The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anbumani raman, 2021-08-30 16:18:05

RHESH PORTFOLIO

RHESH PORTFOLIO

TOKOH
KEMERDEKAAN
TANAH MELAYU

RHESHVAN ANBUMANI
1 USAHA

SMK SRI UTAMA
PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN

-01- -02-

TUNKU ABDUL V.T. SAMBANTHAN
RAHMAN PUTRA
-04-
-03-
MAT SALLEH
RENTAP

-05- -06-

TUN SIR HENRY H.S. TOK JANGGUT
LEE
-08-
-07-
DATO’ MAHARAJA
MAT KILAU LELA

-09- -10-

TOK GAJAH ABDUL RAHMAN
LIMBONG
-11-

DATO BAHAMAN

TOKOH – TOKOH
KEMERDEKAAN TANAH
MELAYU

01 TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA

LATAR BELAKANG

❖ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari
1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955.

❖ Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957sehingga 1970.
❖ Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang

teragung.
❖ Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa

Malaysia".

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

❑ Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan
ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya.

❑ Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang
pertama.

❑ Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke
London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya.
Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan.

❑ Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk
menyorak.

❑ Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang

politik,beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.
❑ Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan rakyat

Tanah Melayu yang berbilangkaum untuk menentang kerajaan British

dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
❑ Demi perpaduan orang melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan

terhadap Malayan union dan menghadiri perjumpaan- perjumpaan

menentang Malayan Union di Alor Setar serta mengorbankan

kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.
❑ Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal sebagai bapa

keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan keamanan

dan perpaduan.Beliau sanggup menerima sebarang halangan dan

cabaran demi perpaduan negara.

❑ Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua

Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan

Baling yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.
❑ Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau

sebagai pencinta kedamaian.Tunku Abdul Rahman akhirnya

membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling berjaya

apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai

kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
❑ Kejayaan beliau menunjukkan beliau sanggup berkorbanuntuk negara

demi menyelesaikan masalah politik negara.
❑ Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak terkata

nilainya dalam sejarah politik.

02

TUN V.T.
SAMBANTHAN

LATAR BELAKANG

✓ V.T. Sambathan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di
Sungai Siput, Perak Darul Redzuan.

✓ Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau
seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila
bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.

✓ Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau
melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dan mendapat
ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambathan
merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India.

✓ Sejak kecil lagi sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan
universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres
India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambathan dilantik
menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

✓ Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung
sepanjang masa khususnya masyarakat India di Malaysia.

✓ Pengorbanan harta beliau demi membina sebuah sekolah untuk penduduk
tempatan jarang-jarang kita dapat dengar.

✓ Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan karnan’. Mengikut epik
Mahabaratha Karnan merupakan seorang berhati murah dan akan memberi
apa saja yang dipinta oleh orang lain.

✓ Selain memiliki hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai murni
yang terpuji seperti kesabaran, menghormati orang lain dan
bertanggungjawab.

✓ Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu.

✓ Pembelaan beliau ini dapat dilihat daripada dua sudut. Pertama MIC diambil alih oleh

kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit

(Ceylon, Punjabi dan elit Tamil).
✓ Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan golongan elit dengan golongan bawahan.

Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan MIC dengan golongan bawahan dan

memenangi hati para pekerja ladang yang menjadi 80 peratus penduduk India di Tanah

Melayu.
✓ Kedua pula menyelamatkan pekerja India yang berhadapan dengan masalah fragmentasi

ladang.
✓ Kebanyakan ladang besar dipecahbelahkan dan dijual oleh pemilik Eropah apabila

Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Akibatnya para pekerja ladang

berhadapan dengan kehilangan pendapatan dan penginapan.
✓ Sambanthan menubuhkan Koperasi ataupun lebih dikenali NLFCS untuk membeli ladang-

ladang yang menghadapi masalah fragmentasi. Sambanthan sekali lagi dijulang sebagai

wira kaum pekerja ladang.

03 RENTAP

LATAR BELAKANG

❑ Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam
sejarah Sarawak.

❑ Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin
penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

❑ Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di
Skrang dan Sariba.

❑ Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau
membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau
memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

➢ Pada awal tahun 1853, beliau telah mengetuai pasukan orang Iban untuk menyerang
pasukan tentera James Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William
Brereton. Maka, berlakulah pertempuran yang sangat sengit di antara kedua-dua belah
pihak di Lintang Batang.

➢ Semasa pertempuran tersebut, seorang lelaki pengikut Rentap yang bernama Layang telah
membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan William Brereton telah melarikan diri
dengan kecederaan parah.

➢ Rentap dengan segera mengarahkan pasukannya pulang ke hulu Sungai Skrang. Walau
bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah memusnahkan dan membakar 20
buah rumah panjang yang menjadi tempat kediaman bagi pengikut Rentap.

➢ Dengan itu, Rentap telah mengambil keputusan untuk berundur dan membina kubu
pertahanan di Sungai Lang, di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu
tersebut, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang
kental menggunakan “Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang membawa erti “Selagi masih
berdarah, Selagi itu tetap menentang” dan “Agi Idup, Agi Ngelaban”.

➢ Semasa mempertahankan kubu tersebut, pasukan Rentap telah melaung-laungkan
semangat perjuangan mereka yang kental menggunakan “Agi Bedarah, Agi Ngelaban”
yang membawa erti “Selagi masih berdarah, Selagi itu tetap menentang” dan “Agi Idup,
Agi Ngelaban”.

➢ Terdapat beberapa orang pasukan tentera James Brooke yang menghampiri kubu

pertahanan Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya

menyerang kubu pertahanan Rentap pada Ogos 1854, pada waktu tersebut Rentap telah

tercedera.
➢ Rentap kemudiannya melarikan diri bersama pengikutnya di Bukit Sadok dan telah

membina kubunya di sana. Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke

berjaya menawan kubu Rentap di Bukit Sadok setelah menggunakan satu meriam besar
yang dipanggil sebagai “Bujang Sadok”.
➢ Meriam tersebut digunakan untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Rentap di

Bukit Sadok. Sebelum pertempuran, pasukan James Brooke telah memberikan

pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan

Brooke di Sungai Langit.

➢ Pada usianya yang semakin tua, Rentap dan para pengikutnya telah

berpindah ke Bukit Sibau yang merupakan kawasan yang terletak di Ulu

Wak, Pakan.
➢ Beberapa tahun kemudian, Rentap telah meninggal dunia pada usia lebih

kurang 70 tahun di situ.
➢ Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa,

sebaliknya diletakkan dalam satu pondok sebagai tanda hormat kepada

seseorang yang telah dianggap sebagai pahlawan dan bangsawan terulung.
➢ Rentap merupakan pejuang sejati kerana dia tidak pernah tunduk kepada

pemerintah James Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga kini,

makam Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi

mengenang jasanya yang amat besar.

MAT SALLEH 04

LATAR BELAKANG

✓ Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat
kepada penjajahan Inggeris di Sabah.

✓ Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentangpencerobohan dan
keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan
Julai 1897.

✓ Dalam masapertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31
Januari 1900.

✓ Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang
kemerdekaan dan seorang pahlawan.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

❑ Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau British North Borneo Chartered Company (BNBCC)
memandang serius kegiatan Mat Salleh yang memungut cukai di kawasan Paitan sebagai
tindakan yang menjejaskan kepentingan BNBCC sekaligus melanggar perjanjian 1881 yang
ditandatangani oleh Sultan Sulu berkenaan penyerahan hak mentadbir kepada pihak
kompeni.

❑ Penentangan bersenjata Datu Mat Salleh dan kumpulannya terhadap BNBCC bermula pada
bulan Julai 1897.

❑ Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan beberapa rumah, gerai,
kedai dan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat
Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.

❑ Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas
dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali
lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.

❑ Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang

lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
❑ Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat

daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.
❑ Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang

rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar

kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila

dikepung musuh.
❑ Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju

walaupun ditentang orang-orangnya.
❑ Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan

menyebabkan peperangan tercetus kembali.
❑ Akhirnya pada 1 Februari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni

yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh di Teboh,Tambunan. Dan peristiwa itu

menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

05 TUN SIR HENRY H.S. LEE

LATAR BELAKANG

➢ H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee
Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900.

➢ Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan
cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

➢ Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan
kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya.

➢ Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan
perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara
semasa menuntut Kemerdekaan Malaya.

➢ Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957
hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan
negara.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

❑ Pada tahun 1956, Lee dan Tan Tong Hye dipilih untuk mewakili MCA sebagai sebahagian
daripada perwakilan Perikatan yang pergi ke London untuk menekan Britain untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

❑ Lee adalah satu-satunya penandatangan Cina kepada perjanjian kemerdekaan yang
disimpulkan di London pada tahun itu. Dengan kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku,
sekarang perdana menteri, telah melantik Lee sebagai menteri kewangan pertama Malaya.

❑ Tugas utamanya termasuk mewujudkan dasar kewangan negara dan penciptaan Bank
Negara Malaya. Lee meletak jawatan dari jawatan itu dua tahun kemudian kerana sakit.

❑ Selepas bersara daripada politik pada tahun 1959, Lee mengambil alih jawatan Pengerusi
Kewangan untuk Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya sehingga 1961.

❑ Pada tahun 1966, beliau menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangan (Bank D&C),
yang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Beliau telah mengetuai bank itu sehingga
kematiannya pada tahun 1988.

TOK JANGGUT 06

LATAR BELAKANG

❑ Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih
dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut
sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang
terkenal di Kelantan.

❑ Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang
penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh
pihak British di Kelantan.

❑ Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

❖ Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan
sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan
Tok Deraman telah menjalankan kempen menentang peraturan baru dan British.

❖ Tok Janggut adalah pahlawan terbilang yang terkenal dengan keberanian mencetuskan
kebangkitan rakyat untuk menentang kuasa penjajah British.

❖ Perjuangan Tok Janggut merupakan peristiwa benar yang tidak akan dilupai rakyat
khususnya anak jati Pasir Puteh. Walaupun banyak versi yang dapat didengar mahupun
dibaca mengenai sejarah perjuangan Tok Janggut, namun dia tetap merujuk kepada Perang
Pasir Puteh apabila Tok Janggut tidak senang dengan dasar British yang sangat menekan
serta sering membatasi adat susila dan agama suci Islam.

❖ Selain itu,Tok Janggut berjaya menawan Rumah Pasung, Pejabat Jajahan serta menghalau
Ketua Jajahan dan tentera British hingga ke Kota Bharu sebelum mengisytiharkan
kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 13 Mei 1915.

❖ “Jika ditanya apa yang kita ada sebagai anak jati Pasir Puteh, maka saya

akan menjawabnya dengan mengatakan bahawa saya ada Tok Janggut dan

jawapan ini juga boleh digunakan seluruh rakyat apabila ditanya apa yang

kita ada sebagai rakyat negara ini.
❖ Jasa dan pengorbanan Tok Janggut sepatutnya lebih dihargai jika kita

mahu menghormati sejarah dengan mengakui bahawa tarikh kemerdekaan

kita ialah pada tarikh pengisytiharaan oleh Tok Janggut biar pun
kebebasan itu tidak kekal,” katanya.
❖ Pada tahun 1915, Tok janggut yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh,

Kelantan telah memimpin kemimpinan kebangkitan ummah menentang

kemaraan penjajahan British yang cuba memijak syariat Islam.
❖ Beliau menjadi tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak

pengikut di Kelantan.

07 MAT KILAU

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon,
infographics & images by Freepik

LATAR BELAKANG

❖ Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut,
Pahang.

❖ Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain
senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran
yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani
dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang.

❖ Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang
pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan
beliau.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

✓ Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang
matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati.

✓ Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah,
Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu
memulakan pemberontakkan ke atas pihak British.

✓ Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap
pergerakkan penentangan British pada masa itu.

✓ Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian
persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan
rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.

✓ Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh

Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat

Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
✓ Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini

membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan

mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
✓ Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat

disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.
✓ Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya

ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib),

Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati

dengan Mat Kilau.

DATO’ MAHARAJA 08
LELA

LATAR BELAKANG

✓ Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar
kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili.

✓ Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi.

✓ Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”,
dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

✓ Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang
British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen
British Perak.

PERJUANGAN DAN SUMBANAGAN

❖ Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka
mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor,
Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British
keluar dari bumi Perak.

❖ Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil
kesempatan itu untuk membunuh Birch.

❖ Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes
terkorban.

❖ Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November
1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh
tentera dari India dan Hong Kong.

09 TOK GAJAH

LATAR BELAKANG

▪ Rasul Abdul Salam bin Shahrom atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam
Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Imam Perang Indera
Gajah Pahang (setara dengan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan - bergajah
tunggal).

▪ Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam
segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai
dari Pulau Tawar.

▪ Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala
Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung
Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang
Besar Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang.

▪ Beliau juga merupakan antara ketua pasukan "pemberontak" dalam penentangan terhadap
penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin
oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

➢ Beliau telah membantu dalam perjuangan Dato Bahaman ketika
menawan balai polis Lubuk Terua yang berada di bawah pemerintahan
British.

➢ Perjuangan ini telah dibantu oleh pembesar lain antaranya ialah Imam
Rasul dan Mat Kilau. Beliau telah melakukan penentangan ini kerana
pembinaan balai polis di Lubuk Terua mencabar kuasa Dato Bahaman
sebagai pembesar di Lubuk Terua.

➢ Hal ini berlaku kerana pihak British tidak berunding terlebih dahulu
dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini. Lebih-lebih
lagi pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh
Dato Bahaman. Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan Kuala
Tembeling.

➢ Peristiwa ini bermula pada akhir tahun 1892 apabila orang melayu
Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman , Mat Kilau dan Tok Gajah
di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan.

➢ Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah dari Hulu
Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang
Engku Ngah.

➢ Ketika di Kampung , Mat Kilau selalu berulang lik ke Kampung
Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid. Pada 14 Jun 1894 , Mat
Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut untuk menyerang
Inggeris di Kuala Tembeling dan mendirikan kubu di Jeram
Ampai.

10

ABDUL RAHMAN LIMBONG

LATAR BELAKANG

❑ Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman
bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir merupakan seorang pendakwah
dan pejuang yang berasal dari Terengganu.

❑ Haji Abdul Rahman Limbong lahir dalam tahun 1285 H/1868M di
Terengganu. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.

❑ Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam
sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah
seorang ayah saudaranya.

❑ Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan daripada Haji
Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya
daripada Tok Ku Paloh.

❑ Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah
seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

✓ Antara kejayaan terbesar Haji Abdul Rahman Limbong ialah apabila beliau
berjayamembebaskan empat puluh tiga orang penduduk dari tuduhan membersihkan
tanah danbercucuk tanam tanpa kebenaran daripada kerajaan British.

✓ Kejayaan ini berpunca darihujahnya yang menjelaskan bahawa tanah adalah hak Allah
dan bukannya hak negeri.Kejayaan ini telah menaikkan nama Haji Abdul Rahman
Limbong.

✓ Haji Abdul Rahman Limbong juga telah berjaya menyatukan masyarakat tani
yangterkenal dengan semangat kedaerahan. Mereka telah sanggup mengetepikan
semangatkedaerahan ini yang telah dipupuk sejak dahulu lagi semata-mata bagi
menentang ancamanluar.

✓ Perpaduan ini telah berjaya membangkitkan semangat jihad dikalangan mereka
bagimenuntut keadilan setelah dizalimi dengan system tanah kerajaan British.

✓ Sebagai seorang ulama yang berpengaruh, sumbangan Haji Abdul Rahman tidak terhad

kepada pengajaran ilmu agama sahaja.
✓ Beliau juga telah memberi sumbangan yangbanyak dalam memperbaiki taraf ekonomi

masyarakat Melayu setempat.Haji Abdul Rahman telah membuka kilang membuat

kapur tohor dan bata di Losongdengan tujuan menggalak dan memberi peluang kepada

orang Melayu menceburkan diridalam bidang perusahaan.
✓ Konsep berbakti kepada tanah juga diperkembangkan oleh HajiAbdul Rahman kepada

orang lain supaya mereka terus maju.

11 DATO BAHAMAN

LATAR BELAKANG

❖ Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang

menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.
❖ Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja, Acheh, dan Rokiah

Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan. Seorang yang pandai bersilat dan

mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh

penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai

Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
❖ Beberapa versi tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh.

Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang.
❖ Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang. Lanchang

suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan

Semantan.
❖ Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan

sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’

Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

PERJUANGAN DAN SUMBANGAN

❖ Beliau bersama anaknya Mat Kilau , Imam Rasul dan Tok Gajah berjaya
menawan balai polis Lubuk Terua yang ketika itu berada di bawah pemerintahan
British.

❖ Beliau melakukan penentangan ini kerana pembinaan balai polis di Lubuk terua ,
mencabar kuasa beliau sebagai pembesar di Lubuk Terua. Pihak British tidak
melakukan rundingan terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan
balai polis ini.

❖ Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
❖ Seterusnya beliau telah menawan dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram

Ampai. Walaupun penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan
pengikutnya meliputi kawasan Kuala Lipis , Raub , Bentong , Jerantut , Kuantan,
Maran dan Temerloh tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak
British.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH !!!


Click to View FlipBook Version