The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Ringkas Tahfiz al-Quran Semester 2 STPM<br>Download: Telegram - 0178304800

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izwan Fikri, 2023-08-20 08:35:14

Rasm al-Quran

Nota Ringkas Tahfiz al-Quran Semester 2 STPM<br>Download: Telegram - 0178304800

Keywords: Rasm al-Quran,Tahfiz al-Quran,STPM,Semester 2,Nota Tahfiz al-Quran,Nota Rasm al-Quran

1 @hepyuan RASM AL-QURAN DEFINISI RASM UTHMANI/ ISTILAHI/ TAWQIFI Bahasa: Kesan dan ia juga bermaksud khat. Istilah: Tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh S. Uthman untuk menulis kalimah-kalimah dan huruf-huruf alQuran. RASM IMLA’IE/ QIYASI - Membentuk atau menggambarkan suatu kalimah dengan huruf ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah tersebut. AL-HAZF ) العلمين) - Membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. - Huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika bacaan wasal atau waqaf. AL-ZIYADAH ) أولئك) - Menambah atau mengekalkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. - Huruf-huruf mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. AL-IBDAL ) الصلوة) - Menukarkan sesuatu huruf kepada huruf lain. - Kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu alif kepada wau/ya, nun kepada alif, ta marbutah kepada ta maftuhah, wau kepada alif. AL-HAMZ ) أمم) - Huruf-huruf hamzah dalam al-Quran terletak sama ada di awal, tengah dan akhir kalimah. - Keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza berpandukan kedudukannya. AL-WASL WA AL-FASL ) ما إن / إنما) - Kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu. - Terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat tetapi ditulis dengan cara berpisah. MA FIH QIRA’ATAN ) ملك) - Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan menggunakan salah satu daripada wajah qiraat tersebut.


2 @hepyuan KEISTIMEWAAN KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI ZIYADAH 1- Boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengetahui sesuatu baris. - Contohnya kalimah ) سأوريكم ,) dengan adanya huruf waw, maka ia menunjukkan huruf hamzah sebelumnya adalah dhammah. 2- Boleh membezakan antara huruf-huruf yang mempunyai rasm yang sama. - Contohnya kalimah ) مائة ,) dengan adanya huruf alif, maka ia akan membezakannya dengan . ) منه ( kalimah HAMZAH 1- Boleh juga dibaca dengan bacaan ibdal. - Contohnya kalimah ) مؤمنون ) yang ditulis dengan surah waw, bagi menunjukkan bahawa ia harus dibaca huruf hamzah atau diibdalkan kepada huruf waw. 2- Boleh juga dibaca dengan bacaan tashil atau hazaf. - Contohnya kalimah ) مستهزءون ) yang ditulis tanpa surah, bagi menunjukkan bahawa ia harus dibaca huruf hamzah atau bacaan tashil dan hazaf HAZAF 1- Terdapat makna yang tersirat di sebaliknya. - Contohnya kalimah ) ويدع ) yang dihazafkan huruf waw selepas ain bagi memperkukuhkan kenyataan bahawa doa seseorang hamba sangat mudah dan cepat dimakbulkan oleh Allah. 2- Harus dibaca oleh semua qiraat yang mutawatirah. - Contohnya kalimah ) يخدعون وما ) yang harus dibaca dengan hazaf atau ithbat huruf alif selepas huruf kha. AL-WASL WA AL-FASL 1- Mempunyai makna yang berbeza. - Contohnya kalimah ) من أم ) sekiranya ditulis dengan terpisah maka ia bermaksud “bahkan”, tetapi sekiranya ditulis bersambung ) أمن ) ia membawa maksud “atau siapa”. IBDAL 1- Boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal usul sesuatu huruf. - Contohnya kalimah ) الصلوة ) yang ditulis dengan huruf waw menggantikan huruf alif, menunjukkan bahawa huruf waw huruf asal. 2- Mempunyai makna-makna yang berbeza-beza. - Contohnya kalimah ) امرأة ,) sekiranya ditulis dengan ta marbutah ia menunjukkan mana-mana wanita secara umum, tetapi jika dengan ta maftuhah ) امرأت ) ia bermaksud wanita tertentu. MA FIH QIRA’ATAN 1- Harus dibaca dengan pelbagai huruf yang diharuskan. - Contohnya kalimah ) كبير ) yang harus dibaca dengan huruf ba, dan harus juga dibaca dengan huruf tha ) كثير.) 2- Harus dibaca dengan pelbagai kalimah yang diharuskan. - Contohnya kalimah ) ووصى ) ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan sebahagian mashaf yang lain pula dengan ) وأوصى.)


3 @hepyuan PERBANDINGAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLA’IE PERSAMAAN 1. Penulisan sesuatu huruf itu berdasarkan kepada cara ejaannya, bukan kepada hukumhukumnya yang mendatang. - Contohnya kalimah ) بعد من ) tidak ditulis .) مم بعد ( dengan 2. Huruf-huruf permulaan beberapa surah tertentu seperti surah al-Baqarah, Taha dan sebagainya ditulis dengan hurufnya sahaja. - Contoh kalimah ) الم ) tidak ditulis dengan .) الف الم ميم ( 3. Semua hukum Mad Silah, selepas huruf ha’ dhamir tidak ditulis dengan huruf mad sama ada waw atau ya. .) إنه يقول ( kalimah Contoh- PERBEZAAN 1. Dalam kaedah penulisan rasm uthmani terdapat beberapa huruf yang dibuang seperti huruf alif pada kalimah ) ملك ,) tetapi kaedah tersebut tiada pada rasm imlaie ) مالك.) 2. Dalam kaedah penulisan rasm uthmani terdapat beberapa huruf yang ditambah seperti huruf waw pada kalimah ) سأوريكم ,) tetapi kaedah penulisan tersebut tiada pada rasm .) سأريكم ( imalie 3. Dalam kaedah penulisan rasm uthmani terdapat beberapa huruf yang telah digantikan dengan huruf lain seperti alif ganti waw pada kalimah ) الصلوة ,) tetapi tiada pada rasm imlaie .) الصالة ( HUBUNGAN RASM UTHMANI DENGAN QIRAAT MUWATIRAH 1. Sekiranya sesuatu kalimah itu dibaca dengan dua cara bacaan, maka ia ditulis dengan bentuk yang memungkinkan ia dibaca oleh semua cara bacaan. Tetapi jika ia dibaca dengan satu cara bacaan, maka ia ditulis dengan satu bentuk sahaja yang tidak memungkinkan ia dibaca dengan cara bacaan lain. - Contoh kalimah ) ملك ) ditulis dengan hazaf huruf alif selepas mim disebabkan harus dibaca sama ada hazaf alif atau ithbat alif. 2. Rasm Uthmani ditulis tanpa menggunakan baris dan titik. Oleh itu penulisannya sesuai dibaca dengan sebarang qiraat yang mutawatirah. - Contoh kalimah ) ننشزها .) Oleh kerana kalimah tersebut tidak mempunyai titik, maka ia sesuai dibaca oleh dua wajah berbeza sama ada dengan huruf zai atau ra. KELEBIHAN RASM UTHMANI 1. Tawqifi daripada Rasulullah. - Jumhur ulama menyatakan bahawa RU merupakan satu kaedah penulisan yang diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat. 2. Salah satu rukun bacaan. - Seseorang yang membaca alQuran tanpa menggunakan mashaf RU dianggap tidak sah bacaannya kerana tidak menepati semua tiga rukun tersebut. 3. Sebahagian mukjizat al-Quran - Terdapat pada RU ialah terdapatnya huruf-huruf ziyadah, hazaf dan ibdal yang tiada sesiapa yang mengetahui sebabnya melainkan Allah.


4 @hepyuan SEJARAH RASM AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN 1. Setiap wahyu yang diturunkan oleh Allah terus dihafaz oleh Baginda dan kemudian Baginda menyampaikannya kepada para sahabat. - ada antara mereka yang menulis sebahagian surah atau ayat, keseluruhannya dan kebanyakannya mereka menghafaz. 2. Rasulullah telah melantik beberapa orang sahabat untuk menulis segala wahyu yang diturunkan. - antara mereka ialah: Khulafa’ al-Rasyidin Muawiyah bin Abi Sufyan Khalid bin al-Walid Ubay bin Kaab Zayd bin Thabit 3. Ayat-ayat al-Quran tersebut ditulis pada pelepah-pelepah tamar, kulit-kulit kayu, tulangtulang disebabkan kesukaran mendapatkan kertas ketika itu. - penulisan al-Quran dibawah bimbingan Rasulullah, Bagindalah yang mengarahkan semua jurutulis wahyu meletakkan kedudukan surah dan ayat dengan betul. 4. Para penulis wahyu akan segera merujuk Baginda dalam segala permasalahan, sama ada dari segi hafalan, pemahaman tentang ayat dan cara penulisan yang betul. - Rasulullah wafat di saat al-Quran telah dihafaz dan ditulis keseluruhannya. Namun tidak terhimpun dalam satu mashaf dan susunan ayat dan surah tidak teratur. Sayyidina Abu Bakar 1. Penulisan al-Quran berlaku disebabkan berlakunya kematian sahabat penghafaz al-Quran dalam perang al-Yamamah. - SAB memerintahkan Zaid bin Thabit menyalin semula ayat al-Quran di pelepah tamar, kulit kayu, kepingan kayu dan dihimpunkan dalam satu tempat. Sayyidina Uthman 2. Penulisan al-Quran berlaku disebabkan terdapat perbezaan bacaan antara golongan Syam dan Iraq yang telah menyebabkan mereka saling caci-mencaci. - ini berlaku ketika mana kedua-dua golongan ini bersatu untuk menakluki negeri Armenia dan Azerbaijan. 3. Terdapat beberapa orang guru al-Quran yang mengajarkan bacaan kepada kanak-kanak dengan wajah qiraat yang berbeza. - ini menyebabkan berlaku kekeliruan dan perselisihan dalam kelangan mereka sehingga mengundang kepada perpecahan dan saling kafirmengkafir antara mereka. 4. Sayyidina memerintahkan Zaid bin Thabit bersama Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-As dan Abdul Rahman bin Harith menyalin semula suhuf pada zaman SAB. - Ulama berselisih pendapat menegnai jumlah mashaf yang disalin, ada yang mengatakan empat, lima, enam, tujuh dan lapan buah.


Click to View FlipBook Version