1 @hepyuan NASIKH DAN MANSUKH DEFINISI NASIKH MANSUKH Bahasa: Menghilangkan sesuatu daripada sesuatu yang lain. Istilah: Mengangkat hukum syarak dengan dalil hukum syarak yang lain. Bahasa: Yang dihilangkan. Istilah: Sesuatu hukum yang diangkat dengan dalil hukum syarak yang lain. CARA MENGENALI AYAT NASIKH DAN MANSUKH 1) Dinukilkan secara jelas daripada Nabi dan para sahabat baginda. 2) Melalui ijmak ulama yang mengatakan bahawa ayat tersebut nasikh dan ayat tersebut mansukh. 3) Mengetahui sejarah penurunan ayat sama ada diturunkan dahulu(mansukh) atau kemudian(nasikh) 4) Mengetahui ayat-ayat sama ada ayat makkiyah(mansukh) atau ayat madaniyyah(nasikh). SYARAT NASIKH DAN MANSUKH 1) Hukum yang mansukh ialah hukum syarak. - Seperti hukum berpaling ke arah masjid al-Haram daripada masjid al-Aqsa. (kiblat) 2) Dalil nasikh mestilah datang kemudian daripada dalil mansukh. - Seperti hukuman bagi seorang penzina wanita hendaklah dikurung dalam rumah sehingga meninggal dunia (an-Nisa’ 15). Kemudian diturunkan dalil nasakh dengan dinasakhkan oleh hukuman penzina wanita dan lelaki hendaklah kedua-duanya sebat 100 kali (an-Nur 2). 3) Dalil yang dimansukhkan tidak terikat dengan suatu waktu tertentu. - Sekiranya sesuatu hukum itu terikat dengan suatu waktu seperti sebulan atau setahun, maka nasakh tidak harus berlaku.
2 @hepyuan NASAKH DARI SUDUT TILAWAH DAN HUKUM 1) Nasakh tilawah dan hukum - terdapat ayat-ayat al-Quran dinasakh hukumnya bersama bacaan tersebut tidak ditulis dalam Rasm Uthmani dan hukumnya juga telah dinasakhkan. - Nabi bersabda: “ada ayat diturunkan mengenai 10 kali menyusu baru mencukupi anak tersebut menjadi anak susuan dan menjadi mahram sebagaimana anak-anaknya. Kemudian syarat anak susuan dinasakhkan kepada 5 kali susuan.” - Walaupun begitu, ayat tersebut tidak terdapat dalam al-Quran dan tidak diamalkan. Maka, berlaku nasakh dan hukum sekaligus. 2) Nasakh hukum tanpa nasakh tilawah - Terdapat ayat al-Quran dalam surah al-Anfal ayat 180 yang bermaksud: “diwajibkan atas kamu, apabila seorang diantara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara ma’ruf. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.” - Hukum yang terdapat dalam ayat diatas telah dinasakhkan dengan hadis: ) لوارث وصية ال) 3) Nasakh tilawah tanpa nasakh hukum - terdapat hadis sahih yang diriwayatkan dari Sayyidina Umar dan Ubai bin Ka’ab. Kedua-duanya telah berkata: Suatu ayat al-Quran pernah diturunkan iaitu firman Allah: ) ة البت فارجموهما زنيا اذا والشيخوخة الشيخ) - ayat berkenaan tentang merejam lelaki yang telah berkahwin dan perempuan telah berkahwin bila berzina telah dinasakhkan dalam bacaan. Namun hukumnya tetap diamalkan.