3. Kata Adjektif
Ialah perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan
frasa adjektif. Kata golongan ini menunjukkan sifat
sesuatu. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada
sekurang-kurangnya 9 kumpulan berdasarkan makna
perkataan-perkataannya iaitu:-
(i) Kata adjektif sifat/keadaan
Cthnya :- baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, sakit
(ii) Kata adjektif warna
Cthnya :- putih, kuning, merah, hijau, hitam dan biru
(hlm 91)
sambungan
(iii) Kata adjektif ukuran
Cthnya : Panjang,pendek,kecil,nipis,cetek
(iv) Kata adjektif bentuk
Cthnya : Bulat,leper,bujur,lonjong
(v) Kata adjektif pancaindera
■ Rasa – sedap,manis lazat,masam,kelat
■ Pandang – cantik,molek,hodoh,ayu,buruk
■ Dengar – merdu,mersik,nyaring,bising
■ Bau – harum,wangi,busuk,hapak
■ Sentuh – halus,licin,keras,kasar,lembut
(hlm 92)
(vi) Kata adjektif waktu
Cthnya : Segera, spontan,lewat,lambat,awal
(vii) Kata adjektif cara
Cthnya : cepat, laju, lambat, perlahan
(x) Kata adjektif perasaan
Cthnya : rindu,geram,asyik,benci,sayang
(xi) Kata adjektif jarak
Cthnya : jauh,dekat,hampir,nyaris
(hlm 92)