The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN MAKKAH AL MUKARRAMAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Laili Razali, 2023-01-31 08:59:53

MODUL 1

PENGENALAN MAKKAH AL MUKARRAMAH

KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy’aral Haram (di Muzdalifah). Dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepada kamu, dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Lambang kebesaran agama Allah meliputi kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina Surah Al Baqarah : Ayat 198 AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Peristiwa di Padang Arafah mengingat kembali dimana Nabi Adam AS dan Siti Hawa diturunkan ke bumi dari syurga kerana ingkar perintah Allah SWT dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia dan mengambil masa yang lama untuk bertemu kembali. PADANG ARAFAH AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Padang Arafah : Tempat berwuquf pada 9 Zulhijjah Arafah ada 2 makna iaitu : Mengetahui Pertemuan Tempat berwuqufnya Nabi SAW (Jabal Rahmah) Dari segi Geografinya ialah : Keluasan : 13km persegi (anggaran) Jarak jauh : dari Makkah melalui jalan asal 21.9km Lambang kebesaran agama Allah meliputi kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina PADANG ARAFAH AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Kawasan yang terletak antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram iaitu tempat mengutip anak batu untuk melontar jamrah. Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah diminta untuk berada di Muzdalifah dan bermalam di sana hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. MUZDALIFAH AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Muzdalifah (Masy’aril Haram) Tempat bermabit pada malam 10 Zulhijjah. Terletak di antara Arafah dan Mina. Dari Arafah 8km. MUZDALIFAH AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 km dari kota Makkah dan tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Menjadi tempat Nabi Ibrahim AS melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih Nabi Ismail AS dan pelaksanaan melontar jamrah. Pelaksanaan melontar jamrah berlaku kerana Nabi Ibrahim AS diuji oleh syaitan. Lalu, Nabi Ibrahim AS melempar syaitan itu dengan batu. Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap jemaah untuk melempar jamrah semasa mengerjakan haji. MINA AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


KAWASAN MASYA’IR HAJI MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH Tempat berkumpul dan bermalam pada hari-hari Tasyrik. Dari segi Geografi : Dari Makkah 7km. Jarak di antara Jamrah sekitar 500m. Purata keluasan Mina anggaran sekitar 7.8km. Terdapat 2 buah bukit di kiri dan kanan kawasan Mina. MINA AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


MINA MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH JABAL QUBAIS Gunung atau bukit yang terletak di sebelah timur Makkah yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Menjadi saksi beberapa sejarah : pembuktian salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW, iaitu terbelahnya bulan. Kafir Quraisy meminta Nabi Muhammad SAW membuktikan kenabiannya agar baginda SAW membelah bulan. Dengan kekuasaan Allah SWT, bulan itu terbelah menjadi dua dengan tunjukan jari baginda SAW. Peristiwa ini disaksikan oleh kaum musyrikin Makkah, belahan pertama berada di atas Jabal Qubais, dan belahan kedua bergerak ke arah Jabal Qaiu’an atau Qu’aiqu’an yang terletak berhadapan bukit Marwah. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH RUMAH AL-ARQAM (Darul Arqam Bin Abi Al-Arqam) Sebelum Islam tersebar, Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi di salah satu rumah sahabat. Rumah pertama yang dipakai menyampaikan risalah Islam adalah rumah anak muda bernama Arqam bin Abi Arqam. Rumah Al-Arqam berada di tempat tersembunyi di bukit Safa. Di sinilah, Rasulullah SAW mula berdakwah dan mendirikan solat bersama para sahabat yang beriman. Selepas Sayyidina Umar al-Khattab memeluk Islam, barulah umat Islam beramai-ramai mendirikan solat di Masjidil Haram. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH RUMAH KELAHIRAN RASULULLAH Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun 571 Masihi di rumah datuknya, Abdul Muthalib yang kini menjadi perpustakaan. Ia terletak di Syuaib Ali di perkampungan Suqul Lail jalan al-Malik. Perpustakaan itu diberi nama Maktabah Makkah Mukarramah. Keputusan menjadikan Maulid Nabi Muhammad SAW sebagai perpustakaan adalah bertujuan melindungi akidah serta keyakinan umat Islam daripada syirik kepada Allah SWT. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH PERKUBURAN MA’LA Pemakaman keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah SAW, kemudian dijadikan sebagai pemakaman umum. Ia juga dikenali dengan nama Jannatul Ma’la bermaksud syurga al-Ma’la. Perkuburan ini terletak sekitar 1-2 km arah utara dari Masjidil Haram. Al-Ma’la terbentang di dataran tinggi bukit Jabal As-Sayyidah, perkampungan Al-Hujun. Di sinilah bersemadinya isteri Rasulullah SAW, Sayyidatina Khadijah, para sahabat dan para tabi’in yang wafat di Makkah. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH MASJID JIN Masjid Jin terletak tidak jauh dari perkuburan Ma’la. Masjid Jin juga disebut dengan Masjid Al Bai’ah. Nama masjid ini diambil dari suatu peristiwa yang berhubungan dengan para bangsa jin. Nabi Muhammad SAW menulis surat ke Ibnu Mas’ud ketika menerima rombongan jin yang ingin membaiat dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW memujuk jin-jin untuk memeluk agama Islam. Surah Jin diturunkan merujuk kepada peristiwa ini dan memberitahu akan peristiwa alam ghaib. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH MASJID SYAJARAH Masjid pokok adalah sebuah masjid di Makkah yang terletak tidak jauh daripada Masjidil Haram ke arah Rozzah (padang Arafah). Tempat Nabi Muhammad SAW dikunjungi beberapa orang Arab. Mukjizat yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah boleh berbicara dengan pokok. Dikisahkan, Nabi Muhammad SAW memanggil sebuah pohon yang terletak di Masjid Syajarah, lalu pohon tersebut berjalan mendekatinya. Kemudian, Nabi Muhammad SAW meminta pohon itu kembali semula ke tempat asalnya AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH PERKAMPUNGAN BANI HASHIM Kerajaan Bani Hashim bertapak di Jordan, adalah daripada keturunan Rasulullah SAW. Ini berlaku dengan terjadinya pemulauan perkampungan Bani Hashim. Ia adalah sebuah peristiwa pemboikotan bertujuan meletakkan tekanan terhadap Bani Hashim supaya menarik semula perlindungan terhadap Nabi Muhammad SAW. Ia juga mengisytiharkan bahawa tiada sesiapa boleh berkahwin atau menerima wanita serta tidak boleh berjual beli dengan mereka. Akhirnya, pemboikotan yang berlangsung selama tiga tahun dimansuhkan kerana rakyat Makkah berasa kasihan akan penderitaan terhadap Bani Hashim. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH MASJID JA’RANAH Nama sebuah perkampungan Wadi Saraf (lembah Saraf) yang dikelilingi bukit-bukit batu dan terletak kira-kira 20-25 kilometer dari Makkah. Digunakan untuk miqat dan berihram bagi penduduk Makkah. Di sini juga, Rasulullah SAW pernah meninggalkan para tawanan dan harta rampasan perang yang diambilnya dari Hawazin, dalam peperangan Hunain pada 8 Hijrah. Utusan Hawazin datang memohon kepada Rasulullah SAW agar membebaskan para tawanan. Di Ja’ranah juga, Rasulullah SAW berihram dan mengerjakan umrah pada malam itu dan menyuruh para tentera untuk kembali ke Madinah. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH JABAL NUR Sebuah bukit kira-kira tiga kilometer dari Masjidil Haram, di sebelah kiri jalan ke Arafah. Terletaknya Gua Hira yang menjadi tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW saat menerima wahyu pertama dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Di sinilah tempat Nabi Muhammad SAW sering beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT selama tiga tahun. Pada 17 Ramadhan, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW iaitu Surah al-Alaq ayat 1-5, yang meletakkan diri baginda SAW sebagai rasul. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH JABAL TSUR Gunung tertinggi di kota Makkah terletak kira-kira 5 km dari kota Makkah dan memiliki 3 puncak yang bersambung dan berdekatan. Tempat Rasulullah SAW dan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi selama tiga hari, berlindung dari ancaman kafir Quraisy sebelum berhijrah ke Madinah. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH JABAL RAHMAH Berada di bahagian timur Padang Arafah di kota Makkah. Di Lembah Jabal Rahmah, berlaku tiga peristiwa agung melibatkan tiga Nabi Allah SWT. Peristiwa pertama adalah pertemuan Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Peristiwa kedua adalah kisah mimpi Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih putera kesayangan baginda, Nabi Ismail AS Peristiwa ketiga adalah turunnya wahyu Allah S.W.T yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH MUZIUM AL AMOUDI Terletak di daerah pinggiran Makkah, berdekatan El Shimeisi dan mengambil masa 15 minit dari Masjidil Haram jika menaiki kenderaan. Nama muzium ini diambil sempena dengan nama pemiliknya, Abu Bakar Al Amoudi. Dari luar, reka bentuk Muzium Al Amoudi dibina menyerupai benteng kubu Arab lama dan mempunyai keunikan tersendiri. Muzium ini lengkap dengan peradaban dan kelengkapan kehidupan masyarakat Arab di zaman dahulu. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH KOTA TAIF (Bumi Barakah, Bukti Kasih Rasulullah) AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM) MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH KOTA TAIF Kesabaran Rasulullah SAW teruji dengan layanan buruk penduduk Taif terhadap usaha baginda menyebarkan dakwah. Bukan sahaja pelawaan Baginda SAW ditolak secara hina, malah dihambur dengan kata-kata kesat. Paling menyedihkan penduduk Taif berhimpun dan membaling batu dan kayu ke arah Nabi SAW serta sahabatnya, Zaid bin Harithah sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka. Menyusuri peristiwa sedih itu, Allah SWT menghantar dua malaikat menjaga bukit dan gunung untuk melenyapkan seluruh penduduk Taif, namun Baginda SAW tetap bersabar dan tidak mahu berbuat demikian. Betapa indahnya keperibadian dan kasih baginda, baginda berdoa kepada Allah SWT supaya generasi seterusnya yang lahir di bumi itu menjadi orang beriman dan tidak mensyirikkan Allah SWT. Berkatnya doa baginda, Kota Taif atau dikenali sebagai Kota Mawar kerana keharuman bunga mawar yang tumbuh subur di wadi dan pergunungan, menjadikan ia sebuah daerah pertanian terpenting di Arab Saudi. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH KOTA TAIF Kilang minyak wangi dari sumber bunga mawar yang hidup subur di kawasan pergunungan. Kilang minyak wangi Rashid Husain al-Qorashei di antara kilang penghasilan minyak wangi yang terkenal. Pengunjung berpeluang melihat bagaimana penghasilan minyak wangi secara tradisional dan moden. Antara produk yang dihasilkan ialah haruman minyak wangi berkualiti tinggi dan mengatasi jenama terkenal luar negara , air bunga ros dan sabun. (Kilang Minyak Wangi) AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH KOTA TAIF (Pasar Buah Taif) Disebabkan kesuburan bumi Taif, tanaman buah-buahan menjadi sumber ekonomi terpenting. Saiz buahan-buahannya besar, rasanya berbeza, lebih lazat dan bersari. Buah-buahan seperti anggur dan strawberry tidak sesuai dibawa pulang ke Malaysia, ianya sesuai dimakan di hotel sahaja kerana dikuatiri kualitinya akan terjejas. Sekiranya ingin membawa pulang, dicadangkan membeli buah delima kerana kulitnya tebal dan tahan lasak. Harga sekotak buah delima di antara 20 ke 25 Riyal dan mengandungi 10 biji bersaiz besar. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


UMRAH ZIARAH MAKKAH MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH KOTA TAIF (Pasar Besar Pekan Lama Taif) AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM) Sekiranya singgah ke sini pasti rambang mata melihat puluhan kedai menjual pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, barangan kemas, herba dan banyak lagi Kepada peminat madu asli di sinilah syurganya. Lambaian peniaga dan sapaan mesra sambil menghulurkan sesudu kecil madu segar pasti menambat hati Harga bukan ukuran tetapi kualiti dan khasiatnya pasti disukai terutamanya kaum adam yang mahu mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman Begitulah Kota Taif, sebuah kota yang bersuhu diantara 8-23 darjah celsius pada ketinggian 1,879 meter dengan keluasan 800 kilometer persegi ini seharusnya dikunjungi


KESIMPULAN MODUL 1 PENGENALAN TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH 1. Tanah Suci Makkah merupakan tempat bersejarah sejak zaman Nabi Adam A.S dan Rasul-Rasul terdahulu 2. Tanah Haram di Makkah mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan para jemaah perlu menjaga adab ketika berada di sana 3. Terpilih sebagai Dhuyufurahman adalah nikmat yang wajib disyukuri dan bersabar di atas segala kesukaran 4. Kawasan ibadat haji meliputi Masyair iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina 5. Ziarah Makkah dan tempat bersejarah di sekitarnya adalah untuk mencontohi perjuangan baginda Rasulullah S.A.W. AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM)


AKADEMI MUTAWWIF MESIR (AMM) Hadirku sebagai Dhuyufurrahman, Kembaliku dengan Kemabruran. Semoga Semua Bakal Jemaah Yang Dikasihi Diberikan Oleh Allah SWT Kesabaran & Ketenangan Serta Didoakan Mendapat Sebaik-baik Ganjaran Haji Yang Mabrur & Umrah Yang Maqbul PENULIS MODUL : ASMA LAILI RAZALI


Click to View FlipBook Version