The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSV T2 KSSM Tajuk 7 REKA BENTUK INDUSTRI zila khalid=)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SURIANA BINTI SELAMAT Moe, 2021-07-26 02:19:48

PSV T2 KSSM Tajuk 7 REKA BENTUK INDUSTRI zila khalid=)

PSV T2 KSSM Tajuk 7 REKA BENTUK INDUSTRI zila khalid=)

TAJUK 7 REKA
BENTUK
INDUSTRI

Pendidikan Seni Visual T2 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

SejarahPerkembangan RekaBentukIndustri

 Perkembangan Reka Bentuk Industri berlaku

sejajar dengan perkembangan Revolusi
Perindustrian di Eropah pada penghujung abad
ke-18.

 Semasa revolusi ini, banyak ciptaan baharu

telah dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti
pengangkutan, komunikasi, pertanian dan
perusahaan.

Contoh ciptaan
kesan Revolusi
Perindustrian

Sejarah  Perkembangan Reka Bentuk Industri di Malaysia dapat dikesan
Perkembangan
Reka Bentuk dengan pengenalan kursus Reka Bentuk Industri pada tahun 1967
di Institut Teknologi MARA (kini UiTM).
Industri
 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia

pula telah memperkenalkan bidang Reka Bentuk Industri ini pada
tahun 1980-an.

Sejarah Perkembangan
RekaBentuk Industri

 Produk terkenal hasil Reka Bentuk

Industri di Malaysia ialah kereta
Proton Saga yang dilancarkan
pada tahun 1985.

 Sejak itu, bidang Seni Reka Industri

terus berkembang maju.

 Penubuhan Majlis Rekabentuk

Malaysia (MRM) menunjukkan
kepentingan industri ini sejajar
dengan perkembangan teknologi
masa kini.

Bidang Reka Bentuk Industri

 Reka Bentuk Industri merupakan

bidang yang terlibat dalam
penghasilan produk melalui proses
reka bentuk dan pengeluaran.

 Kita akan mengkaji tiga bidang

Reka Bentuk Industri dalam tajuk
ini, iaitu reka bentuk produk, reka
bentuk perabot dan reka bentuk
automotif.

 Reka Bentuk Industri juga berperanan dalam

membangunkan ekonomi negara.

 Pelbagai sektor boleh diwujudkan melalui Reka

Bentuk Industri yang mampu memangkin dan
menjana ekonomi negara.

 Banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan

dalam bidang ini.

Bidang Reka
Bentuk Industri

 Reka bentuk produk merangkumi Reka Bentuk
Produk
perkakasan domestik, aksesori,
peralatan elektrik dan sebagainya.

 Produk dengan reka bentuk yang

menarik, baik dan berfungsi akan
menjadi pilihan pengguna selain
daripada faktor harga.

Reka Bentuk
Produk

Reka Bentuk Perabot  Reka bentuk perabot meliputi rekaan

perabot kontemporari dan moden, seperti
reka bentuk meja, kerusi, katil, kabinet,
rak dan almari.

 Reka bentuk perabot yang baik akan

menyumbang ke arah pengurangan kos,
bahan dan penjimatan ruang.

Reka Bentuk
Perabot

RekaBentuk Automotif

 Reka bentuk automotif

melibatkan reka bentuk styling
dan konsep kenderaan darat,
udara dan laut seperti
motosikal, kereta, jet, kapal
laut dan bot.

 Penampilan reka bentuk

automotif yang menarik akan
menampakkan kehebatan
produk kerana ia sebahagian
daripada reka bentuk.

Reka Bentuk Automotif

 Penyesuaian produk dengan keadaan

fizikal dan mental pengguna juga diambil
kira sebagai faktor kemanusiaan dan
ergonomik.

 Gabungan teknologi mampu

menonjolkan kreativiti dan imaginasi
pereka.

Reka Bentuk
Automotif

Peranan dan Fungsi

 Peranan Reka Bentuk Industri

sangat penting.

 Ini kerana faktor reka bentuk

berkait rapat dengan fungsi produk
bagi memenuhi keselesaan dan
keperluan harian manusia.

 Penentuan Reka Bentuk Industri

berdasarkan kepada bentuk
mengikut fungsi dan fungsi
mengikut bentuk.

Bentuk mengikut fungsi

 Reka bentuk lebih memberi

tumpuan kepada aspek fungsi
tanpa menekankan sudut
estetik, ergonomik dan
kesesuaian reka bentuk
produk.

Fungsi mengikut bentuk

 Reka bentuk lebih

memberi penekanan
kepada aspek bentuk
luaran dan nilai estetik
produk tanpa
mengambil kira aspek
fungsi yang akan
digabungkan dalam
reka bentuk produk.

Prinsip dan  Prinsip Reka Bentuk Industri merupakan
Elemen
satu gambaran tentang cara kita
mengamati dan memproses maklumat
visual bagi menghasilkan idea dan imej
dalam bentuk 2D.

 Prinsip ini membantu pereka

menggunakan elemen dan menjadikan
imej visual lebih menarik.

Prinsip dan  Elemen reka bentuk pula
Elemen
ialah elemen asas seni
reka yang diaplikasikan
dalam pelbagai unsur dan
komposisi reka bentuk.

 Selain itu, faktor kreativiti

dan ergonomik penting
dalam menghasilkan reka
bentuk sebelum barangan
produk itu dapat
dipasarkan.

Contoh prinsip dan elemen Reka Bentuk Industri

Ergonomik  Ergonomik ialah

satu disiplin ilmu
mengenai
kebolehan, had dan
ciri-ciri manusia
yang berkaitan
dengan reka bentuk

 Ergonomik

memainkan peranan
penting dalam
penghasilan produk
agar dapat
digunakan secara
efisien dan efektif.

Ergonomik  Aspek-aspek seperti

keselamatan,
keselesaan,
kesesuaian,
kemudahan dalam
penjagaan dan
pembaik pulih
serta ketahanan
perlu
dipertimbangkan
dalam penghasilan
sesuatu produk.

Objektif ergonomik

 Meningkatkan tahap

keberkesanan dan kecekapan
kerja atau sebarang aktiviti
yang dilaksanakan seperti
mengurangkan kesalahan,
meningkatkan produktiviti
dan memudahkan kerja.

Objektif  Meningkatkan nilai-nilai
ergonomik
kemanusiaan yang positif
seperti keselamatan,
keselesaan, kualiti kerja,
mengurangkan kepenatan dan
tekanan.

TAMAT


Click to View FlipBook Version