AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH Semua aktiviti luar bilik darjah sama ada kurikulum dan kokurikulum seperti merentas desa /merentas desa / kawad kaki / sukan/perkhemahan/ pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah ditangguhkan sehingga KPM mengeluarkan pemakluman baharu. Semua aktiviti kurikulum seperti Pendidikan jasmani, ujian segak akan dilaksanakan dalam bangunan. Aktiviti kokurikulum (perjumpaan unit beruniform dan kelab persatuan) akan dijalankan di dalam bilik darjah pada setiap hari Rabu bermula dari pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari. PEMAKAIAN MURID DAN WARGA SEKOLAH o Semua murid, guru, AKP dibenarkan memakai baju sukan yang sopan. o Murid dibenarkan juga memakai baju T selain dari baju sukan. o Pemakaian uniform khas murid seperti pengawas, pengawas pusat sumber dan badan beruniform serta pemakaian tali leher adalah tidak digalakkan. Pemakaian perlu sopan, berlengan , tidak ketat dan tidak mempunyai lambang / imej yang tidak baik. BEKALAN AIR KOSONG Murid digalakkan membawa bekalan air kosong yang mencukupi. PENYURAIAN MURID SEMASA PULANG Penyuraian murid semasa pulang akan dilaksanakan secara teratur mengikut SOP semasa tempoh pandemik Covid-19.
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA ✓ Memastikan anak/anak jagaan sihat sebelum hadir ke sekolah. ✓ Menghantar/mengambil anak / anak jagaan pada waktu yang ditetapkan untuk elak berkumpul dan bermain dekat. ✓ Ibu bapa/ penjaga dilarang memasuki kawasan sekolah kecuali untuk kecemasan. ✓ Membekalkan anak / anak jagaan air kosong yang cukup ✓ Memastikan anak / anak jagaan memakai pelitup separuh muka. Anak yang berimuniti rendah wajib memakai pelitup muka. ✓ Tidak digalakkan menghantar anak yang bergejala ke sekolah. PERANAN MURID ✓ Memakai pelitup muka semasa berada di sekolah. ✓ Membawa bekalan air kosong yang cukup. ✓ Tidak berkumpul beramai-ramai di suatu tempat. ✓ Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan. Pesanan daripada Barisan Pentadbir SK Klang Gate