The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TATABAHASA GOLONGAN KATA (KATA NAMA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tc Masyie, 2022-03-15 20:48:19

KATA NAMA

TATABAHASA GOLONGAN KATA (KATA NAMA)

Keywords: Kata Nama,tatabahasa

GOLONGAN KATA

Dalam Bahasa Melayu dengan berdasarkan
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu perkataan
digolongkan kepada 4 golongan kata iaitu:-

■ Kata Nama
■ Kata Kerja
■ Kata Adjektif
■ Kata Tugas

Penggolongan kata ini dibuat berdasarkan
kriteria sintaksis dan semantik. (hlm 85)

1. KATA NAMA

■ Ialah unsur inti dalam binaan frasa nama yang
digunakan untuk menamakan manusia,
haiwan, benda dan konsep.

■ Kata nama dijeniskan kepada :-
(i) Kata nama khas
(ii) Kata nama am
(iii) Kata ganti nama

(hlm 86)

(i) Kata Nama Khas

■ Ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu
benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada
dua kumpulan iaitu,kata nama khas hidup dan
kata nama khas tak hidup. Kata nama khas
hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu
kata nama khas hidup manusia dan kata nama
khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata
nama khas diterangkan melalui rajah yang
berikut:

(hlm 86)

manusia
hidup

Kata nama khas bukan
manusia

tak hidup

(hlm 86)

(i) Kata nama khas hidup

(a) Manusia
■ Nina Ahmad Tun Abdul Razak
■ Rubi Hamid P. Ramlee
■ Hani Jamil Raja Azlan Shah

(b) Bukan Manusia
■ Tumpuk Ananas comosus (nanas)
■ Si Belang Vanda Diana (orkid)
■ Sang Lamri Nyamphaea stellata (teratai)
■ Comel Manihot utilissima (ubi kayu)

(ii) Kata Nama Am

■ Ialah perkataan yang merujuk benda-benda
atau perkara-perkara yang umum sifatnya.
Dapat di bahagikan kepada 2 jenis iaitu:-

(a) Kata nama am abstrak

Ialah sejenis kata nama yang membawa
konsep mujarab atau bukan
kebendaan.Cthnya : mimpi,roh,kedamaian dan
demokrasi.

(b) Kata nama am konkrit

ialah sejenis kata nama yang membawa

konsep kebendaan.Cthnya: tangan,kambing

dan lautan. (hlm 87)

(iii) Kata Ganti Nama

■ Kata ganti nama dibahagikan kpd 2
iaitu:-

(a) Kata ganti nama tunjuk
ialah kata nama yang berfungsi
menunjuk pada sesuatu perkara atau
benda. Terdapat hanya dua kata ganti
nama tunjuk, iaitu:-
itu = menunjuk pada yang jauh
ini = menunjuk pada yang dekat

(hlm 88)

(b) Kata ganti nama diri.
ialah kata nama yang menjadi pengganti
sesuatu benda, perkara atau manusia.
Terbahagi kepada dua iaitu:-

(i) Kata ganti nama diri tanya
Kata nama yang berfungsi menanyakan hal
benda, perkara atau manusia. Terdapat 3
bentuk kata nama diri tanya iaitu:-

Siapa - merujuk pada orang
Apa - merujuk pada benda atau perkara
Mana - merujuk benda dan orang

(hlm 88)

Sambungan..

(ii) Kata ganti nama diri orang.
ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia
dan terdiri daripada 3 kategori iaitu:-

Kata ganti nama diri orang pertama :
saya, aku, beta, patik, kami dan kita.
Kata ganti nama diri orang ke-2:
Saudara, kamu,awak, engkau dan anda.
Kata ganti nama diri orang ke-3:
ia, dia, beliau, mereka dan -nya.

(hlm 88)


Click to View FlipBook Version