The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anbumani raman, 2023-06-03 23:13:50

AGM - 2023 (1)

AGM - 2023 (1)

KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. YANG DIPERTUA En. P. S. Maniam LEMBAGA PENGARAH Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH Encik O. Ponnambalam Encik S. Suwedan Dr. G. Kalaichelvi PJK. Puan M. Suseela Encik R. Anbumani Encik S. Thamilarasu JAWATANKUASA KECIL PINJAMAN PENJAMIN Encik S. Balamohan (Pengerusi) Encik K. Chethraselvan (Setiausaha) Dr. G. Kalaichelvi PJK. Puan M. Suseela Encik R. Anbumani Encik S. Thamilarasu JURUAUDIT LUAR Kumpulan Naga & Co Chartered Accountant (M) BANK CIMB BANK, Jalan Dato Hamzah, Klang. Encik S. Balamohan Encik K. Chethraselvan Encik M. Ramachandran PPT,PJK ,PJB. JAWATANKUASA KECIL PINJAMAN KECEMASAN Encik S. Balamohan (Pengerusi) Encik M. Ramachandran PPT,PJK,PJB. (Bendahari) Encik O. Ponnambalam Encik S. Suwedan JURUAUDIT DALAM Encik M. Arunasalam Puan T. Sareswathey Encik P. Aramugam Encik A. Victor PPN.PJK.


KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. PENGUMUMAN PENGUNDIAN Pengundian akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 25.06.2023 (Ahad) Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi Tempat : Best Western I-City Shah Alam, A-GF-01, NO.6, Persiaran Multimedia Citypark, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor. Jawatan yang ditandingi: Tiga orang Anggota Lembaga Pengarah. SYARAT-SYARAT PENCALONAN 1. Borang pencalonan hendaklah diperolehi daripada Pejabat Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Berhad. 2. Perwakilan yang ingin bertanding perlu dicadang oleh seorang perwakilan dan disokong oleh seorang perwakilan yang lain. Kemudian hantar borang pencalonan kepada Setiausaha sebelum hari Rabu bersamaan 21.06.2023 jam 4.30 petang. 3. Para Perwakilan hendaklah tiba di tempat pengundian pada waktu yang ditetapkan dan terus mengundi. Hal ini adalah kerana pengundian akan dihentikan tepat pada pukul 11.00 pagi. 4. Semua Perwakilan diminta supaya mendaftarkan diri di tempat pendaftaran sebaik-baik sahaja tiba di dewan. Selepas pendaftaran, para perwakilan hendaklah mendapatkan kertas undi daripada Jawatankuasa Pengundian untuk mengundi bagi jawatan yang akan ditandingi. Selepas itu, perwakilan terus mengundi di tempat yang dikhaskan. 5. Bagi jawatan Anggota Lembaga Pengarah perwakilan hanya boleh mengundi untuk Tiga (3) calon sahaja. 6. Keputusan Jawatankuasa Pengundian adalah muktamad.


KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. NOTIS MESYUARAT AGUNG Notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-59 Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Berhad, Klang akan diadakan di Best Western I-City Shah Alam, pada hari Ahad 25.06.2023 jam 10.00 pagi. ATUR CARA AGENDA 1 1. Minuman - 9.00 pagi hingga 10.00 pagi 2. Pendaftaran - 10.00 pagi hingga 11.00 pagi 3. Pengundian - 10.00 pagi hingga 11.00 pagi AGENDA 2 1. Doa Selamat 2. Ucapan Aluan : Encik K. Chethraselvan (Setiausaha) 3. Ucapan Pengerusi : Encik S. Balamohan (Pengerusi) AGENDA 3 1. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada empat orang Anggota Lembaga Koperasi dan enam orang perwakilan untuk mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan. 2. Membaca dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-58 yang telah diadakan pada 19.06.2022. 3. 3.1. Menerima dan meluluskan Laporan Lembaga Pengarah untuk tahun 2022. 3.2. Menerima dan meluluskan Penyata Kira-Kira bagi tahun berakhir 1.1.2022 hingga 31.12.2022. 3.3. Meluluskan akaun pembahagian keuntungan untuk tahun berakhir 31.12.2022. 4. Meluluskan pelantikan Juruaudit Luar bagi tahun 2023. (a) Kiru & Co (b) Kumpulan Naga & Co (c) Veloo & Co (d) K. Indra & Associates 5. Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2024. 6. Memberikan kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk meminjam wang tidak melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM 10,000,000) dengan kadar faedah tidak melebihi kadar faedah semasa di pasaran. 7. Membincangkan usul-usul. 8. Meluluskan Pindaan Undang-Undang Kecil. 9. Meluluskan Peraturan-peraturan. 10. Keputusan Pengundian. 11. Ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas, (K. CHETHRASELVAN) Setiausaha Kehormat. 09.06.2023


APPENDIX B Mem. No. …………………………. To, The Secretary, Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Berhad, No. 44A, Persiaran Raja Muda Musa, Peti Surat 125, 41710 Klang. Sir, NOMINEE FORM Under the provisions of the Co-operative Society Ordinance. I (Full Name in Block Letters)……………………………………………………………………………I.C.No: …………………........ A member of the Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Berhad, Klang, Nominate:- Name:……………………………………………….. Name: ……………………………………………… I.C. No.:……………………………………………... I.C. No.:…………………………………………….. Occupation:……………………………………….... Occupation: ……………………………………….. Rel.to member: ……………………………………. Rel. to member: ………………………………….. House Address:…………………………………… House Address:………………………………….. ………………………………………………………. ………………………………………………………. ………………………………………………………. ………………………………………………………. As the person / s to whom my share of interest of the value of such share or interest and all other money regarding to in Section 24 of the Ordinance that may be due to me on my death to be paid or transferred under provisions of the mention section. (Where more than one nominee has been appointed) I desire that the said share and / or money by divided amongst the persons nominated above in the following proportions:- to (a) …………………………………………………………………………(Fraction of) …………% to (b) …………………………………………………………………………(Fraction of) …………% _________ Signed by me ………………………… Total : _________ (Applicant’s Signature) in the presence of:- (1) Witness Signature: …………………………. (2) Witness Signature: ……………………… Name:……………………………………………… Name:………………………………………… Address:…………………………………………… ……………………………………………………… Address:……………………………………… ………………………………………………… Date:………………………………………………… Date:…………………………………………..


KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 58 Mesyuarat Agung kali ke-58 Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Berhad telah diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 19.06.2022. (Ahad) Masa : 10.00 pagi Tempat : Best Western I-City Shah Alam, A-GF-01, NO.6, Persiaran Multimedia Citypark, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor. ATUR CARA MESYUARAT AGENDA 1 1.1 Pendaftaran perwakilan telah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi berserta dengan minum pagi. 1.2 Jumlah perwakilan yang hadir ialah 77 orang. 2. Pengundian. Tiada pertandingan - Memilih 3 orang Anggota Lembaga Koperasi. AGENDA 2 1. Doa selamat telah disampaikan oleh En. P. Aramugam. 2. Ucapan aluan oleh Setiausaha : En. K. Chethraselvan, selaku setiausaha koperasi telah mengalu-alukan kehadiran AnggotaAnggota Lembaga Koperasi, para perwakilan, para juruaudit dalam dan kerani-kerani koperasi dan seterusnya meminta pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat agung kali ke-58. 3. Ucapan pengerusi : 3.1 Sebelum ucapan dimulakan En. S. Balamohan selaku Pengerusi Koperasi Guru-Guru Sekolah Tamil Selangor Bhd telah meminta para perwakilan untuk melantik 4 orang daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan 6 orang daripada perwakilan untuk mencatat minit Mesyuarat Agung kali ke-58. 3.2 Pengerusi telah mencadangkan nama 4 orang ALK seperti di bawah. 1. En. S. Balamohan (Pengerusi) 2. En. M. Ramachandran (Bendahari) 3. En. M. Suwedan (ALK) 4. Pn. M. Suseela (ALK)


3.3 En. R. Vallikkannan selaku perwakilan telah mencadangkan 6 orang perwakilan seperti di bawah. 1. Pn. S. Vasugi 2. En. S. Gunaseelan 3. En. A. Victor 4. En. K. Arjunan 5. En. M. Arunasalam 6. Pn. V. Thanalechumy Perlantikan tersebut telah diterima dengan sebulat suara oleh para perwakilan. 3.4 Pengerusi dalam ucapan seterusnya, telah menyentuh dan mengulas tentang beberapa perkara seperti berikut: - Tahun 2021 merupakan tahun malang bagi koperasi kita akibat Covid-19,ia telah menjejaskan perniagaan koperasi. - Pendapatan koperasi merosot. - Mengakibatkan pihak lembaga koperasi dengan nasihat juruaudit luar, telah mengisytiharkan dividen sebanyak 5.5% bagi tahun 2021. - Oleh itu,pengerusi meminta para perwakilan untuk mengalakkan anggota-anggota koperasi membuat pinjaman di koperasi. - Punca pendapatan koperasi adalah daripada pinjaman anggota, sewa bangunan di Tamarind Square di Cyberjaya dan hasil keuntungan simpanan tetap di bank (Simpanan Tetap di CIMB – 14 million) & (Bank Rakyat- 2 million). - Para perwakilan telah diminta untuk memberikan respon segera apabila menerima mesej dalam group whatsapp perwakilan yang sedia ada. - Usaha pembinaan dewan di Johan Setia, Klang telah bermula;kemungkinan Sambutan Perayaan 60 tahun koperasi dijangka akan diadakan di dewan tersebut. 3.5. Majlis Penghargaan - Majlis Penghargaan untuk En. K.Chethraselvan (s/u koperasi) telah diadakan sempena penerimaan Anugerah Tokoh Guru Daerah Klang. Ia telah disempurnakan oleh En. O. Ponnambalam. (Senior ALK dalam koperasi ) - Dr. G. Kalaichelvi (ALK) turut diberi penghormatan oleh Pn. M. Suseela (ALK) atas kejayaan beliau dalam menamatkan PhD. (UPSI) - Acara pemotongan kek telah diadakan sempena Hari Bapa Sedunia.Ia telah disempurnakan oleh pengerusi koperasi.


AGENDA 3 1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-57 yang telah diadakan pada 19.12.2021 (Ahad). Minit Mesyuarat tersebut telah dibentangkan untuk pengesahan. Dicadang oleh : En. M. Arunasalam Disokong oleh : En. K. Arjunan Diterima sebulat suara. 1.1 Perkara Berbangkit : Tiada. 2. Menerima dan Meluluskan Laporan Lembaga Pengarah Koperasi Untuk Tahun 2021. Dicadang oleh : En. M. Mannar Mannan. Disokong oleh : En. K. Ramani Diterima sebulat suara. 2.1 Menerima dan Meluluskan Penyata Kira-kira bagi Tahun Berakhir 31.12.2021. Dicadang oleh : En. S. Gunaseelan Disokong oleh : En. A. Gunanathan Diterima sebulat suara. 2.2 Meluluskan Akaun Pembahagian Keuntungan untuk tahun berakhir 31.12.2021. Dicadang oleh : Pn. K. Vimaladevi Disokong oleh : En. A. Victor Diterima sebulat suara. 3. Meluluskan Pelantikan Juruaudit Luar Bagi Tahun 2022. a) Kiru & Co b) Kumpulan Naga & Co c) Veloo & Co d) K. Indra & Associates Dicadang oleh : En. R. Vallikkannan Disokong oleh : En. S. Siva Sangker Diterima sebulat suara. 4. Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahun 2023. Dicadang oleh : En. S. David Disokong oleh : En. P. Saravana Kumar Diterima sebulat suara. 5. Memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah Koperasi untuk meminjam wang tidak melebihi daripada Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM 10,000,000) dengan kadar faedah tidak melebihi kadar faedah semasa di pasaran. Dicadang oleh : Pn. M. Leelawathy Disokong oleh : En. S. Sathyan Diterima sebulat suara.


6. Membincangkan usul-usul. Tiada usul diterima daripada perwakilan. 7. Meluluskan Pindaan Undang-undang Kecil. Tiada 8. Meluluskan Peraturan-Peraturan. Tiada. 9. Keputusan Pengundian. Memilih 3 orang Anggota Lembaga Pengarah En. K. Chethraselvan Dr. G. Kalaichelvi En. S. Thamilarasu Telah dipilih tanpa bertanding. 10. Am. I. En. A. Victor telah meminta dan mencadangkan supaya mesyuarat agung yang akan datang boleh diadakan di Pulau Langkawi. Kebanyakan perwakilan bersetuju dengan cadangan tersebut. II. En. A. Gunanathan telah meminta supaya penyata tahunan insurans berkelompok koperasi perlu diedarkan kepada semua anggota koperasi. III. En.M.Segaran telah meminta brosur berkaitan insurans berkelompok perlu diedarkan kepada semua anggota koperasi.Diterima sebulat suara. IV. Pengerusi juga telah meminta para perwakilan menghantar soalan-soalan atau cadangan-cadangan secara bertulis sebelum mesyuarat agung diadakan. Ia akan memudahkan pihak Lempaga Koperasi untuk memberikan penjelasan yang tepat dengan perkara berkaitan. 11. Ucapan Terima Kasih. En. K. Chethraselvan selaku Setiausaha Kehormat Koperasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para perwakilan yang hadir dan menjayakan Mesyuarat Agung Kali ke-58. Mesyuarat Agung ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Yang menjalankan tugas, (K. CHETHRASELVAN) Setiausaha Kehormat.


KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. LAPORAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Anggota-anggota yang dihormati, Dengan hormatnya dibentangkan Laporan Tahunan berakhir 31 Disember 2022 bersama-sama dengan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit tahun yang sama. 1. Anggota-Anggota: Keanggotaan pada 1.1.2022 1660 Keanggotaan yang telah diterima pada tahun 2022 47 1707 Berhenti dalam tahun 2022 43 Baki pada 31.12.2022 1664 ====== 2. Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah: Pada tahun 2022 sebanyak 7 Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah, 18 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pinjaman dan 18 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pinjaman Kecemasan telah diadakan. 3. Kumpulan Wang Faedah Kematian dan Bersara: Baki pada 1.1.2022 RM 165,644.69 Tambahan pada tahun 2022 - 165,644.69 Tolak: Pembayaran dalam tahun 2022 25,826.00 Baki pada 31.12.2022 RM 139,818.69 4. Kumpulan Wang Biasiswa: Baki pada 1.1.2022 RM 124,150.00 Tambahan pada tahun 2022 - 124,150.00 Tolak: Pembayaran dalam tahun 2022 2,600.00 Baki pada 31.12.2022 RM 121,550.00 5. Kumpulan Wang Kebajikan Am: Baki pada 1.1.2022 RM 102,650.00 Tambahan pada tahun 2022 - 102,650.00 Tolak: Pembayaran dalam tahun 2022 21,300.00 Baki pada 31.12.2022 RM 81,350.00


6. Kumpulan Wang Faedah Bersara Anggota Lembaga Pengarah: Baki pada 1.1.2022 RM 120,000.00 Tambahan pada tahun 2022 - 120,000.00 Tolak: Pembayaran dalam tahun 2022 - Baki pada 31.12.2022 RM 120,000.00 7. Modal Yuran: Baki pada 1.1.2022 RM 21,517,725.86 Tambahan pada tahun 2022 Tolak: Yuran dikembalikan pada tahun 2022 1,489,041.26 23,006,767.12 1,401,204.44 Tolak: Modal Syer pada tahun 2022 4,700.00 Baki pada 31.12.2022 RM 21,600,862.68 8. Modal Syer Anggota: Baki pada 1.1.2022 RM 173,900.00 Tambahan pada tahun 2022 4,700.00 178,600.00 Tolak: Pembayaran dalam tahun 2022 - Baki pada 31.12.2022 RM 178,600.00 9. Deposit Khas Anggota: Baki pada 1.1.2022 RM 1,174,985.71 Tambahan Wang Deposit dalam tahun 2022 Dividen dikreditkan 61,234.53 61,412.34 1,297,632.58 Tolak: Deposit dikeluarkan pada tahun 2022 143,113.69 Baki pada 31.12.2022 RM 1,154,518.89 10. Pelaburan: Gabungan Koperasi Perumahan Negeri Selangor RM 2.00 Deposit Tetap C.I.M.B. Bank 10,300,000.00 Koperasi Pembangunan Negara 1.00 Koperasi Kesihatan 0.00 Kesatuan Koperasi Kredit Malaysia 11,000.00 Jumlah pada 31.12.2022 RM 10,311,003.00


11. Wang di Bank Dan di Tangan: C.I.M.B. Bank A/C No: 800183701 - 7 RM 788,941.48 Akaun Dividen A/C No: 800183760 - 5 13,650.94 Akaun Simpanan A/C No: 800184129 - 4 Akaun Simpanan Bank Rakyat A/C No: 110281000452 17,048.63 1,229.64 Wang di tangan 5.00 Jumlah pada 31.12.2022 RM 820,875.69 12. Kumpulan Wang Cadangan Berkanun: Baki pada 1.1.2022 RM 4,534,932.89 Tambahan pada tahun 2022 164,734.23 Baki jumlah pada 31.12.2022 RM 4,699,667.12 13. Dividen: Anggota Lembaga Pengarah Koperasi kita telah bercadang untuk memberi Dividen sebanyak 5.50% atas simpanan yuran pada 30.06.2022. 14. Pinjaman Anggota: Baki Pinjaman pada1.1.2022 RM 12,102,995.00 Tambahan Pinjaman yang telah diberi pada tahun 2022 3,872,000.00 15,974,995.00 Tolak: Pembayaran pinjaman pada tahun 2022 4,651,255.00 Baki jumlah pinjaman pada 31.12.2022 RM 11,323,740.00 15. Keuntungan: Pendapatan yang telah diperoleh pada tahun 2022 RM 1,916,855.72 Tolak: Pembayaran Perbelanjaan 2022 544,070.47 Baki untung pada tahun 2022 RM 1,372,785.25 16. Audit Dalam: Juru Audit Dalam yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Koperasi telah menyemak Akaun Koperasi dengan baik dan berpuashati dengan penyelenggaraan akaun koperasi. 17. Penghargaan: Lembaga Pengarah Koperasi ingin merakamkan Penghargaan kepada: i) Pegawai-pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia di atas bantuan dan panduan mereka. ii) Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Pendidikan. iii) Semua Guru Besar dan kakitangan perkeranian di atas kerjasama dan bantuan dalam membuat potongan-potongan. iv) Biro Perkhidmatan Angkasa. v) Semua anggota-anggota di atas sokongan dan kerjasama. Yang menjalankan tugas, K. CHETHRASELVAN Setiausaha Kehormat


DARI MEJA PENGERUSI KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH TAMIL SELANGOR BERHAD. EN. S. BALAMOHAN Anggota-anggota koperasi yang dihormati sekalian, Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan salam hormat dan salam bahagia kepada saudara/saudari sekalian. Tahniah diucapkan kepada para perwakilan yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Kawasan tahun 2023. Permohonan pinjaman anggota bagi tahun 2021 dan 2022 adalah sangat kurang. Oleh itu, tahun ini pun (2022) Lembaga Koperasi hanya dapat mengisthiharkan 5.5% dividen ke atas yuran terkumpul. Para anggota koperasi kini menikmati segala kemudahan pinjaman yang sedia ada tanpa sebarang masalah. i) Pinjaman Kecemasan - RM 10,000.00 ii) Pinjaman Pelancongan - RM 50,000.00 iii) Pinjaman Penjamin - RM 150,000.00 iv) Pinjaman 80% (daripada Yuran) v) Pinjaman Pendidikan - RM 100,000.00 (faedah 4%) – Pinjaman baru vi) Pinjaman Kesihatan - RM 50,000.00 (faedah 4%) – Pinjaman baru Koperasi memberi sumbangan kepada anak-anak anggota koperasi yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Sebagai aktiviti kebajikan anggota, koperasi memberi sumbangan kepada anggota yang dilanda bencana alam dan kebakaran. Pesakit mata, hidung, telinga, penyakit kronik dan jantung juga diberi sumbangan untuk rawatan. Kami sedang merancang untuk membina sebuah dewan yang boleh memuatkan 2000 orang di atas tapak tanah yang kita miliki di Johan Setia, Klang tanpa membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. Bangunan tiga tingkat di Tamarind Square, Cyberjaya sudah disewakan. Saudara-saudari, Akhirulkalam, marilah kita bersatu hati, berganding bahu serta bekerjasama bagai aur dengan tebing demi kebaikan kita bersama. Selamat bermesyuarat dan selamat berjaya. “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH” Sekian, terima kasih. …………………… S. BALAMOHAN (Pengerusi)


Click to View FlipBook Version