The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KES TINGKATAN 5D-NURUS SOFWA BINTI NAIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shnoorulhuda, 2023-08-22 20:04:26

KAJIAN KES TINGKATAN 5D-NURUS SOFWA BINTI NAIM

KAJIAN KES TINGKATAN 5D-NURUS SOFWA BINTI NAIM

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 1.0 PERANCANGAN 1.1 TAJUK KAJIAN / PERNYATAAN MASALAH Badan Kehakiman merupakan salah satu badan yang penting dalam sistem pemerintahan negara. Bincangkan. NAMA MURID: NURUS SOFWA BINTI NAIM TINGKATAN: 5 DEDIKASI 1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK Bil Tarikh Perkara Catatan 1 9 Sept 2021 Menerima Taklimat Daripada Guru Mata Pelajaran Sejarah Melalui Google Meet Membuat Perbincangan Dengan Guru Dan RakanRakan Sekolah Untuk Memilih Tajuk Di Rumah 2 10 Sept 2021 Mencari Sumber Serta Membuat Rujukan Awal Berkaitan Tajuk Yang Dipilih Di Rumah 3 13 Sept 2021 Menghasilkan Objektif Kajian Dan Kaedah Kajian Untuk Memulakan Proses Kajian Kes Di Rumah 4 15 Sept 2021 Mendapatkan Maklumat Dari Orang Sumber (Jika Berkaitan) - Menemuramah Orang Sumber Di Rumah 5 16 Sept 2021 2.0 Menulis Laporan / Hasil Dapatan (2.1-2.5) Serta 2.6 Rumusan Di Rumah 6 27 Sept 2021 3.0 Menulis Rujukan Di Rumah 7 30 Sept 2021 Menyusun Hasil Kerja Dan Melengkapkan Kajian - Menghantar Laporan Lengkap Melalui Google Classroom Di Rumah 1.3 OBJEKTIF KAJIAN


A) PENGETAHUAN Hasil kajian kes saya dapat mengetahui dan menyatakan Hasil kajian kes saya dapat mengetahui dan menyatakan kepentingan badan kehakiman dalam sistem pemerintahan negara berdaulat demi mencegah perlanggaran undang-undang dan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan B) KEMAHIRAN Hasil kajian kes saya dapat kemahiran menganalisis data dan mengumpul maklumat berkaitan berkaitan kepentingan sistem kehakiman dan peranannya dalam menegakkan sistem perundangan di Malaysa untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam sistem pemerintahan demi menjamin kelestarian kesejahteraan negara. Selain daripada itu juga saya dapat membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab pernyataan masalah yang dikaji. Perbandingan dan analisis secara deskriptif ini membantu saya membuat kesimpulan yang menyokong kepentingan Badan Kehakiman sebagai tunjang kestabilan sistem pemeritahan negara C) NILAI Nilai yang saya perolehi hasil kajian kes saya ialah seorang rakyat Malaysia, perlu bertanggungjawab untuk taat dan patuh kepada undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan demi melahirkan keprihatian mereka kepada prinsip Rukun Negara yang ketiga dan kelima iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undangundang. 1.4 KAEDAH KAJIAN (SEKURANGNYA 3 KAEDAH) A) Penyelidikan perpustakaan Saya telah menjalankan kaedah penyelidikan perpustakaan untuk mendapatkan bahanbahan seperti buku, jurnal dan ensiklopedia. Kesemua bahan ini berkaitan selok-belok badan kehakiman di Malaysia yang merangkumi teori dan praktisnya secara umum. B) Melayari Internet Saya telah melayari internet di laman sesawang : i) https://www.kehakiman.gov.my/ms/category/mahkamah-rendah ii) https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamahpersekutuan/pejabat-pendaftaran-mahkamah-persekutuan-malaysia iii) https://asklegal.my/p/attorney-general-the-most-powerful-man C) Temubual Saya telah menemubual: Secara bersemuka dan mengambil catatan:


Encik Naim bin Ahmad yang berusia 50 tahun, seorang peguam di Tetuan Lokma Reena & Co, Peguambela dan Peguamcara di alamat Suite 7-3-1 & 7-3-2 Block A, Jalan Semarak Api 1, Diamond Square, Jalan 2/50, Off jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur pada 15 September 2021. Rujuk lampiran Secara perbualan telefon dan mengambil catatan: Encik Mohamad Naim bin Mahmud yang berusia 35 tahun di Tetuan Naim Mahmud, Faris & Nadia di alamat Pt 7331 Tingkat 1, Jalan Bbn 1/2C, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan pada 18 September Rujuk lampiran


2.0 HASIL DAPATAN / LAPORAN 2.1 Nyatakan jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia. Jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia dapat diklasifikasikan kepada dua major iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan berdasarkan carta hierarki badan kehakiman. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Tinggi. Terdapat dua kategori Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah. Mahkamah Tinggi Malaya terdapat di setiap negeri di Semenanjung Malaysia kerana prosedur perundangan dan bidang kuasa yang sama digunapakai. Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah mempunyai prosedur yang berbeza tetapi masih tertakluk kepada undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Mahkamah Bawahan pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Semua negeri di Malaysia mempunyai Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret masingmasing. Terdapat juga Mahkamah Khas yang tidak diklasifikasikan sebagai Mahkamah Atasan atau Mahkamah Bawahan. Contohnya Mahkamah Khas Raja-Raja, Mahkamah Tentera, Mahkamah Buruh dan Mahkamah Juvenil. Selain itu, terdapat juga Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri yang dikategorikan sebagai mahkamah peringkat negeri. Mahkamah Syariah adalah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam untuk menjaga kemaslahatan orang Islam. Mahkamah Anak Negeri juga dikenali sebagai Mahkamah Bumiputera diwujudkan untuk mentadbir Undang-Undang adat di Sabah dan Sarawak 2.2 Pilih satu jenis mahkamah, huraikan peranan mahkamah tersebut dengan terperinci. Saya memilih untuk mengkaji Mahkamah Persekutuan kerana mahkamah ini berada dalam hierarki tertinggi sistem perundangan di Malaysia Apa: Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dalam heirarki perundangan Malaysia. Mahkamah ini adalah platform terakhir untuk membuat rayuan di Malaysia. Kenapa dan bagaimana: Peranan utamanya ialah untuk menentukan samada undang-undang yang digubal di Parlimen atau Dewan negeri adalah sah atau tidak sah terutamanya yang terkait skop bidang bidangkuasa mahkamah yang lainnya. Dalam kata lain, Mahkamah ini berkuasa untuk membuat keputusan pertikaian undang-undang antara negeri atau antara Kerajaan Persekutuan dengan sesebuah negeri. Siapa: Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh tujuh orang Hakim dan diketuai oleh Ketua Hakim Negara disebut juga Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan atau Lord President. Tujuh anggota Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua-ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan, dan tiga Hakim lain. Artikel 122 Klausa (1A) membenarkan Yang di-Pertuan Agong, dengan nasihat daripada Lord President untuk menambah bilangan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Pelantikan hakimhakim ini mestilah dalam kalangan hakim-hakim yang sedia ada. Di mana: Mahkamah Persekutuan berada di alamat Istana Kehakiman, Persiaran Perdana, Presint 3, 62506 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Sejarah Perkembangan:


Dalam sejarah perundangan Malaysia, Mahkamah Persekutuan Malaysia bersidang secara rasminya buat kali pertama pada 1 Oktober 1963 di Kuala Lumpur. Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 (Akta A354) yang berkuatkuasa pada 27 Ogos 1976 yang memperuntukkan kuasa Parlimen untuk mengubah bilangan Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipindahkan kepada Yang diPertuan Agong yang boleh membuat sebarang perubahan berkenaan bilangan hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan juga diberikan kuasa tambahan iaitu bidang kuasa eksklusif untuk menentukan sebarang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri sebagai tidak sah jika ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan Pada 1 Januari 1985, nama Mahkamah Persekutuan ditukar kepada Mahkamah Agung melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983 (Akta A566). Melalui akta yang sama, Artikel 131 yang membenarkan rayuan daripada Mahkamah Persekutuan untuk dirujuk ke Privy Council telah dibatalkan. Dengan pembatalan ini, rayuan ke Privy Council berakhir sepenuhnya pada 1 Januari 1985. Pembatalan Artikel 131 secara relatif bermaksud rayuan melalui dua peringkat menjadi rayuan satu peringkat sahaja. Pada 24 Jun 1994 melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 (Akta A885), satu lagi pindaan dibuat pada Perlembagaan Persekutuan dengan menukar kembali nama Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan. Nama jawatan Lord President juga ditukar kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan. Kini, bidang kuasa Mahkamah Persekutuan termasuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Rayuan yang ditubuhkan melalui pindaan yang sama. 2.3 Bandingkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Mahkamah Tinggi berada dalam kategori Mahkamah Atasan. Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret pula dikategorikan dalam Mahkamah Bawahan. Mahkamah Tinggi: Bidang kuasa Mahkamah Tinggi merangkumi penyeliaan dan pengubahan keputusan kes sivil dan jenayah semua Mahkamah Bawahan dengan cara membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan. Bagi kes sivil, Mahkamah Tinggi mendengar dan memutuskan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1,000,000. Contohnya, kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa, kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat, penjagaan kanak-kanak, pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet atau pembatalan kontrak dan lain-lain yang bukan kes jenayah. Bagi kes jenayah, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang asal ialah mendengar dan memutuskan kes jenayah yang melibatkan hukuman mati. Secara amnya, Mahkamah Tinggi mengendalikan kes jenayah dengan hukuman penjara melebihi 20 tahun dan jumlah sebatan yang tidak terhad. Contoh kes jenayah ialah merompak, mencuri, membunuh, menyeludup senjata dan mengedar dadah. Tuntasnya, segala kes yang berkaitan perkara mendatangkan mudarat kepada manusia dan kerosakan harta benda. Mahkamah Sesyen: Bagi Mahkamah Sesyen, bidang kuasa kes sivil yang dikendalikan adalah berkaitan jumlah tuntutan melebihi RM100,000.00 tetapi tidak melebihi RM1,000000.00. Mahkamah Sesyen mengendalikan semua kes jenayah kecuali kes hukuman mati. Contohnya, kes-kes jenayah yang tidak dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Magistret Mahkamah Magistret:


Bagi kes sivil, bidang kuasa Mahkamah Majistret hanya boleh membicarakan jumlah tuntutan sebanyak RM10,000 ke bawah sahaja. Mahkamah sesyen mengendalikan kes jenayah selain kes hukuman mati yang hukumannya tidak lebih daripada 10 tahun penjara dan hanya boleh menjatuhkan hukuman yang tidak melbihi 5 tahun penjara atau 12 kali sebatan Daripada segi hieraki sistem perundangan peringkat negeri, Mahkamah Tinggi berada di tangga paling atas, diikuti Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Magistret. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Magistret. Rujuk Lampiran 2.4 Pilih satu daripada pengamal perundangan berikut. Bincangkan bidang tugas pengamal perundangan tersebut. (Peguam / Pendakwa Raya / Hakim / Peguam Negara / Penasihat UndangUndang) Saya memilih untuk membincangkan bidang tugas Peguam Negara kerana untuk meneliti dengan lebih jelas lagi bidang kuasanya berbanding Ketua Hakim Negara yang mengetuai Mahkamah Persekutuan yang tekah dibincangkan dalam perkara 2.2 Peguam Negara Malaysia ialah penasihat utama undang-undang kerajaan Malaysia. Dalam kata lain, beliau menjadi Peguam dan Pendakwa Raya bagi mewakili Kerajaan dalam menangani isu guaman. Peguam negara ialah seseorang yamg mempunyai latar belakang dalam bidang undang-undang, dilantik oleh Perdana Menteri dan perlu diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. Peruntukkan Perkara 145 Perlembagaan Malaysia menggariskan bidang kuasa dan tugas Peguam Negara. Contohnya dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah. Kedudukan Peguam Negara selaku Pendakwa Raya disebutkan secara khusus dalam seksyen 376(1) Kanun Acara Jenayah. Ringkasnya, bidang tugas Peguam Negara ialah menjadi Penasihat Perundangan Kerajaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua Pendakwa di bawah Kanun Acara Jenayah. 2.5 Apakah usaha yang boleh diambil untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman dalam negara kita? Badan kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab mentafsirkan dan melaksanakan undangundang serta mempertahankan perlembagaan persekutuan. Usaha-usaha perlu sentiasa diambil untuk mengekalkan badan kehakiman sebagai institusi keadilan yang berfungsi sepertimana yang sepatutnya. Usaha yang paling penting ialah memastikan Hakim di semua mahkamah adalah bebas daripada pengaruh politik dan kepentingan peribadi. Hal ini untuk menjamin integriti badan kehakiman sebagai badan yang bertanggungjawab menjamin keadilan sosial demi kemaslahatan masyarakat. Selain itu, prinsip pengasingan kuasa ini dapat membentuk usaha seterusnya iaitu amalan semak dan imbang supaya kuasa pengadilan ini tidak dikuasai seseorang atau sesebuah organisasi sahaja. Dengan cara ini barulah perbicaraan perundangan sama ada di antara pemerintah dan rakyat atau sesama rakyat boleh diadili dengan telus dan saksama. Keadilan bukan hanya untuk dilaksanakan semata-mata tetapi mestilah terbukti dengan penglihatan yang jelas dan nyata bahawa keadilan itu benar-benar dilaksanakan, 2.6 Rumusan


Pengetahuan yang saya perolehi dari hasil kajian saya ialah badan kehakiman mempunyai hierarki yang tertentu mengikut bidang kuasa sivil dan jenayah masing-masing. Badan kehakiman ini perlu dipelihara kesuciannya sebagaimana keluhuran perlembagaan kerana tarafnya sebagai institusi keadilan yang menjaga kedaulatan undang-undang sesebuah negara agar masyarakat hidup aman dan sejahtera Nilai dan semangat patriotisme yang saya perolehi ialah sifat adil perlu menjadi peribadi bagi semua orang terutamanya mereka yang bekerja dalam badan kehakiman. Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan taat kepada undang-undang selagi mana peruntukan undang-undang tersebut tidak menggangu-gugat hak-hak peribadi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Harapan saya ialah supaya masyarakat lebih peka dengan sistem perundangan di Malaysia dengan cara mengambil tahu fungsi badan kehakiman di Malaysia. Ini adalah kerana kejahilan tentang peri pentingnya fungsi dan peranan badan kehakiman di Malaysia boleh mengakibatkan seseorang individu itu dianiaya, ditipu dan dipergunakan sehingga memudaratkan mereka. Pengetahuan asas tentang badan kehakiman negara penting kerana sekurang-kurangnya seseorang dapat melindungi hak asasi daripada dirampas dan dicerobohi. Ini adalah kunci kehidupan yang bermaruah dalam negara yang berdaulat


3.0 RUJUKAN Buku Abdul Aziz Bari. 2008. Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis Shah Alam: Arah Pendidikan Jabatan Peguam Negara Malaysia. 2006. Corporate Profile of the Attorney General's Chamber of Malaysia. Kuala Lumpur: Attorney General's Chambers, Malaysia. Mohd Awal, N. A. 2003. Pengenalan kepada sistem perundangan di Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Mohd Samsudin., Azharudin Dali., Redzuan Hasan & Ishak Saido. 2020 Sejarah Tingkatan 5, KSSM. Kuala Lumpur: DBP Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2018. Kuala Lumpur: International Law Book Series. Jurnal Mohamad, A. N. A., Haniffa, M. A., & Mohamad, W. N. A. (2019). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Mengharmonikan Ikatan Masyarakat Majmuk Di Malaysia: Harmonising the Community in Malaysia Through the Malaysian Federal Constitution. Journal of Muwafaqat, 2(1), 60-74. Akhbar Mukriz Mat Rus. 4. Februari 2020. Kaedah baharu tangani kes jenayah. BHOnline. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/652424/kaedah-baharu-tangani-kesjenayah Orang Sumber Encik Naim bin Ahmad, 50 tahun, Tetuan Lokma Reena & Co, Peguambela dan Peguamcara di alamat Suite 7-3-1 & 7-3-2 Block A, Jalan Semarak Api 1, Diamond Square, Jalan 2/50, Off jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur. Encik Mohamad Naim bin Mahmud, 35 tahun, Tetuan Naim Mahmud, Faris & Nadia di alamat Pt 7331 Tingkat 1, Jalan Bbn 1/2C, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Internet https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamah-persekutuan/pejabatpendaftaran-mahkamah-persekutuan-malaysia


https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamah-rendah/latarbelakang https://asklegal.my/p/attorney-general-the-most-powerful-man


Lampiran Buku:


Jurnal Akhbar


Orang Sumber; Temubual dengan Encik Naim bin Mat@ Ahmad adalah berkisar tentang penjelasan mendalam tentang kategori Mahkamah di Malaysia kerana terdapat kategori-kategori yang mengelirukan yang perlu difahami dengan tepat. Temubual dengan Encik Mohamad Naim bin mahmud berkisar penjelasan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Magistret Internet: https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamah-persekutuan/hierarki https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamah-rendah/bidang-kuasa


https://www.kehakiman.gov.my/ms/mengenai-kami/mahkamah/mahkamah-tinggi/bidang-kuasa


Click to View FlipBook Version