telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.
BAB 28
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout.
Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan
kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini
untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah dan memanjangkan kes keluarga Che Jah
kepada pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes
tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di
rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan
dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih
dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang
dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan
menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta
semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan
badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka
tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq
berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah
keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq
dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya
suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat
laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan
Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba
sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anakanaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan
urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan
kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya
tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq
disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima
oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung
dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan
hinggalah ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan
kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk
di Tanah Melayu. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya
telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel
juga berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah
banyak menulis artikel tentang pisang.
SINOPSIS NOVEL BIMA SAKTI MENARI
SINOPSIS KESELURUHAN BAB
Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul
Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima
Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala
Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak,
Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.
Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul
bab 2. Watak utama kedua , Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham
Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan
Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa
Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji
Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak
disebut nama).Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang
(antagonis), iaitu Dato' Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan
pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama
Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad
Taufik dan Budiman suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot
dengan mengupah tiga orang samsengMangsa pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang
dipukul curi setelah tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang
dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu Nurul Hafsa sendiri
diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai umpan untuk mendapatkan
semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad
Taufik disembunyika.Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah
yang tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah,
Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima
dengan senang hati.
BAB 1
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun
gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx
tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu
Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia
merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang
dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan
menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk
berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras
dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk
tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa
sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke
lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan,
Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.
SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.Hubungan umi
dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa
Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ.Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam
novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.Sebelum pulang, Haiqal
ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari
bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberikan
sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke
Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
BAB 1
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan
BAB 2
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil
mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi
walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat
Johor.
BAB 3
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di
kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan
Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan
besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu
dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. ii Sudah
sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. iii Sesi latihan
tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu
ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam )
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai
Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat
latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman
di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih
bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan
Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu.
Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun
sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku
semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan
penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.
Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya
berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke
situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya
amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah
pahit dalam rumahtangganya. viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan
kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua
penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin
juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku
menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam
keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya .
Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-
bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku
tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti.
Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika
Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang
sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri
Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara
yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi
manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap
menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis.
BAB 4
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan
apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu
makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal
memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami
kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan
nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun
uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi.
Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan,
Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup
dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti
Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung
halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal
mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya
datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan
penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk
Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal
apabila tinggal di sana nanti
BAB 7
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan
walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan
Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa
uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai
ke destinasinya.
BAB 8
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh
berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik
Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-
debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh
membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung.
Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke
warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal
terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke
rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak
Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang
digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke Ong,
ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan
ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia
kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui
Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah
arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim
sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu
bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal
dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan
amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan
bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding.
Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati
Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya.
Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu.
Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah
puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-
cari sesuatu.
BAB 9
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di
pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa.
Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu
Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal.
Haikal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim
diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank
arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada
keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim
meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.
Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke
Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah.
Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa
yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee
Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat
Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal
bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat
merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak
menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh
ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk
membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus
menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat
mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member
gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI
Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah
tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu
akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.
BAB 10
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk
kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara
arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal.
Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya.
Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan
perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh
Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal
terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal
mengusap lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca
yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya.
Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman..
Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa
esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa
sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti
berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam
kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil
Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak Cik Bakar terus
bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa
kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan
mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia
menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-
olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia
masih terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik
Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar.
Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan
dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak
Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal
selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah, Haikal
mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-
foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan
aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi
jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk
menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik
Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan
kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu
sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu
Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa
bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat
kembali arwah ayahnya. Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila
dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil
bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin
kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati
tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh
ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya
dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu
sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal
dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka
berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan
Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah
ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi.
Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya Haikal
mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi tidak berjaya.
Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa tidak
banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak
hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit
yang dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang
tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut
nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik
Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin
itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat
merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia
selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat
sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal
lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah
masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal
berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang
menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus
menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong
sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk
pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya
jika ada kelapangan.
BAB 11
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah
Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke
Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi
Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke
Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia
membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus
menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong.
Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus
bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang
bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong
berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan
pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min
setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun
kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah
kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal
mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang
sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan
dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima
kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu
petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan
STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu
Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa
lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana
malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia
kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan
menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah
diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di
rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak
menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan
Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan
Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak
berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil
berbual- bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal
menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung
berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-
saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah
kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal
yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal
memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana
tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia
menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal
ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat
mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati
ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim
makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di
rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya
kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri
Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim
yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak.
Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan
banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal.
Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke
Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada
aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin
jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal
berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi
semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan
hasratnya. Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan
tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa
kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti
apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid,
Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya
tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee
Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk
bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah
ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa
ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah
ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak
mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya
pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada
Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.
SINOPSIS NOVEL TIRANI
SINOPSIS KESELURUHAN BAB
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik
dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
BAB 1
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan. Di
pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di
sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini
telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam
itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda.
Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh
Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah
bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.
Bab 3
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat
Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas.
Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada
ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya.
Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke
bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama
12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr
Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang
telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh
ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk
kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira
untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya
Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia
akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah
selatan Singapura.
Bab 9
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway.
Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang
terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk
Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan
sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai
dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke
paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.
BAB 11
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di
Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating
merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk
Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya
dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan
daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis
pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh
Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara
Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.
BAB 14
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira
Bab 15
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan
Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid
teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia
semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang
menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya
sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar
yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya
itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam
masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri
gading bersamasama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang
cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan
Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid,
Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang
yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa
di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan
setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid
pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi
sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan
suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.
Bab 18
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia
pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakimenjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya.
Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari
menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda
bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka
datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh
rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya,
Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani
Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan
di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian
DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid
dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi
antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau
Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke
bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan
cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga
dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar
perubatan dan kaunseling.
Bab 20
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
BAB 22
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang
mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.
BAB 24
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya
SINOPSIS SONGKET BENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.
Sinopsis Bab demi Bab
BAB 1
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk
tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
BAB 2
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
BAB 3
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada
emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
BAB 4
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong
tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan
oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
BAB 5
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad
itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
BAB 6
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.
BAB 7
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
BAB 8
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan
pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
BAB 9
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
BAB 10
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
BAB 11
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
Bab 12:
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar
tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya.
Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik
adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya
tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.
Bab 18
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel akan memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa ini juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan novel ini ialah
pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini
mengisahkan tentang keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan negara
serta mengisahkan tentang kisah yang benar berlaku. Seterusnya, novel ini mempunyai nilai
murni dan iktibar kepada setiap pembaca terutamanya kepada pemuda-pemuda negara kerana
dalam novel ini mempunyai banyak kisah yang dapat mengispirasikan kita semua. Selain itu,
novel ini dapat memberikan pengajaran bahawa kita mestilah mempunyai semangat
patritisme yang tinggi agar kita dapat memperjuangkan tanah air kita jika diserang lagi.
Seterusnya, novel ini menjadi menarik kerana perwatakan watak utama dalam novel ini dapat
meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca. Akhir sekali, para pembaca akan
lebih menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu dalam mempertahankan negara kita kerana
semua yang dilakukan amatlah susah dan mereka sanggup mengadaikan nyawa untuk negara.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa kekurangan yang menjadikan novel ini tidak berapa menarik minat
pembaca. Antaranya, novel ini mempunyai jalan penceritaan yang terlalu panjang. Hal ini
demikian kerana dapat mengakibatkan para pembaca merasa bosan dan tidak tertarik untuk
menghabiskan novel ini. Seterusnya, para pembaca mengambil masa yang lama untuk
mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku terhadap Leftenan Adnan. Terdapat juga
beberapa penceritaan fakta yang membosankan para pembaca. Selain itu, penulis juga tidak
menceritakan dengan lebih lanjut tentang adik Leftenan Adnan, Amarullah yang merupakan
seorang tentera laut. Akhir sekali, penulis juga tidak menceritakan tentang apa yang berlaku
kepada isteri Laeftenan Adnan sepanjang dia berperang.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel
ini untuk menjadikan jalan penceritaan novel ini menjadi lebih menarik. Pertama, penulis
seharusnya tidak memanjangkan jalan penceritaan agar pembacal boleh menghabiskan novel
tanpa merasa bosan. Seterusnya, penulis perlu memendekkan cerita untukmpembaca
mengetahui lebih lanjut tentang Leftenan Adnan. Penulis juga digalakkan untuk
mengurangkan fakta-fakta yang membosankan supaya pembaca lebih tertarik. Selain itu,
penceritaan tentang kehidupan adik Leftenan Adnan perlu dimasukkan lagi supaya peceritaan
lebih menarik. Akhir sekali penulis perlu menceritakan tentang kehidupan isteri Leftenan
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL DINARA
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan daripada setiap novel itulah yang menjadikan sesuatu novel itu menjadi istimewa
dan menarik untuk dibaca. Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri juga, antaranya novel ini
memberikan inspirasi kepada para pembaca diluar sana. Hal ini demikian kerana novel ini
ada mengisahkan tentang kebijaksaan seseorang dalam menjalankan tugas dan kecanggihan
sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang. Selain itu, novel ini juga akan
menarik minat para pembaca kerana dalam novel ini ada menceritakan tentang kecanggihan
teknologi dunia pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya
dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi
mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia. Seterusnya, jalan
penceritaan cerita ini juga pendek dan memenuhi kehendak pembaca. Hal ini kerana
walaupun penceritaannya pendek tetapi ianya dapat sampai ke hati pembaca. Novel ini juga
dapat membuatkan pembaca lebih penting dalam memilih rakan kerana dalam novel ini
menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi. Akhir sekali, penulis bijak dalam mimilih
tema penceritaan untuk menjadikan novel ini mendapat tempat di hati penulis.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini. Antaranya, penulis tidak menceritakan
lebih mendalam tentang bagaimana Karl boleh mendapatkan penyakit barah sebelum dia
meninggal. Seterusnya, kisah tentang mengapa Aqram sangat perlu Farisha juga tidak
diceritakan dengan lebih terperinci. Penulis juga tidak menceritakan kisah Dinara dengan
begitu banyak. Selain itu, perwatakan dalam novel ini terlalu banyak dan hal ini akan
mengakibatkan pembaca menjadi keliru dengan watak-watak tersebut. Akhir sekali, penulis
tidak menceritakan dengan banyak kisah bagaimana pemikiran Karl yang sudah meninggal
dunia masih tersimpan di dalam Shida.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk menjadikan novel ini
menarik. Pertama, penulis perlu menceritakan keadaan Karl bagaimana dia boleh mendapat
penyakit barah sehingga boleh menyebabkan kematian. Seterusnya, penulis juga perlu
menceritakan dengan lebih terperinci kelebihan yang akan diperoleh Aqram kerana dia mahu
sangat Farisha bekerja dengannya. Bukan itu sahaja, saya cadangkan juga supaya penulis
mengurangkan watak dalam novel ini. Hal ini kerana pembaca hanya akan dapat fokuskan
kepada watak yang betul-betul menarik dalam penceritaan ini. Selain itu, penceritaan
bagaimana fikiran Karl masih tersimpan di dalam Shida perlu dipanjangkan lagi. Akhir
sekali, kisah Dinara juga perlu dimasukkan lebih banyak supaya pembaca dapat memahami
apa sebenarnya. Kisah di sebalik Dinara itu.
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA
MENGHADAP JALAN
KEKUATAN NOVEL
Novel Jendela Menghadap Jalan ini merupakan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4.
Selepas membacanya, terdapat banyak kekuatan yang ada pada novel ini. Pertama,
perwatakan yang ada dalam novel ini memberikan pengajaran dan. Iktibar kepada pembaca
khususnya pelajar Tingkatan 4. Sebagai contoh, perwatakan Lili yang taat akan ibunya
memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa mentaati segala perintah ibu bapa tanpa
membantah sekalipun. Kekuatan seterusnya ialah novel ini menceritakan tentang nilai setia
kawan yang tinggi. Hal ini kerana dalam novel ini Geeta iaitu rakan Lili sanggup membantu
Lili untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Seterusnya,
penceritaan dalam novel ini juga menceritakan kebijaksaan seseorang yang mahir dalam
ilmut perubatan. Hal demikian kerana dapat membantu pembaca menambah pengetahuan
tentang fakta-fakta yang diberikan. Tahap pemikiran penulis juga sesuai untuk pelajar-pelajar
Tingkatan 4. Hal ini membuatkan pelajar merasa menarik ketika membaca. Akhir sekali, latar
tempat yang diceritakan juga yang fokuskan kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Pelajar
akan lebih memahami peristiwa-peritiwa yang berlaku di sesuatu tempat itu.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat juga kekurangan dalam novel ini yang menjadikan pembaca tidak dapat
menghabiskan novel ini. Pertama, jalan penceritaan dalam novel ini meleret sehinggal
penceritaan tamat. Ini akan membuatkan pelajar merasa bosan untuk mengetahui kisah yang
berlaku selanjutnya. Seterusnya, pembongkaran rahsia tentang jendela menghadap jalan itu
tidak menarik dan tidak sampai. Hal ini demikian kerana datuk hanya menceritakan sedkit
sahaja tentang bagaimana boleh berlakunya jendela pada setiap rumah menghadap jalan.
Selain itu, penulis hanya banyak menceritakan: tentang isu kubah surau yang mendapat
perhatian ramai penduduk kampung sehingga menimbulkan permasalahan. Seterusnya, dalam
novel ini terlalu banyak konflik-konflik yang berlaku yang boleh memeningkan pembaca.
Sebagai contoh, konflik tentang pergaduhan isu kubah surau, perubatan tradisional serta
keruntuhan akhlak anak-anak muda kini. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan dengan
lebih lanjut keadaan suami Che Jah selepas ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat
pemulihan akidah.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Pada pendapat saya cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini ialah
penulis perlu mengurangkan jalan penceritaan kepada yang lebih menarik. Sebagai contoh,
penulis menceritakan lebih banyak tentang kisah-kisah jendela menghadap jalan. Seterusnya,
penulis perlu pembongkarkan rahsia tentang jendela menghadap jalan itu dengan lebih lanjut.
Hal ini demikian kerana ianya akan menarik minat pembaca untuk menghabiskan novel ini.
Penulis seharusnya. Mengurangkan isu kubah surau kerana kebanyakkan cerita dalam novel
ini mengenai isu kubah surau. Selain itu, konflik-konflik yang berlaku juga tidak seharusnya
banyak diceritakan kerana ianya akan membuatkan novel itu menjadik tidak sama dengan
tajuk cerita yang ingin betul-betul diceritakan. Akhir sekali, penulis juga perlu menceritakan
lebih lanjut tentang suami Che Jah, Seman. Sebagai contoh, menceritakan keadaan Seman
selapas di tangkap dan dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akidah.
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
PANTAI KASIH
KEKUATAN NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Pertama, pemilihan tema
yang dipilih oleh penulis sangat menarik. Hal ini demikian kerana. Dapat membuatkan
pembaca lebih teruja untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya. Seterusnya,
penceritaan dalam novel ini juga banyak menceritakan tentang kehidupan seorang doktor. Hal
ini dapat memberikan inspirasi kepada pembaca terutamanya pelajar yang mempunyai minat
dalam mendalami bidang kedoktoran. Latar tempat yang digunakan juga hanya difokuskan
pada tempat yang mempunyai banyak kisah-kisah yang berlaku. Lanya menjadikan pembaca
tidak pening. Seterusnya, tahap pemikiran penulis juga memenuhi kehendak pembaca.
Dengan idea-idea yang menarik yang diutarakan oleh penulis dalam novel ini
membangkitkan jalan penceritaannya. Akhir sekali, pengajaran dalam berumah tangga juga
dapat diambil. Sebagai contoh, kehidupan Raiha dan Doktor Sadiz.
KEKURANGAN NOVEL
Setiap kelebihan yang ada pasti terselit juga beberapa kekurangan. Antara kekurangan dalam
novel ini ialah penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut. Bagaimana perpisahan Raiha
dan Doktor Sadiz boleh berlaku. Seterusnya, penulis juga tidak memberitahu dalam novel
mengapa ayah Raiha melarang dan tidak. Membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor
pakar pembedahan. Penceritaan dalam novel ini juga menceritakan pelbagai masalah yang
dihadapi dan hal ini akan menyebabkan para pembaca menjadi pening. Selain itu, kisah
mengapa Unong Siron perlu melakukan pembedahan berulang kali di tempat yang sama juga
tidak diceritakan. Hal ini akan membuatkan pembaca ingin mengetahui tentang nasib yang
dihadapi olehnya. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan tentang apakah yang
menyebabkan tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat
untuk mengatasi masalah tersebut dengan meminum ubat batuk.
PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk membangunkan lagi
penceritaan novel ini ialah penulis seharusnya menceritakan kehidupan perpisahan yang
boleh berlaku antara Raiha dan Doktor Sadiz. Selain itu, penulis juga perlu memberitahu
mengapa ayah Raiha sangat melarangnya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah yang
baginya merupakan pekerjaan yang mulia dan menjadi minat Raiha. Penulis perlu
mengurangkan masalah-masalah yang ada supaya pembaca dapat fakuskan kepada satu
permasalahan yang berlaku sahaja. Seterusnya, mengapa Unong Siron perlu menjalani
pembedahan tulang sendi pinggul dengan berulang kali perlu dibanyyakan lagi untuk
pembaca mengetahui kehidupan Unong Siron selepas itu. Akhir sekali, penulis seharusnya
menceritakan bagaimana Felicia Landosi merasa tertekan sehingga membuatkan dirinya
mengambil tindakan yang tidak sepatutnya untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya.
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET
BERBENANG EMAS
KEKUATAN NOVEL
Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya,
novel ini memberikan iktibar kepada pembaca tentang kehidupan seorang manusia yang
tabah menghadapi segala rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Seterusnya, dalam novel
ini juga menceritakan betapa sayangnya seorang kakak terhadap keluarganya yang susah.
Sebagai contoh, perwatakan Dahlia yang menjaga adik-adiknya walaupun dia masih
bersekolah kerana dia tahu keadaan emaknya. Selain itu, perwatakan yang dipilih oleh
penulis sangat membangkitkan lagi jalan penceritaan kisah-kisah dalam novel ini. Hal ini
demikian kerana perwatakan dalam sesuatu penceritaan itu sangat memainkan peranan
penting. Bukan itu sahaja, malah pengutaraan tema oleh pengarang sangat menusuk ke dalam
jiwa pembaca. Akhir sekali penulis juga menceritakan tentang keinsafan seseorang dalam
menginsafi kesilapan yang telah dilakukannya juga sangat menginspirasikan pembaca-
pembaca dan boleh dijadikan teladan.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini. Antaranya penulis novel ini tidak
menceritakan bagaiman Said boleh tiba-tiba terjatuh dan meninggal dunia. Penulis hanya
menceritakan Said yang tiba-tiba menjerit sahaja. Seterusnya, penulis juga seharusnya
menceritakan tentang keadaan ibu Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke dalam hospital
untuk mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut. Tentang penyakitnya. Jalan penceritaan
dalam novel ini juga agak panjang. Hal ini akan menyukarkan pembaca untuk memahani
tentang kisah-kisah yang berlaku dalam novel ini. Selain itu, penggunaan alur dan latar dalam
novel ini adalah kurang jelas. Hal ini menyebabkan susah untuk pembaca mendalami sesuatu
kisah. Akhir sekali, penggunaan watak dalam cerita ini juga agak banyak dan mengelirukan.
Hal ini kerana setiap kisah-kisah yang berlaku mempunyai watak yang sama dan berbeza
yang akan menyebabkan kekeliruan ketika membaca novel ini.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dimurnikan lagi untuk
menaikkan kisah-kisah dalam novel ini. Cadangan saya yang pertama, penulis seharusnya
menceritakan tentang bagaimana Said boleh tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan dia
meninggal dunia. Seterusnya, untuk membangkitkan lagi kisah dalam novel ini, penulis boleh
menceritakan dengan lebih lanjut bagaiman keadaan mak Dahlia, Saleha setelah di masukkan
ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya tentang penyakit yang dihadapinya itu.
Di samping itu, penulis juga memendekkan jalan penceritaan dalam novel ini sesuai dengan
tahap pembacaan oleh remaja dan pelajar-pelajar. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih
bersemangat untuk membacanya. Dalam pada itu, penggunaan alur dan latar yang kurang
jelas juga perlu ditukar untuk lebih mudah difahami dan diketahui oleh para pembaca. Akhir
sekali, penulis perlu mengurangkan penggunaan watak dalam novel ini supaya jalan
penceritaannya tidak meleret dan pembaca dapat mendalami watak watak dalam novel ini.
5 KEKUATAN KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel yang dibaca mesti mempunyai kekuatannya tersendiri. Kekuatan yang pertama
bagi novel ini ialah novel ini mengisahkan tentang adat resam masyarakat setempat
terutamanya etnik Sarawak. Sebagai contoh, Waheeda seorang anak. Kelahiran bumi
Sarawak yang berkejaya dan menguruskan pusat penginapan kelurganya. Kekuatan yang
kedua pula novel ini banyak memberikan iktibar tentang kita mestilah berhati-hati dalam
memilih pasangan hidup agar tidak tersalah pilih seperti Waheeda. Hal ini kerana Zahid
sanggup menceraikan Waheeda hanya keranal anak mereka mempunyai masalah dan tidak
mewarisi kecantikan Waheeda selepas dia melakukan pembedahan plastik. Kekuatan yang
ketiga, novel ini mempunyai banyak nilai murni yang dapat diterapkan di dalam diri pembaca
terutamanya untuk wanita pada masa kini. Seterusnya, kisah kesabaran seorang gadis dalam
menempuh rintangan hidup sebelum dia mendapatkan kejayaan yang diinginkan. Juga sangat
membantu pembaca dan kisah ini menusuk ke dalam hati para pembaca. Akhir sekali, tahap
pemikiran penulis dalam pengarang dan menghasilkan novel ini sesuai untuk pembaca
terutamanya pelajar Tingkatan 5.
KEKURANGAN NOVEL
Setiap kekuatan yang ada pada sesebuah cerita itu mesti terselit juga kekurangan.
Kekurangan yang pertama dalam novel ini ialah penulis tidak menceritakan bagaimana
hidung Waheeda boleh menjadi kemet sehingga membuatkan dia tidak ada keyakinan diri
dan ingin melakukan pembedahan plastik. Kekurangan yang kedua ialah tajuk buku tidak
sama sekali masuk akal dengan penceritaan yang diceritakan dalam novel. Namanya juga