2. Kata Kerja
ialah unsur dalam binaan frasa kerja yang digunakan
untuk menjelaskan sesuatu perbuatan. Kata kerja
dibahagikan kepada 2 subgolongan kecil, iaitu:-
(a) Kata kerja tak transitif
ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. Dapat dipecahkan kepada 2
subgolongan iaitu :-
(i) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Cth : bangun, tumbang, pulang, menangis
dan terpegun.
(ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Cth : beransur, tinggal, menjadi, ada dan
berbantalkan.
(hlm 89)
Sambungan…
(b) Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang menerima pemyambut
sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif
dapat dibahagikan kepada 2, iaitu :-
(i) Kata kerja transitif aktif
- ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan
atau tanpa akhiran -kan atau -i. Cthnya :- menendang,
melihat, mengabaikan, memperisterikan.
(ii) Kata kerja transitif pasif
- ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau
perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Cthnya:-
Ali membeli buku (aktif)
Buku dibeli oleh Ali (pasif)
(hlm 90)