The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BOOKLET MAT PIBG SK SERI HARTAMAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by empressmung90, 2024-06-06 22:54:58

BOOKLET MAT PIBG 2023/2024

BOOKLET MAT PIBG SK SERI HARTAMAS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-24 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS SABTU I 8 JUN 2024 I 9.00 PAGI DEWAN INSPIRASI


i | M A T P I B G K E - 2 4 KANDUNGAN ❖ NOTIS ATURCARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 ……………..……….2 BORANG PENYERTAAN USUL ….……………………………………………………………………………...4 ❖ KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 ………………………………….………….6 ❖ SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2023/2024 ……………………………………………………………………….8 ❖ PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) …………………………………………….9 ❖ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI HARTAMAS KALI KE-23 ………………………………….19 ❖ LAPORAN SETIAUSAHA ………………………………………………………………………………………………….38 PROGRAM DAN AKTIVITI PIBG & SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2023/2024 ………...42 ❖ LAPORAN KEWANGAN PIBG KALI KE-24 …………………………………………………………………………60 SENARAI ASET PIBG 2012-2024 …………………………………………………………………………………………60 Nota 1: Penyesuaian Akaun Bank pada 31 Disember 2022 …………………………………...63 Nota 2: Tunai/Wang Panjar …………………………………………………………………………..………64 Nota 3: Biro Kewangan …………………………………………………………………………………………65 Nota 4: Biro Akademik ………………………………………………………………………………………….66 Nota 5: Biro Prasarana dan Alam Sekitar ………………………………………………………………68 Nota 6: Biro Kebajikan, Bina Insan dan Motivasi …………………………………………………..69 Nota 7: Biro Sukan dan Kokurikulum ………………………………………………………………….…70 Nota 8: Biro Komunikasi ………………………………………………………………………………….……71 ❖ CADANGAN USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-24 ………………………………73 PENYATAAN USUL DAN CADANGAN UNTUK SESI 2023/2024 ……………………………….73 ❖ SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 ……………………………………………………79 ❖ MANTAN SETIAUSAHA DAN BENDAHARI SKSH ………………………………………………………………80 ❖ PENGHARGAAN …………………………………………………………………………………………………………….81


2 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTIS ATURCARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-24 Ibu bapa dan Penjaga Murid SK Seri Hartamas Melalui Puan Sazarena binti Ahmad Guru Besar SK Seri Hartamas Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS KALI KE-24 (SESI 2024/2025) Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-24 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 8 Jun 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran) : 9.00 pagi (Mesyuarat Agung) Tempat : Dewan Terbuka SKSH Aturcara : Pendaftaran : Agenda Mesyuarat 2. Agenda Mesyuarat Agung kali ke-24 adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Penasihat PIBG SK Seri Hartamas 2.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Seri Hartamas Sesi 2023/2043 2.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 2.4 Membentang dan menerima Laporan Setiausaha Kehormat Sesi 2023/2024 2.5 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023 2.6 Membentangkan usul-usul 2.7 Memilih ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 2.8 Memilih 2 orang Juruaudit dan 2 orang Pemegang Amanah Sesi 2024/2025 2.9 Memilih sukarelawan untuk menganggotai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 2.10 Ucapan penangguhan


3 | M A T P I B G K E - 2 4 3. Kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ini amatlah diharapkan dan bermakna kepada PIBG dan pihak sekolah bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak. 4. Ibu bapa dan penjaga dipelawa untuk mengutarakan sebarang usul yang ingin dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Demi kelancaran majlis, adalah diingatkan bahawa hanya penyataan usul yang disertai kehadiran dan dikemukakan melalui Borang Tindakan sahaja akan dibincangkan semasa mesyuarat. 5. Tuan/Puan dikehendaki mengisi borang Tindakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-24 yang telah diolah dalam bentuk ‘Google Form’ melalui pautan https://forms.gle/jxG7sZvKLXr45jKv9. 6. Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………………………….. (NUUR ‘IZZAH BINTI ABDULLAH @ MUSTAFA) Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas s.k: 1. Pendaftar sekolah-sekolah JPWP 2. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas 3. Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas


4 | M A T P I B G K E - 2 4 BORANG PENYERTAAN USUL


5 | M A T P I B G K E - 2 4


6 | M A T P I B G K E - 2 4 KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dapat berkumpul pada hari ini di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (MAT PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas (SKSH) kali ke-24. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir menjayakan mesyuarat kita pada pagi ini. Anda berada di sini kerana tuan puan komited dan mengambil berat tentang pendidikan dan persekitaran anak-anak. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana MAT PIBG 2023/2024 kerana menjayakan program pada hari ini. MAT merupakan satu platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu dengan para pentadbir sekolah bagi membincangkan isu-isu berbangkit dan berkongsi idea yang bernas untuk kita sama-sama memantapkan fasiliti sekolah serta melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita dari segi akademik mahupun kokurikulum. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan. Mohon maaf di atas salah silap saya sepanjang saya memikul amanah ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 yang bersama-sama menjayakan semua program dan inisiatif yang dirancang. Tanpa sokongan, tunjuk ajar dan bantuan kalian saya pasti tidak dapat menjalankan amanah ini. Kami AJK PIBG telah cuba menjalankan amanah sebaik mungkin dengan sumber dan kekangan yang ada, dengan mengambil kira kepentingan dan kebajikan anak-anak. Terima kasih juga kepada wakil-wakil kelas dan ahli KSIB yang membantu melancarkan urusan PIBG dan sekolah. Dalam proses membesarkan anak-anak untuk menjadikan mereka insan yang berjaya, kita mengharapkan bantuan daripada pihak sekolah untuk memberi didikan formal dan galakan yang sewajarnya kepada anak-anak. Di sekolahlah, anak-anak berpeluang untuk mengembangkan bakat, kecenderungan, mengeluarkan pendapat, berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Peluang tersebut tidak dapat dimiliki ketika mereka berada di rumah.


7 | M A T P I B G K E - 2 4 Sekolah merupakan gedung ilmu yang perlu dihargai. Selain memastikan pembangunan infrastruktur dalam keadaan yang baik, program-program ilmiah dan sahsiah juga perlu dititik beratkan. Bagi memastikan program-program ini berjalan lancar, kita memerlukan dana yang secukupnya. Saya menyeru kepada ibu bapa agar tidak mengambil mudah dalam urusan pembayaran sumbangan PIBG supaya kewangan PIBG dapat dikukuhkan, sekali gus menjana pelbagai aktiviti yang dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan bayaran sumbangan PIBG, dan sekalung penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam bentuk wang ringgit, barangan dan tenaga. Penglibatan ibu bapa dalam program-program yang diadakan oleh pihak sekolah dan PIBG amatlah diharapkan dan dihargai. Saya ingin menyeru para ibu bapa agar memberi kepercayaan dan sokongan kepada para pentadbir dan guru-guru yang berhempas-pulas mendidik anak-anak kita. Saya mendoakan agar barisan pentadbir dan guru-guru sentiasa tabah dan cekal dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa. Semoga Tuhan merahmati barisan pentadbir dan guru-guru dengan kesejahteraan minda dan fizikal agar dapat berkhidmat dengan cemerlang. Akhir kata, saya berharap jawatankuasa seterusnya serta pentadbir diberi kesihatan yang baik dan kesempatan untuk berbakti demi kemajuan SKSH dengan sokongan daripada semua ibu bapa. Saya juga berharap PIBG SKSH akan terus maju demi membangunkan mutu sekolah pada masa akan datang. Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh. Terima kasih. Izzah Abdullah YDP PIBG 2023/2024


8 | M A T P I B G K E - 2 4 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2023/2024 PENASIHAT PIBG SK SERI HARTAMAS: Pn. Sazarena binti Ahmad YDP PIBG SK SERI HARTAMAS : Pn. Nuur ‘Izzah binti Abdullah@Mustafa NYDP PIBG SK SERI HARTAMAS : En. Sharizal bin Shaarani : Pn. Adeline Lim Siu Ping (Bermula November 2023) SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Munirah binti Azmi NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : Pn. Che Fauziah binti Che Aziz BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Zarina binti Ishak NAIB BENDAHARI KEHORMAT : Cik Nurlaila binti Ismail AJK IBU BAPA : En. Baharudin bin Othman : En. Syahrul Nizam bin Dzafaruddin : Pn. Anis binti Tairuddin : Pn. Kelly Khaw Phaik Lian : Pn. Maria binti Hisham JURUAUDIT : Pn. Arina Husna binti Abd Majid : Pn. Malarselvi A/P Sanmugam PEMEGANG AMANAH : Pn. Sherizan binti Shahadan AJK GURU : En. Ahmad Khairul bin Mohammad Taupik : En. Mohd Kamal bin Mohd Yusoff : Pn. Marlina binti Ibrahim : Cik Nur Syamimi Binti Takhaiyudin : Pn. Zainida Nor Afrina binti Mohd Zainuri : Pn. Zakhirul Nurmunirah binti Zulkipli


9 | M A T P I B G K E - 2 4 PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS Nama dan Alamat 1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas. 2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah: Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Tujuan-tujuan Persatuan 3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah – a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah; b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Fungsi Persatuan 4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti – a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid; b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat; d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Keanggotaan Persatuan 5. Anggota Persatuan terdiri daripada: a) Semua guru di Sekolah;


10 | M A T P I B G K E - 2 4 b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan 6. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan. Jawatankuasa Persatuan 7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja. 9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut: a) seorang Yang Di-Pertua; b) seorang Naib Yang Di-Pertua; c) seorang Setiausaha; d) seorang Bendahari; e) Ahli Jawatankuasa Guru (4 orang); dan f) Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa (6 orang) Ahli. 10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang. 11. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan. 12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang. 13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan. 14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar. 15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh perlantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar. 16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik manamana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.


11 | M A T P I B G K E - 2 4 17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Fungsi Jawatankuasa PIBG 18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya. a) Yang Di-Pertua i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan. iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua. v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua. vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan. b) Naib Yang Di-Pertua i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang DiPertua. ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua. c) Setiausaha i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG. iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannnya. v) Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod Persatuan.


12 | M A T P I B G K E - 2 4 vi) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. vii) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu. d) Bendahari i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Menyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG. iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa. iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit. Lain-lain jawatan 19. Penasihat Persatuan a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut: i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi; ii) mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya aktiviti, program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah; iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan; iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;


13 | M A T P I B G K E - 2 4 v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat Persatuan; vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan; vii) memastikan sumbangan anggota Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian. b) Juru Audit Dalaman i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan. ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut: (aa) Mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan (ab) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar) 20. Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Kuorum 21. Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikutL a) Mesyuarat Agung Tahunan – hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG. Mesyuarat Agung Tahunan 22. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac. 23. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac. 24. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewatlewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat. 25. Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut. 26. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:


14 | M A T P I B G K E - 2 4 a) ucapan Pengerusi; b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu; c) membentang dan menerima Laporan Tahunan; d) membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya; e) membahaskan usul, jika ada; f) pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan; g) pemilihan Juru Audit Dalaman; h) ucapan penangguhan; dan i) lain-lain hal. 27. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 28. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut: a) anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat; b) setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan c) pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan. Mesyuarat Agung Tergempar 29. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut: a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG; b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau c) atas arahan Pendaftar. 30. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan. 31. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.


15 | M A T P I B G K E - 2 4 Laporan Mesyuarat 32. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat. 33. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 34. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan. 35. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. 36. Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat. 37. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat. Punca-Punca Pendapatan Persatuan 38. Punca-punca pendapatan Persatuan adalah daripada – a) sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan); b) derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan c) pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar. 39. Jawatankuasa hendaklah membuka suatu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan. 40. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM500.00 pada satu-satu masa. Perbelanjaan wang Persatuan 41. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan. 42. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua. 43. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.


16 | M A T P I B G K E - 2 4 44. Bagi keadaan yang memerlukan tindakan segera atau serta-merta, Yang Di-Pertua dengan mandat yang diberikan kepadanya berhak meluluskan pembayaran atas sebarang pembelian yang dibuat atau perkhidmatan yang diterima, berjumlah tidak melebihi RM1,500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus). Ahli Jawatankuasa perlu dimaklumkan sebagai langkah mendapatkan kelulusan Bersama walaupun tidak dipanggil dalam satu-satu mesyuarat AJK. Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat mestilah dimaklumkan terlebih dahulu. 45. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa. Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan 46. Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 47. Satu Salinan Penyata Kira-Kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana yang berkenaan. 48. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa. Harta amanah Persatuan 49. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari semasa ke semasa. 50. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pindaan Perlembagaan Persatuan 51. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu. 52. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir. 53. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada tarikh pindaan diluluskan oleh Pendaftar. 54. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak meluluskan sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.


17 | M A T P I B G K E - 2 4 Larangan


18 | M A T P I B G K E - 2 4 LAMPIRAN A Panduan Permohonan Menjadi Anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru di bawah subperaturan 4(2) PeraturanPeraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 1. Panduan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan maksud yang terkandung di dalam subperaturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998. 2. Subperaturan 4(2) menyatakan “Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian) untuk menjadi anggota”. Permohonan bagi menjadi anggota Persatuan di bawah subperaturan 4(2) hendaklah dibuat seperti yang dinyatakan di bawah. (a) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan BPA/PIBG/1 menjadi anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru yang tidak mempunyai anak di sekolah. (b) Permohonan hendaklah mengemukakan borang permohonan yang diisi dalam 4 salinan kepada Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar, melalui Guru Besar/Pengetua. (c) Guru Besar/Pengetua hendaklah membawa permohonan tersebut untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan persetujuan sebulat suara perlu dicapai dalam mesyuarat itu, sama ada untuk menerima pemohon sebagai anggota Persatuan atau tidak. (d) Guru Besar/Pengetua hendaklah mengemukakan borang permohonan yang telah disokong serta minit mesyuarat berkaitan kepada Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar tidak lewat dari 30 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan untuk kelulusan. (e) Kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Pendaftar. (f) Permohonan yang diluluskan adalah untuk menjadi anggota Persatuan sahaja. Perlantikan ke sebarang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG atau selainnya hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. (g) Pendaftar boleh, jika ia mempunyai alasan yang munasabah, membatalkan kelulusan ini pada bila-bila masa.


19 | M A T P I B G K E - 2 4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI HARTAMAS KALI KE-23 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-23 Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Sakinah Kehadiran: 1- Nurzatuliffah binti Mohd. Sabri Pemangku Penasihat PIBG (GPK Pentadbiran) 2- Nuur ‘Izzah binti Abdullah @ Mustafa YDP PIBG 3- Maria binti Hisham NYDP PIBG 4- Mohamad Rosidi bin Kahar GPK Hal Ehwal Murid 5- Lim Ching Fui GPK Kokurikulum 6- Munirah binti Azmi Setiausaha Kehormat 7- Zarina binti Ishak Bendahari Kehormat 8- Ahmad Syahir bin Abdullah AJK Guru 9- Amelia Jayne Tee Chu Ying AJK Guru 10-Mohamad Zahran bin Mohd Halil AJK Guru 11-Mohd Hanif bin Hamdan AJK Guru 12-Nor Fadzlina binti Baharuddin AJK Guru 13-Arina Husna binti Abd Majid AJK Ibu bapa 14- Baharudin bin Othman AJK Ibu bapa 15-Kelly Khaw Phaik Lian AJK Ibu bapa 16-Malarselvi A/P Sanmugam AJK Ibu bapa 17-Norfadhilah binti Tan AJK Ibu bapa 18-Izyan Darlina binti Balia Yusof AJK Ibu bapa 19-Anis binti Tairuddin KSIB 20-Adeline Lim Siu Ping Pemegang Amanah 21-Sherizan binti Shahadan Pemegang Amanah Tidak hadir: 1- Budihardi bin Sabei Juruaudit 2- Mohd Iqbal Hafiz bin Hamzah Juruaudit PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas Taman Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur Tel : 03 – 6201 8557 Faks : 03 – 6201 7557 Email: [email protected] / [email protected]


20 | M A T P I B G K E - 2 4 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa serta ibubapa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 bagi sesi tahun 2023/2024. Tindakan: Makluman 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru atas kerjasama yang diberikan terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun lepas. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN PERASMIAN PENASIHAT PIBG 2.1 Puan Nurzatul Iffah, selaku Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan guru kerana menunjukkan minat dan sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 SK Seri Hartamas bagi sesi 2023/2024. Tindakan: Makluman 2.2 Beliau juga turut mengucapkan terima kasih atas komitmen dan sokongan yang ditunjukkan oleh ibu bapa serta guru-guru pada tahun lalu. Beliau mengharapkan usaha ini tidak berakhir di sini dan mengharapkan ibu bapa serta guru dapat terus berbincang untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan dalam satu-satu perkara. Tindakan: Makluman 3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 3.1 Puan Nuur Izzah telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah melantik beliau menjadi YDP PIBG bagi tahun 2022/23. Tindakan: Makluman 3.2 Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah bekerjasama serta sama-sama membantu PIBG dalam menjayakan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tahun 2022/2023. Tindakan: Makluman


21 | M A T P I B G K E - 2 4 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE22 4.1 Cadangan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 pada 25 Jun 2022. Tindakan: Makluman 4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22 telah dicadangkan oleh Encik Joshua Fernandez dan disokong oleh Puan Raja Noor Diana. Tindakan: Munirah Azmi menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN SETIAUSAHA PIBG 2022/2023 5.1 Ahli mesyuarat diminta merujuk kepada Booklet Mesyuarat Agung bermula muka surat 31 hingga 48. Tindakan: Makluman 5.2 Encik Joshua Fernandez telah mencadangkan pengesahan laporan Setiausaha Kehormat 2022/2023 disahkan dan telah disokong oleh Encik Syed Mukri. Tindakan: Makluman 6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN BENDAHARI PIBG 2022/2023 6.1 Semua ahli mesyuarat perlu merujuk Booklet Mesyuarat Agung muka surat 49 hingga 58. Tindakan: Makluman 6.2 Keseluruhan pendapatan adalah sebanyak RM 146,506.53 (termasuk pindahan dana dari akaun Bank Rakyat ke akaun Bank Hong Leong). Perbelanjaan keenam-enam biro adalah sebanyak RM89,202.25 (termasuk pindahan dana dari akaun Bank Rakyat ke akaun Bank Hong Leong). Tindakan: Makluman 6.3 Sekolah mempunyai dua akaun iaitu Hong Leong Bank (baki pada 31 Disember2022 ialah RM57,439.76) dan Bank Rakyat (baki pada 31 Disember 2022 ialah RM38,568.20). Tindakan: Makluman


22 | M A T P I B G K E - 2 4 6.4 Aliran keluar atau masuk wang adalah seperti berikut: PENYATA KEWANGAN AKAUN YANG DIAUDIT (TEMPOH BERAKHIR 31 DISEMBER 2022) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2022 ASET SEMASA NOTA JUMLAH (RM) Bank Hong Leong 1 57,439.76 Bank Rakyat 1 38,568.20 Tunai / Wang Panjar 2 544.50 Jumlah 96,552.46 Diwakili Oleh: Dana Terkumpul NOTA JUMLAH (RM) Baki awal tahun Hong Leong Bank 1 5,609.41 Baki awal tahun Bank Rakyat 1 33,122.77 Tunai / Wang Panjar 2 516.00 Lebihan Tahun Semasa 57,304.28 Jumlah 96,552.46


23 | M A T P I B G K E - 2 4 PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Wang Masuk Wang Keluar Tindakan: Makluman Sila rujuk Lampiran Penyata Kewangan 6.5 Encik Amar telah mencadangkan pengesahan laporan kewangan 2022/2023 dan telah disokong oleh Puan Azian Izzawati. Tindakan: Makluman BIRO NOTA Hong Leong Bank Bank Rakyat Petty Cash Jumlah (BIRO) Biro Kewangan 3 22,099.50 15,002.00 466.40 37,567.90 Biro Akademik 4 8,742.70 0 26.20 8,768.90 Biro Prasarana & Alam Sekitar 5 13,829.85 0 0 13,829.85 Biro Kebajikan, Bina Insan & Motivasi 6 18,851.00 0 0.00 18,851.00 Biro Sukan & Kokurikulum 7 4,106.60 0 600 4,706.60 Biro Komunikasi 8 4,408.00 0 1,070 5,478.00 Jumlah 72,037.65 15,002.00 2,162.60 89,202.25 Lebihan Tahun Semasa 57,304.28 BIRO NOTA Hong Leong Bank Bank Rakyat Petty Cash Jumlah (BIRO) Biro Kewangan 3 89860.00 20447.43 2000.00 112307.43 Biro Akademik 4 7,010.00 0 0.00 7,010.00 Biro Prasarana & Alam Sekitar 5 24,950.00 0 0 24,950.00 Biro Kebajikan, Bina Insan & Motivasi 6 2,000.00 0 191.10 2,191.10 Biro Sukan & Kokurikulum 7 48.00 0 0 48.00 Biro Komunikasi 8 0.00 0 0 0.00 Jumlah 123868.00 20447.43 2191.10 146,506.53


24 | M A T P I B G K E - 2 4 7.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL 7.1 Jawatankuasa telah menerima 10 usul untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23 yang bertarikh 10 Jun 2023. Namun begitu, hanya usul yang disertai dengan kehadiran akan dibincangkan. Berikut adalah usul-usul yang telah dibincangkan. Nama Ibu Bapa/Penjaga SITI BALQIS ABDUL RAZAK Nama anak AZHRY MUZAFFAR BIN MOHD KHAIRUDIN (5 SABAR) Usul/Cadangan 1 Kafa class after school. Jawapan GPK Pentadbiran menyatakan hasil kaji selidik dengan sekolah yang lain. Kekangan infrastruktur yang akan melibatkan sesi pagi, pentadbiran yang berbeza, tanggungjawab pengurusan dan baik pulih serta kapasiti guru tidak memungkinkan untuk pelaksanaan KAFA. Nama Ibu Bapa/Penjaga CHONG MENG KIONG Nama anak CHONG JHIN WENG (1 KREATIF) Usul/Cadangan 2 Penambahan kabinet di kelas untuk penyimpanan buku teks sekolah. Jawapan YDP PIBG memaklumkan bahawa jadual seperti yang dinyatakan oleh KPM adalah sebanyak empat mata pelajaran sehari. Ini juga merupakan Langkah untuk menangani isu beg berat. Oleh itu, murid hendaklah mengikut jadual. Beliau turut menambah bahawa perbincangan hendaklah dilakukan bersama guru kelas. GPK HEM turut menyatakan bahawa SKSH tiada dalam senarai sekolah yang diberikan loker oleh pihak KPM. Beliau mencadangkan agar pihak ibu bapa prihatin serta dapat membantu anak-anak dengan hanya membawa buku mengikut jadual. Tegas beliau juga, buku teks hendaklah dijaga dengan baik dan tidak ditinggalkan dalam meja di dalam kelas. Nama Ibu Bapa/Penjaga MOHAMAD AZWAN BIN YUSSOF Nama anak MAWAR AISHA BINTI MOHAMAD AZWAN (1 SABAR) Usul/Cadangan 3 Penyediaan loker untuk penyimpanan buku. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 2.


25 | M A T P I B G K E - 2 4 Nama Ibu Bapa/Penjaga HARITH AZIZI BIN AZIZAN Nama anak HARITH ADAM BIN HARITH AZIZI (1 KREATIF) Usul/Cadangan 4 Penambahbaikan fasiliti di dalam kelas (terutama kipas angin dan locker/rak simpanan buku). Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 2 Biro Prasarana Sesi 2022/2023 melakukan pemantauan sebulan sekali bagi memastikan kipas angin berfungsi. Tinjauan akhir sebelum MAT mendapati kipas angin berfungsi dengan baik. Nama Ibu Bapa/Penjaga NUR KHAIRINA KAMARUN HAMIDY Nama anak MUHEMMED KAISER EMIR BIN KASHFI EMIR (1 KREATIF) Usul/Cadangan 5 (1) Toilet – a) Kebersihan sangat menyedihkan. Mungkin sekolah boleh tambah bilangan cleaner. b) Ada yang pintu dah tercabut/tak boleh kunci. c) Flush rosak. d) Fix lampu yang berkelip/hampir malap. e) Tempat sabun ada tapi rosak. Jawapan YDP PIBG memaklumkan sekolah mempunyai murid seramai lebih kurang 700 orang. Purata penggunaan sehari adalah di antara 30-40 kali bagi setiap kubikel. Sebanyak RM3600 sudah dibelanjakan untuk infrastruktur tandas pada tahun 2022 oleh pihak PIBG. Beliau juga berpendapat dana PIBG tidak boleh digunakan untuk tandas sahaja. YDP PIBG meminta pihak ibu bapa dan penjaga merujuk kepada usul penubuhan dana khas untuk infrastruktur (Usul/Cadangan 9). Cadangan ini disokong dan matlamat utama hanyalah berfokus kepada penambahbaikan infrastruktur seperti tandas. Dana ini secara tidak langsung dapat mengelakkan proses membaik pulih mengambil masa yang panjang. Tambahan, dana infrastruktur ini akan dibuka sepanjang tahun dan bukanlah paksaan. Ibu bapa turut diingatkan untuk memberitahu anak-anak


26 | M A T P I B G K E - 2 4 untuk menjaga keselamatan dan infrastruktur tandas. Pihak PIBG telah menjalankan program “Toilet Talk” bagi meningkatkan tahap kesedaran dan cakna murid tentang penggunaan tandas yang betul. PIBG juga akan memastikan penggunaan senarai semak di setiap kubikel seperti di tandas awam. Usul/Cadangan 5 (2) Seluar sukan - Tambah supply utk murid baru (darjah 1) size 30/32/33. Jawapan GPK Kokurikulum memaklumkan stok baju sukan untuk semua saiz telah ada dan sebarang urusan bolehlah berjumpa terus dengan beliau di pejabat. Usul/Cadangan 5 (3) Bilik darjah. a) Sediakan locker/compartment dalam class untuk bukubuku yang tak perlu bawa pulang. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 2. Usul/Cadangan 5 (4) Keadaan sekeliling a) Jalan laluan tepi kolam - agak bahaya. Murid banyak yang terjatuh sebab batu-batu jalan tidak rata/rosak b)Sesetengah longkang tepi dewan besi/grill dah patah/bengkok. Harap dapat ditukar segera. c) Padang - Antara padang dan tangga besar ada gap yang agak luas. Untuk keselamatan anak-anak , boleh tambah cover grill/longkang. Jawapan YDP PIBG memaklumkan kepada ibu bapa penjaga yang hadir bahawa tempat-tempat yang dinyatakan ini memerlukan kos menaik taraf yang tinggi dan masih dalam proses untuk mencari dana. Nama Ibu Bapa/Penjaga SHAHAIZA Nama anak AMMAR BIN YUSUF (1 KREATIF) Usul/Cadangan 6 Locker, toilet, keliling sekolah. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 2, Usul/Cadangan 5 (1), Usul/Cadangan 5 (4). Nama Ibu Bapa/Penjaga PUTERI NADIA MOHD AZALI Nama anak ZETTY NAFEESA BINTI ZULKHAIRI (1 SABAR) Usul/Cadangan 7 Toilet cleanliness.


27 | M A T P I B G K E - 2 4 Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 5 (1). Nama Ibu Bapa/Penjaga ILI HANIM Nama anak NOAH AFRAZ (1 SETIA) Usul/Cadangan 8 (1) Buat locker di dalam class untuk simpan buku-buku untuk kurangkan berat beg sekolah. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 2. Usul/Cadangan 8 (2) Menambah aircond/kipas untuk murid selesa. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 4. Usul/Cadangan 8 (3) Kantin - Tambah tempat basuh tangan, tambah tong sampah, kipas not working, sanitizer harus ada bersama sabun basuh tangan. Jawapan Penambahan sinki basuh tangan masih di dalam tempoh menunggu pelaksanaannya. Kipas telah dibaiki, tong sampah telah ditambah oleh pihak kantin. Pekerja pembersihan akan diingatkan untuk sentiasa memastikan sabun adalah mencukupi. Nama Ibu Bapa/Penjaga SHARIZAL SHAARANI Nama anak ARYA AZLIN SHARIZAL (1 KREATIF) Usul/Cadangan 9 Penubuhan jawatankuasa dana khas untuk membaiki/pembersihan tandas, air-cond dan kipas sekolah untuk kesihatan anak murid. Jawapan Sudah dijawab. Rujuk Usul/Cadangan 5 (1). Tambahan makluman, Biro Prasarana sentiasa mengalualukan semua ibu bapa dan penjaga untuk menyumbang wang, berkongsi idea serta tenaga untuk membantu usaha penyelenggaraan. Nama Ibu Bapa/Penjaga KELLY KHAW PHAIK LIAN Nama anak NAEYM BIN IDHAM (3 KREATIF) Usul/Cadangan 10 Saya cadangkan untuk sekolah menyediakan tong sampah kitar semula di sekitar sekolah. Jawapan Usul ini telah diangkat dan pihak PIBG akan melabur serta memastikan program ini berjalan lancar.


28 | M A T P I B G K E - 2 4 7.2 Kutipan Sumbangan PIBG YDP PIBG membentangkan cadangan bayaran tambahan pada tahun 2023. Jumlah Sumbangan Tabung PIBG adalah sebanyak RM70.00 bagi setiap keluarga serta RM40.00 bagi setiap murid. a) Keperluan Semua Murid BIL BUTIRAN JUMLAH BAYARAN 2023 BAYARAN 1 Program Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pengendalian Ujian Dalaman Sekolah RM 10.00 Tahun 1-6 2 Program Pembangunan Sukan dan Kokurikulum RM 10.00 Tahun 1-6 3 Program Pembangunan Sahsiah/ Moral Murid RM 10.00 Tahun 1-6 4 Bayaran Penyelenggaraan IT RM 10.00 Tahun 1-6 JUMLAH BAYARAN RM 40.00 b) Sumbangan Tabung PIBG BIL BUTIRAN JUMLAH BAYARAN 2023 BAYARAN 1 Keperluan Semua Murid RM 40.00 Keperluan setiap murid 2 Sumbangan Tabung PIBG RM 70.00 Satu setiap keluarga JUMLAH BAYARAN KESELURUHAN RM 110.00 Cadangan untuk sumbangan PIBG dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa semasa Mesyuarat Agung Tahunan. 8.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA KERJA PIBG SESI 2022/2023 DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA SESI 2023/2024 8.1 Mengikut perlembagaan dan Agenda Mesyuarat Agung, Yang Dipertua PIBG, Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah telah membubarkan Jawatankuasa Kerja sesi 2022/2023. Tindakan: Makluman


29 | M A T P I B G K E - 2 4 8.2 Encik Mohammad Rosidi bin Kahar diamanahkan memimpin majlis selaku pengerusi sementara. Tindakan: Makluman 8.3 Pemilihan Jawatankuasa Kerja sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: JAWATAN NAMA JUMLAH UNDIAN Yang Dipertua PIBG Puan Nuur 'Izzah binti Abdullah Menang Majoriti Naib Yang Dipertua PIBG Encik Sharizal bin Shaarani Encik Sharizal mendapat undian kedua tertinggi selepas Puan Izzah. Puan Puteri Nadia mencadangkan agar beliau dilantik sebagai Naib Yang Dipertua. Encik Joshua mencadangkan agar Encik Sharizal dilantik terus sebagai NYDP dan disokong oleh Encik Syed Mukri. Setiausaha Kehormat Munirah binti Azmi Dilantik oleh pihak sekolah dan disahkan dalam Mesyuarat Agung Naib Setiausaha Kehormat Che Fauziah binti Che Aziz Bendahari Kehormat Zarina binti Ishak Naib Bendahari Kehormat Nurlaila binti Ismail AJK Guru Ahmad Khairul bin Mohammad Taupik Marlina binti Ibrahim Mohd Kamal bin Mohd Yusoff Nur Syamimi binti Takhaiyudin Zainida Nur Afrina binti Mohd Zainuri Zakhirul Nurmunirah binti Zulkipli


30 | M A T P I B G K E - 2 4 AJK Ibu Bapa Anis binti Tairuddin Baharudin bin Othman Kelly Khaw Phaik Lian Maria binti Hisham Norfadhilah binti Tan Syahrul Nizam bin Dzafaruddin Sukarela mencadangkan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut KSIB Harith Azizi bin Azizan Hasfariza binti Hassan Nur Khairina binti Kamarun Hamidy Puteri Nadia binti Mohd Azali Tan Su Ee Sukarela mencadangkan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Juruaudit Dalaman Arina Husna binti Abd Majid Malarselvi A/P Sanmugam Sukarela mencadangkan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Pemegang Amanah Adeline Lim Siu Ping Sherizan binti Shahadan Sukarela mencadangkan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut. 8.4 Dengan ini, tanda tangan Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah selaku YDP PIBG 2023/2024 bersama-sama Bendahari Kehormat, Puan Zarina binti Ishak dan Setiausaha Kehormat, Cik Munirah binti Azmi masih dikekalkan. Mandat ialah 2/3 daripada tanda tangan berkuatkuasa serta merta bermula 10 Jun 2023. Syarat penanda tangan juga terpakai untuk permohonan I-Biz. 9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-23 SESI 2023/2024 9.1 Ucapan Penangguhan oleh YDP Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PIBG kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk memimpin PIBG SK Seri Hartamas pada sesi yang seterusnya. Beliau berharap semua ahli agar sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam aktiviti yang akan


31 | M A T P I B G K E - 2 4 Disemak Oleh: ……………………………………………………. (NUUR ‘IZZAH BINTI ABDULLAH) Yang Dipertua PIBG SK Seri Hartamas 2022/2023 Disediakan Oleh: ……………………………………………………. (MUNIRAH BINTI AZMI) Setiusaha Kehormat SK Seri Hartamas 2022/2023 dijalankan oleh PIBG SK Seri Hartamas. Beliau berharap PIBG akan dapat terus menyumbang khidmat bakti kepada SKSH. Tindakan: Makluman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 SK Seri Hartamas ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari. _________________________________________________________________________________________________________________________


32 | M A T P I B G K E - 2 4 LAMPIRAN PENYATA KEWANGAN NOTA 1: PENYESUAIAN AKAUN BANK PADA 31 DISEMBER 2022 Bank Hong Leong No Akaun 27700004457 BUTIRAN PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) JUMLAH (RM) Baki dibawa pada 1 Jan 2022 5,609.41 5,609.41 Aliran Wang Masuk & Keluar BIRO PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) BAKI (RM) Biro Kewangan 22,099.50 89,860.00 67,760.50 Biro Akademik 8,742.70 7,010.00 -1,732.70 Biro Prasarana & Alam Sekitar 13,829.85 24,950.00 11,120.15 Biro Sukan & Kokurikulum 4,106.60 48.00 -4,058.60 Biro Kebajikan, Bina Insan & Motivasi 18,851.00 2,000.00 -16,851.00 Biro Komunikasi 4,408.00 0.00 -4,408.00 Jumlah 72,037.65 123,868.00 51,830.35 Jumlah Keseluruhan 57,439.76 Baki Setakat 31 Disember 2022 57,439.76 BUTIRAN JUMLAH (RM) Baki dibawa ke hadapan pada 31 Disember 2022 57,439.76 Baki Seperti penyata Pada 31 Disember 2022 57,439.76 Perbezaan -


33 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTA 2: TUNAI / WANG PANJAR BUTIRAN PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) JUMLAH (RM) Baki dibawa pada 1 Jan 2022 516.00 ALIRAN WANG KELUAR & MASUK BIRO PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) BAKI (RM) Biro Kewangan 466.40 2,000.00 1,533.60 Biro Akademik 26.20 0 -26.20 Biro Prasarana & Alam Sekitar 0 0 0 Biro Sukan & Kokurikulum 600.00 0 -600.00 Biro Kebajikan, Bina Insan & Motivasi 0 191.10 191.10 Biro Komunikasi 1,070.00 0 -1070.00 Jumlah 2,162.60 2,191.10 28.50 Jumlah Keseluruhan 544.50 Baki Setakat 31.12.2023 544.50 BUTIRAN JUMLAH(RM) Baki dibawa ke hadapan pada 31 Disember 2022 544.50 Bank Rakyat No Akaun 111391000157 BUTIRAN PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) JUMLAH (RM) Baki dibawa pada 1 Jan 2022 33,122.77 Aliran Wang Masuk & Keluar ITEM PENGELUARAN (RM) SIMPANAN (RM) BAKI (RM) Penyelarasan Dividen 447.43 Pindah dari HL Bank ke Bank Rakyat 20,000.00 Pindah ke HL Bank (Termasuk Bank Charges) 15,002.00 Jumlah 15,002.00 20,447.43 5,445.43 Jumlah Keseluruhan 38,568.20 Baki Setakat 31 Disember 2022 38,568.20 BUTIRAN JUMLAH (RM) Baki dibawa ke hadapan pada 31 Disember 2022 38,568.20 Baki Seperti penyata Pada 31 Disember 2022 38,568.20 Perbezaan -


34 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTA 3: BIRO KEWANGAN Bank Hong Leong No Akaun 27700004457 PENDAPATAN JUMLAH (RM) Pindahan dari Bank rakyat ke HLB 15,000.00 Yuran PIBG 74,860.00 JUMLAH PENDAPATAN 89,860.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Petty Cash 2,000.00 Bank Charges 99.50 Pindahan dari HLB ke akaun Bank Rakyat 20,000.00 JUMLAH PERBELANJAAN 22,099.50 Bank Rakyat No Akaun 111391000157 PENDAPATAN JUMLAH (RM) Penyelarasan Dividen 447.43 Pindahan dari HLB ke akaun Bank Rakyat 20,000.00 JUMLAH PENDAPATAN 20,447.43 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Pindahan dari Bank rakyat ke HLB 15,000 Bank Charges 2.00 JUMLAH PERBELANJAAN 15,002.00


35 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTA 4: BIRO AKADEMIK PENDAPATAN JUMLAH (RM) Hasil Jualan Hari Penyerahan PBD dan Talent Time 7,010.00 JUMLAH PENDAPATAN 7,010.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Duit Kemenangan Pertandingan Rekacipta Fun Teira 500.00 Banner Pembukaan Sekolah & Covid 575.00 Bayar Guru ganti - Nur Farzana 702.00 Sumbangan Fotocopy Bahan Exito 475.00 Folder Anugerah Tokoh Murid 295.00 Warisan Bintang Enterprise - Certificate holder Fail Peribadi Tahun 6 2,048.00 Taklimat PAJSK Jabatan Pendidikan Wilayah 240.00 Hadiah Pertandingan Ucapan Kreatif Hari Guru 440.70 Rental PA SISTEM (Talent Time) 1,500.00 Notice Board for 5 Sabar classroom 1,467.00 Bengkel persediaan menghadapi UASA Tahun 4, 5, 6 526.20 JUMLAH PERBELANJAAN 8,768.90


36 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTA 5: BIRO PRASARANA & ALAM SEKITAR PENDAPATAN JUMLAH (RM) Peruntukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Segambut 24,950.00 JUMLAH PENDAPATAN 24,950.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Kerja baikpulih lampu 250.00 Pembentungan tandas sekolah 1,000.00 Projek naiktaraf bilik Bahasa Cina 4,537.00 Baikpulih tandas Perempuan Block C Level G 2,600.00 Baikpulih pendingin hawa Bilik Media 400.00 Pembelian 14 unit kipas siling dan 4 unit kipas dinding untuk penyeleggaraan kipas di kelas-kelas dan bilik media 3,216.00 Alatan dan bahan Gotong-royong Perdana 2022 & Gotong-royong Astaka 1,826.85 JUMLAH PERBELANJAAN 13,829.85 NOTA 6: BIRO KEBAJIKAN, BINA INSAN & MOTIVASI PENDAPATAN JUMLAH (RM) Sumbangan Korporat Majlis Persaraan Bekas GPK 1 2,000 JUMLAH PENDAPATAN 2,000.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Majlis Perpisahan & hadiah untuk Guru-guru yang berpindah 3,246.00 Sumbangan Korporat Majlis Persaraan Bekas GPK 1 2,000.00 Sumbangan & Hadiah Majlis Persaraan GPK 1 2,300.00 Perbelanjaan Sate & Sewa Kerusi Jamuan Hari Raya 2022 2,380.00 Bayaran mesin air minuman Coway (order no.2990291 & 2990277) 3,036.00 Cenderamata, makanan ringan & minuman Mesyuarat PIBG 2022 915.00 Hamper & makanan Hari Kanak-kanak 2022 4,974.00 JUMLAH PERBELANJAAN 18,851.00


37 | M A T P I B G K E - 2 4 NOTA 7: BIRO SUKAN DAN KOKURIKULUM PENDAPATAN JUMLAH (RM) Sebahagian kecil hasil keuntungan Koko Lunch Sale 48.00 JUMLAH PENDAPATAN 48.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Kejohanan Sukan Olahraga Tahun 2022 1,500.00 Merentas Desa 1,000.00 Tuntutan Guru Pengiring 1,000.00 Tuntutan makanan & minuman atlit 606.60 Wang Insentif kepada atlet Wakil Negeri & Daerah 600.00 JUMLAH PERBELANJAAN 4,706.60 NOTA 8: BIRO KOMUNIKASI PENDAPATAN JUMLAH (RM) - - JUMLAH PENDAPATAN 0.00 PERBELANJAAN JUMLAH (RM) Pembayaran Bil tertunggak Maxis & penamatan perkhidmatan 4,408.00 Bayaran kepada Pengawal lalu lintas 1,070.00 JUMLAH PERBELANJAAN 5,478.00


38 | M A T P I B G K E - 2 4 LAPORAN SETIAUSAHA Perjalanan mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sesi 2023/2024 telah diadakan pada 23 Jun 2023, 17 Ogos 2023, 7 November 2023 dan 25 April 2024. 1.1 Persatuan Ibubapa dan Guru SK Seri Hartamas telah mengadakan Mesyuarat Agung sebanyak 23 kali iaitu pada: • 25 Mei 2001 • 23 Mac 2002 • 29 Mac 2003 • 27 Mac 2004 • 26 Mac 2005 • 25 Mac 2006 • 27 Mac 2007 • 22 Mac 2008 • 27 Mac 2009 • 28 Mac 2010 • 05 Mac 2011 • 25 Februari 2012 • 25 Februari 2013 • 15 Februari 2014 • 07 Mac 2015 • 05 Mac 2016 • 25 Februari 2017 • 10 Februari 2018 • 23 Februari 2019 • 15 Februari 2020


39 | M A T P I B G K E - 2 4 • 02 Oktober 2021 • 25 Jun 2022 • 8 Jun 2023 • 10 Jun 2024 1.2 Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 bermula selepas dilantik semasa Mesyuarat Agung kali ke-24 pada 10 Jun untuk tempoh 11 bulan 28 hari. Barisan AJK Kerja ini bermesyuarat mengikut takwim yang telah ditetapkan dan juga mengikut keadaan masa yang perlu. JAWATAN NAMA PENASIHAT PIBG SK SERI HARTAMAS: Puan Sazarena binti Ahmad YDP PIBG SK SERI HARTAMAS : Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah@Mustafa NYDP PIBG SK SERI HARTAMAS : En. Sharizal bin Shaarani : Pn. Adeline Lim Siu Ping (Bermula November 2023) SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Munirah binti Azmi NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : Puan Che Fauziah binti Che Aziz BENDAHARI KEHORMAT : Puan Zarina binti Ishak NAIB BENDAHARI KEHORMAT : Cik Nurlaila binti Ismail AJK IBU BAPA : Puan Anis binti Tairuddin : Encik Baharudin bin Othman : Puan Kelly Khaw Phaik Lian : Puan Maria binti Hisham : Encik Syahrul Nizam bin Dzafaruddin JURUAUDIT : Puan Arina Husna binti Abd Majid : Puan Malarselvi A/P Sanmugam PEMEGANG AMANAH : Puan Sherizan binti Shahadan AJK GURU : Encik Ahmad Khairul b. Mohammad Taupik : Puan Marlina binti Ibrahim : Encik Mohd Kamal bin Mohd Yusoff


40 | M A T P I B G K E - 2 4 : Cik Nur Syamimi binti Takhaiyudin : Puan Zainida Nor Afrina binti Mohd Zainuri : Puan Zakhirul Nurmunirah binti Zulkipli 2. Barisan jawatankuasa kerja PIBG pada tahun ini diterajui oleh Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah@Mustafa telah membentuk beberapa biro utama. Biro-biro tersebut adalah: 2.1 Biro Akademik Puan Maria binti Hisham Puan Zainida Nor Afrina binti Mohd Zainuri Objektif: Membantu pihak sekolah dalam mempertingkatkan lagi pencapaian akademik sahsiah diri murid ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan samada di peringkat sekolah, daerah, negeri serta negara. 2.2 Biro Prasarana & Alam Sekitar Encik Baharudin bin Othman Puan Kelly Khaw Phaik Lian Encik Mohd Kamal bin Mohd Yusoff Objektif: Membantu pihak sekolah untuk menyedia, menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan asas dan kemudahan fizikal sekolah. Memastikan program kitar semula dijalankan. 2.3 Biro Sukan & Kokurikulum Puan Anis binti Tairuddin Encik Ahmad Khairul bin Mohammad Taupik Cik Nur Syamimi binti Takhaiyudin Objektif: Membantu pihak sekolah untuk mempertingkatkan lagi prestasi sukan dan kokurikulum. Membantu menjayakan Hari Sukan Tahunan serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan baik dan cemerlang. 2.4 Biro Komunikasi Puan Adeline Lim Siu Ping Puan Marlina binti Ibrahim Objektif: Memperbaiki dan memantapkan lagi saluran komunikasi antara pihak guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa.


41 | M A T P I B G K E - 2 4 2.5 Biro Kebajikan, Sosial & Bina Insan Encik Syahrul Nizam bin Dzafaruddin Puan Zakhirul Nurmunirah binti Zulkipli Objektif: Membantu menyusun program yang meransang nilai-nilai murni dan pembangunan sahsiah diri serta memberi bimbingan dan khidmat kaunseling. 2.6 Biro Kewangan Puan Nuur ‘Izzah binti Abdullah@Mustafa Puan Zarina binti Ishak Cik Nurlaila binti Ismail Objektif: Menjana dana dan pengurusan kewangan untuk menjayakan aktiviti dan program yang telah dirancangkan oleh PIBG dan pihak sekolah.


42 | M A T P I B G K E - 2 4 PROGRAM DAN AKTIVITI PIBG & SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2023/2024 1. Beberapa program dan aktiviti rasmi sekolah telah dibantu oleh PIBG dari segi pembiayaan, perbelanjaan dan tenaga kerja. Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut: BIL AKTIVITI 1. Kempen Sumbangan Alat Tulis 2023 2. Bengkel Persediaan UASA 3. Fail Graduasi Tahun 6 4. Majlis Apresiasi 2022/2023 5. Sesi Sembang Santai bersama PIBG, Pentadbir dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) 6. Gotong-royong Perdana 2023 7. Paip pecah 8. Kitar Semula 9. Gotong-royong Madani 2024 10. Pemasangan Bidai 11. Penggantian Unit Penghawa Dingin di Makmal Komputer 12. Persediaan menghadapi Gangguan Bekalan Air 13. Kerosakan-kerosakan yang telah diganti/diselesaikan 14. Kerjasama dengan Unit Sukan & Ko-kurikulum dalam Pelaksanaan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan dan Kejohanan Merentas Desa 15. Dana Tabung Pembangunan Sukan dan Kokurikulum 16. Pelaksanaan Belanjawan Sukan dan Kokurikulum 17. Pembelian Podium dan Bip Berwarna 18. Poster 19. Komunikasi Berterusan 20. Pembelian Sistem Siar Raya 21. Bayaran kepada Pengawal Keselamatan 22. Ziarah Cakna, Bantuan Kecemasan & Pemberian Duit Raya 23. Sambutan Hari Kanak-kanak 24. Dana Baitulmal 25. Talent Time 2023/2024 26. Jualan Gambar Kelas 27. Dana ICU JPM


43 | M A T P I B G K E - 2 4 2. Pelaksanaan aktiviti setiap biro 2.1 Biro Akademik 1) Kempen Sumbangan Alat Tulis 2023 PIBG telah menjalankan Kempen Sumbangan Alat Tulis bagi memenuhi hasrat pihak sekolah untuk menyediakan kotak alat tulis lengkap dalam setiap kelas bagi mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Ibu bapa berbesar hati menyumbang alat tulis seperti pensel, pemadam, pembaris, pensel warna serta sumbangan dałam bentuk wang tunai. Kempen ini dijalankan dari 3 hingga 9 Ogos 2023. Hasil sumbangan dibahagikan kepada setiap kelas melalui guru kelas masing-masing. 2) Bengkel Persediaan UASA PIBG telah membiayai Bengkel Pendedahan Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada bulan November dan Disember 2023 melibatkan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.


44 | M A T P I B G K E - 2 4 Program ini bertujuan untuk mendedahkan format terbaharu dan teknik menjawab UASA kepada Murid Tahap Dua. Setiap panitia telah menjemput penceramah luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Program yang melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 ini telah diadakan di Dewan Peperiksaan SK Seri Hartamas secara bersemuka. 3) Fail Graduasi Tahun 6 Seperti tahun-tahun sebelumnya, PIBG menyumbangkan dana untuk fail graduasi murid Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah. Fail ini diberikan kepada setiap murid semasa Majlis Graduasi Tahun 6 yang berlangsung pada 31 Januari 2024 di Hotel Eastin Kuala Lumpur.


45 | M A T P I B G K E - 2 4 4) Majlis Apresiasi 2022/2023 PIBG telah menyumbangkan dana untuk Majlis Apresiasi 2023/2024 yang telah diadakan pada hari Rabu, 7 Februari 2024. Majlis bertujuan untuk meraikan murid-muridyang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. 5) Sesi Sembang Santai bersama PIBG, Pentadbir dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Program Transisi Tahun 1 bermula pada Isnin, 11 Mac 2024. Pihak PIBG turut serta menyambut kedatangan murid-murid Tahun 1 bersama ibu bapa masing-masing. PIBG bersama pihak pentadbir serta PPS telah mengadakan sesi beramah mesra bersama ibu bapa murid Tahun 1 dan memberi sedikit penerangan mengenai tatacara sekolah, serta menjawab soalan-soalan daripada pihak ibu bapa.


46 | M A T P I B G K E - 2 4 2.2 Biro Prasarana & Alam Sekitar 1) Gotong-royong Perdana 2023 Program telah dijalankan pada 8 Julai 2023. Kawasan buletin telah diberi nafas baharu dengan membuang hiasan lama dan dinding telah dicat. 20 pasu baharu dan pokok baharu dibeli untuk ditanam. Pihak bomba telah membantu membersihkan longkang kantin sekolah yang diselaputi tanah. Bahu jalan dan struktur telah dicat. 2) Paip pecah Pada 10 Julai 2023, paip besar di kawasan pondok pengawal keselamatan telah mengalami kebocoran. Usaha kontraktor menggunakan cara kelim dan kimpal untuk menutup kebocoran tersebut tidak berhasil kerana tekanan air yang kuat menyebabkan air masih bocor. Pihak PPD telah mengadakan lawatan berkenaan isu ini dan menguruskan pembaikan dengan menggantikan paip baharu.


47 | M A T P I B G K E - 2 4 3) Kitar Semula Selepas pelaksanaan gotong-royong mini pusat sumber SKSH, terdapat banyak buku untuk dilupuskan. Pada 5 Oktober 2023, Murid Tahun 6 telah membantu untuk aktiviti ini. Hasil kitar semula, RM407.43 telah dimasukkan ke dalam akaun PIBG. 4) Gotong-royong Madani 2024 Aktiviti gotong-royong diadakan pada setiap tahun dan dijayakan oleh guru, murid, ibu bapa, pekerja sekolah dan juga dengan bantuan pihak bomba. Pada tahun 2024, ia telah dijalankan pada 11 Mei 2024 dan terdapat lapan kawasan sekolah yang difokuskan iaitu perpustakaan mini, pusat sumber sekolah, kawasan tandas murid, kawasan pintu masuk sekolah, astaka, kantin, kaki lima dan surau. Jabatan Landskap DBKL juga telah bersetuju untuk menyumbang satu bucket tanah berserta 100 pokok renek untuk tujuan penanaman pokok bunga.


48 | M A T P I B G K E - 2 4 5) Pemasangan Bidai Sebanyak 7 bidai telah dipasang di dewan sekolah untuk melindungi murid daripada sinaran cahaya matahari. 6) Penggantian Unit Penghawa Dingin di Makmal Komputer Penghawa dingin yang telah rosak di Makmal Komputer telah digantikan dengan dua unit penghawa dingin berkuasa 4hp. 7) Persediaan menghadapi Gangguan Bekalan Air Pada tahun 2023 para ibu bapa telah memberikan sumbangan wang untuk membantu sekolah menghadapi gangguan bekalan air. Sebuah tangki bersaiz 650 liter telah dibeli menggunakan wang sumbangan tersebut serta 8 baldi, 8 gayung dan 4 tong air berpili untuk memudahkan pelajar membasuh tangan.


49 | M A T P I B G K E - 2 4 8) Kerosakan-kerosakan yang telah diganti/diselesaikan i- Pagar Sekolah ii- Rel tangga kambing iii- Penutup longkang (bengkok) iv- Penutup longkang


Click to View FlipBook Version