1 @hepyuan AL-DHABT AL-QURAN DEFINISI ILMU DHABT Bahasa: Tercapai tujuan pada memelihara sesuatu. Istilah: Suatu ilmu yang membincangkan mengenai huruf-huruf hija’iyyah dari aspek baris, sukun, tasydid, mad dan sebagainya. NUQAT AL-I’RAB - Tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu yang berkaitan dengan huruf-huruf hija’iyyah dari aspek baris, sukun, tasydid, mad dan sebagainya. - Orang yang mula-mula mencipta Nuqat al-I’rab: Abu al-Aswad al-Du’ali (pendapat paling sahih dan masyhur). NUQAT AL-I’JAM - Tanda-tanda yang membezakan sesuatu huruf dengan huruf yang lain, supaya tidak berlaku kesamaran antara huruf yang mu’jam(ada titik) dengan huruf yang muhmal(tiada titik). - Orang yang mula-mula mencipta Nuqat al-I’jam: Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mar dengan perintah al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi. FAEDAH NUQAT AL-I’RAB NUQAT AL-I’JAM 1. Dapat membezakan antara huruf-huruf yang mempunyai baris dengan huruf yang tiada baris. 2. Dapat membezakan huruf-huruf fathah, kasrah, dhammah, juga yang bertanwin. 3. Dapat membezakan hukum-hukum tajwid yang berkaitan dengan tanwin seperti idgham. 4. Dapat waqaf dengan cara yang betul terutama kalimah yang harus dibaca dengan isymam/rawm. 1. Dapat mengenali semua huruf hija’iyyah dengan baik dan jelas. 2. dapat membezakan antara satu huruf dengan huruf yang lain (yang mempunyai bentuk sama). 3. Dapat mengetahui perselisihan yang berlaku dalam kalangan ulama mengenai huruf-huruf hija’iyyah.
2 @hepyuan NUQAT AL-I’RAB NUQAT AL-I’JAM BENTUK HURUF HIJA’IYYAH 1. Huruf Fa’ - Meletakkan satu titik di atas sama ada di awal, tengah atau hujung kalimah. - Meletakkan satu titik di bawah sama ada di awal, tengah atau hujung kalimah. - Meletakkan satu titik di bawah sama ada di awal atau tengah kalimah. 2. Huruf Qaf - Meletakkan satu titik di atas sama ada di awal, tengah atau hujung kalimah. - Meletakkan satu titik di bawah sama ada di awal, tengah atau hujung kalimah. - Meletakkan satu titik di bawah sama ada di awal atau tengah kalimah. 3. Huruf Nun - Meletakkan satu titik di atas sama ada di awal, tengah atau hujung kalimah. - Meletakkan satu titik di atas sama ada di awal atau tengah kalimah. 4. Huruf Ya’ - Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa huruf Ya’ mempunyai dua titik di bawah, dan mereka bersepakat tidak meletakkan sebarang titik huruf tersebut dalam lima keadaan: 1) Di hujung kalimah 2) Surah bagi huruf hamzah 3) Huruf ganti kepada huruf lain 4) Apabila dihazafkan (tanda ya’ kecil) 5) Huruf sambungan (mad al-silah) TANDA DALAM AL-QURAN 1. Tanda berkaitan kaedah penulisan Rasm Uthmani a) Tanda huruf hazaf - Terdapat empat huruf dihazafkan dalam alQuran iaitu alif, waw, ya’ dan nun. b) Tanda huruf ziyadah - Terdapat tiga huruf yang menjadi huruf ziyadah iaitu alif, waw dan ya’ c) Tanda huruf ibdal - Terdapat tiga huruf yang telah diibdalkan dengan huruf lain iaitu waw, ya’ dan sad. 2. Tanda berkaitan cara bacaan sesuatu huruf a) Tanda sukun (mati) b) Tanda tasydid (sabdu) c) Tanda mad d) Tanda silah ha’ dhamir dan mim al-jam’ e) Tanda hamzah al-Qat’ dan al-Tashil f) Tanda hamzah al-wasl g) Tanda al-Rawm, al-Isymam, al-Imalah 3. Tanda berkaitan cara bacaan sesuatu kalimah a) Tanda al-Waqf b) Tanda al-Sakt c) Tanda al-Fawasil d) Tanda al-Sajadat e) Tanda al-Ajza’, al-Ahzab, al-Arba’, al-Akhmas, al-A’syar
3 @hepyuan PERBEZAAN ILMU RASM ILMU DHABT 1) Ilmu yang berkaitan dengan penulisan alQuran. 2) Berkaitan setiap huruf pada sesuatu kalimah sama ada ia dibaca dengan ithbat atau hazaf. 3) Hukum beramal dengannya adalah wajib (mengikut pandangan jumhur ulama). 4) Ilmu yang berkaitan cara untuk ibtida’ dan wakaf pada suatu kalimah. Ilmu yang berkaitan dengan perletakan titik, baris dan tanda al-Quran. Berkaitan dengan setiap huruf sama ada ia berbaris atau sukun, tasydid atau tidak. Hukum beramal dengan ilmu dhabt adalah harus. Ilmu yang berkaitan dengan cara wasal pada sesuatu kalimah. TOKOH ILMU DHABT 1) Abu al-Aswad alDuali - Nama beliau ialah Zalam bin Amru bin Sufian - Dilahirkan pada zaman jahiliyyah dan meninggal dunia pada tahun 69 H ketika berusia 80 tahun di Basrah. - Memeluk Islam pada zaman Rasulullah, tetapi tidak pernah bertemu dengan Baginda. - Merupakan orang yang mula-mula mencipta baris-baris dalam mashaf. 2) Nasr bin Asim - Nama beliau ialah Nasr bin Asim al-Laithi. - Merupakan kibar al-Tabiin dan meninggal dunia pada tahun 99 H. - Terdapat pendapat yang mengatakan beliau merupakan orang yang mulamula mencipta baris-baris dalam mashaf. - Merupakan seseorang yang pakar dalam bahasa Arab terutamanya ilmu nahu. 3) Yahya bin Ya’mar - Nama beliau ialah Yahya bin Ya’mar. - Merupakan seorang tabiin dan meninggal dunia pada tahun 129 H. - Terdapat pendapat yang mengatakan beliau merupakan orang yang mulamula mencipta baris-baris dalam mashaf. - Merupakan seseorang yang pakar dalam bahasa Arab terutamanya ilmu nahu. 4) al-Khalil al-Farahidi - Nama beliau ialah al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. - Dilahirkan pada tahun 100 H dan meninggal dunia pada tahun 173 H di Basrah. - Merupakan seorang ulama pakar dalam bidang bahasa Arab, sastera Arab. - Telah menulis dua buah buku yang terkenal iaitu al-Jami’ dan al-Ikmal.
4 @hepyuan SEJARAH NUQAT AL-I’RAB NUQAT AL-I’JAM - Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan, semakin ramai orang yang bukan berbangsa Arab memeluk agama Islam. Antara masalah yang mula berlaku ketika mereka membaca al-Quran yang tidak mempunyai baris (harakah). - Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pertemuan Muawiyah dan anak Ziyad bin Abi Sufyan, Ubaidillah bin Ziyad. Muawiyah mendapati terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan anak itu. Muawiyah telah mengecam Ziyad akibat perkara tersebut. - Justeru, Ziyad telah memanggil Abu al-Aswad alDuali, seorang ulama al-Quran bagi mencipta sesuatu panduan untuk mengawal orang ramai dari tersalah membaca ayat-ayat al-Quran. Akan tetapi, pada awalnya Abu al-Aswad enggan menerima cadangan tersebut. - Akhirnya, beliau menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui Abu al-Aswad untuk membaca sepotong ayat al-Quran dan melakukan sedikit kesilapan. Lalu Abu al-Aswad terperanjat kemudian beliau segera bertemu dengan Ziyad dan bersetuju membantu Ziyad. - Abu al-Aswad telah memilih seorang dari qabilah Abd al-Qays untuk membantu beliau dari awal mashaf sehingga akhirnya. Abu al-Aswad telah menggunakan dakwat merah untuk membezakan tulisan mashaf berwarna hitam. Titik-titik (baris-baris) ini dinamakan Nuqt al-I’rab. - Pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, semakin banyak negara Islam yang baru didirikan. Dengan kemasukan ramai orang yang bukan berbangsa Arab (a’jam) ke dalam Islam, maka timbullah beberapa masalah dalam bahasa Arab. - Oleh kerana orang-orang a’jam tidak dapat membezakan huruf mu’jam dan huruf muhmal, maka seringkali terjadi kesalahan dalam pertuturan Arab. Malah lebih membimbangkan jika kesalahan tersebut terjadi pada ayat-ayat alQuran. - Justeru, Khalifah Abdul Malik memerintahkan alHajjaj bin Yusuf al-Thaqafi untuk mengatasi masalah ini. Beliau telah melantik dua orang ulama pakar bahasa Arab dan ilmu Qiraat, iaitu Nasr bin Asim dan Yahya bin Ya’mar untuk mencipta tanda dalam mashaf. - Mereka mencipta titik-titik yang boleh membezakan satu huruf dengan huruf lain dengan menggunakan dakwat yang sama dengan warna tulisan mushaf (hitam). Titik-titik ini dinamakan Nuqt al-I’jam. Sebagai contoh, huruf ب diberikan titik untuk membezakan ت dan ث.
5 @hepyuan FAWASIL AL-QURAN DEFINISI JUMLAH KESELURUHAN AYAT AL-QURAN AL-FAWASIL Bahasa: Lafaz jama’ dari perkataan fasilah, ia juga bermaksud akhir kalimah pada sesuatu ayat atau kepala ayat. Istilah: Suatu ilmu yang membincangkan mengenai surah-surah al-Quran dan ayat-ayatnya, dari sudut bilangan ayat setiap surah dan kepala ayat serta permulaannya. .) ملك يوم الدين ( ayat pada ( الدين ( kalimah: Contoh ULAMA AL-A’DAD - Ulama yang mengira jumlah ayat-ayat al-Quran. Mengikut pendapat masyhur, jumlahnya adalah seramai tujuh orang. Antaranya: 1) Al-Madani al-Awwal - Diriwayatkan oleh Nafi’ daripada Yazid bin alQa’Qa’ dan Syaibah bin Nusah. 2) Al-Madani al-Akhir - Diriwayatkan oleh Ismail bin Ja’far daripada Syaibah dan Yazid. 3) Al-Makki - Diriwayatkan oleh al-Dani daripada Ibn Kathir daripada Mujahid bin Jabir. AYAT Bahasa: “Jamaah” seperti dikatakan “sesuatu kaum itu telah datang bersama ayat-ayat mereka (jamaah-jamaah mereka). Istilah: - Sekumpulan dari al-Quran yang terpisah dari apa yang sebelumnya dan apa yang selepasnya - Sekelompok kata-kata yang memiliki permulaan dan pengakhiran yang terdapat di dalam surahsurah al-Quran. Ulama al-Adad berselisih pendapat dalam menentukan jumlah keseluruhan ayat-ayat alQuran sebagaimana yang berikut: 1) Al-Madani al-Awwal - 6217 ayat 2) Al-Madani al-Akhir - 6214 ayat 3) Al-Makki - 6210 ayat 4) Al-Basri - 6204 ayat 5) Al-Dimasyqi - 6227 ayat 6) Al-Himsi - 6232 ayat 7) Al-Kufi - 6236 ayat MMMBDHK 1110233 7404726
6 @hepyuan PENENTUAN KEDUDUKAN AYAT 1) Sebahagian ulama’ berpendapat, tidak boleh dengan kajian atau penelitian begitu sahaja, tetapi mestilah melalui ketetapan atau tawqifi daripada Rasulullah. 2) Sebahagian yang lain berpendapat, sebahagiannya berdasarkan tawqifi daripada Rasulullah dan sebahagiannya berdasarkan qiyas atau ijtihad para ulama’. KAEDAH ULAMA MENENTUKAN FASILAH AYAT 1) Persamaan sesuatu ayat sebelum dan selepasnya, berdasarkan panjang atau pendeknya ayat tersebut. Contoh: إآن أعطينك الكوثر )١ )فصل لربك واحنر )٢ )إن شانئك هو األبرت )٣ ) 2) Persamaan huruf akhir sesuatu ayat dengan ayat yang lain. Contoh: قل أعوذ برب الناس )١ )ملك الناس )٢ )إله الناس ) ٣) 3) Persepakatan para ulama mengiranya sebagai satu ayat. Contoh: احلمد هلل رب العلمني )٢) 4) Terputusnya penceritaan pada kalimah tersebut. Contoh: إايك نعبد وإايك نستعني ) ٥) FAEDAH MENGETAHUI FASILAH SESUATU AYAT 1) Untuk memelihara kesucian dan keutuhan al-Quran - Agar dapat dibaca dengan betul. - Sekiranya seseorang pembaca tidak mengetahui fasilah sesuatu ayat, boleh jadi ia akan memutuskan bacaannya pada sesuatu kalimah yang tergantung maknanya. 2) Boleh menentukan sah atau tidak solat yang dilakukan - Para Fuqaha’ menyatakan bahawa seseorang yang tidak menghafaz surah al-Fatihah, ia harus menggantikan dengan tujuh ayat yang lain. - Sekiranya seseorang tidak mengetahui penghujung sesuatu ayat, sudah tentu ia tidak dapat menentukan jumlah tujuh ayat. 3) Dapat mengetahui jumlah ayat yang sunat dibaca - Mazhab Syafi’e menyatakan sunat membaca sekurangkurangnya satu ayat panjang atau tiga ayat pendek selepas surah al-Fatihah. - Sekiranya seseorang pembaca tidak mengetahui kedudukan penghujung ayat, maka ia sukar memperolehi pahala sunat.