The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by humaiziah79, 2021-04-26 23:17:46

KEFAHAMAN SURAH AL ASR (BAHAGIAN 1)

TAHUN 5

‫سكوله كبغساءن داتوء وان كمارا‬

‫فنديديقن إسلام‬

‫أستازة نورحميزية بنت مد راضي‬

‫ضورو فنديديقن إسلام‬
‫سكوله كبغساءن داتوء وان كمارا‬

‫كفهمن سورة العصر‬

‫ستندرد كاندوغن‪:‬‬
‫‪ 1.5‬مروموس‪ ،‬مغعمل دان مغحياتي سورة العصر سخارا برادب دان استقامة‪.‬‬

‫ستندرد فمبلاجرن‪:‬‬
‫‪ 1.5.1‬مثاتاكن فغنلن سورة العصر‪.‬‬

‫اوبجيكتيف‪:‬‬
‫موريد دافت ‪:‬‬
‫‪ .1‬مثاتاكن فغنلن سورة العصر دغن بتول ‪.‬‬



Huraian:
Allah bersumpah dengan nama masa kerana:

1. Di dalam masa mengandungi teladan yang pelik- pelik
dan pengajaran yang ajaib- ajaib.

2. Masa selalu bertukar. Ada masa telah lalu, sekarang
dan akan datang. Ada masa kaya atau miskin.

3. Perubahan masa menjadi bukti bahawa alam ini ada
pentadbirnya, iaitu Allah S.W.T

Tujuan Allah bersumpah, kerana hendak menguatkan firmanNya:
- Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian kerana manusia itu
setiap masa telah menghabiskan umurnya. Lebih rugi apabila
umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada
Allah, bukan mentaatiNya.

Huraiannya:
Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai
empat sifat berikut:
1. Orang yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya

dan membenarkan hatinya, bahawa semua
pengajaran Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A.W adalah betul.
2. Beramal soleh. Dia mengerjakan apa yang
diimankannya serta mnegerjakan amal kebajikan
yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat.
3. Berpesan-pesan dengan yang hak (benar), iaitu
ingat- mengingatkan sesame mukmin, supaya
berpegang dengan pengajaran Al- Aquran,
keimanan dan Tauhid, kerana semuanya itu, benar.
4. Berpesan-pesan denga bersabar (teguh hati), iaitu
jangan mudah tergoda oleh pujukan syaitan untuk
berbuat maksiat. Bahkan mestilah tabah dan tahan
menghadapi segala macam ujian dan kesusahan.
Jika ditakdirkan mendapat kesusahan, terimalah
dengan hati yang rela dan bersyukur pada Tuhan.

✓ Surah ini mengandungi tiga ayat.
✓ Merupakan surah ke-103.
✓ Diturunkan di Mekah.

✓ Surah Al Asr membincangkan
kepentingan masa dalam
kehidupan manusia.

✓ Surah ini juga dianggap sebagai
panduan kepada seorang muslim
dalam mengurus masa yang
dianugerahkan kepada mereka
untuk mencapai kejayaan di
dunia dan di akhirat.

‫تريما كاسيه‪.....‬‬

‫‪ #‬القرءان فناور جيوا‬


Click to View FlipBook Version