AYAM BELANDA DAN BIRI- BIRI HAFAIZAH BINTI ABD MANAF KISAH DUNIA HAIWAN HAM PRODUCTION
Pada suatu hari,ayam belanda keluar mencari makan. Ia menuju ke ladang gandum . Ladang itu berhampiran dengan kandang biri-biri. Ia terus makan dengan gembira
Dari situ, ia dapat melihat pengembala sedang mencukur bulu biri-biri . ”Baa...Baa” tangis biri-biri
“Ha..Ha..Ha ..padan muka kau ! Rupa kau sangat hodoh tanpa bulu!” kata ayam belanda sambil mentertawakan biri-biri.
Tanpa disedari ayam belanda , tiba-tiba peladang terus menangkapnya lalu berkata, ”kau dah cukup besar untuk aku jual di pekan, dan aku akan dapat banyak duit” kata peladang
Ayam belanda menjerit meminta tolong. Namun tiada siapa yang datang menolongnya. “Biri-biri tolonglah aku “ rayu ayam belanda . Biri-biri menghampiri ayam belanda lalu berkata , ”ketika aku didalam kesusahan kau gembira mentertawakan aku. Sekarang kau dapat rasakan bagaimana perasaan aku ketika itu”kata biri-biri dengan sedih
MORAL Jangan gembira diatas kesusahan orang lain kerana kita tidak selamanya bahagia