The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH SESI PETANG 1 NOV 2021 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ARINI BINTI IBRAHIM Moe, 2021-10-25 05:54:33

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH TAHAP 1

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH SESI PETANG 1 NOV 2021 (1)

TAKLIMAT PEMBUKAAN
SEKOLAH MURID TAHAP 1

OLEH : PN DARNA BT ZAMMERI
PK PETANG
SK BANDAR SERI PUTRA

Waktu persekolahan

HARI TAHAP 1
ISNIN 1.20 – 6.20 petang
SELASA – KHAMIS 12.50 – 5.50 petang

JUMAAT 1.50 – 5.50 petang

Waktu datang dan pulang GURU

SESI WAKTU DATANG WAKTU PULANG
Sesi Petang
Isnin - Khamis Isnin
12.15 tengah hari 6.30 petang

Jumaat Selasa – Jumaat
1.15 tengah hari 6.00 petang

Waktu datang dan pulang
GURU BERTUGAS MINGGUAN

SESI WAKTU DATANG WAKTU PULANG

Sesi Petang Isnin - Khamis 30 minit selepas
12.05 tengah hari murid balik

Jumaat
1.00 tengah hari

TATACARA MURID DATANG

• Semua murid akan masuk menggunakan PINTU PAGAR C
• Selepas jam 12.45 tengah hari, murid yang lewat akan masuk menggunakan PINTU PAGAR B
• Murid yang menaiki kenderaan sendiri dan menghadapi masalah seperti menangis atau

ketakutan, akan diminta pulang semula ke rumah bersama ibu/ayah/penjaga.
• Murid yang menaiki van atau bas sekolah dan mengalami masalah yang sama akan dibawa ke

foyer pentadbiran sehingga mendapat arahan seterusnya daripada guru bertugas.
• Murid akan mencuci dan mensanitasi tangan selepas suhu diambil oleh guru bertugas.
• Murid yang suhu badannya melebihi 37.5 celcius diminta tunggu di tempat yang disediakan

untuk tindakan seterusnya.
• Murid yang melepasi suhu badan yang normal akan bergerak ke :

DEWAN BERLIAN – TAHUN 1 dan TAHUN 2
DEWAN TERBUKA – TAHUN 3

VIDEO SIMULASI TATACARA HADIR KE SEKOLAH
MURID TAHUN 1&2 (DEWAN BERLIAN)

VIDEO SIMULASI TATACARA HADIR KE SEKOLAH
MURID TAHUN 3 (DEWAN MUTIARA)

TATACARA

Tempahan ekupon

TATACARA

Murid RMT akan keluar 10 minit
awal dari waktu rehat. Mereka
akan mengambil makanan di
meja RMT di kantin. Guru (AJK
RMT) mohon rujuk tugas-tugas
khas guru RMT.

TATACARA MURID PULANG

• Semua murid TAHUN 1 dari AK1 & AK2 akan menggunakan laluan
berbumbung dan terus ke PINTU PAGAR A

• Semua murid TAHUN 2 dari AK1 & AK2 akan menggunakan laluan
berbumbung dan terus ke PINTU PAGAR C

• Semua murid TAHUN 3 dari AK2 & AK3 akan menggunakan laluan
berbumbung dan terus ke PINTU PAGAR D
1. Diiringi guru matapelajaran akhir
2. Menggunakan sepanduk kelas (ambil di dalam kotak)
3. Mengikut aturan kelas yang ditetapkan
4. Guru bertugas akan simpan semula sepanduk
ke dalam kotak

TATACARA MURID PULANG

Guru boleh membawa murid pulang mengikut masa berikut:

TATACARA SANITASI KELAS

Proses sanitasi akan dilakukan oleh guru mata pelajaran
terakhir sebelum waktu pulang.

Guru akan mengeluarkan murid beratur di tepi kelas terlebih
dahulu.

Guru kelas akan menyediakan dan memastikan botol sanitasi
adalah mencukupi.

TATACARA PENGGUNAAN SURAU

• Murid-murid Tahun Tiga sahaja yang membawa telekung dan sejadah
diberi keutamaan dan dibenarkan untuk solat zohor di sekolah
berdasarkan jadual waktu solat yang ditetapkan ( waktu rehat )

• Murid-murid Tahun Satu dan Dua yang membawa telekung dan sejadah
hanya digalakkan untuk solat zohor di surau.

• Semua murid tahap satu dikehendaki solat asar di rumah.
• Perlu mematuhi SOP, dan juga kebenaran guru yang berada dikelas.
• Digalakkan murid solat pada waktu rehat murid sahaja.
• Jawatankuasa surau perlu wujudkan jadual guru bertugas di surau.

TATACARA MURID KELUAR MASUK KELAS

Sebarang pergerakan murid keluar kelas mestilah dengan izin guru dan
diwajibkan memakai pas keluar.

Murid boleh ke kedai buku sekolah dan tandas pada waktu PdPC sahaja
dengan kebenaran guru.

Jumlah maksimum murid berada di tandas pada satu-satu masa adalah seramai
empat (4) orang sahaja. Pas keluar masuk sebagai petunjuk.

Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas dan kedai buku pada waktu rehat. Ini
adalah untuk mengelakkan kesesakan (kawalan penjarakan).

MURID SAKIT @ BERGEJALA

1. Murid yang tiba-tiba menunjukkan gejala semasa PdPC,
hendaklah segera dihantar ke bilik isolasi oleh guru mata
pelajaran. Maklumkan juga kepada guru kelas.

2. Guru kelas perlu menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk membawa
pulang murid tersebut.

3. Murid akan ditemani oleh guru bertugas di bilik isolasi.
4. Guru yang bertugas di bilik isolasi ini dilantik daripada kalangan

guru Pendidikan Islam bagi mengelakkan mereka perlu di ganti
(jadual guru ganti). Mereka akan bertugas secara ‘on call’.

BAS & VAN SEKOLAH

• Semua murid tahun satu, dua dan tiga akan terus bergerak dan keluar melalui
pagar yang ditetapkan.

• Murid Tahun Satu yang menaiki van /bas sekolah akan di pakaikan reben oleh
pengusaha van/bas sekolah bagi memudahkan pengecaman murid.

• Pengusaha bas /van dikehendaki mengambil murid-murid dan memastikan
bilangan murid mencukupi.

• Sekiranya hujan,pengusaha van/ bas sekolah perlu mengambil murid-murid di
foyer pentadbiran.

• Latihan pengecaman/mengenalpasti pengangkutan pada waktu balik bagi murid
tahun satu hanya dilaksanakan pada hari pertama dan kedua persekolahan atau
mengikut keperluan.

Makluman untuk semua guru kelas

1) APDM - Kemaskini kehadiran murid sebelum jam 2.30 petang
- Kemaskini jumlah murid , maklumat penjaga (alamat
dan nombor telefon terkini)

2) Tampal senarai nama murid mengikut kumpulan di pintu kelas
3) Labelkan meja murid dengan nombor sahaja.
4) Pastikan buku kawalan kelas ada di atas meja guru.
5) Labelkan botol sanitasi tangan dan meja dengan nama kelas dan perlu

pastikan mencukupi bagi tujuan sanitasi meja pada setiap hari.

1) Semua cuti perlu mohon melalui PK Petang secara
manual dan hrmis

2) Cuti Rehat Khas - Guru perlu mohon lebih awal

3) Cuti Sakit / Cuti Rehat Khas / dll

ü perlu maklumkan pada PK Petang sebelum jam 11.00 pagi dan serahkan
surat cuti sakit apabila datang ke sekolah.

ü Jadual Relief akan dimasukkan dalam Group Whatapp {Relief Sesi
Petang SKBSP} - Mohon semua guru peka

ü perlu maklumkan dalam Group Whatapp {Relief Sesi Petang SKBSP}
sebelum jam 11.00 pagi untuk makluman AJK Relief. Nyatakan :

ü Nama:
ü Tarikh:
ü Jenis Cuti:
ü Dengan Kebenaran:

PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 1 NOVEMBER
2021 (ISNIN) DAN 8 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

Ø Akan melibatkan semua guru - senarai tugas akan
dibuat oleh kumpulan yang bertugas




Click to View FlipBook Version