkan bahawa negara Islam mampu berkembang maju berdasarkan panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Malah, sistem syura yang diajarkan oleh Rasulullah adalah wadah utama untuk memantapkan sistem pentadbiran negara bermula dengan pemilihan pemimpin yang berkualiti serta mengikut suara masyarakat. Ini kerana, kehebatan sesebuah negara itu terletaknya pada kehebatan dan kepintaran pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan. Malah, pentingnya ahlul halli wal aqdi adalah untuk menjadi suara rakyat untuk memilih pemimpin yang selayaknya serta membantu ketua negara dalam urusan pentadbiran dan kemaslahatan negara dan rakyat. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik bagi umat manusia kerana baginda adalah insan yang berjaya mengembangkan syiar Islam melalui pengamalan sistem syura dalam segenap aspek kehidupan yang tidak tertumpu kepada politik semata-mata. PENUTUP 18


RUJUKAN Abdul Aziz Al-Khayat. (1993). Wa Amruhum Shūrā. Al-Majmuk al-Maliki li bḥuth al-Ḥaḍārt al-Islāmiyat: Oman: Jordan Abdul Hamīd Ismā’il. (1980). Al-Shūra wa Atharahā fil Dimuqrāṭiyyah. Manshurāt al-Maktabat al-‘Aṣryat. Beirut: Lubnan. Abdul Latif Talib. 2010. Novel Sejarah Islam:Khalifah –Khalifah Yang Benar Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali. Batu Caves Selangor: PTS Litera Utama Abul A’la Maududi, Sayyid, The Islamic Law And Constitution, (Lahore: Islamic Publication, 1997), h. 257 Al-‘Uthmānī, Sa‘ad al-Dīn. (2016) al-Daulah al-Islāmiyyah: al-Mafhūm wa al-Imkān. alMansoūra: Dār al-Kalimah. m/s:13. Al-Maqrīzī, Aḥmad bin ‘Alī bin ‘Abd al-Qādir.(1996) al-Mawā‘iẓ wa al-I’tibār bi Dzikr al-Khuṭaṭ wa al-Āthār. Beirūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jil:3, m/s:383 al-Māwardī, ‘Alī bin Muḥammad. (2006) al-Aḥkām al-Sulṭāniyyah. Kaherah: Dār al-Ḥadīth. m/s:15 Al-Raysuni, Ahmad bin Abdul Salam. (2002). Dimoqrāṭiyah wal Mashārakat AlSha’bīyah: Magribi. 19


Ibn Qayyim (1961), Turuq al-Hukmiyyah, Kaherah: Muassasah al-ÑArabiyyah, h. 10 Khallāf, ‘Abd al-Wahhāb. (1988) al-Siyāsah al-Syar‘iyyah fī al-Syu‘ūn al-Dustūriyyah wa alKhārijiyyah wa al-Māliyyah. Kuwaīt: Dār al-Qalam. m/s:17. Muslim Djuned (2009), “Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”, Jurnal Ilmiah Al-Mua’shirah. Vol. 6, Nomor 1, Januari 2009, h. 49 Muhammad Iqbal, Fiqih Siyasah Kontekstualisasi Doktrin Politik Islam, (Jakarta: Gaya Media Pratama, 2007), h. 138 Muhammad Iqbal. 2000. Fiqh Siyasah, Kontekstualisasi Doktrin Politik Islam. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pratama 20


Click to View FlipBook Version