Pembentukan Perkataan Baharu & Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi Disediakan oleh: Nurin Najwa binti Ab Halim Kelas: BM 2 Pensyarah: Pn. Zanariah binti Wahab
Isi Kandungan 1.0 PENGENALAN 01 2.0 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU 2.1 Bunyi Asli Bahasa Melayu 3.0 ISU KESALAHAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI 4.0 RUMUSAN 2.2 Bunyi Bahasa Pinjaman 2.3 PembentukanKata daripada Imbuhan Bahasa Asing 02 03 04 05 06 07
1.0 PENGENALAN Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Bahasa juga merupakan satu sistem simbol yang mempunyai makna dan digunakan untuk menyampaikan konsep dan membuat pernyataan. Terdapat banyak perkataan baharu yang muncul dan digunakan bersesuaian untuk mengungkapkan istilah, konsep, benda, keadaan dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu (Rafiza et. al, 2015)
Perkembangan Teknologi 2.0 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Faktor Pembentukan Perkataan Baharu Perubahan Sosial dan Budaya Pengaruh Media Massa MenurutWan Robiah Meor Osman dan Shin (2019), penutur bahasa tidak boleh lari daripada perubahan bahasa disebabkan kemajuan teknologimaklumat Pembentukan perkataan baharu ini adakalanya berlaku berdasarkan tren, nilai-nilai dan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat kita. Perkataan baharu yang tersebarmelaluimedia sosialmudah digunakan olehmasyarakat serta popular. Menurut Ayu Mazlan et. al, (2021) banyak istilah baharu berkaitan COVID yang diguna meluas dimedia sosial.
2.0 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Faktor Pembentukan Perkataan Baharu Globalisasi PinjamanKata Globalisasi telahmenghubungkanmasyarakat di seluruh dunia danmempengaruhi bahasa denganmunculnya perkataan baharu yangmencerminkan pengaruh budaya dan bangsa dari pelbagai negara. Proses pinjaman kata dari bahasa lain bertujuan untuk menggambarkan konsep yang belumada dalambahasa aslinya.
Dalam bidang fonetik, bunyi bahasa dikenali sebagai fonem. Fonem merupakan unit terkecil dalam sesuatu bahasa dan ianya memainkan peranan penting dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim, 2015) Perubahan fonem dalam katakata dapat menghasilkan perubahan makna. Huruf konsonan ialah huruf-huruf selain huruf vokal. Terdapat 18 bunyi konsonan Melayu asli yang diklasifikasikan berdasarkan cara dan daerah sebutan bunyi. i. Konsonan ii. Vokal iii. Diftong
Daerah Sebutan Cara Sebutan Bibir Gigi-Gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Glotis Letupan p, b t, d - k, g - Letusan - - - - - Sengauan m n ny ng - Geseran - s - - n Getaran - r - - - Sisian - l - - - Separuh Vokal w - y - -
Akhir perkataan Taburan Konsonan 01 Awal perkataan 02 03 Tengah perkataan Akhir perkataan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, dan l, b, c, d, g, dan j p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g, dan j p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g, dan j Konsonan p, t, k, m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g dan j hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan namun perkataan yang berakhir dengan huruf b, c, d, g, dan j merupakan contoh kata pinjaman. TaburanKonsonan
Huruf Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan p paku tapai gelap t tapi atap berat k kau akan selak m mirip lampu makam n nanti mandi bukan ng nganga mungkin barang s sapu basuh asas h hama tahun mudah Contoh perkataan konsonan p, t, k,m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g, dan j
Huruf Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan r rabun beruk besar l lari belit bakul b belon rabun bab c cantik bonceng koc d dacing banding abad g guli bagai beg j jantung bijak kolaj Contoh perkataan konsonan p, t, k,m, n, ng, s, h, r, l, b, c, d, g, dan j
Huruf Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan ny nyanyi banyak - w wanita bawal - y yakin bayar - Perkataan ny, w dan y dapatmuncul pada awal dan tengah perkataan tetapi tidakmuncul pada akhir perkataan.
Huruf Vokal Hadapan Vokal Belakang Vokal Tengah [i] vokal depan sempit - - [e] vokal depan separuh sempit - - [a] vokal depan luas - - [u] - vokal belakang sempit - [o] - vokal belakang separuh sempit - [ə] - - vokal tengah Vokal asli bahasa Melayu dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
Huruf Awal Perkataan Tengah Perkataan Terbuka Tengah Perkataan Tertutup Akhir Perkataan a ambil buang bantu buana i ikan risiko pintu cermai o otak robotik dompet foto u udang beruang buntal baharu e taling enak tengok bengkok sate e pepet emak mantera bengkak idealisme
Huruf Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan ai air bait badai au aurat maulana bau oi - boikot amboi Diftong merupakan gabungan dua suara vokal yang terdengar sebagai satu suara tunggal. Dalam bahasa Melayu, diftong umumnya terjadi ketika dua huruf vokal bertemu dalam satu suku kata. Tambahan pula, sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih kuat berbanding bunyi kedua. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti berikut:
Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang berkembang pesat di wilayah Nusantara kerana bahasa ini memiiki sifat yang fleksible dan dinamik sekaligus memudahkannya untuk menerima pengaruh daripada bahasa asing terutamanya dari aspek perbendeharaan kata dan juga leksis. Bahasa Melayu menerima pengaruh bahasa asing iaitu bahasa Sanskrit. Perkara ini telah membuktikan adanya perhubungan dengan peradaban Hindu-Buddha di Nusantara pada masa lalu. Bukan itu sahaja, penyebaran Islam pada abad ke-11 membolehkan bahasa Arab meluaskan pengaruh bahasanya terutama sekali dalam bidang keagamaan dan juga aspek ilmu pengetahuan. Malah, bahasa Inggeris juga turut mempengaruhi bahasa Melayu melalui proses kolonialisasi sejak zaman kolonial oleh penjajah British. Bunyi Bahasa Pinjaman
Huruf Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan q quraisy maqam suraq f fakir manfaat maaf v vakum televisyen - th Thalasa (Selasa) Ithnin (Isnin) bahath (bahas) dz/th dzat bedza haidh z zaman ekzema kuiz sy syarat masyhur skuasy kh Khamis akhir marikh gh ghazal maghrib tabligh Contoh Perkataan Konsonan Pinjaman
Imbuhan Sanskrit Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing Imbuhan Arab Parsi Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku sejak zaman bahasa Melayu Kuno iaitu sekitar abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India yang datang berdagang di kepulauan Melayu. Sami atau pendeta agama Hindu dan Buddha turut mengembangkan bahasa Sanskrit kepada penduduk tempatan melalui penyebaran agama mereka. Kedatangan Islam dengan panduan al-Quran telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap bahasa dan sastera Melayu secara keseluruhan. Beberapa perkataan Arab diterima pakai dalam bahasa Melayu dengan mempertahankan bentuk asalnya sementara sebahagian lagi mengalami perubahan bentuk sesuai dengan sebutan Melayu.
Contoh Imbuhan Awalan daripada bahasa Sanskrit
Contoh Imbuhan Awalan daripada bahasa Sanskrit
Contoh Imbuhan Awalan dan Akhiran daripada bahasa Arab-Parsi
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Antara faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu berpengaruh terhadap bahasa Melayu termasuklah dasar bahasa pihak pemerintah yang mengutamakan bahasa Inggeris sekaligus menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan perancangan bahasa Melayu yang menyerap istilah daripada bahasa Inggeris bagi membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden. Terdapat dua imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu iaitu imbuhan awalan dan akhiran.
Contoh Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris
Contoh Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris
ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI
Media cetak memainkan peranan penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik dan puitis sekaligus mempengaruhi gaya berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan masyarakat sama ada melalui bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar dan majalah (Dahlan, 2022). Terdapat beberapa isu bahasa yang wujud berkaitan perkataan yang berlaku di media cetak. Penggunaan ejaan ' cemin ' adalah salah dan perlu dibetulkan dengan ejaan yang betul iaitu ' cermin '.
Kesalahan dalam pernyataan " sila bayar di cashier " adalah penggunaan istilah " cashier " yang sepatutnya digantikan dengan "kaunter ". Istilah " cashier " merujuk kepada individu yang bertanggungjawab menerima pembayaran, manakala "kaunter " merujuk kepada lokasi di mana transaksi pembayaran dilakukan. Jadi, pernyataan yang betul sepatutnya ialah " sila bayar di kaunter " untuk mengelakkan kesalahan istilah dan memastikan kejelasan dalam arahan kepada pelanggan. Kesalahan ini boleh menyebabkan kekeliruan atau kebingungan kepada pelanggan kerana mereka mungkin mencari individu " cashier " bukannya lokasi "kaunter " untuk membuat pembayaran.
Kesalahan percampuran kod dalam ayat " ada pain killer jenis tampal ke apa?" adalah apabila istilah " pain killer " (dalam Bahasa Inggeris) digunakan bersamasama dengan perkataan "jenis tampal" (dalam Bahasa Melayu). Ini merupakan contoh percampuran kod, di mana dua bahasa digunakan dalam ayat yang sama. Penggunaan " pain killer " dari Bahasa Inggeris dan "jenis tampal" dari Bahasa Melayu dalam satu ayat mungkin boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca yang mungkin tidak memahami kedua-dua bahasa tersebut. Sebagai gantinya, kesalahan itu boleh diperbetulkan dengan menggunakan istilah sepenuhnya dalam satu bahasa, seperti " ada ubat penahan sakit jenis tampal ke apa?" untuk memastikan kejelasan dalam komunikasi.
Sekian, Terima Kasih